
REDA….Norazian Bistaman menyiram kubur Nurin Jazlin sambil diperhatikan oleh Jazimin Abdul Jalil dan dua orang anaknya Nurin Jazshira dan Nurin Jazrina. – Utusan Malaysia 22 September 2007
Semenjak seminggu lalu, setiap hari saya membeli dua atau tiga surat khabar walaupun semuanya banyak bercakap tentang tajuk yang sama. Saya membelinya kerana keresahan jiwa. Gelisah, resah dan rasa tidak tentu hala.
Semuanya kesan daripada peristiwa yang menimpa keluarga Encik Jazimin Abdul Jalil, tentang kehilangan anaknya Nurin Jazlin, yang berakhir dengan kesudahan yang sangat-sangat menyedihkan.
Maafkan saya kerana ada di kalangan pengunjung Saifulislam.Com yang terkilan lantaran saya tidak memberikan sebarang komen tentang kejadian malang itu. Saya tidak boleh menulis apa-apa kerana memikirkannya sudah cukup menyebabkan saya gelisah, sakit kepala dan tidak selesa. Juga, bukan cara saya untuk menulis sekadar menulis. Saya perlu menetapkan matlamat, sebelum saya mula menaip dan mencatat.
Apa yang boleh saya tuliskan?
Setiap hari di IJN saya melihat kanak-kanak yang sakit, kemudian disusuli dengan berita malang yang menimpa anakanda Nurin Jazlin, saya hanya mampu memeluk anak-anak sendiri, mengucapkan sedalam-dalamnya rasa syukur kepada Allah kerana ketiga-tiga cahaya mata saya berada di dalam keadaan yang sempurna.
Apa yang merunsingkan saya kini ialah masyarakat kita. Negara kita.
Kita sedang melangkah masuk ke setahap lagi pada apa yang telah membelenggu negara gila seperti Amerika Syarikat. Ketika berbual dengan isteri saya tentang pesakit-pesakit mental yang datang ke hospital, kami pernah berkata bahawa dalam masa 10 tahun akan datang, Malaysia akan berdepan dengan wujudnya pembunuh bersiri!
Pembunuh bersiri yang bukan lagi samseng seperti Botak Chin atau Bentung Kali. Bukan orang yang membunuh kerana mahu mempertahankan diri, atau mahu mencuri, atau merompak, tetapi pembunuh yang mencari keseronokan dan kepuasan dengan menyeksa mangsa dan membunuh mengikut corak-corak yang tertentu.
MENGAPA MALAYSIA MENUJU KE SITU?
Kejadian kanak-kanak didera semakin berleluasa. Buang anak sudah tidak terkira. Lelaki membuntingkan perempuan tanpa perkahwinan macam sudah tidak berkesudahan. Institusi kekeluargaan kita semakin hancur dan inilah elemen-elemen yang menghasilkan pembunuh bersiri. Mangsa penderaan adalah calon paling berpotensi untuk menjadi pembunuh bersiri.
Mampukah kita berdepan dengan kewujudkan penjenayah seksual terhadap kanak-kanak di kawasan kejiranan kita dalam keadaan sikap mementingkan diri sendiri masih menebal dalam budaya kita?
Dalam masa yang sama, sejauh manakah perkembangan ilmu psikiatri dan psikologi di dalam masyarakat kita? Mereka yang menghadapi tekanan emosi semakin serius. Berapa ramai anggota msyarakat kita yang dibelenggu gangguan jiwa seperti Schizophrenia? Sejauh mana kesedaran masyarakat ada mengenainya? Sejauh mana peluang rawatan ada dan dimanfaatkan?
Sejauh mana media massa kita serius dalam mendidik masyarakat agar memahami kepentingan hal ini?
Jika media mahu bersetuju dengan saya bahawa agama harus diambil secara seruis sebagai penyelesaian, maka, berapa banyak nilai agama yang dibentangkan oleh media berbanding elemen-elemen yang membinasakan manusia dan kemanusiaan?
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Apakah masih wajar ibu bapa di dalam masyarakat kita terus cuai dalam memastikan keselamatan anak-anak? Saya merasakan bahawa kenangan saya semasa kecil dahulu, pergi ke pasar malam sendirian, sudah tinggal nostalgia kerana saya tidak lagi berani untuk melepaskan anak-anak seperti itu. Zaman sudah berubah.
Bagaimana pula dengan ibu bapa yang ghairah menyolekkan anak-anak untuk masuk pertandingan ratu cantik atau artis segera di usia setahun jagung? Selain Tuhan yang memerhati, tidak bimbangkah kita kepada manusia psycho yang mencari?
