
Hari ini, kelas kami panas dengan diskusi berkenaan pemikiran anak-anak murid kepada Muhammad Abduh. Antaranya ialah Mustafa Abd al-Raziq, Qasim Amin, Ahmad Lutfi al-Sayyid dan semestinya Ali Abd al-Raziq.
Secara jujur, saya amat menghargai pemikiran Muhammad Abduh. Namun cabaran besar beliau adalah pemikirannya hanya benar-benar dapat dilihat impaknya jauh selepas pulangnya beliau ke Rahmatullah.
Tetapi idea-ideanya telah berkembang dalam bentuk yang sungguh luar biasa dan berbeza dari yang asal. Muhammad Abduh menyumbang kepada idea yang membina jambatan di antara Islam dan Barat dalam menafsirkan dunia moden hari ini, dan beliau komited kepada sumber Islam. Membaca idea-idea Muhammad Abduh, akan membawa kita kepada suatu usaha untuk menafsirkan kembali Islam dalam bentuk yang boleh membuktikan keupayaan Islam menangani perubahan zaman ke era Moden. Muslim boleh kekal komited sebagai Muslim walau pun hidup di zaman yang telah berubah, itu intipati idea Abduh.
Namun apabila ideanya berkembang di tangan anak-anak murid beliau, ia muncul dalam wajah yang sungguh pelik lagi berwarna-warni.
Di satu sudut, pemikiran Muhammad Abduh diperkukuhkan oleh pembawaan anak muridnya yang paling terkenal, Rashid Ridha. Ia masih dalam kerangka disiplin tradisi Islam.
Manakala dari sudut yang lain pula, muncul anak-anak muridnya yang terbang jauh dari tradisi Islam kepada kerangka Barat seekstrim Ali Abd al-Raziq.
“Saya rasa Prof, perubahan idea Muhammad Abduh di tangan anak-anak muridnya adalah kesan daripada perkembangan persekitaran zaman itu yang sangat ekstrim”, saya cuba melontarkan idea.
“Benar. Sebab itulah penghargaan Muhammad Abduh kepada Barat tidak berlangsung di tangan Rashid Ridha. Ia bukan berpunca daripada perbezaan pandangan di antara Ridha dan Abduh, akan tetapi kerana perubahan yang berlaku kepada Barat menyebabkan mereka berdua yang berbeza zaman, berbeza pendirian”, ulas Prof.
Kami mengangguk dan rancak membuat catatan. Banyak yang ingin saya kongsikan di Saifulislam.Com, walaupun tajuk-tajuk sebegini kurang sedikit pembacanya.
IDEA IALAH MAKLUMAT TENTANG MASA
“Idea-idea seorang pemikir, sebenarnya adalah refleks kepada situasi di zamannya”, kata Prof lagi.
Saya terus teringat kepada Karl Marx dan Prof juga seperti sepakat dengan isi kepala saya lantas terus memberikan contoh lanjut dengan mengambil Karl Marx.
“Seperkara yang saya sanjung dalam pengajian Sejarah ialah, kita sentiasa mengaitkan idea dengan masa. Ini merupakan suatu aspek yang penting untuk mengadili idea”, kata Prof lagi.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Apabila seseorang itu belajar undang-undang misalnya, beliau mungkin mempunyai idea tentang apa yang diperkatakan oleh Plato hingga kepada Durkheim, Comte dan lain-lain. Tetapi tanpa mengaitkan idea itu dengan zaman ketika mana idea itu diungkapkan, ia akan mendorong kepada salah faham yang serius.
“Kalian tentu masih ingat dengan kenyataan kontroversi Karl Marx. Beliau pernah menyebut bahawa agama bukanlah faktor yang membekalkan kepuasan di dalam hidup manusia. Sebaliknya kepuasan itu boleh diperolehi daripada pekerjaan”, jelas Prof.
“Tentu sahaja, tanpa melihat kenyataan tersebut dalam konteks zaman Karl Marx menyebutnya, maka kita akan memandangnya dengan penuh penentangan lagi antagonistik. Ia dianggap kenyataan yang menghina agama. Tetapi jika kita menyelami zaman Karl Marx, apakah seseorang boleh mendapat kepuasan dari huraian-huraian gereja tentang persoalan kehidupan?”, Prof merangsang kami supaya berfikir.
“Tentu tidak. Sebaliknya jika kita komited dengan suatu pekerjaan dan berjaya menyiapkannya, tiada siapa yang dapat menafikan kepuasan yang terhasil kesan dari kejayaan menyiapkan kerja tersebut”, saya cuba mengingati kembali fakta-fakta dari subjek Modern History of Europe setahun lalu.
