Bujang, muda dan bersemangat – Gambar Hiasan
“Semenjak local networking jadi popular, penyebaran email yang mengkucar-kacirkan fikiran saya makin berleluasa”, kata seorang pelajar yang juga sahabat karib saya.
“Hendak-hendak pula di musim pilihanraya macam sekarang ini”, saya cuba melengkapkan kenyataannya.
Beliau mengangguk.
“Sesiapa sekali pun yang benar atau salah, menang atau kalah, mereka semua adalah sahabat saya. Entahlah… bukan-bukan benda yang dibincangkan”, keluhnya. Nada kesal yang mendalam.
MENAJAMKAN PERTELINGKAHAN MANHAJ
“Bab pilihanraya kampus tu, satu hal. Tetapi yang saya runsingkan ialah kawan-kawan saya yang begitu tajam menikam persahabatan melalui isu-isu khilafiyyah. Especially dalam bab Salaf – Khalaf ini. Saya pun dah jadi pening”, katanya.
Emm… mata saya meleret melihat jam. 15 minit sebelum kelas saya bermula. Isu Salaf – Khalaf ini sudah mual saya membincangkannya. Tetapi saya simpati dengan sahabat saya ini.
“Sebab itulah dalam pertemuan kita yang berikutnya, saya harap ustaz sudi bantu kami untuk jelaskan apa sebenarnya aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Kami confuse!”, ujar beliau.
“Insya Allah”, saya membalas perlahan.
“Teruk sampai ke tahap mana isu ini sekarang?”, saya cuba memahami. Maklum sahaja, pelajar postgraduate tidak mudah mengesan isu-isu semasa di kampus.
“Susah juga kalau saya nak generalize. Tetapi kalau menyebarkan email yang memetik dari kitab so and so, bahawa Ibn Taimiyyah ini kafir dan sebagainya… ia perkara biasa. Yang cuba mempertahankan Ibn Taimiyyah pun boleh tahan juga tajamnya”, kata beliau.
“La haula wa laa quwwata illa biLlaah!”, saya menggeleng-gelengkan kepala. Tidak terkejut, tetapi hampa.
“Kalau isu Salaf Khalaf ini mahu didebatkan, segala macam benda boleh ditemui dalam khazanah kita. Isu dah nak masuk 1000 tahun, korek balik, macam-macam benda jumpa. Semua orang ada bahan untuk maki siapa sahaja yang nak dimaki, fasiqkan siapa yang nak difasiqkan. Tapi apa faedahnya? Anta pernah baca artikel yang ana tulis lama dulu, bertajuk Aku Salafi, Anak Muridku Bagaimana?“, saya bertanya.
Beliau mengangguk.
Saya tidak berhasrat mahu mengulas kembali apa yang telah saya tulis lama dahulu tentang isu ini. Betapa masyarakat kampus yang terjebak di dalam perbalahan isu Salaf – Khalaf ini, selalu menyangka bahawa itulah isu perdana di kampus. Itulah hidup mati mereka dan dunia menara gading mereka.
Walhal majoritinya, masih terpinga-pinga mencari maksud agama.
BUJANG SENANG DAN AMBIL MUDAH
Tetapi fenomena itu banyak saya kaitkan dengan realiti pejuang kedua-kedua kem yang kebanyakannya adalah pelajar undergraduate yang masih bujang. Belum berkahwin.
“Eh, apa kaitannya ustaz?”, tanya sahabat saya ini.
“Mereka masih bujang. Sendirian. Suka hatilah nak berubah macam mana dan jadi apa. Hari ini aku Salafi, esok aku Sufi. Kalau aku nak jadi Syi’i (Syiah) atau pengikut Ahbash sekali pun, semuanya bergantung kepada pilihan diri. Tetapi cuba mereka bayangkan mereka sudah berumahtangga. Seorang yang cenderung lalu mengambil keputusan untuk berubah dari ‘Syafie kepada Salafi’, bagaimana dengan isterinya? Bagaimana anak-anaknya? Jika dia yakin pendiriannya adalah yang paling sahih, sabarkah dia jika isterinya gagal memahami perubahan itu? Sabarkah dia jika dia gagal menjustifikasikan perubahannya kepada isteri? Sabarkah dia jika isterinya tidak dapat menerima perubahan itu? Apa tindakannya? Bersabar? Terus berhikmah? Atau ceraikan sahaja?”, saya sedikit emosional.