Sesungguhnya saya lebih menghargai Malaysia yang selamat, biar pun sederhana pembangunannya suatu ketika dahulu, berbanding Malaysia kini yang zahirnya gah, tetapi tercabut rasa tenteram dan selamat dari kehidupan kita semua. Inilah hukuman Allah bagi dunia yang membelakangkan-Nya.
DEMI MENCARI HIKMAH
Semua ini saya fikirkan, demi untuk mencari hikmah di sebalik ujian besar yang menimpa anakanda Nurin Jazlin. Mudah-mudahan peristiwa ngeri ini benar-benar dapat membangkitkan kesedaran di dalam masyarakat untuk melakukan sesuatu secara holistik.
Kaji secara mendalam, apakah yang menyumbang kepada tekanan mental rakyat Malaysia. Apa yang membinasakan institusi keluarga di Malaysia. Apakah yang telah berlaku di dalam masyarakat kita sehingga lahirnya seorang iblis yang bertindak membunuh anakanda Nurin Jazlin dengan cara yang begitu kejam dan mendebarkan.
MENGHARGAI AKHIRAT UNTUK MEMAKNAKAN DUNIA
Jika pembunuh Nurin Jazlin berjaya ditangkap, apakah hukuman dunia yang mampu kita kenakan ke atas? Apa sahaja hukuman yang kita bayangkan, tidak setimpal dengan apa yang telah beliau lakukan. Apatah lagi jika pembunuh itu terbukti bertanggungjawab ke atas kematian kanak-kanak lain!
Sekeras mana sekali pun hukuman yang dikenakan, pembunuh itu hanya dapat dibunuh sekali. Puaskah hati kita dengan hukuman itu? Adilkah jika seorang yang bertanggungjawab membunuh 10 orang hanya dapat dihukum bunuh sekali? Sepatutnya orang itu dibunuh, dihidupkan semula, dibunuh dan dihidupkan semula, berulang-ulang kali.
Berapa kali? 10 kali!
Maaf, hukum begitu tidak ada di dunia. Yang ada hanya di Sana, di Akhirat. Tanpa Akhirat, tiada justifikasi yang dapat dilakukan ke atas peristiwa yang menyayat hati ini.
Maka buat kedua ibu dan bapa Nurin serta ahli keluarga dan rakan taulan, lapangkanlah dada dengan keluasan Akhirat. Rapatkan diri kepada-Nya. Nurin kini di tempat yang terbaik untuknya di sisi Dia. Tabahkanlah hati dan teruskan kerjasama dengan pihak berkuasa hingga tertangkapnya iblis yang sedang berkeliaran itu.
PENDAKWAH
Bagi pendakwah pula, berilah kepada masyarakat apa yang menyumbang kesembuhan. Majlis ilmu bukan hanya majlis santapan akal, tetapi ia juga adalah majlis mengisi rohani dan mendidik hati. Jika manusia tidak mampu lagi tenang dengan cara lain, janganlah kedatangan mereka ke masjid dan surau, ke majlis ilmu kita, disakitkan lagi jiwa itu dengan bahan-bahan ceramah kita yang tidak berpijak di bumi nyata.
Back to basic… itulah kekuatan yang saya cari dan beri, untuk umat yang sedang sakit dan gering iman serta hati.
Saya semakin gementar untuk menghantar anak-anak ke masa depan itu.
Semoga Allah mencucurkan rahmat-Nya ke atas roh al-marhumah Nurin Jazlin Jazimin dan mengurniakan sabar dan lapang jiwa kepada seluruh ahli keluarganya…
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Al-Fatihah….
semoga kak ngah redha di sana, tenang dan sentiasa tenang…
amenn
al-fatihah buat nurin..
takziah buat keluarganya…
semoga pihak polis dapat menangkap pembunuh yg ZALIM itu..
al fatihah..
semoga penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut dapat ditangkap..kepada keluarga nurin, takziah diucapkan..semoga bersabar dalam menempuhi ketentuan-NYA…
berbagai2 kisah sedih dan malang telah kita dengar bukan sahaja kisah nurin, malah kisah2 yang lain jika anda masih ingat..Allah jadikan kejadian ini untuk kita muhasabah diri dan check and balance balik di mana kah ‘tahap’ kita…
apakah tindakan susulan kita….hanya kita yang mampu bertindak..