“Ya. Maknanya Karl Marx telah menyentuh satu aspek yang realiti dalam kehidupan manusia. Tidak hairanlah orang menerima idea beliau kerana ia memang idea yang kena dengan realiti di masa itu”, kata Prof lagi.
Begitu juga dengan kenyataan Nietzsche bahawa dia telah membunuh tuhan! Kita segera melenting dan melabelkan beliau sebagai atheist sedangkan tuhan yang dibunuh oleh Nietzsche itu adalah tuhan versi Kristian. Ia bukan kenyataan untuk menuduh Nietzsche anti Tuhan. Dan jangan pula kita segera menilai segala ideologi dari Barat itu muncul dari resepi anti Tuhan. Jangan terkejut kepada betapa kuatnya pengaruh ‘agama’ dan Tuhan dalam kemunculan isme yang kita tahu hari ini.
Cuma, ideologi memang merupakan sesuatu yang berkembang dari semasa ke semasa. Liberalism di era Edmund Burke amat berbeza dengan Liberalism yang dimaksudkan oleh Albert Hourani dalam tulisan-tulisan beliau. Malah Marxism sendiri telah bercabang-cabang kepada Maoism dan Leninism yang saling berbeza.
MENGHARGAI PERANAN SEJARAH
Sungguh, dengan mempelajari sejarah, saya dapat berusaha untuk tidak menzalimi idea dengan membicarakannya tanpa dikaitkan dengan zaman munculnya idea tersebut. Dan meneliti idea dari pandangan sejarah, menyebabkan saya lebih bertenang dan tidak terlalu cepat memandang buruk kepada idea-idea yang terbit dari Timur mahu pun Barat.
“Asal sebut sahaja nasionalisma, terus sahaja dilabel sebagai asabiyyah. Bila asabiyyah, maka terus bukan dari umat Muhammad”, itu rungut hati saya semasa di dalam kelas.
Nasionalisma muncul di Barat sebagai cabaran kepada agama. Jika suatu ketika bangsa di Eropah itu mendefiniskan diri mereka sebagai Kristian, maka Nasionalisma membolehkan mereka menggantikan identiti itu dengan tanah air masing-masing. Itu Nasionalisma Barat.
Di tanah air umat Islam, Nasionalisma berkembang sebagai cabaran dan reaksi terhadap kolonialisasi Barat. Maka Nasionalisma di dalam sejarah umat Islam tidak seharusnya terus dibakul sampahkan sebagai anti agama, dengan meminjam definisi Nasionalisma yang kita kutip dari Barat. Kemudian disandarkan segera idea kita tentang Nasionalisma itu kepada hadith-hadith Nabi SAW tentang Asabiyyah. Ia adalah suatu kecelaruan yang buruk.

Burhanuddin al-Helmi
Saya panas telinga dengan kegelojohan sesetengah pendakwah yang melabelkan pejuang seperti Burhanuddin al-Helmi, Zulkifli Muhammad dan sebagainya, sebagai Nasionalis, maka mereka itu bukan pejuang Islam. Kegelojohan ini juga dengan cepat mahu melabelkan gerakan Islam seperti Hizbul Muslimin dan PAS sebagai parti Nasionalis pada hari kelahirannya, kemudian belajar menjadi Islamik! Ia suatu tafsiran yang cela terhadap sejarah.
Bagaimana semua ini dapat dielakkan?
Kaedahnya ialah, setiap idea hendaklah difahami dalam konteks penyebutnya, dan zaman ia disebut. Bukannya memahami tahun 1950 dengan mentaliti 2007!
Mengkaji ideologi-ideologi seperti Nasionalisma, Sekularisma, Sosialisma malah sepanas Darwinism dan yang seumpama dengannya, tanpa mengaitkan ia dengan masa (sejarah), adalah suatu penyesatan dan penyelewengan dalam tafsiran.
PENGAJIAN ISLAM
Malah saya mula meneliti kembali beberapa bab di dalam tradisi pengajian Syariah saya selama ini supaya banyak tanda tanya boleh diperbaiki penjelasannya. Sesungguhnya mengaitkan idea dengan masa bukanlah suatu peraturan asing di dalam pemahaman kita terhadap al-Quran dan al-Sunnah, Fiqh dan yang seumpama dengannya.
Mengapa soal keutamaan Quraish dalam memilih Imam timbul? Ia berkait dengan faktor masa dan suasana ketika itu. Kelebihan Quraish dari segi peluang didikan dan ilmu, memberikan mereka kelebihan di zaman itu. Ia faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memahami isu tersebut.
Larangan-larangan Baginda SAW terhadap isu isbal, penggunaan alat muzik bertiup dan bertali, hukum memelihara janggut dan yang seumpama dengannya, tidak harus difahami secara tekstual tanpa mengaitkannya dengan masa.