“Saya faham point ustaz”, kata sahabat saya ini. Mengangguk perlahan.
Masa bujang, kalau yang Salafi nak hukumkan sesat Sayyid Qutb, atau yang ikut Khalaf nak print banyak-banyak artikel sebagai bukti kafirnya Ibn Taimiyyah, suka hati dialah. Mana-mana kawan yang tak bersetuju dan menentang, anggap sahaja mereka itu musuh. Kalau rajin, ajak gaduh. Kalau malas, tinggalkan sahaja.
Tetapi kalau yang mempertahankan Sayyid Qutb itu adalah isterinya sendiri, atau yang tetap bertahan membela Ibn Taimiyyah yang dikafirkannya itu adalah suaminya sendiri, dia nak buat apa? Pulaukan suami? Ceraikan isteri?
Orang bujang idealistik.
Sangkanya proses nak mengubah manusia itu mudah. Jangkanya perbuatan nak kutip himpunan mutiara takfir antara satu alim dengan alim yang lain tu benda kecil. Sebabnya ialah, seteru dia dalam hal itu hanya seorang kawan dan kenalan. Kalau tak setuju, tukar sahaja kawan jadi lawan. Apa susah?
Tetapi orang yang sudah berumahtangga, akan faham bahawa apa sahaja idea yang dia pegang, apa sahaja agenda dakwah yang dia mahu ketengahkan, ujian pertamanya adalah keluarga sendiri. Hebat sangat bercakap tentang tajuk yang tinggi-tinggi, isteri di rumah bagaimana? Suami di pejabat faham ke? Anak-anak bagaimana?
Memanglah kita hanya mampu berusaha, menerangkan dengan sebaik upaya, tetapi dengan kesedaran bahawa mengubah pendirian manusia itu tidak semudah yang disangka, kita akan lebih BERSEDERHANA. Tahu BERTOLAK ANSUR.
Inilah yang susah untuk disedari oleh pelajar tahun 1, tahun 2 yang lupa batasan. Jika yang diputuskan pertalian itu hanya kenalan, maka putus itu sekadar ‘hilang kawan’.
Kawan, apalah yang kaukesalkan,
Kerana Tuhan kehilangan kawan…
Petik sahaja nasyid itu sebagai justifikasinya.
Tetapi jika yang gagal ditolak ansurkan itu adalah isteri, maka memutuskan pertalian itu namanya penceraian! Mudahkah suami nak ceraikan isteri hanya kerana khilaf manhaj? Bukankah melampau bunyinya. Malah bodoh pun ada.
Habis, tanggungjawab kita bukan hanya menjaga rumahtangga. Ummah itu kita juga pengawal-pengawalnya. Jika membuang isteri bunyinya keterlaluan, membuang sahabat juga tidak kurang celanya. Jika hubungan antara suami dan isteri ada tanggungjawab dan tanggungan, maka hubungan kita dengan sesama saudara juga ada tanggungjawab dan tanggungan.
Mentang-mentanglah yang dimaki itu hanya seorang ‘kawan’, mudah benar kita panjang tangan dan lidah untuk berdebat sampai lupa diri.
Tunggulah nanti kamu diuji dengan isteri dan anak-anak, nescaya belajarlah kamu mengenal batasan.
“Izinkan ana masuk ke kelas. Jam sudah pukul 5″, saya memohon izin.
“Terima kasih. Kita berbual lagi, Insya Allah”, beliau bersalaman.
Saya melangkah pantas menuju ke kelas. Hati sedikit resah kerana selagi mana hal-hal ini diperdebatkan, saya yakin dan pasti, tentu ada tanggungjawab yang telah kita abaikan.
Tentu sahaja yang terabai itu adalah dakwah membawa pulang manusia yang terputus hubungan dengan Tuhan.
“Please give the most of your effort to connect our fellow colleagues with the Quran. We are now living in a disconnected society. And to connect them, let us back to the root“, penutup ceramah saya di malam hari yang sama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Alhamdulillah ustaz. Artikel yang memberi pencerahan.
Cuma frasa ini: “Orang bujang idealistik?” buat ana tersenyum sendiri.. Generalization ke ni ustaz?