takziah untk keluarga nurin…Ada hikmah disebalik suatu kejadian yg berlaku. Semoga syaitan bertopengkan manusia itu segera diadili…dan diadili dgn hukum ALLAH kerana ialah hukum yang terbaik…
malaysia sudah tak selamat lg…terlalu banyak jenayah yg berlaku..kdg2 buat sy gerun utk memikirkannya..btul kate ustaz..bile kite membelakangkan Allah…ni la habuan yg bakal kite trima…tragedi yg menimpa nurin jazlin benar-benar satu malapetaka yg menyayat hati..sy masih tak dpt membayangkan macam mana manusia boleh berubah seperti binatang…sedangkan binatang tahu sayang menyayangi…kembali la kepada hukum tuhan…kembalilah kepada perintah Allah smoga kita tak jauh tersesat dan terpesong akidah dan minda..buat keluarga nurin jazlin,takziah sy ucapkan..smoga kalian sentiasa bersabar dan berada dibawah lindungan Allah sentiasa..amin
sebenanrya saya memang rasakan, detik ini sekadar permulaan. Walaupun itu bukan yang saya minta dan paling kita takuti. Jika kita lihat persekitaran sekolah sekarang, dimana remaja seawal tingkatan 1 telah pun mengancam akan memperkosa rakan sekelasnya, walaupun secara gurauan, tetapi bayangkan apa yang mereka tahu tentang perkataan “perkosa” itu sendiri.
Jika melihat kepada persekitaran sekarang, saya rasa kita bukan lagi berada ditahap pencegahan, saya tidak tahu mengapa, tapi saya rasakan sudah agak terlambat untuk mencegah. Generasi sekarang, terlalu ramai ibu bapa yang amat tidak peduli dengan didikan anak-anak, apatah lagi didikan agama.
Pembangunan, menyebabkan manusia terpaksa mengerah tulang empat kerat mencari rezeki dengan lebih pesat. Kedua ibu bapa bekerja, apa lagi yang tinggal untuk anak-anak. Diluar sana, terlalu ramai anak-anak yang sekadar disogok dengan kehendak material tanpa batasan, tanpa apa-apa didikan. Internet didedahkan tanpa sempadan seawal umur 5 tahun. Tanpa pengawalan. Malah ada ibubapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada permainan game diinternet.
Pembunuh-pembunuh bersiri jenayah seksual, telah lama wujud di amerika.
Dan kisah-kisah pembunuh itu telah banyak dibukukan, dan diinternetkan.
Kursus keibubapaan harus diwajibkan, amat harus. Jika diwajibkan segera, mungkin mampu mengurangkan risiko penghasilan pembunuh bersiri seperti ini dalam dua dekad akan datang.
Allahumma aghfirlaha wa arhamha wa ‘afihi fa’ fu ‘anha.
Al-Fatihah.
Ujian duniawi akan lebih punya erti jika di nilai dari sudut balasannya di akhrawi. Tetapi ini bukanlah satu ungkapan yang enteng.
Ianya berkait rapat dengan persoalan pokok yang telah pun dibahaskan oleh ribuan ilmuwan, dari As Sheikh Al Islaam Ibnu Taymiyyah dan Al Ghazzaali hinggalah ke Toshihiko Izutsu, iaitu ‘percayakah’ atau ‘yakinkah’ kita dengan Akhiraat Al Haqq?.
salam
alfatihah untuk arwah adik nurin
teringat pula dulu masa sekolah rendah
arwah mak selalu suruh pegi kedai
dgn tujuan nak ajar berdikari
alhamdulillah selamat je
sekarang ini, mak bapak kurung anak dalam rumah je la
Semoga Allah melimpahkan kasih saying dan rahmatNya kepada roh adik Nurin Jazlin. Amin.
Alhamdulillah, marilah kita mengambil hikmah, iktibar dan pengajaran dari musibah yang berlaku baru-baru ini. Semoga kita mendapat yang terbaik darinya. Amin
Apakan peranan kita sebagai seorang ibu? Patutkah kita menyalahkan diri kita sendiri? Kajilah sikap diri kita terhadap anak-anak.
Apakan kasih saying yang kita berikan untuk anak-anak itu ikhlas kerana Allah?
Atau kita mengharapkan balasan yang berupa kebendaan bila mereka dewasa nanti!
Apakan kita memberikan pendidikan yang seimbang kepada anak-anak?
Atau kita mementingkan pendidikan akedemik dari pendidikan rohani
Apakah kita mendidik anak-anak untuk mengenal Allah?
Atau kita medidik mereka untuk lupakanNya degan kesibukan dunia!
Apakah kita bertanggung jawab mendidik anak-anak kerana Allah akan menanya kita di akhirat kelak?
Atau kita serahkan kepada pembantu, guru-guru dan yang lain!
Apakah kita memberi perhatian apabila mereka berbicara kepada kita?
Atau kita tidak mengindahkan mereka dengan kata-kata pergi tanya ayah sebab ibu sibuk ni!
Apakan kita menanamkan keimanan dalam hati anak-anak?
Atau kita menanam kemungkaran sehingga mereka menolak fitrah!
Apakan kita meluangkan waktu untuk bermain-main dengan anak-anak?
Atau kita menyuruh mereka pergi bermain dengan video game yang bertemakan keganasan!
Apakah kita meyedarkan anak-anak dengan dasar-dasar akhlak yang mulia?
