Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

September 4th, 2009 by Abu Saif 12:01 am | 10,015 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Ramadhan: Separuh Masa Kedua Piala Taqwa “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu...
  2. Manusia Separuh Manusiawi Pemergian ke PUISI 2007 di Waterford Ireland baru-baru ini memberikan...
  3. Desa Mati, Kota Sesak Separuh Mati Rumah Mak Yang di Bota Kiri “Semua kosong!”, saya terkasima....
  4. Selamat Ulangtahun Kedua, Muhammad Imaduddin! “Awak ada pembantu rumah?” “Suami awak boleh memasak?” “Keluarga awak supportive?”...
  5. Bayangan Masa Depan “Pakailah topi ni elok-elok,” saya membetulkan pakaian Saiful Islam. Hari...

Advertisement

44 comments

  1. musafir malam says:

    Salam ya ustaz.

    Ambil kesempatan sekejap berjaga malam ni (menyudahkan tugasan..hmm~), membaca dan ‘menganalisis’ blog ustaz. Tertarik dengan artikel yang ini. Suatu analogi yang mudah difahami. Golongan yang tak minat bola pun rasa-rasanya mudah faham, apatah lagi yang ‘kaw’ kaki bola. Sekadar membuat ‘analisis’ ringkas terhadap artikel ni.

    ~Ramadhan dah nak habis dah…cepat-cepat. Sempat lagi ni kejar. Jangan putus asa. Jangan lemah semangat. Mantapkan keazaman, kuatkan fizikal~ kata Sang Jurulatih.

    WaAllahua’lam.

  2. musafir malam says:

    Satu lagi, alangkah bagusnya jika kaki-kaki bola dapat memahami sejauh mungkin artikel ustaz ni. Mengaitkan bola dengan kehidupan mereka. Berfikir sejenak.

    (Eh, kaki bola sahaja ke?)

  3. JARINGkan 3 GOL jika boleh, lebih lagi! Jangan bagi muka kat Pasukan Nafsu” kata Sang Jurulatih lagi.

    “Lepas perlawanan ini juga kalian yang bermain mesti konsisten untuk terus merangkul Piala Liga Kehidupan Dunya & Akhirat.”

    “Baik Coach!” sahut pemain-pemain. =D

  4. Ibnu Ahmad Shah says:

    “Kejor Yop, Kejor!!”

    “Hobin Jang, Hobin!!”

    “Agi Idup Agi Ngelaban!!!”

    :) Fidelis et Labore, Insya’Allaah.

  5. man says:

    Cuma yang peliknya ustaz,
    kita boleh berdiri untuk main bola atau futsal selama 1jam.

    Tapi nak berdiri untuk terawikh 8 atau 20 rakaat belum tentu kita “fit”.
    Mungkin sebab kena melawan team nafsu selepas berbuka.

  6. saifulislam says:

    sebabnya perlawanan bola hanya suatu perumpamaan, sedangkan perlawanan antara iman dan nafsu adalah suatu perjuangan

  7. Permainan memasuki minit ke 55 pemain bernombor 7 Pasukan Nafsu, Hati Busuk, sedang mengucar kacir bahagian kiri pasukan tuan rumah. Hantaran lintang Hati Busuk berjaya ditanduk kencang oleh Nafsu Serakah dan Goll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! oh tidak para penonton, terkena palang.

    Pasukan tuan rumah mengatur serangan balas. Ketua pasukan tuan rumah, Sabar Soleh, mengatur gerak dari tengah padang. Satu ‘thru pass’ kepada pemain penyerang, Lapar Semata, tetapi tidak dapat dimanafaatkan oleh Lapar Semata.

    Pasukan Nafsu melancarkan ‘counter attack’. Pemain penyerang Nafsu Syahwat bergerak secara solo. Dalam keadaan “One by one” dengan penjaga gol Tuan Rumah , Puasa Khusus, Nafsu Syahwat ‘miskick’. Penyokong Pasukan Nafsu kecewa. Dalam bulan ini Nafsu Syahwat sgt mengecewakan dan serba tak kena.

    Sekian saja mengarut. Kalau tak faham tak payah comment.

  8. fauzi says:

    assalamualaikum
    analogi menarik..team taqwa vs team nafsu..banyak-banyak permainan, bola juga ya jadi pilihan.mungkin sudah sinonim.
    selamat berusaha!

  9. Wing 0 says:

    Siapa jaringkan gol? Nak bagi nama ke EPL. Kot2 boleh bawa kesedaran kat sana.
    Semoga separuh masa kedua ini ditingkatkan amalan dan ketaqwaan kita.
    Semoga tak perlu dilanjutkan ke masa tambahan atau penalti untuk tentukan kemenangan antara iman dan nafsu.
    Refree… Wisel…?