Untuk itu, ahli sejarah Islam seperti Al-Iji dan Al-Kafiyaji mendefinisikan TARIKH (SEJARAH) sebagai “MENGAITKAN PERISTIWA DENGAN MASA”. Pengkaitan peristiwa dengan masa bukan sekadar untuk hafalan atau menyusun kronologi, tetapi untuk membantu kita menafsirkan sesuatu idea dalam konteks yang betul.
“If you learn about ideas without any sense of time, the ideas will not make any sense. Learn to appreciate History. OK, let us now go for iftar!”, Prof mengakhiri diskusi kami.
Sambil menyimpan nota-nota, kepala saya ligat berfikir dan memuhasabah kembali betapa seringnya saya salah tanggap dan salah faham terhadap pelbagai perkara kontroversi yang telah saya tempuhi dalam kajian dan pembacaan selama ini. Mujurlah saya bukan peminat kepada teori konspirasi, maka salah faham saya mungkin tidak sampai menghijab saya dari membuat semakan dan muhasabah dari semasa ke semasa.
Semoga Allah membimbing saya dalam usaha mencari kebenaran di akhir zaman yang penuh kekeliruan ini.
Ameen.
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





10 pembaca pertama diharapkan dapat membaca kembali artikel ini kerana beberapa pembetulan dan penambah baikan telah saya lakukan berbanding versi asal jam 00:15, 20hb
Saya Telah add link
salam..
perkongsian yg sangat bermanfaat.
jazakumullahu khair..
wslm
Seperti mana Muhammad Abdul Wahab yang dengan caranya sendiri menanangi masalah umat arab pada zamannya, ianya perlu dikaitkan dengan zamannya. Semestinya perlu revisi jika mahu membawa caranya kezaman ini.
Tapi dalam konteks Malaysia hari ni( for the last 20-30 years), beberapa contoh dapat ana fikirkan. Tapi berat pula nak memberi pendapat kerana khuatir memberi kelebihan kepada entiti yang tidak sesuai dan memberi impak negatif kepada gerakan Islam.
Your quote:
“Mujurlah saya bukan peminat kepada teori konspirasi, maka salah faham saya mungkin tidak sampai menghijab saya dari membuat semakan dan muhasabah dari semasa ke semasa.”
ana tak berapa nak tangkap. Boleh explain sikit? Ana minat teori konspirasi ni.
Hmm, memang kena dengan teori keserentakan ruang dan masa. Idea itu berbentuk masa, jadi kena tengok ruang pada masa ia diutarakan. Kalau tak ia takkan serentak dan tidak menjadi sesuatu yang nyata – penzahiran. Cuba melaksanakan corak pemikiran pada 1950 pada tahun 2007 sudah pastinya tidak akan terhasil kerana ruang atau bekasnya tidak sama. Idea (masa) itu tidak salah tapi ruangnya yang tidak betul.
teringat seorang pensyarah sejarah di UM menolak kemungkinan Alexander the great sebagai muslim dengan hujjah dia meminum arak… sedangkan syariat dahulu tentang arak adalah berbeza…
cuma sheikh hasrizal, bab janggut tuh ana kurang setuju kerana hadith tirmizi ketika Rasulullah berkata kepada 2 orang utusan dari kerajaan rom…
Jzkk for the enlightment, my tazkirah this Ramadan using “First Things First” by Stephen Covey and “Life Matters” by Merrill & Merill. InsyaAllah dengan pandangan keimanan dan semasa.
Semoga Mukminah Professional dapat berkerja dengan tenang tanpa terlalu rasa bersalah dan akhirnya seluruh keluarga memusuhi pekerjaan ibu dan isterinya.
Sebenarnya akak meminjam keberanian ustaz dalam menggunakan kitab-kitab Barat. Jzkk sekali lagi
Assalammualaikum
Saya telah memetik sebahagian dari artikel anda
Terima kasih
SuwbhanAllah wa Alhamduwlillah.
Jazakallahu khoiron kathiro… satu kupasan tentang keseragaman ideologi selaras dengan masalah kotemporari pada masa itu.
Seperti lazimnya, Ustaz sentiasa menyuntik semangat agar ana lebihkan pembacaan dalam menjadi insan yang kamil, insya’Allaah.
Tapi, ana ada sedikit kegusaran berkaitan dengan ideologi yang dibawa oleh As Sheikh Muhammad Abduh.
Yakni, ana ada terbaca satu artikel yang menggodam As Sheikh Muhammad Abduh sebagai seorang yang zindiq bermanhajkan falsafah ‘existentialism’ barat. Beliau dalam pelariannya ke Perancis telah secara tidak lansung dipengaruhi oleh falsafah diatas dan sepulangnya ke Mesir, didalam keterdesakan masyarakat yang ditindas British pada masa itu telah secara tidak lansung, mempromosikan idealisme ini.
