Lupa Tuhan Lantas Lupa Diri
“Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.
Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih.
Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.
Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.
Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.
Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!
RAMADHAN
Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)
Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.
“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]
Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”
TIBA-TIBA
Tiba-tiba kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.
Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!
Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Allah tak hendak, dia pun tak ingin!
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Ramadhan itu ibarat sekolah kepada umat muslim. Dalam 12 bulan, Allah SWT memilih satu bulan untuk menggesa umatnya kembali belajar dan mengakses kembali amal. Sebagai latihan untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
JADI ustaz, apa penawarnya bagi orang yang macam ni, kadangkala perkara ni berlaku apabila orang tu dah beroutus asa dan hilang moytivasi dalam kehidupan segalanya hambar dan tak berkeinginan, semua rasa kosong.Nak buka quran pun rasa tiada hati, bahaya, solat pun tak terasa nikmatnya. Apa penawarnya ustaz? adakah masih ada penawar?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ramadan yang tiba harus digunakan sebaik-baiknya untuk menambah amal kebajikan dan memperoleh pahala sebanyak mungkin..
Allah S.W.T. Maha Pemurah. Dia memberikan umatnya satu bulan yang penuh dengan rahmat. Terpulanglah kepada umat itu sendiri untuk memanfaatkannya atau mensia-siakannya..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hadis pertama tadi tu ustaz, “satu kebaikan berlipat sepuluh kali” dalam bulan Ramadan ke? atau ditujukan dalam bulan-bulan lain juga?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Best sungguh.. Tak terpikir pulak perumpamaan sesimpel ni tapi very clear…
syukran ust, bahan menarik tuk iftitah tazkirah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
bagaimana pula nak maintain amalan ramadhan, at least ramadhan itu memberi impak pada bulan selepas itu? kerana ramai berlumba dalam ramadhan tapi terbarai sesudah ramadhan… musykil, semoga ramadhan ini lebih baik dari yang lepas
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Nilai terbit dari iman. Ia umpama pokok yang keluar dari benih. Tanpa benih, pokok hanya pokok plastik.
Untuk menerapkan nilai Islam, penerimaan dasarnya berupa aqidah, mesti didahulukan. jika nilai islam diambil tanpa mengambil islam, ia akan menyerlahkan kerapuhannya dalam jangka masa yang dekat.
Belief System menghasilkan Paradigma / Mindset dan Worldview
Worldview menentukan Nilai
Nilai menentukan tindak tanduk dan perbuatan
Perbuatan yang berulang-ulang menjadi tabiat dan akhlak.
Itulah turutannya
Dipetik dari salah satu komen Ustaz Abu Saif.
Kepada yang tidak bermotivasi, something wrong dengan cara dia menilai kehidupan apatah lagi kematian.
Kepada yang tidak istiqomah, something wrong dengan nilai yang diletakkan kepada amalan yang dilakukan pada bulah Ramadan.
Minta maaf, hari ni terasa malas nak jadi duat tu yang jadi qudah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
3 perenggan yang bawah tu, statement akak.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum
wah..sungguh tegas…!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz..
Sejujurnya bagi saya.. perbandingan yang cuba diketengahkan oleh ustaz agak kurang sepadan..
Ini kerana “Promosi Mega” itu berbentuk kebendaan dan serba “dunia”… melibatkan wang ringgit yang boleh dilihat dengan mata kasar…
Manakala “Promosi Allah” yang disampaikan melalui “berita” di Al-Quran berbentuk “ghaib”.. janji2 Allah yang mesti diimani dan diyakini..
Permasalahan umat sejagat masa kini yang menolak “makanan rohani” menyebabkan kehendak mencapai habuan “Promosi Allah” menjadi tipis.
Akhirnya, segala “tawaran” dari Allah dianggap biasa-biasa saja bagi mereka.
Mungkin cuma satu cara yang boleh menghebatkan lagi “Promosi Allah”, iaitu seluruh umat Islam perlulah sama-sama menghidupkan bulan penuh keberkatan ini. Seluruh media perlu bekerjasama. Mengurangkan siaran/saluran lagha dan membanyakkan lagi program2 kerohanian. Syarikat / Majikan boleh menambahkan aktiviti khas sempena Ramadhan. (dan sebagainya)
p/s: Ganjaran dari “Promosi Allah” itu Maha Hebat dari “Promosi beli 1 dapat 10″.. semoga kita sama-sama berusaha untuk menghidupkan Ramadan yang penuh berkat ini.
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Allahuakbar..terasa sungguh artikel ustz ni terkesan dlm hati..Ya Allah adakah ramadhanku kali adalah yg terbaik ataupun sama seperti yg lepas2?..Aduuhhh hibanya..sukar sungguh ramadhan kali ini utk menistiskan airmata kesalahanku..