  10. Adros says:

    entry itu hari tentang ‘beli 1 dapat 10′, kali ini dah ‘half-time’…!
    semlm sy berterawih di Masjid BBB. on the way back to Cyberjaya passed-by UPM. teringatkan anak yang baru beberapa bulan study di situ. katanya ramadhan tak ramadhan, ada masa-masanya kulaih tamat jam 19:00h. kejar bas nak balik dorm.. sampai dorm waktu Maghrib dah pun berlalu.. katanya dia orng bawa ‘bekalan’ utk berbuka dlm bas.
    tambahnya lagi minggu ini ada exam. ada subject yang tamat jam 19:00h dan ada juga subject yang tamat jam 22:00h.
    ertinya ‘terlepas’ lah beliau untuk terus ‘meng-imarahkan’ ramadhan atas routin yang telah di tetapkan. begitulah agaknya hari-hari & malam-malam seterusnya di ramdhan ini. beliau akan ter’tarbiyah’ dengan suasana yang ‘terpaksa terima’. tak kurang 3 kali ramadhan mendatang akan beliau lalui sebelum tamat pengajiannya dan saya berharap suasana/routine terkehadapan nya berlainan. maka dapatlah beliau nanti bersama-sama menikmati offer ‘beli 1 dpt 10′ dan menyahut peringatan ‘separuh masa kedua taqwa’… insyaAllah [jika dipanjangkan umurnya]

    • adros says:

      terima kasih utz atas (ulangan tayang)!
      sept 27, 2007 (1428h) komen diatas adalah semasa saya masih bersama ericsson cyberjaya. kini (1429) saya berada pula di tenggara semenanjung arab…

      setelah masuk 15 Ramadhan, masjid berdekatan tempat saya tinggal (Midif-Dubai), ada program menghidupkan mlm di masjid dari l/k jam 2 hingga 3.30pg. ada yang bersolat dan ada yang ‘mengaji’… kemudian jemaah balek bersahur dan datang semula utk jemaah subuh! ada saya terdenar azan l/k sejam setengah sebelum waktu imsak!

      so, bagi yang ‘kuat’ berjaya lah ia bersama menjaringkan ‘goal yang sebenar’ di separuh masa kedua itu… insyaAllah

  11. Sharudin says:

    1. Untuk dapat Piala Takwa kita kena hidupkan malam
    2. Untuk dapat hidupkan malan kita kena hidupkan siang
    3. Untuk dapat hidupkan siang kita kena hidupkan ibadah
    4. Untuk dapat hidupkan ibadah kita kena hidupkan kerja
    5. Untuk dapat hidupkan kerja kita kena hidupkan sains Allah
    6. Untuk dapat hidupkan sains kita kena ada pengethuan
    7. Untuk dapat hidupkan pengetahuan kita kena Allah selection (hidayah)
    1. Untuk dapat hidupkan selection perlu Piala Takwa
    Begitulah pusingan hidup berevolusi
    Dapatkan offer 1 : 10^3 (min alpi shahr)

  12. lightnur says:

    Assalamualaikum,

    Ramadan
    sebelum kau datang aku menanti dan merinduimu
    kini kau disini
    aku merasakan keistemewaanmu dan bersemangat melakukan ibadah kepadaNya
    menjelang pemergianmu
    aku semakin berlumba-lumba untuk mendapatkan kemaafan dariNya
    bila kau berlalu pergi
    akan aku nilai apakah amalanku akan diterima olehNya

    Semoga kita semua berjaya memenagi Piala Taqwa!

  13. rozaimiabusamah says:

    sekadar nak bertanya kat Ibnu Ahmad Shah, saudara ni sekolah St John KL ke? sebab ada Fide et Labore tu. Ayat tu motto St John tu..

  14. Campden Grove says:

    Kalau coach tak bagus, ganti lah dengan yang baru…
    Asal jangan tuan punya kelab tu bukan jutawan yang rakus sudah le…

  15. labah2 says:

    Insya4JJ1 kalau seri, bolehlah membuat amalan puasa 6 di bulan Syawal sebagai penentu penalti..