Atau kita serahkan kepada TV untuk menerap dasar-dasar yang tidak bermoral!
Apakah kita mengamalkan berdoa untuk anak-anak?
Atau kita lalai atau kurang berdoa untuk mereka!
Apakah kita memberi motivasi atau dorongan yang positif kepada anak-anak?
Atau kita menakutkan mereka dengan kekerasan dan paksaan!
Apakah kita menegur anak-anak dengan penuh kasih saying?
Atau dengan mengeluarkan kata-kata kasar dan makian!
Apakan kita membersihkan hati anak-anak kita daripada sifat yang keji?
Atau kita kotorinya dengan sifat-sifat yang keji1
Apakah kita menunjukkan penampilan diri yang bersesuaian dangan syarak kepada anak-anak?
Atau kita berpakaian seksi dihadapan mereka!
Apakah kita menanam rasa cinta dan takut kepada Allah dan cinta akhirat dalam hati anak-anak?
Atau kita tanam dengan sifat remeh cintakan dunia yang tidak mempunyai nilai apa-apa!
Kajilah diri sendiri dan buatlah perubahan sikap kerana anak-anak akan mencerminkan pribadi kita nanti…
Apakah hukuman kepada penjenayah seperti ini? Saya tak puas hati kalau dia digantung macam tu sahaja. Setahu saya hukuman paling keras yang pernah dilaksanakan oleh Nabi s.a.w. adalah memotong kaki dan tangan penjenayah secara bersilang, membutakan matanya dengan besi panas dan kemudian membiarkan penjenayah tersebut mati di tengah padang pasir………. saya kira ini wajar kepada penjenayah dan mereka yang bersubahat secara sukarela dengannya termasuk wanita yang meletakkan beg itu.
Segala puji bagi Allah yang maha Adil lagi Bijaksana…
Bila nafsu menguasai diri, dan bila pertimbangan bertuhankan syaitan.. manusia itu akan jadi lebih teruk dr binatang..sgt geram bila baca kesudahan adik Nurin.. (astaghfirullah…)
Mudah-mudahan the criminal berjaya ditangkap.. apa hukum hudud yg setimpal, ye? saya setuju dgn ustaz, mmg hukuman dunia takkan setimpal dgn perbuatan dia yg sgt keji.. tunggu je hukuman Allah nanti.
Dari Allah kita dtg kpd Nya la kita kembali..
Sebaik baik pengadilan adalah Allah yg Maha Adil dan sebaik baik pembalasan adalah Allah yg Maha Pembalas..
Assalamualaikum…
Ustaz… : )
Ekspektasi dan minat membaca saya terhadap hasil tulisan ustaz amat tinggi. Terlupa saya, ustaz sebenarnya merencana tulisan dgn teliti sebelum dimayakan.
TQ
salam.
komen no #10 – lightnur,
sangat tepat. sama-sama lah kita segera memikirkannya dan ‘bertindak’
Lightnur, sy telah copy comment anda ke blog sy untuk dimanfaakan bersama. Terima kasih. =)
afie911.blogspot.com
Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah di kalangan yang soleh solehah..
Untuk kita yang tinggal, banyak iktibar yang perlu diambil dari pendidikan dirumah oleh ibu dan bapa juga yang sepatutnya memikul sama berat tanggungjawab di dalam pendidikan anak-anak sehinggalah kepada keprihatinan masyarakat sekeliling dan peraturan sosial yang lebih baik…
Salam Ustaz..
Gerak hati saya mengatakan “binatang” itu akan tertangkap jua dalam masa terdekat ini. Tapi, pendedahan dan gertakan dari pihak polis sedikit membimbangkan saya. Kalau mahu menangkap penjenayah, tak perlu bagitahu media untuk pergi menangkap. Tangkap dulu baru cerita. (wallahualam..mungkin polis ada cara tersendiri yang tidak kita ketahui..)
Mungkin kebebasan di negara yang dicipta sendiri oleh orang kita menjadi punca.
Wassalam.
Apakah penyebab rakyat Malaysia sakit mental?
Tekanan hidup, hidup nak mewah, gaji se’ciput’.
Bila ni berlaku, bermacam2 cara manusia cari untuk mendapat apa yg dihajati… akhir sekali jadi pembunuh (nauzubillah)..
Lantas kerana kurang didikan agama, Iman tiada lagi sinar dlam hati..
Takziah pada keluarga yang ditimpa musibah..
Cuma berlegar di kepala persoalan cuai bila ditiup oleh seorang menteri..
Adakah wajar ibubapa Nurin Jazlin dikenakan tindakan mahkamah atas tuduhan cuai?
Atau apakah ada peruntukan undang-undang mengenakan tuduhan cuai ke atas kerajaan kerana gagal menjaga keselamatan rakyat?