Ini dibuktikan apabila beliau menyatakan dalam penulisannya bahawa,
‘Kisah-kisah yang disampaikan didalam Al-Quran Al Kareem, tidak semestinya benar. Ianya cuma harus dinilai dari aspek retorik semata-mata dengan tujuan untuk mendidik insan’ (ana tak berapa ingat tapi gist nya begitu).
Kenyataan tersebut disokong dan diperburukkan lagi oleh muridnya Rashid Reda apabila menyatakan, ‘Al Quran itu adalah karya terunggul orang Arab semata’.
Dua kenyataan tersebut membawa kegusaran pada diri ana. Ini kerana ianya seakan-akan menafikan kesucian Kalam Allaah. Sekiranya tuduhan itu benar, bagaimana pula dengan Hassan Al Bana, Sayyid Qutb yang juga merupakan anak murid kedua-dua tokoh diatas. Lantas perjuangan Ikhwaan itu sendiri.
Secara amnya, kita semua tahu dan hargai pengorbanan kesemua mereka diatas dalam memartabatkan Islaam, namun tuduhan zindiqnya seseorang yang pada amatan ana adalah soleh merupakan sesuatu yang perlukan sedikit penjelasan.
Wa Allahu Alaammu Bis Sawaab.
Minta Ustaz atau sahabat-sahabat disini, kiranya lapang untuk beri sedikit penjelasan.
Syukran Jazillan.
Allahu Musta’an.
Assalamualaikum Ibnu Ahmad Shah,
Di sini akak ingin memperingatkan bahawa kaedah mengambil ulasan atau pandangan apatah lagi pendirian dari artikel untuk menilai seseorang apatah lagi seorang tokoh besar ADALAH DILARANG di ruangan saifulislam. Sila baca kembali artikel “Makanan Segera Vs. Ilmu Segera”
Wa’alaikumsalaam Kak Ija,
Terima kasih atas teguran dan peringatan.
Insya’Allaah ana akan lebih peka. Tujuan ana menulis komen seperti diatas bukan untuk menguji atau menguja mana-mana pihak sekadar inginkan penjelasan. Kalau Kak Ija perhatikan, ana bukan berniat untuk menghukum atau menilai.
As a matter of fact, I highly respect the above said individuals. In fact Muhammad Abduh is one of the most prominent figure from the Arab world to have effectively bridge traditionalist Islamic thoughts with progressive Western philosophies hence in influencing and giving birth to contemporary Islamic thoughts. My question, WaAllaahi, is without malice.
I humbly apologise if it had in anyway prejudiced anyone.
Salam Ramadhon Al Kareem, Kak.
“Larangan-larangan Baginda SAW terhadap isu isbal, penggunaan alat muzik bertiup dan bertali, hukum memelihara janggut dan yang seumpama dengannya, tidak harus difahami secara tekstual tanpa mengaitkannya dengan masa.”
Habis bagaimana dengan hadith di bawah ini?
Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai
Assalamualaikum Ibnu Ahmad,
I’ve noticed your stand earlier. Actually some times ago this websites has discussed on prominent figure in Islam as well, so, what happened was “perahu-perahu kecil” feel so lost.
Then, we decide that we should not spend so much time trying to be so defensive because we would end up wasting our time instead of concentrating on changing our paradigm.
Ramadan Kareem to you to Ibnu Ahmad Shah.
Sulaiman, kena buat “homework” sikit kot, check status hadis tu.
Ana umpama perahu kecil yang berlubang-lubang, Kak Ija.
Paradigm shift, indeed the proverbial paradox.
Jazakallah ustaz, atas artikel yang informative
Kak Ija, teringin nak dengar/baca tazkirah akak tu, ada in writing ke….
What you said is very true..
Speaking about working mu’minah professional and guilty feeling… I feel it every day particularly when seeing my 5 mo old baby crying , alhamdulillah still fully breastfeeding and can compensate time with her at night….
alhamdulillah, takde sesiapa yang memusuhi pekerjaan saya setakat ini…
Salam Bro,
I should learn more about your writing. Idea “Pemikiran dan Masa” dibicarakan dan disimpulkan dengan baik dalam artikel yang pendek.
Sebegitu penting memahami pemikiran dan masa memandangkan pemikiran berubah dengan masa dan ditentukan oleh suasana pada masa pemikiran itu tercetus.
Sebegitu juga Ali Abdul Raziq, bagaimana pemikiran pembebasan beliau terlalu radikal pada suatu masa namun tidak pula ada yang mengupas bagaimana pemikiran radikal tersebut pernah juga menulis taubat dan pembetulannya keatas kesilapan beliau terhadap penulisan “Islam wa usul al Hukm” – Islam dan Dasar Pemerintahan.