Salam semua
1. Antara keluarga dan kawan, pilihlah keluarga
2. Antara manhaj dan Tuhan, pilihlah Tuhan
3. Antara bujang dan kahwin, pilihlah kahwin
4. Antara emosi dan rational, pilihlah rational
5. Antara popular dan benar, pilihlah benar
6. Antara keras dan lembut, pilihlah sederhana
7. Anrata creationist dan evolutionist, pilihlah evolutionist
Terima kasih
Benar sangat kenyataan ustaz mengenai suami-isteri tu. Kalau salah seorang tidak haraki (tidak pernah menyertai mana-mana jemaah sepanjang pengajian di kampus) pun sudah ada banyak perkara yang perlu ditoleransikan.
Orang bujang idealistik? Sudahlah bujang lepas tu belum kerja pula, kurang sangat kekangan. Idealistik ni bagus sebenarnya, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang terbaik, tetapi kenyataan akak ni tidak merujuk kepada isu salaf-khalaf ye.
Idealistik di zaman akak adalah mengikut garis panduan Assyahid Al-Imam Hasan Al-Banna. Sebab tu favorite artikel akak adalah “Jiwa Daie Otak Faqih” banyak perkara yang perlu diterangkan sebelum menyuruh remaja menutup aurat hatta solat sekalipun.
jazakAllahu khair ustaz atas perkongsian..
apa yang kawan ustaz risaukan tu hanya membabitkan sebilangan kecil pelajar. hatta yang berani menzahirkan pengkafiran tersebut hanyalah seorang dua sahaja. cuma, disebabkan dia rajin copy & paste artikel dan disebarkan ke merata tempat. ini menyebabkan ramai yg terkesan. allahu a’lam, itu berdasarkan pemerhatian saya secara kasar.
saya secara individu dan beberapa sahabat lain masing2 pernah berhadapan dgn mereka. perbincangan yang baik cuba dicapai. tapi, apakan daya, emosi menguasai rasional mereka. habis kami semua dituduh dgn kafir, wahabi, dan sebagainya.
saya merasa simpati terhadap mereka yang tersepit dalam isu sebegini. kerana kadang-kadang, kedua2 pihak yang berselisih faham adalah sahabat mereka sendiri.
saya sendiri sudah merasai kehilangan sahabat berpunca silap faham sebegini. tapi, alhamdulillah, kami mampu bertegur sapa dengan baik walaupun tak semesra dahulu.
‘ala kulli hal, semoga kawan ustaz tersebut dapat mengatasi kekeliruan yang beliau hadapi..
wslm
benar akhi syarief…
penyebar penyakit di dalam masyarakat memang selalunya kecil dan halus. tak percaya, cuba tanya virus dan nyamuk. virusnya halus, nyamuknya pun kecil. tapi gejala inilah punca ramai mati…
mereka ini adalah sedikit dan halus yang berbisa lagi pembunuh…
anyway kak ija, saya nak bring forward artikel jiwa da’i otak faqih semula. sempena ramadhan… thanks for reminding me about it
salam ustaz.betul gak tu..idea2 org bujang ni akan di uji bila mereka berrumah tangga..
tp, mcm mana kalau orang tu awal2 lagi cari spouse yg satu aliran n satu perangai dgnnya?
jawabnya bujang atau tak tetap dgn perangai lama la kot..
silap2 anak pun menurun perangai mak n ayah..
Sahabat ana, Ibnu Nordin pernah memetik ungkapan Dr. Zakir Naik sebagai menyebut… “Ideally, we should not be so focused on labeling ourselves with any particular brand of Islaam, it is sufficient that we are all commonly Islam branded” (lebih kurang begitu). This was the response given to a non-muslim participant whom had asked athe Dr. as to why there are so many sects and sub-groups in Islaam all claiming to be better than the other.
Whilst I’ve yet to find, read or hear this particular quotation, granted that if it is indeed attributable to Dr. Zakir Naik or any other person for that matter… the gist of the statement is essentially true.
Once we subscribe to a particular label or branding, we would almost instinctively promote and defend our brand of Islaam as being the best. When in reality, we tend to be blinded to the general needs of the ummah.
Wa Allaahu ‘Alammu Bis Sawaab.