Salam,
Semangkin kita kejar kemajuan/ kebendaan, semangkin banyak pula bencana/ musibah yang melanda….
Adakah ini suatu peringatan??? suatu kemestian ke arah negara maju yang diperjuangkan???
ataupun natijah/ hasil selama 50 Tahun merdeka…
Jadi, Ku lihat diri, anak-anak, keluarga dan masyarakat masih belum terlambat….
salam,
cuma terfikir..kejadian berlaku di tempat awam,pasar malam..ermm..tentunya ada orang awam yg nampak sesuatu bukan?terfikir lagi..jika kita berada di situ ..apa yang harus dilakukan?mesti ada sesuatu medium/cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan bila ada kejadian yg mencurigakan,sepantas kilat pihak berkuasa dapat amaran..iyelah bila ada tragedi jenayah biasanya akan mendapat reaksi seluruh negara..lepas itu jadi suam2 kuku dan dilupakan..itu yang kita tak mahu..agaknya apakah cara yang berkesan utk mengekang itu berulang?ngeri bila memikirkannya
assalamualaikum
takziah buat keluarga nurin
dalam keadaan penyeksaan yg tidak dpt digambarkan,nurin sebenarnya cukup kuat untuk bertahan dgn harapan dapat kembali kpd keluarga.
nurin yg menghidap penyakit dan bergantung kpd ubat dan diseksa sedemikian masih mampu bertahan hampir sebulan…semoga si kecil ini ditempatkan di kalangan insan solehah
semoga Allah memberi kekuatan buat keluarganya
dan kita semua jadikan iktibar dan sumber kekuatan buat kita semua di masa hadapan. ingatlah betapa berat ujian ke atas kita,masih ada yg diuji dgn lebih berat
semoga penjenayah akan memperolehi ganjaran setimpal
pantaulah anak2 remaja kita
zaman sekarang penyebaran cd2 lucah terlalu berleluasa
anak2 sekolah didedahkan dengan vcd lucah oleh ulat2 cetak rompak
waallahuaklam
Seruan buat diri dan semua ibubapa,
sentiasalah belajar teknik terbaik mendidik anak-anak sesuai dengan perubahan zaman. Pengalaman di sekolah sekarang, ramai pelajar yang mengucap pun masih salah. Yang fasih membaca Al-Quran tak sampai 10%. ( sekolah menengah harian) dan yang istiqomah solat laaagi susah nak cari.
Renung renungkan!!!!
Buat anakanda Nurin Jazlin dalam kenangan
hari ini ibu meratap hiba,
anakanda Nurin Jazlin telah pergi buat selamanya,
perpisahan ini merenggut tangkai hati dan jiwa.
ibu tahu… ibu perlu redha,
kerana kematian pasti akan tiba,
namun, pemergian mu anakanda… terlalu menyakitkan.
anakanda Nurin Jazlin tersayang,
yang ibu kandung sembilan bulan,
yang ibu timang ketika kecil,
yang ibu asuh dan kucup saban hari,
kini semuanya hanya dalam lipatan kenangan,
sepurnama lalu anakanda pergi tanpa jejak,
dan ‘kepulangan’ mu, anakanda,
terlalu menghampakan perasaan,
kepulangan tragis mu,
mengkhabarkan cerita derita,
betapa anakanda meratap tangis,
mengharap simpati…
mengharap sayang…
mengharap kasih…
mengharap belas…
alangkah kecewanya hati ibu,
mengenang detik-detik terakhirmu yang penuh sengsara,
dikala ratapan tangis itu,
ibu kejauhan…
tak tergapai tangan ibu,
untuk merangkul tubuh longlai anakanda,
untuk ibu dakap, usap dan kucup,
untuk ibu pujuk, untuk ibu bisikkan …“jangan menangis sayang, ibu sentiasa disisimu”.
hancur luluh hati ibu,
melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa,
terbaring kaku, sejuk bagai salju,
matamu yang redup terkatup rapat,
bibir mungil itu sepi tanpa bicara,
segalanya di dalam hidup ibu,
terasa bagaikan terhenti.
anakanda Nurin Jazlin,
hati ibu pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa,
Dia yang lebih mengetahui.
kini anakanda, tenanglah dikau di sana,
terhentilah sudah deritamu,
terpisahlah dirimu dari getir kehidupan,
tiada lagi keluh kesah,
oleh kehidupan fana yang penuh dugaan.
hari ini… di saat ini,
ibu seka airmata yang seringkali tertumpah,
tiap kali bayangan wajahmu berkunjung tiba,
bukan kerana ibu lupa padamu wahai anakandaku tersayang.
walau dalam kehibaan yang teramat,
ibu pasrah menerima hakikat,
hanyalah di sini pinjaman Tuhan buat ibu.
anakandaku sayang,
zahirnya dirimu terpisah jauh,
namun, di sudut hati ibu,
tersemai kasih buat selamanya,
dan selama itulah…
anakanda akan sentiasa ‘hidup’ di dalam diri ibu,
moga diizinkanNya bertemu dan bersama buat selamanya di alam kekal
Al Fatihah.