Mungkin tiada teori konspirasi teori, namun mungkin ada kepentingan politikal yang mewarnai pemikiran asal yang kemudiannya dikembang sesatkan oleh anak-anak murid yang berkepentingan sepertimana Abduh dan anak muridnya, atau Syeikh Muhammad Abd Wahab, atau seekstrim contoh sepertimana Nabi Isa dan Tarsus.
Sepertimana juga kita harus menanggapi pemikiran dan keperluan menulis the “the Communist Manifesto” pada zaman dan suasana terutama bagi mereka yang tidak memiliki Islam sebagai rujukan kehidupan dan keilmuan mereka. The Communist Manifesto hendaknya satu ijtihad membangun suara massa menentang sistem kelas dalam bentuk gerakan politikal massa yang berstruktur.
Spertimana juga mereka yang menghentam “kekerasan” Sy Qutb yang ujud pada tafsiran quraninya dalam fizilail Quran mahupun Abdullah Azzam padahal mereka tidak membaca yang menulis ketika itu berada ditembok-tembok yang keras atau sedang mengelak lautan peluru dan mortar yang menghujani.
Bro Abu Saif, saya fikir benar perlu ada kefahaman perkaitanan pemikiran dan masa, dan pembaca pemikiran dalam masa dan suasana yang berlainan perlu mengambil ibrah / hikmah / pengajaran dari pemikiran tersebut dengan memahami konteksnya. Keanjalan Ilmu ini (tanpa menolak keperluan rujukan yang benar) perlu ada agar kita dapat menolak ekstremisma ilmu samada ekstrim liberal, ekstrim radikal mahupun esktrim jumud dan literal.
Menyentuh tentang sejarah, saudara menyentuh tentang topik yang menyentuh hati saya dan menjadi kebimbangan saya akhir-akhir ini terutama berkaitan sejarah kemerdekaan. Kemerdekaan hangat diperkatakan akhir-akhir ini termasuk oleh Nasionalis, Sosialis dan kumpulan Masyarakat Sivil. Ramai menuntut dibongkar semula sejarah kemerdekaan. Dalam pada itu, terdengar suara sayup termasuk dari pelbagai blog muslim yang terpencil mahupun dalam kuliah dan ceramah patriotisma Islam berbicara tentang peranan gerakan Islam, pondok, ulamak mahupun aktivis Islam (dibaca seluruhnya termasuk Nasionalis Islam) dan peranan mereka dalam kemerdekaan. Namun sayangnya kita tidak dapat melihat penulisan yang ilmiah dan “Authoritative” [dengan izin] yang menyemat perkara ini dalam lipatan sejarah negara. Sumber sejarah yang jelas, banyak dan popular menyatakan kemerdekaan adalah peranan Nasionalis Melayu, Komunis dan peranan masyarakat bukan bumiputera. Ada lompong dalam sejarah yang belum ditulis dengan bersungguh-sungguh mungkin. Ini hanya andaian saya, mungkin ada “rujukan” yang belum saya jumpa.
Takutnya masa meninggalkan dan pemikiran tersebut tidak mampu dirakamkan buat panduan generasi depan.
Salam kemaafan Ramadhan
Abu Saif Al Mahshari
Salam ya ustaz,
sbb itu idea adalah persoalan teks dan konteks. memahami dua hal ini telah menjadikan saya lebih liberal dalam menilai pandangan. terima kasih kpd rakan2 di jalan telawi yg banyak membantu bgmn utk menghadam idea.
sy percaya rakan kami (juga lulusan Jordan) ada menghubungi ustaz sblm ini.
sy selalu berfikir betapa kita tidak berlaku adil kpd pemilik idea dgn tidak mengupas dr konteksnya dan hanya sekadar teksnya.
sdr Khalid Jaafar (pak khalid, begitu kami memanggilnya) pernah sblm menulis Islam Cerah-Islam Gelap bergulat dgn pdgn bahawa tulisan2 keras (As-Syahid As-Syeikh – begitu yg sering dimaklum) Abdullah Azzam dan juga (As-Syahid) Syed Qutb perlu disesuaikan dgn konteks perjuangan mereka.
pernah sampai rakan kami mendakwa bahawa kejatuhan Turki Uthmaniyyah adalah takdir yg telah ditentukan Allah s.w.t. dan ‘rahmat’ kpd umat Islam (dgn maksud agar mereka meneliti segala kelemahan2 yg berlaku sblm jatuhnya Empayar tersebut krn sebuah Empayar tidak mungkin jatuh tiba2 tanpa teoretikal yg kukuh sbg puncanya).