Alhamdulillah..semoga umat Islam kembali bersatu..amin
off topic..ustaz kalau ada lagi gambar kita lama2 kat london dulu tolong hulur2 kat ana boleh ke? rindu pulak tengok gambar lama2 time bujang senang dan ambil mudah
assalamualaikum…
benar ya ustaz..ana kalau dapat email mcm ni ana delete terus..x baca pun..dah muak dah..orang dah mati dah, kita nk pegi kira dosa die plak..ishk3..
Assalamua’laikum ustaz..
Maaf ustaz tapi saya ingin bertanya soalan yang terkeluar topik sedikit. Saya membaca artikel ustaz di majalah i september 2007..bertajuk ‘Trend Mengurangkan Rasa Berdosa’..saya terpanggil hendak bertanya atas dua ayat yang ustaz gunakan di dalam artikel tersebut..ayatnya:-
a) ‘Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan jati diri?
b) ‘Kepada Tuhan manakah si artis tadi berdoa?
Tidak kah ayat sebegini mengundang makna tersirat yang lain? Saya faham maksud ustaz di dalam artikel ini tetapi yang menjadi persoalan saya, tidak kah soalan ini secara ‘subliminal’ nya mengatakan ada tuhan yang lain dari Allah? Nauzubillah..
Saya kadang tidak tahu bagaimana menerangkan kepada anak saya yang bertanya apakah itu di tokong Cina, bila dia ternampak tempat sembahan Cina. Lantas jawap saya ..itu tempat dia sembahyang tuhan dia. Suami saya meningkah jawapan saya sambil mengatakan adalah salah bila kita mengatakan tuhan dia..seolah kita mengatakan dan mengiyakan ada nya tuhan yang lain selain Allah..
Harap ustaz dapat memberikan penerangan..Jazakallahu Khairan Kathiran
wsalam wbt.
Apabila Allah SWT berkata di dalam al-Quran, “Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya?”, dan apabila Allah SWT berkata, “Ahli Kitab itu menjadikan pendeta-pendeta dan rahib mereka sebagai Tuhan selain dari Allah”… maka bagaimanakah kita memahami persoalan ini?
Apa sahaja yang manusia angkat sebagai keutamaan tertinggi dalam hidup, maka itulah tuhannya. Cuma, cabarannya ialah adakah itu Tuhan yang Benar, atau tuhan yang palsu. Inilah peperangan prinsip dalam Uluhiyyah.
Petang-petang, bila saya ambil anak di nursery, yang sulung selalu tanya saya tentang tokong buddha tepi jalan.
“Abi, tu apa tu?”, dia tanya.
“Oh, itu syirik!”, saya jawab secara berterus terang.
“Syirik tu apa abi?”, tanyanya lagi.
“Syirik tu, dia percaya tu tuhan dia. Tapi tuhan dia selalu lapar. Dia kena bagi makan kat tuhan dia. Sepatutnya tuhan yang bagi kita makan. Bukannya kita bagi tuhan makan. Betul tak?”, saya tanya balik si anak.
Dia angguk je. Faham tak faham, suatu hari yang dekat dah Insya Allah, dia akan faham. Masukkan sahaja konsep yang betul secara simple. Nanti dia proses sendiri.
Tu cara saya. Orang lain tentu ada cara lain yang lebih baik. Saya pun tengah belajar lagi.
Macam-macam cara orang memandang ya. Tak terfikir pula saya ada isu di situ. Terima kasih atas feedback.
Hurm. Susahnya kalau berkahwin. Baik jadi bujang kalau macam tu. Tiada la nak bertengkar ‘isteri’ mana yang betul.
Kalau membantu dalam pencarian Tuhan
1. Pencarian Tuhan bermula dari pemberian akal kepada manusia, iaitu N Adam. Berbudaya bertukar menjadi beragama dan apa yang dicari dalam beragama ialah ada sesuatu yang superbeing atau dipanggil tuhan (illah), yang dapat diletakkan harapan bagi setiap sesuatu yang tidak dapat difikirkan manusia. Contoh, zaman dulu tak dapat nak hurai bagaimana hujan turun ke bumi menghidupkan tumbuhan, maka awan atau langit yang mengeluarkan hujan itu dianggap superbeing atau tuhan. Maka bermacam-macam konsep tuhan timbul, sehinggakan N Ibrahim ra sendiri beberapa kali bertukar tuhan.