Hasil nukilan…ummininasma.
walau bukan anak sendiri namun kesannya jauh menusuk hati.
assalamu’alaikum..
Pilu membaca bait2 nukilan ummininasma..isk.
Malaysia bersedih dengan kematian adik Nurin Jazlin yan penuh tragis. Tak sangka sunnguh, begini rupa2nya kesudahan episod pencarian adik Nurin Jazlin. Membuat warga Malaysia menangis mengenangkannya.Sunguh ada hikmah yang cukup bermakna buat muhasabah diriiiiii.
Kepulangan adik Nurin kepada Tuhannya, mengakhiri deritanya di dunia..berbahagia di ‘alam sana.
Pilu masih dirasai.. Malaysia tidak selamatt!!! Itulah kenyataannya..
it was a very sad moment. after reading the news via the internet i cant hold my tears anymore! i felt sad, angry and ect! i cant believe there is an animal in human being body!may allah gave his blessed to late adik Nurin and family. alfatihah
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Awal kalam saya mengajak diri dan semua umat Islam bertaqwa kpd Allah swt.Kita sekarang berada dalam bulan Ramadhan yang mulia , yang mana matlamat kita berpuasa ialah agar bertaqwa kepada Allah swt.Inilah objektif yang utama dari ibadah puasa bukan sekadar tidak makan dan minum serta solat terawaih.
Marilah pada bulan yang mulia ini kita menambahkan keyakinan kita kpd Allah bukan sahaja kepada perkara2 ibadah shj tetapi juga marilah kita meyakinkan diri terhadap hukum dan undang2Nya.
Antara ayat yang diturunkan Allah hampir sama dengan ayat yang mewajibkan puasa ialah ayat kewajipan melaksanakan hukum Qisas.Kita patut bukannya renungi sahaja tetapi sedar dan insaf, punca banyaknya jenayah pada hari ini ialah apabila hukum Qisas dan hudud tidak dilaksanakan .Lihatlah jenayah begitu banyak berlaku sama ada dibandar atau dikampung2.Kita merasa tidak selamat lagi untuk membawa anak-anak keluar rumah walaupun bersama kita , kerana dengan sedikit kecuaian mungkin anka-2 anda diculik dan hilang sekeip mata.
Sudah sampai masanya pemimpin negara mencari jalan penyelesaian dengan kembali kpd hukum tuhan .YDP agung kita dan perdana menteri, keduanya Islam , mengapa kita tidak cuba melaksanakan hukum Allah.Apakah tidak cukup lagi dengan bukti bahawa jenayah hari ini tidak mampu lagi dibendung oleh pihak polis.Dalam kes Nurin, nampak sangat kelemahan pihak polis apabila kes ini dilapoarkan pada 20 Ogos ,tetapi pihak polis gagal menyelamatkan mangsa sehingga ditemui mati.
Apakah pemimpin -pemimpin hari ini , akan bertindak lebih berkesanjika yang terbunuh itu anak atau cucu Perdana Menteri, atau TPM atau anak-anak para menteri sendiri.Sebaliknya bila kes berlaku terhadap orang awam maka seolah-olah kes itu biasa sahaja.Rakyat masih ingat berapa banyak kes yang didakwa di mahkamah akahirnya terlepas begitu sahaja apabila pihak peguam Negara mendakwa tidak cukup bukti.
Kepada rakyat Malaysia lakukan perubahan, desaklah kerajaan supaya melaksanakan undang -undang syariah.Undang-undang manusia terbukti gagal.Selagi penjenayah tidak dihukum dengan hukuman yang setimpal , penjenayah akan terus bermaharaja , bahkan mungkin makin teruk.Kita sambut MERDEKA tetapi undang-undang negara masih bersumber kepada undang2 penjajah.