  16. Inda says:

    Memecut 50meter terakhir dalam perlumbaan 100meter larian Ramadhan… Pecut, jgn tak pecut :)

    • SoFF-OnE says:

      sekadar komen bersahaja

      analogi ‘membuat pecutan’ dalam 100m agaknya tak berapa sesuai untuk melihat siapa pemenang. Setelah 50m pada kebiasaannya siapa pemenang sudah agak boleh ditentukan, terutamanya jika perbezaan jarak sudah jelas. Namun kita selalu terlepas pandang kerana tempoh berlumba bukanlah lama. Memasuki pertengahan larian, pecutan maksima sudah dilakukan pelari. Hanya kesilapan pelari yang boleh menafikan kejayaan. Jika sukan yang melakukan pecutan terakhir ingin digunakan, analogi berasaskan lumba basikal mungkin sesuai. Menghampiri penamat, peloton hadapan akan melakukan break-thru dan tika ini hanya pelumba yang mempunyai stamina dan kesungguhan berjaya..

      dalam hal 100m, mungkin asas istiqamah boleh digunakan. sesiapa yang sudah memberikan semaksimum mungkin di awalnya, dapat mengekalkan tempo yang sudah diperolehi dan berjaya ke garis akhir. Puasa yang sudah dimulakan dengan baik, beristiqamah padanya dan ditambah ‘perisa2′ di akhirnya akhirnya insya Allah piala taqwa dapat diperolehi..

      oh ya..piala taqwa ini bukan satu..ianya ada untuk semua ^_^

      • Inda says:

        hehe, terima kasih…
        kalau pernah berlari pecut 100 meter… 50 meter yang terakhir merupakan saat-saat kritikal, di sini baru rasa lutut nak tercabut, nafas dah sesak… dan saat ini, kena full force… silap-silap terus give up di tengah jalan…

        masih ada masa lagi… :)

        Fast your entire lifetime. Make death your ‘Eid! Life itself is a fast for the righteous. Their fast is from all forbidden lusts. When death comes to them their fast has ended. At that time they find the new moon of ‘Eid.

        Ibn Rajab, p. 278

  17. dhuat79 says:

    Thanks for the ‘wake up call’ ya Ustaz.

    Benar-benar menyedarkan…

  18. nazim says:

    Ya Allah..kurniakan daku Piala Taqwa..

  19. Farhan Fahmi says:

    Salam,

    Minta kebenaran ana ambil petikan di atas dan emelkan kepada rakan-rakan.

    Syukran

  20. zahidzuhri says:

    jzkk atas peringatn. analogi yang menarik dan interaktif

  21. lembu tersedak says:

    analogi yang membangkitkan kesedaran semua..manusia perlu dihidangkan dengan sesuatu yang pernah dilalui, barulah mereka tahu menilai..kebanyakan daripada kita tidak mampu untuk menterjemahkan perkara-perkara syariat kepada analogi yang mampu difahami umum..tahniah buat ustaz!!!
    p/s: cinta sempurna sampai berapa episod?tak sabar nak tunggu ending..

  22. Jika mengkaji dari sudut realiti bolasepak kita, memang team kita second half selalu pancit. Faktornya, stamina kurang dan diet yang tak seimbang.

    Begitu juga dalam beribadah. 5 malam pertama terawih, masjid pon terkejut. Penuh melimpah ruah tetapi masuk second half, separuh ruang masjid aje yg penuh. Faktornya, tak larat sebab kenyang sangat.

    Semoga kita masih istiqamah beribadah terutama 10 malam terakhir…

  23. ibun syabab el-jundy says:

    Wah!.. suatu discussion yang membumi. Apa kata rujuk kepada analogi kepada pakar dakwah dalam warga sukan realitinya orang muda cenderung kepada sukan dan rekreasi

    Tahniah ustaz!

  24. slipar says:

    apa yg nak kita ubah dan kena tahu jugak kenapa kita nak ubah . kenapa puasa di kaitkan dgn bulan turunnya al quran atau petunjuk atau ilmu kepada manusia . adakah petunjuk itu boleh turun kehati tanpa kita berusaha mendapatkanya . kita tolak makan dan minum dan baca quran serta cuba memahami sekadar yg mampu agar ada pelajaran yg terlekat di hati kita . tujuannya utk kita manafatkan dalam kehidupan .. biar quran tu jadi sandaran akal kita bila nanti syaitan berbisik

  25. limaumaniss says:

    malangnya di separuh masa kedua ni penghuni2 ‘stadium’ dan makin berkurang…awal2 lagi dah tunduk pada nafsu……sedey2,..

  26. ariffuddin says:

    Hadis diakhir artikel Ustaz ini membuat saya yang masih lagi mamai ini terkejut dan tersedar. Masa sudah semakin suntuk hanya tinggal beberapa hari sebelum ramadhan ini pergi.

    Terima kasih Ustaz.

  27. Nuruddin says:

    indahnya ramadan di negeri sang wira merah. (serambi mekah) Score!! Score dan terus Score!!

  28. Ana Abdu says:

    salam, kalau boleh jangan pergi ya ramadan…:(

Leave a Reply