2. Adanya banyak tuhan memang disebut di dalam Al Quran, dan akhirnya apa sahaja yang dianggap manusia sebagai berkuasa dipanggil tuhan. Tetapi itulah yang ditekankan oleh semua Kitab-kitab Allah, mengajar manusia kepada tiadanya tuhan melainkan Allah. Perkataan Allah itu asalnya ialah Al-Illah (the God). Mengatakan ada banyak tuhan memang betul tetapi mengatakan ada lain Allah daripada Allah yang Esa itu yang menjadi syrik. Bahkan mengenal Allah yang mempunyai Zat, Sifat dan Perbuatan yang tidak sesuai bagiNya juga adalah syrik.
3. Allah membentuk/mencipta semua tuhan-tuhan yang ada, termasuklah Latta, Uzza, Mann dan sebagainya. Segala kekuasaan yang disangkakan ada pada tuhan-tuhan tersebut pun, adalah termasuk dalam penciptaan Allah. Sebagaimana berkuasanya syaitan menggoda manusia juga, adalah mendapat keizinan Allah. Tetapi Allah juga memberikan petunjuk bagaimana hendak mengatasi godaan dan sangkaan manusia kepada adanya tuhan selain Allah. Maka kalau pencapaian pemikiran manusia hanya ketahap bahawa tuhan yang mereka anggap itu adalah Allah, pemikiran itu yang perlu diperbetul untuk mengambil tuhan sebenar sebagai Allah.
4. Kita melatih anak-anak kita secara perlahan (gradual proses) untuk memahami sesuatu. Berkembangnya pemikiran anak-anak kita bermakna dia mendapat penambah-baikan dari segi pemahaman kepada kehidupan. Sekiranya kita boleh berinteraksi dengan situasi itu, maka adalah sama situasinya dengan kemajuan untuk mengenal Allah, bagi orang dewasa. Ia bekembang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi, dengan syarat, ada keterbukaan orang yang beranggapan itu. Sebagaimana akhirnya N Ibrahim ra dapat mencari Tuhan sebenar.
5. Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang Purba pun pandai buat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik. Kalau pemikiran kita terbuka kepada manhaj ilmu sains (akal rational), insyaAllah, kewujudan Allah akan menjadi lebih bermakna pada kita sebagai muslim dan mukmin.
SAlam,
Saya baru sahaja berkahwin 10 bulN Yang lalu,secara keseluruhannya ,saya amat bersetuju apa yang ustaz cuba terangkan dalam artikel ini….
Keluarga adalah target pertama dakwah kita….
kepada Azree MH, sebab tukalau nak kawin kena get ready semua ilmu hehe.. kesimpulan yang dapat saya buat dari artikel ustaz kali ni ialah, berpegang teguh dgn Quran dan Sunnah SAW
Assalamualaikum Ustaz,
sekarang ni isu kafir mengkafir di kalangan golongan agama semakin rancak sehingga memeningkan org awam. benda ini ustaz dah utarakan dalam artikel Aku Salafi, Anak Muridku Bagaimana?“. sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu benar yang mana satu salah? takut tersalah pilih. apa yang seharusnya di lalkukan dalam menghadapi situasi seperti ini ustaz? nak pilih siapa agar tak tersalah pilih?
Salam
Pertelingkahan antara manhaj dah seratus tahun, mungkin ujian dari Allah ke atas umat supaya lebih ‘bijak’ mengurus ilmu, kepakaran dan emosi. Lebih jauh dari itu mengurus arus pemikiran masyarakat.
Arus pemikiran inilah yang akan mencorakkan jati diri dalam masyarakat.
adalah terlalu menyedihkan sekiranya jati diri yang dibentuk dan akhirnya terbentuk adalah jati diri yang jau dari ‘Rahmat’ Tuhan.
Oleh itu, indikatornya ialah Ilmu..ilmu yang ‘betul’…penghayatan dari ilmu yang ‘terpimpin’…’disiplin’ dari ilmu yang terpimpin akan membina satu aliran, arus akan terbentuk dan akhirnya akan membawa satu gelombang yang sangat hebat…kalaulah gelombang tadi adalah gelombang dari wahyu Allah yang terpimpin sudah pasti akan mengundang Rahmat, begitu juga sebaliknya.
