Saifulislam.Com di RTM1 “Selamat Pagi Malaysia”

On 02/10/2007, in Pengumuman, by Abu Saif | 3,150 views | Print Print | Email Email |

 

Sekali lagi, saya menerima jemputan daripada sahabat saya DJ Erwan Johari, untuk menjadi tetamu beliau di dalam segmen Islam Hadhari, rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1.

 

Tajuk yang bakal dibincangkan kali ini ialah “IBRAH DARI RAMADHAN”

 

Rancangan akan ke udara pada Selasa 2 Oktober, jam 8:40 am (GMT +8) dan ia boleh ditonton secara online di rtm.net.my  . Andaperlu mendaftar terlebih dahulu dan selepas pendaftaran, anda boleh terus cuba login tanpa perlu menunggu apa-apa email seperti yang ‘dijanjikan’.

 

PERPINDAHAN SAIFULISLAM.COM KE SERVER BARU

 

 

Saya juga akan memberhentikan seketika penyiaran artikel-artikel baru pada kadar kira-kira satu minggu untuk membolehkan proses pemindahan halaman web saifulislam.com dilakukan dengan sempurna. Saifulislam.Com akan dipindahkan dari selatan tanah air ke Lembah Kelang dan untuk mengelakkan kekeliruan dan kepelbagaian versi, maka saya akan memberhentikan penyiaran artikel baru sehingga segalanya selesai.

 

Semoga segalanya berjalan lancar. Terima kasih

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Abu Saif @ Selamat Pagi Malaysia RTM1       Sekali lagi, saya menerima jemputan daripada sahabat...
  2. Saifulislam.Com di BLOG RTM1 Alhamdulillah, rancangan BLOG di RTM1 telah menjemput saya untuk bersumbangsaran...
  3. Saifulislam.Com di Balik Tabir Alhamdulillah. Setelah setahun saifulislam.com menumpang rumah, akhirnya perpindahan yang dibayangkan...
  4. Selamat Datang ke Server Baru Gambar Hiasan Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah perpindahan server yang menampung segala...
  5. Saifulislam.Com di Dalam Bahasa Inggeris Alhamdulillah, dengan bantuan dua orang kenalan, sejumlah artikel yang pernah...

 

30 Responses to “Saifulislam.Com di RTM1 “Selamat Pagi Malaysia””

  1. Sa'adah says:

    salam ustaz,

    semoga segala proses pemindahan halaman web ini berjalan dgn lancar! :-)

  2. irshadian says:

    ada kelas pagi ni. terlepas la pulak nak tgk ustaz

  3. cikli says:

    Salam…

    Islam Hadhari?

  4. saifulislam says:

    Islam Hadhari nama segmen yang diberi.

    “Ibrah Ramadhan – meneladani sejarah2 penting di bulan Ramadhan” adalah inti patinya.

    Ada masalah ke?

  5. Noorazi Rani says:

    Salam

    Nasilsin? Keif halak ya syeik…kan zaman ma syuufak..bashtaq annak wallah

    iza kan indak el waeq ittasil li…

    al-akh min Mu;tah…urdun

    Allah simarladik..gule gule

    ben razi.

    ABU SAIF SAYS:

    Aleykum selam kardesim… nasilsiniz? Ey Valla… ne var ne yok? Kuala Lumpu’a ne zaman gideceksiniz? Ben dort gozle bekliyorum… datang KL mai la rumah…

  6. saifulislam says:

    Tiba-tiba pula saya menerima banyak email bertanya tentang pendirian saya berkaitan ISLAM HADHARI.

    Saya tidak suka bermain istilah, apatah lagi istilah yang bukan hasil kajian. Pada saya, Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah, yang diukur adalah pada keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Islam.

    Kemarahan saya kepada pihak berkuasa bukanlah kerana istilah atau konsep Islam Hadhari, sebab bagi saya semua tu hanya persoalan secondary. Tapi yang menimbulkan marah ialah sebab banyak benda yang dibuat bertentangan dengan Islam. Kalau PAS menolak Islam Hadhari dan mencadangkan Hadharah Islamiyyah, saya tetap menilai dari segi substance, apa agendanya dan bukan hanya kemenangan istilah.