Teringat sebuah kisah teladan dari seorg alim ulamak..kisahnya begini..
Di sebuah negeri yg aman damai tinggal seorg raja yg amat penyayang dan amat di kasihi rakyatnya..
Suatu hari sang raja terasa ingin berbuat kebajikan kpd rakyatnya..Sang raja telah memerintahkan menterinya agar memberitahu kpd seluruh rakyatnya bahawa sang raja amat berkenan utk menghadiahkan segala hartanya yg ada dlm istana kpd rakyatnya..Maka berjln la menterinya ke seluruh pelusuk negeri,dari pintu ke pintu,lorong ke lorong,rumah ke rumah utk menyampaikan titah perintah rajanya..Sang menteri menghadapi pelbagai ujian dlm melaksanakan perintah rajanya..adakala rakyat mengejeknya,ada yg berkata si pembohong,ada yg menolak dan ada juga yg menerima pelawaan sang menteri dgn baik..Di istana pula Sang raja memerintahkan pegawai istana agar membuka seluas luas pintu istana buat rakyatnya tetapi cuma utk satu hari sahaja!..
Setelah hari yg di tetapkan tiba maka raja membiarkan rakyatnya berbondong bondong masuk ke dlm istana utk mengambil apa sahaja yg ada di dlm istana..Dari berpuluh kereta mewah diraja,alat kebesaran raja,emas perak intan berlian,pakaian diraja,makanan di raja hatta dayang2 istana pun di angkut juga..Kipas,lampu,tilam,bantal,katil yg bertatahkan emas berlian di hadiahkan kpd rakyatnya..
Dlm keadaan hiruk pikuk rakyatnya sedang berebut mengambil bahagian masing2 tiba2 sang raja terpaku melihat seorg pemuda berdiri di muka pintu istana yg hanya senyum sendirian memandang ke arahnya..
Setelah habis licin brg2 istana umpama licinnya kedai saudagar “Siddiq Sigaraga” sang raja merasa kehairanan melihat si pemuda tadi..Sang raja lalu memanggil si pemuda td..
Tanya sang raja “apakah kamu tidak berhajat langsung akan segala harta yg telah aku kurniakan kpd mu dan seluruh rakyat pd hari ini?”..
Jwb pemuda “Sesungguhnya aku telah dpt apa yg aku inginkan”..Sang raja merasa hairan lalu bertanya “apa yg telah kamu dpt walhal dari awal hingga licin harta istana satu brg pun tidak ada pada kamu?”..Jwb pemuda”kamu!..kamu la harta yg aku perolehi hari ini”..
Allahuakbar..lihat la betapa bijaksana seorg pemuda dlm menilai sesuatu perkara..
Kini sang raja menjadi milik penuh kpd si pemuda tersebut..Alim ulamak beritahu pengajaran/kiasan dari kisah ini bahawa :
1) satu hari pintu istana di buka utk rakyat mengambil harta adalah bermaksud dunia yg kita diami ini adalah berupa semetara..Alim ulamak menafsirkan bahawa Allah s.w.t. akan bertanya kpd manusia berapa lamakah yg telah kamu hidup atas dunia?ada yg menjwb satu hari,ada yg menjwb setengah hari dan ada juga yg menjwb sekelip mata..Allahuakbar sesungguhnya manusia benar2 dlm kerugian..
2) rakyat yg sibuk mencari harta istana adalah bermaksud mereka yg lalai dari mengingati Allah yg mana mereka yakin harta dunia dpt memberi manafaat dan kebahagiaan bg mereka sedangkan Allah la yg beri manafaat dan mudharat dari setiap asbab yg diciptakan Nya..
3) Menteri yg di lantik raja adalah bermaksud para nabi dan rasul yg diutus utk menyampaikan perkara yg haq..
4) Pegawai istana adalah bermaksud malaikat yg di ciptakan khusus dgn tanggungjwb masing2..
5) Sang raja adalah Allah yg menjadi raja sekalian raja yg mana segala keputusan adalah di tgn Nya..
6) Si pemuda adalah org2 yg beriman/bertaqwa lg soleh di sisi Allah yg tahu menilai antara kelebihan dunia dan akhirat..Harta dunia hanya sementara sedangkan harta akhirat kekal abadi abadan..
Mereka yg mencari redha Allah maka Allah la yg mereka dpt..bila kita dpt Allah maka apa yg ada dlm syurga minta sahaja la pd Allah..Mereka yg menjadikan dunia sebagai matlamat maka nikmat yg mereka peroleh hanya setakat di dunia sahaja la hendaknya..