Abu dzahin sekadar menulis bersimpuhkan sedikit ilmu dan secebis pengalaman dari ‘hidup’ dengan mewakafkan diri utk Islam. Pengalaman saiful Islam jauh lebih luas, bervariasi dan warna warni. Dari dulu abu dzahin adalah murid yang paling setia kepada saiful Islam( itupun kalau tuan guru tahu).
abu dzahin kadang2 mual dengan pertelingkahan manhaj yang kadangkala si pencetus semula konflik ini tidak tahu hujung pangkal permasalahan, cuma sekadar di’kulit’ sahaja tetapi ‘gendang’ dipukul riuh rendah, gegak gempita satu kampung. Sedangkan sedikit tenaga yang kita ada di’surau’ masjid, ipt dan ‘musallah’ menjadi makin sedikit. makin sempit, makin gerhana. Apalah salahnya jika kita ‘berlapang dada’, mengisi mana yang kurang, membantu mana yang lemah, menolong mana yang perlu.Yang jauh didekakkan, yang dekat diserasikan…insyallah akan muncul barakah dari tuhan.
Abu dzahin teringat masa ‘mustami’ dalam kelas syariah dulu( abu dzahin bukan pelajar syariah), bila ada kawan2 berbangsa arab berselisih tentang isra dan mikraj samada dengan ruh dan jasad atau dengan ruh sahaja.. Dr. Abdul Rahman al kilani dengan sungguh2 mengingatkan pelajar supaya memikirkan tentang bumi Isra’nya Baginda SAW kunjungi sedang bermandi dengan darah dan jasad orang Islam, ruh terpisah dari jasad seorang tanpa pembelaan dari umat islam yang lain.
oleh yang demikian, setelah belajar dan faqih…kita juga perlu faqih tentang bagaimana menjinakkan masyarakat kepada Islam.
wasalam.
assalamu’alaikum..
Menarik pandangan abu dzahin, ana setuju..
Isu inie sangat membimbangkan..perbezaan aliran telah meninggalkan kesan yang buruk. Semasa seminar ASWJ yang lalu, aliran lagie satu yang agresif telah menyebarkan risalah tentang aliran mereka.. sedangkan sebelum inie, tidak pernah penganjur seminar menganggu program yang mereka adakan.
..mereka menyebarkan di sms tentang apa yang dikatakan oleh Ustaz Uthman El-Muhammadi, sms itu telah ditanya oleh seseorang kepada Ustaz Uthman..lantas Ustaz Uthman menyatakan itu sebagai dusta kerana beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti sms itu.
Pihak yang agresif itu memburuk2kan penceramah2 di seminar ASWJ kepada rakan2 mereka yang tidak hadir ke seminar tersebut..
Sungguh kelihatan pepecahan itu.. apabila mata tidak melihatt.
salam takziah..
Rasanya bujang “senang dan ambil mudah” bukan satu generalization kepada yg bujang sahaja kerana kadangkala sikap itu masih diteruskan bila dah tiada title bujang lagi, cuma mungkin idealisme semakin berkurang sedikit tahapnya dan praktikaliti dan toleransi pula yang mengambil tempat. Jika tidak, masakan masih ada di dalam masyarakat di kalangan org yg tidak bujang tetapi masih ” senang dan mengambil mudah”.
Root cause. Tidak semua memahami apakah sebenarnya root cause itu sendiri pun, kerana kita menyangka yg kita debatkan, emelkan, sebarkan, gawangkan ke udara adalah root cause, walhal ia bukan masalah akar sepertimana yg kita sangkakan.
Kesubjektifan sesuatu perkara diukur dari pengetahuan asal dan pengalaman yg telah dilalui oleh seseorg. Sebagaimana Allah mengajar Nabi Nuh supaya berdoa memohon daripada meminta sesuatu yg tidak diketahui kesan dan akibatnya, begitu juga kita perlu kembalikan pengharapan bagi proses mencerahkan pemahaman agama kita kepada Allah.
Sudah terang lagi bersuluh, jika Allah mahukan kebaikan ke atas seseorang itu, maka akan Allah beri kefaqihan dan kesahihan dalam beragama.
Wallahua’lam.
Kita memang harus berkawan. Isu kerenggangan Indonesia-Malaysia pun masih bisa diselesaikan dengan banyak discuss.
http://blog.360.yahoo.com/bujang160cm54kg1978