    So, bila RTM buat segmen Islam Hadhari, saya takde masalah nak mengisi, asalkan apa yang saya kena cakap tu, bukan untuk menjustifikasikan benda salah yang kerajaan buat, atau menafikan benda betul yang selain kerajaan buat. Segmen tu namanya je Islam Hadhari, tapi tajuknya bebas dan terbuka. Kalau majalah Playboy minta saya tulis artikel sekali pun, saya takde masalah untuk menulis.

    Pendakwah tidak harus membazirkan semua ruang dakwah yang ada. Membazir itu saudara syaitan…

  7. Hadhari Hadhari bersatuuuu Hadhari kita majuuu. Sokong Islam Hadhari atau tidak, cuba tanya diri sendiri, dah banyak kah(dari sedia ada) menginfaq diri dan harta kepada Islam? Ada yang ramai banyak bertanya tetapi masih duduk 24 jam di depan PC. Surau-surau dirumah kita sudahkah kita menawarkan diri untuk menjadi AJK?

    Ayuh pastikan diri ada meng infaq kepada Islam. Setidak2 nya sertai lah mana2 gerakan Islam. Berdebat konsepsual sesuatu sesuatu istilah lebih banyak membuang masa. Seolah-olah satu cara melenggahkan kerja.

  8. elbariti says:

    Assalamualaikum wrt wbt.

    Saya setuju istilah itu bukan bahan perdebatan.
    Tetapi saya juga memahami apa yang dibangkitkan oleh rakan2.

    1. Bagi ahli politikus Islam Malaysia, mereka kurang senang istilah ini dibawa/diguna oleh pendakwah yang ikhlas, kerana ia boleh mengelirukan rakyat ( dalam jangka pendek ) yang akan percaya kononnya penciptanya mahukan Islam sebenar, sedangkan ia tidak begitu, sebaliknya cuba mengelak daripada melaksanakan Islam sebenar seperti diperjuangkan oleh Gerakan Islam.

    Mereka melihat begini: Semua isi yang dikupas oleh pendakwah dalam apa sahaja program bernama Islam Hadhari dipercayai itulah jua kehendak pencipta Islam hadhari, sedangkan ia amat jauh sekali. Penciptanya mengejar kepentingan politik, manakala pendakwah mengejar ruang2 berdakwah.

    2. Perdebatan istilah sememangnya tidak wajar, tetapi merosakkan istilah agama juga harus dibanteras.

    3. Pendakwah yang mengambil kesempatan drp program yang sekadar bernama Islam hadhari ini, juga mempunyai point sendiri. Mengambil ruang yang ada untuk berdakwah dan menyampaikan Islam sebenar kepada peminat istilah itu.

    elbariti: Cuma harapan saya, rakan2 pendakwah dapat pastikan tindakan itu lebih menguntungkan Islam dan perjuangannya daripada merugikan. Saya yakin, mereka ada keyakinan, cuma perlu diperhalusi dan diupdate selalu.

    Bimbang juga, dalam usaha berdakwah itu, hasil kurang, sebaliknya mereka memperolehi keuntungan hawa nafsu sahaja ( jika ada ).

    Kerana yang pastinya: apa yang diperkatakan itulah Islam Hadhari yang ditentang oleh ramai ulama Malaysia, menurut penonton RTM yang biasa2.

    Maaf, mencelah!!!

  9. Kak Ija says:

    Well, ustaz. Nampaknya isu pakej tidak selesai lagi. Bukan ustaz yang bertanggungjawab menyelesaikannya pun. Anyway, thanks for the explaination. I’m a little bit curious about the intention of the inquirers, nak dijadikan panduan (taklik le plak).

    Akak ni bukan le taasub dengan ustaz tetapi hampir sentiasa berada di situasi yang sama, tetapi alhamdulillah ukhuwwah sentiasa mengatasi perbezaan pendapat. Bila kita bercakap dan refer kepada penceramah yang indirectly refer kpd Islam Hadhari, confirm le kena pintas dgn sahabat2.

    Kebimbangan mereka adalah terhadap ilmu pendengar/penonton. Pada pendapat sahabat akak, kalau itu sahaja yang dijadikan panduan, bahaya besar kepada ummah. Mungkin juga kita tidak nampak blind spot dari segi pentafsiran pandangan awam. Alahai, isu pakej pulaklah kepada kerajaan. Itu belum lagi isu menilai fahaman jemaah daripada tingkah laku pengikut biasa.