Dari kes Nurin bukan sahaja kita perlu bersedih, meratap dan mengenangkan kematian beliau atau berdoa sahaja tetapi lakukan perubahan dengan menyokong golongan yang ingin menegakkan hukum ALLAH swt.Insya Allah jika kita bertambah yakin dengan Allah hasil ibadah puasa dengan memperjuangkan hukum Allah agar tertegak keadilan dibumi Malaysia. Sekadar kita mengutuk penjenayah sahaja tidak memberi bekas …tetapi buat perubahan.Kepada bapa Nurin berjuanglah bersama orang yang yakin dengan hukum Allah.Sudah tentu andapun mahu kes sseperti ini TIDAK terjadi kepada anak orang lain.TAKZIAH buat Encik Jazmin dan isteri dari saya.wassalam
Assalam…Satu lagi bahasa alam dari Yang Menciptakan,”Every action must be an equal or negative reaction”..suatu pandangan pada sunnatullah..Beberapa hari lalu ada seorang ustaz di surau berhampiran rumah saya mengaitkan dengan kes yang berlaku ini pada ketentuan iktibar ang perlu kita fikirkan. Pada hematnya, kes seperti ini berlaku lantaran ketidak adilan yang telah masyarakat kita lakukan kepada kes2 yang melanda negara, dan antara kes yang disebutkannya adalah kes wanita monggolia yang mati dibunuh tetapi mendapat pengadilan yang tidak adil dari pihak “berwajib”. Allah Maha Adil, cuma kita yang buta mata hati sehingga melihat pun tidak nampak akan keadilan tuhan. Saya sendiri sudah menjangkakan perkara seperti ini pasti akan berlaku kerana ini adalah sunnatullah. Kes wanita monggolia cukup memualkan dan menghina masyarakat kita dengan membodohkan kita pada proses pengadilan yang mengangkat pengkhianat menjadi hero. Lantaran kejahilan kita itu, Allah mengajar kita akibat dosa tangan2 kita selama ini pada berlakunya kes2 seperti Allahyarhamah Nurin. TIDAK CUKUPKAH INI SEBAGAI PEMBUKA MATA HATI KITA UNTUK BERLAKU ADIL PADA SETIAP INSAN!Jika kita terus membuta, biarkan kita semua dihukum!…Para pemimpin…bantulah dirimu dari kezaliman..para ulama..bantulah kami dari kealpaan..memang kami degil..memang kami jahil…bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran kalian wahai para pendakwah….semoga kita semua mampu menafsir bahasa alam yang penuh makna…
salam..
Al-Fatihah buat adik Nurin yang telah kembali kepada Allah SWT…
Semoga rohnya ditempatkan ditempat yang Mulia disisi Allah..Takziah diucapkan kepada keluarganya dan bersabarlah diats ujian daripada Allah SWT..Smoga bulan ramadan yang mulia ini mendatangkan keberkatan daripadaNya..InsyaAllah…wassalam~
pertama:terlampau longgarnya sistem penyiaran kita…samapai imej islam yang dihebahkan tenggelam timbul hanya pada forum perdana + TV9.
memang nak mengata…tapi syarikat TV berleluasa menonjol kan imej artis…budaya latin+barat+timur(jepun/korea/china)+nusantara(indonesia) sehingga kita tiada satu imej sebenar…terlampau mengikut selera rakyat + gaya luaran…dulu era 90an remaja makin memakai tudung sekarang semakin singkat kain di badan ada la…
kita m’sia seolah2 pusat untuk merojakkan segala bentuk budaya…
kedua:cuma saya nasihat kepada saya&kengkawan, bAGI kita yang masih ada anak / nak ada anak…so jaga lah anak sebaik mungkin…saya pun hampir pernah experience benda ni..bila pergi shopping tegnok2 anak kita…
bila depa main kat playground hypermarket macam tesco/giant tengok mereka & tengok sama kot2 ada some strangers yang kadang2 berlakon tengok anak depa..padahal tengah cari mangsa…
saya pernah pergi makan kat McD ada sorang psycho(tak tau nak kata apa kat dia dah) ni. dia duduk sorang kat meja berempat…sebelah dia ada couple yg tengah makan. couple makan macam biasa…takde ringan2… psycho ni tengok semacam je kat awek couple tu…saya ternampak dari jauh sambil makan dengan anak&wife saya heran la kenapa dia macam tu…mula bersangka baik kot2 tu anak dia…rupanya muka awek tu resah&risau..tapi yang bodo to depa tak tukar tempat…saya pula
cuba psycho tu..dia pandang saya…saya lawan mata dengan dia…dia toleh tempat lain…bila psycho tu rasa orang dok perhati kat dia dia ubah tempat…dan cari mana tempat yang orang dah tinggalkan makanan tapi ada baki makanan lagi…so dia boleh pretend dia tu makan kat situ…
kami pun keluar dari McD…saya bawa wife saya ke tingkat 3…bila turun balik untuk ke parking lot..saya nampak Psycho ni dok usha minah lain kat mobile kiosk…tak tau la dia ni yang mengancam orang atau just balik umah etc fulfill his own fantasy
my conclusion is that…malaysians are more becoming psychopath…dvd lucah senang dapat…astro tunjuk aksi kejam& cerita latin yang baju perempuan dia punya ‘depan’ tersembul tunggu masa je nak terkeluar…even iklan as seen on TV pun pakai bikini sikit punya sakan!!!
so it’s time for us to start to ponder ourselves what have we already given to ourseves, our children the sweets to our soul?