Selamat berpuasa ya Ustaz dan rakan2. Saya gembira di sini dan selalu terhidu kebangkitan Islam yg segar dan memerdekakan jiwa, minda dan insan seluruhnya di sini
=
Taat perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad s.a.w. mengikut mana yg mana patut di dahulukan dan yg mana patut di kemudiankan menurut kesesuaian suasana/keadaan dan masa/waktu..
Hmm..sinonim ker dgn artikel ustaz?..
selamat berpuasa..
‘Kisah-kisah yang disampaikan didalam Al-Quran Al Kareem, tidak semestinya benar. Ianya cuma harus dinilai dari aspek retorik semata-mata dengan tujuan untuk mendidik insan’
Al Quran itu benar dan ‘tiada keraguan di dalamnya’. Ia mengandungi ayat mahkamat dan mutsyabihat, termasuklah bahagian cerita dan sains. Yang samar itu perlu alat baru (anjakan para) contoh teropong lihat malam (gelap) barulah nampak. Dari mana petikan itu sangat dikehendaki. Selamat berbuka
Alhamdulillah banyak juga respond yang bernas dan menarik yang diperolehi daripada entry sebegini. Sesekali apa salahnya, kan.
Tapi Tuan Raihan, hehe, kalau jawab macam tu dalam exam, mungkin payah nak dapat markah.Soalan-soalan yang akan timbul, taat kepada Allah dan Rasul itu bagaimana? Apa sandaran jawapannya? Bak kata saifulislam.com lepas-lepas, jawapan kena TEPAT dan JELAS. Bukan apa, ramai yang buat kerja yang saling bertentangan, tetapi semuanya atas kepercayaan masing-masing sedang mentaati Allah dan Rasul. Pelik, bukan?
Saya tak dapat nak quote dan respond satu-satu, so saya rangkumkan sahaja dalam satu jawapan ya.
Memang tak dinafikan, isu yang dibawa oleh akh Ibn Ahmad Shah itu relevan. Saya mula cuba mendekati pemikiran al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha semenjak belajar di Jordan. Maka banyak buku mereka dan tentang mereka yang saya kumpul. Boleh dikatakan, buku yang mencela mereka, sama banyak dengan buku yang memuji mereka. Sehingga saya pernah membuat kesimpulan bersama dengan Ustaz Abdul Rashid Idris (boss Ibn Qayyim Institute) bahawa mereka ini adalah ashkhas ghamidin (peribadi-peribadi yang kabur). Tak boleh nak buat kesimpulan.
Tetapi, kami dilatih dan latihan itu makin intensif di dalam pengajian history di UIA, supaya mengadili seseorang daripada apa yang orang itu sendiri tulis dan ungkapkan. Ketepikan bahan2 yang memuji dan mencaci mereka, kemudian ambil bahan-bahan yang mereka sendiri hasilkan, dan gunakan kaedah idea vs. masa yang saya sebut di atas, kemudian buat keputusan sendiri.
Maka semenjak itu, saya dapat menghargai kebaikan manusia dengan lebih selesa. Saya boleh menghargai Al-Ghazzali, Ibn Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, malah jangan terkejut kalau saya katakan, saya juga menghargai beberapa idea Ibn Arabi juga yang seekstrim Hallaj.
Jangan lupa, orang seperti Muhammad Abduh dan Rashid Ridha, mempunyai musuh yang SANGAT ramai. Suasana di zaman itu pula sangat kucar kacir. Usahkan orang awam, institusi seperti Al-Azhar pun mempunyai penentangan terhadap mereka. Maka kalau nak dikumpul, ada yang menuduh Muhammad Abduh sebagai neo muktazilah, zindiq, fasiq, freemason, malah bak kata Ibn Ahmad Shah di atas, berfahaman existentialism. Wow! Terangkat kerusi saya dibuatnya.
Tetapi tiadalah bahtera penyelamat dari kekeliruan semua ini, melainkan kita kembali berlaku adil dengan mengambil pendekatan-pendekatan yang simple tetapi dasar. Iaitu baca sendiri dan kaji tulisan tokoh berkenaan. Jangan dipengaruhi hanya oleh pemujinya, atau pembencinya. Dan fahamilah setiap ungkapan seseorang, dalam konteks beliau, di zaman beliau, dan bukan dari sudut pandangan kita.
Saya juga menyetujui apa yang Abu Saif Abu Imad (mana satu ni… macam sama dengan saya pulak) katakan tentang keperluan menyemak semula Sejarah Kemerdekaan. Cuma kita tidak harus lupa bahawa, cabaran besar kita ialah SIKAP pihak berkuasa. Alangkan sambutan Hari Kemerdekaan pun nak dipartisankan… memang besar cabarannya.