  10. saifulislam says:

    pandangan elbariti amat saya hargai, namun ia diharapkan masih terbuka kepada diskusi.

    jika saya menerima tawaran menjadi penceramah islam hadhari sebagaimana ramai rakan-rakan kita menerimanya, saya menolak. tetapi jika ada satu segmen yang ditonton oleh ibu-ibu, suri rumah, pakcik pencen dan penunggu giliran di klinik kesihatan, seperti segmen islam hadhari selamat pagi malaysia rtm1 itu, saya tidak teragak-agak untuk menerima namun penilaian tetap berpandukan tajuk demi tajuk yang dicadangkan.

    saya tidak rasa penonton menonton segmen islam hadhari kerana mereka adalah peminat istilah itu. mereka tak peduli pun nama segmen tu. yang penting pengisiannya berkualiti atau tidak. malah saya juga berani mempertahankan bahawa umno atau mana-mana pihak yang memperjuangkan islam hadhari, tidak pernah menjadikan segmen islam hadhari selamat pagi malaysia tu sebagai reference mereka untuk memperkayakan konsep tu. malah saya lihat slot berkenaan semakin pendek dari semasa ke semasa. pagi tadi saya dapat panjang sikit sebab seorang tetamu tak datang!

    malah sahabat saya seperti ustaz khairuddin aman razali dari darul fuqaha’ juga salah seorang yang kerap mengisi slot ini.

    tetapi kalau ada pihak yang semak mata tengok saya pakai songkok tinggi dan baju batik… teruskanlah sikap begitu dan semakin perlahanlah proses kebangkitan islam.

    sebahagian mungkin sudah mengkategorikan saya sebagai pendakwah dan bukan ahli siasah.. tetapi saya tidak menerima pembahagian begitu kerana dalam dakwah saya juga, saya tidak mengenepikan wa’yun siasi dari pertimbangan. saya masih mementingkan siasah, cuma mungkin bukan mengikut template

  11. abu dzahin says:

    abu dzahin setuju ustaz saiful Islam mengisi slot Islam Hadhari, pendakwah perlu ‘hidup’ dalam masyarakat dan perlu menjadi penggerak kepada ‘ denyut nadi’ masyarakat dan bukannya lemas dengan ‘denyut nadi’ dan ‘arus’ mereka.

    pendakwah adalah ahli siasah, ahli siasah adalah pendakwah…

    di luar sana ramai yang memerlukan bimbingan, tak kurang juga yang memerlukan sokongan.

    salam

  12. musnazdotnet says:

    wah! respek lah ustaz! semoga lebih maju jaya….. :D

  13. elbariti says:

    1. Alhamdulillah…Kenyataan akhi ini boleh melegakan sebahagian rakan-rakan yang ragu.

    “jika saya menerima tawaran menjadi penceramah islam hadhari sebagaimana ramai rakan-rakan kita menerimanya, saya menolak. tetapi jika ada satu segmen yang ditonton oleh ibu-ibu, suri rumah, pakcik pencen dan penunggu giliran di klinik kesihatan, seperti segmen islam hadhari selamat pagi malaysia rtm1 itu, saya tidak teragak-agak untuk menerima namun penilaian tetap berpandukan tajuk demi tajuk yang dicadangkan.”

    2. Istilah politikus Islam yang saya maksudkan di atas adalah pekerja2 pilihanraya yang sentiasa bekerja siang dan malam untuk memenangkan Pas dalam pilihanraya. Mereka melakukan bermacam2 kerja dan strategi, penerangan, edaran risalah, sebaran maklumat, gerak saraf, tampal poster dan bermacam lagi. Malah merekalah juga yang dipukul, diancam hilang pekerjaan, diugut tangkap, dan seumpamanya. Mereka inilah yang sensitif dengan istilah tersebut.

    Saya tidak cuba membezakan antara pendakwah dengan siyasi. Tetapi ada perbezaan antara siyasi dengan tenaga jentera pilihanraya.

    3. Saya juga bimbang kalau2 ada antara pendakwah2 kita yang syok sendiri dengan idea dan pandangan yang diberi, tanpa menilai realiti sekeliling:

    “Kebimbangan mereka adalah terhadap ilmu pendengar/penonton. Pada pendapat sahabat akak, kalau itu sahaja yang dijadikan panduan, bahaya besar kepada ummah. Mungkin juga kita tidak nampak blind spot dari segi pentafsiran pandangan awam. Alahai, isu pakej pulaklah kepada kerajaan. Itu belum lagi isu menilai fahaman jemaah daripada tingkah laku pengikut biasa.”