Wallahulam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam SangPelangi (Irfan),
Sebenarnya artikel ni berkait dengan artikel sebelum ini iaitu “Kepercayaan Biasa Dan Luar Biasa”. Memang benar janji syurga adalah perkara ghaib yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah terfikir oleh fikiran. Tetapi untuk mendekatkan pemahaman terpaksalah gunakan contoh duniawi kalau stick to statement ukhrawi bimbang fikiran langsung tidak dapat berfikir kerana mata tidak dapat melihat. Tahap iman berbeza jadi para dai kenalah bijak. Seek 1st to understand then to be understood.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ASM Ustaz,
maaf topik tak berkenaan
saya regular visitor laman ustaz, agak ‘terkilan’ ketiadaan sebarang komen dari ustaz regarding pemergian adik Nur Jazlin Jazimin. Laman ustaz dilawat beribu individual prihatin, sisters dan brothers. Tak salah rasanya ustaz sekadar mengajak yang lain bersedekah alfatihah buatnya. walau pun saya pasti ustaz terganggu juga dgn berita tersebut, nyatakan di alam maya ini, just to tell that your opinion and thought counts
sekadar pendapat saya…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
la nih diorg promote raya je… xde promote Ramadhan… tu yg dok pelik
Promosi Raya 10/10
Promosi Makanan 8/10
Promosi Ramadhan 1/10
Baru seminggu posa dah sibuk shopping utk raya…
Haiz…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) NYAMUK hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya) – Al-Baqarah : 26
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…
hmmm. .terpukul diriku yang lagha dengan artikel tersebut..syukran ust..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamu’alaikum..
Syukran Ustaz, terkesan dengan artikel Ustaz..
Ingat kepada Tuhan akan mengingatkan diri yang akan kembali MenemuiNYA. Apakah ingin bertemu denganNYA dalam keadaan diri yang penuh dosa dan lagha..? Kesempatan yang ada inie tidak akan berulang lagie..tawaran yang HEBAT, ganjaran yang lumayan..dan yang paling utama adalah REDHA ILAHI terhadap hambaNYA..isk.
-muhasabah diriiiiii-
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terima kasih ustaz kerana mengingatkan saya lagi dan lagi.. Walaupun dah tahu mengenai perkara ini, tapi bila membaca article ustaz, seolah2 baru kini saya mengerti mengenai bulan Ramadhan. Itulah mukjizat Al Quran.. ayat2 yang dibaca berkali2 tapi berkali2 juga disentap jiwa kita tatkala membacanya. Ustaz, sy sudah cut dan paste untuk tatapan sahabat2 & anak2 buah saya. Walaupun sy tahu ustaz tak kisah, tapi minta izin jugaklah (walaupun dah buat). Salam Ramadhan buat Ustaz sekeluarga.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam. ustaz mcm mana nk dpt result yang bagus dlm exam?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
mmm…di Malaysia saya ada perasan satu budaya..Budaya Majlis berbuka puasa.Budaya ini hanyalah sekadar pesta makan2 sama seperti bulan2 lain.Saya dapati ramai yang pergi ke majlis berbuka puasa ini tidak berterawikh.Pernah ada yg mengajak dan saya kata saya nak solat terawikh.Kemudia ndibalas..”tak payahlah solat terawikh”
Mmmm…alangkah ruginya orang yang tidak mengejar terawikh tak kira bersendirian atau jamaah.Solat yang hanya ada di bulan Ramadhan langsung tidak menjadi istimewa bagi sesetengah orang.Tidak lupa juga mereka yg puasa tp tidak sembahyang/tutup aurat.Ataupun bulan puasa baru sembahyang/tutup aurat.Apa agaknya dalam fikiran mereka ini?Puasa tu apa bg mereka ye….pelik dgn budaya Malaysia(Walaupun diri sendiri org Malaysia)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ustaz…
Andainya Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum
Masalah yang mungkin dihadapi kebanyakan kita adalah ‘rasa’ yang tak datang, mungkin usaha mencari sudah dibuat, tapi tak juga datang, dimana musykil agaknya?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam Ramadhan,
Ustz, sy nak mintak izin copy n paste artikal ustz ni utk tazkirah di sekolah.
Syukran.
?? ????? ? ???? ???????
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
semoga kita menjadi’graduan ‘yang berjaya selepas ramadhan nanti..Aminnnn..
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
satu analogi yg menarik.
em..ye..
hakikatnya mmg ramai di kalngan kte yg xmrebut peluang yg ade di bln Ramadhan.sedangkan inilah bulan yg dnamakan madrasah tarbiyah..(peringtan tuk diri sndiri jugak)
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
pasaraya tu kat mana hah.. tak pernah dengar pun ? bukan kat malaysia ke ?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Ustaz…mcm mana ye..kalau asyik mengantuk ms terawikh?? ntah la, dah cuba elak tapi bila pnjang sgt bcaan iman, jdi ngantuk…kdg2 sedih bila balik trawih
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
qiam pukul brp yg paling baik..?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
*nasib baik tak minat sales kain…:)
Respond to this comment [with empathy]