Cumanya, saya yakin usaha menulis kembali bahan sejarah kemerdekaan kita lebih mudah untuk dibawa ke mainstream jika kita menulisnya dengan rujukan-rujukan yang betul dan jelas, serta ditulis dalam bahasa akademik dan bukannya bahasa marah-marah, nak claim bahagian yang nak diclaim dan sebagainya. Sebagaimana pihak nasionalis melayu sekian lama mendakwa kemerdekaan milik mereka, nasionalis islam lebih mudah ke depan jika tidak menggunakan presentation yang sama. Tulis dengan tenteram agar tidak kelihatan emosional. Saya tak seronok sikit tengok bila usaha sebegini ditulis dan diceramahkan dengan nada emosional, kerana ia akan menyulitkan bahan tersebut dimasukkan ke gelanggang akademik.
Unfortunately, ia bukan speciality saya dan saya tidak berkemampuan untuk mengusahakannya di level menulis buku etc. Mungkin sekadar artikel-artikel kecil sahaja, sebagai menyusun kefahaman sendiri.
Saya menghargai usaha sahabat di Jalan Telawi bersama dengan akh Amin. Cuma mungkin chemistry saya lain sikit sebab sebelah kaki saya duduk di dunia itu, manakala sebelah kaki lagi berada di dalam suasana kuliah maghrib, orang kampung dan mereka yang biasa-biasa sahaja dari segi pemikiran. Maka saya perlu appreciate pemikiran yang biasa-biasa itu kerana saya datang dari situ, serta sering pulang ke situ mencari benda2 yang tak ada di sinun
Jazakallahu Khoiron Kathiro… Baroka Allahu Fika wa Usraatuka Ajma’in. (Errr… Betul ke, Lughatul Arabiyyah ana dah lama tak digunakan).
Ana fikir (fikir jerr) yang apa dimaksudkan dengan ‘existentialism’ itu ialah sama dengan fahaman ‘neo muktazilah’ yang ustaz sebut diatas.
Salam.
Penulisan yang mengajak manusia berfikir tentang sejarah dan menghargainya. Minat jugak penulisan sebegini, sedang berusaha untuk menambah pengetahuan. Perbanyakkan lagi perbincangan dan penulisan ustaz dalam topik-topik sebegini. Terima kasih.
Salam ya Ustaz,
Jalan Telawi mungkin hanya sekadar nama tempat berkumpul. Dan kebetulan pemuda jalanan seperti saya ditemukan dengannya. Saya percaya pengetahuan dlm bentuk ilmu dan maklumat ini bisa diperoleh di mana saja hatta di ruang maya ini.
Teruskan menulis ya Ustaz, Confucious pernah berkata “Kita akan belajar bila kita mengajar”..
Salam,
Pencerahan atau tanwiri mungkin sebahagian dari idea perubahan @ pembaharuan agama. Namun pencerahan tidak bermakna mengambil semua idea yang bersifat kritikal kerana mahu dilihat lebih cerah dari yang lain. Sebab itu dalam komen awal saya menyebut ” Keanjalan Ilmu ini perlu ada (tanpa menolak keperluan rujukan yang benar)”.
Islam juga meletakkan adab dan Waqie sebagai manhaj pada islah atau dakwah atau mungkin pencerahan juga itu kita mahu namakan sebagai ganti pada istilah dakwah dan Islah.
Jalan Telawi bagi saya cukup bermakna kerana memberi ruang untuk idea baru yang lebih kritikal … namun pesan kecil saya … Cubaan menerbitkan “Islam wa usul al Hukm” tanpa menerbitkan pengakuan pemikirnya sendiri pada khilaf dan salah penulisannya adalah tidak berlaku adil pada Ilmu. Mendebatkan dan mandakyahi pemikiran-pemikiran terpinggir @ lorong tepi tanpa cuba menghayati keindahan pemikiran yang disepakati juga tidak berlaku adil pada Ilmu.
Sepertimana kita berjalan masuk ke kampung yang baru kita tempuhi, lalu bertanya pada seorang jalan ke rumah tok penghulu. Setelah puas mengikut jalan yang dipandu masih tidak berjumpa. Bertemu seorang tua lalu ditanya lagi jalanya. Jawabnya “anak sesat nie, itu bukan jalan ke rumah tok penghulu”. Tapi saya sudah di”cerah”kan jalannya berdasarkan apa yang terdahulu saya jumpai. Pak tua … malas bertekak lalu berlalu. Berjalan, berjumpa imam dan bertanya lagi “Anak sesat nie”. Tapi Pak Imam “yang mencerahkan saya itu indah pada pandangan saya cara dia menyampaikannya”, maka hatinya berkeras dan mahu terus berjalan. Dia bertanya, menyoal namun walaupun orang lain berkata sebaliknya … dia tetap bertegas dia mahu tersu berjalan.