    Sedangkan, siapa boleh menafikan peranan orang awam biasa ini melakukan perubahan di Kelantan, Terengganu dan Malaysia keseluruhannya, daripada sudut berpilihanraya?

    4. Akhi, ana berpuas hati dengan kenyataan enta di atas.

    Wallahul musta’an.

  14. Firdaus Omar says:

    Sayalah yang bertanya pandangan Ustaz tentang islam hadhari itu.

    Saya cuma hendak mengingatkan Ustaz tentang golongan ini yang cuba menjustifikasikan kesyumulan islam hadhari dengan menjemput ustaz-ustaz yang berwibawa menyertai program mereka. Ustaz boleh kata kalau playboy atau hustler jemputpun, ustaz sudi. Tapi implikasinya???

    Saya fahamlah daya intelektual Ustaz tinggi. Malah ustaz boleh melihat jauh ke depan berdasarkan ilmu yang Ustaz ada. Tetapi cabarannya ialah nun di luar sana. Umat melayu yang bertebaran di bumi Malaysia ini yang tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan. Yang boleh dibeli jiwa dan raganya dengan sehelai kain pulikat.

    Wassalam.

  15. zulk says:

    Bagi saya kata2 utz Hazrizal ada benarnye tapi apa yang Fridaus Omar katakan juga ada kebenaranya…..wallahua’lam

  16. amarsa13 says:

    kesian ustaz dengan tohmahan ni…takut ustaz kena fitnah pulak pasal masuk TV…bukan pasal bagi ceramah / pengisian ramadhan tapi pasal tajuk utama tu islam hadhari…. ada rakaman tentang siaran tu tak ustaz…ana tak dapat masuk streaming…kalau buleh anta bubuh la dalam site anta ni…kalau paling kurangpun MP3 pun jadilah

    ana tunggu…
    wassalam

  17. elbariti says:

    Syeikh, ana tambah sedikit aje…

    Apa yang dibimbangkan oleh saudara Firdaus tu, memang realiti di kalangan pekerja Gerakan Dakwah di luar sana.

    Persoalan/isu ini bukanlah siapa benar siapa salah, tetapi sejauh mana kita boleh bekerjasama dan melihat manfaat daripada apa yang dibuat oleh orang lain, tanpa cepat menyalahkan orang lain.

    Dalam masa yang sama, kita perlu sentiasa berkira-kira maslahah dan mafsadahnya daripada apa yang kita lakukan itu, serta sejauh mana ia mengguris sahabat2 yang lain jika ada yang mengguris.

    Buat akhi Firdaus, ana setuju pandangan Ustaz Hasrizal, segmen kecil itu tidak cukup kuat untuk menimbulkan fitnah, dan kebaikannya banyak, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh sesetengah penceramah islam hadhari, pembentang kertas kerja islam hadhari dan ustaz2 jais yang cuba menahan ustaz Nasruddin Tantawi di Subang pada hari Ahad lepas.

    Boleh rujuk : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

    Wallahu a’lam.

  18. Sharudin says:

    Salam semua

    1. Ucapan syabas kepada Ustaz kerna menghadiri slot Islam Hadhari yang kadang-kadang dirujuk ada had ada hari. Sepuluh kali saya akan ucapkan syabas kalau atikel Ustaz keluar majalah Budakmain. Tak cukup tu bagi 100x. Saya kira satu pendekatan yang sangat praktikal. Tidak seperti kebanyakan, yang mahu membersihkan tempat yang bersih atau menjadi bersih di kawasan yang bersih. Terbiarlah tempat kotor yang dikotori lagi oleh pengotor. Kalau terkotor diri kerana berusaha membersihkan tempat yang kotor, apakah kotoran itu terus melekat?

    2. Begitu juga tepatnya pandangan Ustaz tentang kebencian bermain istilah. Kalau istilah gajah yang dibincangkan, alhamdullah, remaja ke atas di Malaysia tidak berprasangka, walaupun masih ada teori blackbox. Tapi kalau binatang lain yang diambil, sebagai contoh buroq, sudah pasti menanglah beristilah tapi kalah tang huraian definasinya. Maka timullah masaalah pakej. Namanya tersurat tapi isinya tersirat. Iaitu nama pakej tidak memberikan banyak makna tanpa melihat sendiri apa yang dimasukkan dalam pakej dan huraiannya.