sorryla..bahasa saya celupar sikit…hope awakens our mind…
tak dapt nak gambarkan betapa sedihnya apabila mengikuti perkembangan kes nurin. semoga rohnya dicucuri rahmat. xleh nak tulis panjang-panjang, ada exam esok. nanti saya sambung balik.
mengenai perkembgn kes adik Nurin, nampaknya ada tanda2 penjejakan penjenayah2 tu akan hampir berjaya.Semua orang berasa terpanggil untuk mengikuti perkembangan kes ini. Polis pun buat kerja dengan bersungguh2( x sampai seminggu dh ada suspek,berbanding byk lg kes2 seumpama ini, yg dilengah atau ditutup kesnya) Ada hikmah pada semua kejadian. Byk pihak2 mengambil peranan dan memikirkan cara memantau gadis2 sunti dari menjadi mangsa org yg x bertanggungjwb. Semuanya membuka mata. Kepada keluarga adik Nurin, tabah dan redhalah dengan pemergian ini, Aggaplah ini juga anugerah yg ada hikmahnya dikemudian hari.Anakandamu itulah pencetus kepada idealogi2 baru kepada rakyat. DIALAH SERIKANDI malaysia.
Sukar utk dikatakan…Banyak pengajaran yg boleh kita petik bersama melalui tragedi ini, seperti tragedi Tsunami suatu ketika dulu. Bukan tidak ada ulama’ di Acheh sana, tp sebab apa Allah turunkan bala itu di sana? Mungkin sama juga keadaannya di sini… Mungkin Islam sudah tiada dalam diri kita? Tepuk dada tanyalah iman…Sama2lah kita muhasabah diri kita
Anak seawal umur 8 tahun ke pasar malam seorang diri? Satu perkara yang tak patut berlaku dan mesti diambil perhatian oleh semua ibubapa!!!
Salam..
Seperti ramai rakyat Malaysia yang lain, saya tak lepas mengikuti perkembangan adik Nurin. Tatkala siaran tv dan radio mengumumkan yang adik Nurin dah meninggalkan kita, saya tak lepas memeluk anak sendiri. Hati ibu mana yang tak menangis… tabah sungguh ibu Nurin, saya tak mungkin setabah itu.
Hanya seorang ibu yang boleh memahami peritnya kehilangan anak seperti Nurin [cry].
Baru – baru ni, kebetulan Oprah ada menyentuh isu anak yang diculik/dirogol/diliwat. Memang dah severe keadaan di Amerika. Sayapun dah tak ingat statistik yang diberikan. Tapi kesimpulan yang dibuat, jangan sesekali menghukum/mengkritik keluarga mangsa, kerana kita tak berada di tempat mereka. Dan yang kedua, amat penting untuk mengajar anak – anak untuk menjerit/melawan/menarik perhatian orang lain atau membuat apa saja kalau merasakan diri mereka diculik/diragut oleh orang yang tidak dikenali. Bukan senang nak ajar ni, tapi mungkin itu yang dapat menyelamatkan mereka. Wallahua’lam.
sangat sedih. hingga kini polis GAGAL menangkap penjenayah/iblis yang menyeksa dan membunuh kejam arwah Nurin. dan yang sebenarnya, statistik kanak2 hilang amatlah banyak, terlalu membimbangkan. sampai sekarang tak jumpa2. adik sharlinie apa cerita? Malaysia dah tak selamat. sebab apa? sebab negara kita ni dah banyak sgt maksiat, politik kotor, media hanyut dgn motto nak naikkan rating je. budaya tarbiyah dah takda. balik2 AF, balik2 american next top model kat TV8! hishhh kadang2 geram! susah btol nak besarkan anak2 di negara Malaysia. TAK SELAMAT SECARA FIZIKAL, MENTAL DAN ROHANI
p/s: bosan btol dgn cakap2 manis org politik!
saya takut nak teruskan kehidupan sekarang..terlalu banyak dugaan dan cabaran..tapi saya amat bersyukur sebab mak ayah saya telah menghantar saya bersekolah agama walaupun mak hanya bersekolah rendah dan ayah saya buta huruf..saya belajar banyak dari cikgu2 saya tentang Islam..selebihnya saya cari sendiri di dalam buku2 agama dan kalau sedih atau saya menyakiti orang lain, saya terus mengadu pada Allah supaya saya tidak teruskan kesilapan dan kezaliman..saya berharap suatu hari nanti Malaysia akan mengamalkan sistem perundangan Islam sebenar2nya..sebab saya dah tak tahan melihat manusia2 yang bersifat binatang ini berleluasa..mereka perlu diberi ingatan dan panduan untuk balik ke pangkal jalan..saya takut untuk generasi kita yang akan datang..bimbang terikut dan menjadi orang jahat bernafsu binatang…