Maaf jika yang lain tidak memahami apa yang saya bicarakan namun saya tidak mahu apa yang tulis sebelum ini disalah fahami. Mungkin penulisan ini khusus untuk adik2 dan teman jalan telawi yang saya hargai namun kurang kesempatan untuk bertemu.
Untuk syeikh ustaz, mungkin bukan specialty anta. Tapi terus menjadi tanggungjawab kita mencerahkan sesiapa yang mampu agar nota sejarah tersebut tidak hilang dari lipatan sejarah.
Abu Saif Al Mahshari
“Mendebatkan dan mandakyahi pemikiran-pemikiran terpinggir @ lorong tepi tanpa cuba menghayati keindahan pemikiran yang disepakati juga tidak berlaku adil pada Ilmu.”
Terima kasih kpd Abu Saif Penang..
Saya tak tahu sama ada ini medan terbaik utk bertukar pendapat krn ini ruang maya Saifulislam..yg nyata memiliki jumlah kelompok pembaca yg tersendiri dan kritikal.
Saya memetik tulisan sdr di atas dan bersetuju dgn sedikit penambahan bahawa meminggirkan pandangan2 yg disifatkan minoriti juga untuk saya tidak berlaku adil kpd ilmu. Teorinya – Sejarah sebahagiannya ditulis oleh mereka yg menang. Tak perlu pergi jauh, cukuplah kita melihat bagaimana Sejarah Kemerdekaan negara kita dirobek2 oelh mereka yg menang.
Saya cenderung mengatakan bahawa penerbitan Islam dan Dasar Pemerintahan sbg adil krn ia adalah terjemahan asal buku tersebut. Dan jgn lupa ia disusuli dgn buku kajian ilmiah tentang seluruh peristiwa penerbitan buku tersebut – tulisan Mohamad Immarah (boleh dirujuk di laman http://www.jalantelawi.com di ruangan buku-acara).
Bukanlah niat kami di Jalan Telawi untuk mengungguli kebenaran krn demokrasi untuk kami bukan sekadar Pilihan Raya tetapi juga ruang-ruang nafas kebebasan untuk bersuara, berbeza pandangan, eksplorasi hujah dan membuat pilihan.
Moga doa-doa kita selalu diiringi kesungguhan dan keikhlasan. Akhirnya kpd Allah s.w.t. kita bergantung harap untuk memberi kita kekuatan dan upaya menegakkan kebaikan.
Sejarah dan masa. Nama pun “Tarikh”, kalau tak dikaitkan dgn konteks masa tentu perit menanggapinya. Cuma kita yang perlu kerja keras sedikit mencari lagi tentang situasi “masa” tersebut (oh ye, dan ruang cum lokasi) dan kesannya ke atas setiap fakta sejarah (dengan harapan fakta itu sendiri adalah benar).
Maaf kalau komen tak sekritis penulis komentar yang lain.
salam…ustaz….sy nak minta tolong ustaz…utk mendapatkan kepastian
sy dpt emel tntg hadith b’kaitan dgn ketawa…
1- “Dalam satu hadith, Nabi saw
bersabda’Banyak tertawa dan tergelak-
gelak itu mematikan hati’”"
2-”"Te rtawa-tawa di masjid menggelapkan
suas ana kubur”. Demikian ditegaskan
oleh Nabi saw.
3- “Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa
tert awa-tawanescaya melaknat akan dia
oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang
banyak tertawa di dunia nescaya banyak
menangis di akhirat.”
4-”Da lam hadith lain, Nabi saw
bersabda”Bara ngsiapa banyak tertawa-
tawa, nescaya meringankan oleh api
neraka.”
minta jasa baik ustaz sy ingin mengetahui samada hadith ini adalah sahih@hasan sahih@maudu’@dhaif??? sape perawi n nak tau sanat dan matan die…
supaya sy tak ragu2 utk spread hadith ini…dan semoga dpt manfaat b’sama
maaf kalu x sesuai sy tny dlm ruangn ni…
trima ksh bnyk2
Betul Ustaz.saya sgt setuju.kite tidak boleh “terlalu bermurah hati”(meminjam kata2 Pak Khalid Jaafar) melabel sesuatu ideologi itu tanpa usul periksa.Sebagai contoh mudah,sosialisme dan komunisme yg sering kali dilihat sadly to say “Ustaz2″ sebagai anti-agama.tolak Tuhan dan athies.Kata-kata Karl Marx “Agama chandu kepada masyarakat” sering kali diulang2 oleh penceramah2 agama ini sebagai bangkangan terhadap komunis.Sedangkan penjajah sebenar yg menjajah kita di Tanah Melayu pon bukan lah komunis tetapi imperialist barat yg bermazhab Kapitalis.Jrg sekali kite mendengar Ustaz2 mengkeji Kapitalis,mazhab terbesar penjenayah perang seperti Amerika.sedih.