    3. Ahli Sunnah wal jamaah (mereka yang mengikuti Al Quran, Sunnah dan Qias-Jemaah) pun tidak terlepas dari ratio 1:73, bukan sahaja ahli Kitab zaman dahulu. Ini juga angkara penggunaan istilah setara buroq. Mungkin kalau tidak di tahap asas, usul, pokok, terdaptlah perbebezaan di pringkat furuk, dahan, ranting. Ia, memang ada yang medamaikan diri dengan ‘Firkah itu rahmat’ tetapi dengan ramai yang anti-Mazhab (selangkah sebelum anti-Pluralisma) sekecil mana firkah di tangan, akan menjadi isu yang besar. Tak ke meluas perpechahan 8 dan 20 rakaat pada yang sunat?

    4. “Penuhi internet ini dengan segala perkara yang bermanfaat. Jika tidak, ia akan bersarang dengan tempat tinggal syaitan dan iblis.” Petikan dari Hikmatun.wp.com. Maka itulah selalunya yang berlaku, sekiranya kita tidak mengejar waktu, maka waktu mengejar kita. Sekiranya kita tak penuhkan (isi aja pun cukup) padang, makan padang akan penuh dengan sesuatu yang kita tak suka. Sekitranya kita tak mengeluarkan idea, maka, akan penuhlah persekitaran dengan idea-idea yang kita tak suka. Suasana politik yang kurang menyenangkan adalah kerana kekurangan pengaruh di pehak kita. Dan begitulah seterusnya.

    5. Seperti pernah dibincang, kalau tiada orang di padang, kita tak berfikir untuk menjadi yang pertama memenuhinya. Kemelayuan kita ke yang menyebabkan itu, atau keislaman kita?. Tidak melangkah kerana takutkan jatuh, akan menyebabkan orang lain melangkah dahulu. Takutkan telur tembelang, hanya menjadikan kita yang akan pula duduk di luar padang, membaling telur. Maka marilah kita belajar mendefinasikan istilah dari menerima sahaja istilah yang telah tertulis dengan nama pakej-pakej tertentu.

    Terima kasih.

  19. saifulislam says:

    Unfortunately, saya adalah dari kalangan yang percaya bahawa punca utama kekalahan gerakan Islam tetap dari kelemahan dalaman, bukan kekuatan musuh. Saya tidak percaya dengan teori, dalam konteks Malaysia, perbuatan-perbuatan yang didakwa sebagai mengukuhkan UMNO akan menjadi punca PAS kalah dan lemah.

    Saya rasa ter’insult’ kalau ada yang kata saya bertindak mengikut daya intelektual saya sahaja, tanpa mempedulikan masyarakat yang tidak begitu. Sejak sekian lama saya membenci intelektual yang tidak berpijak pada realiti, tiba-tiba saya dianggap begitu…

    Saya tetap berharap agar gerakan Islam fokus pada mengukuhkan dalaman masing-masing, dan bukannya sentiasa gelisah dengan kekuatan musuh.

  20. Allahu Akbar. Bincang istilah lagi. Ana pernah tengok dalam meeting gerakan Islam berhujah sama ada mahu mengunakan perkataan karnival dalam program mereka. Berhujah kerana perkataan Karnival digunakan dalam Karnival Jom/Sure Heboh yg ada unsur maksiat tu.

    Adakah ana terlalu intelektual jika ana katakan berhujah sebegitu ‘tidak bijak’?

  21. pohon hijau says:

    Assalamua’laikum…

    Pada ana tidak ada masalah untuk memberi pengisian dalam mana-mana segmen islam hadhari asalkan tajuk dan isinya tidak bertentangan dengan konsep islam sebenar…penerimaan jemputan tidak semestinya menunjukkan persamaan pendirian…kadangkala kita perlu bersifat terbuka dalam menilai sesuatu perkara…harap perkara kecil begini tidak menimbulkan perselisihan sesama sendiri…benar..kejatuhan islam bukan kerana kekuatan musuh tetapi kerana kelemahan dalaman kita sendiri…

  22. Firdaus Omar says:

    Maaflah kalau Ustaz rasa ‘insulted’ dengan komen saya. Saya tidak berniat nak ‘insult’ sesiapa. Mungkin bahasa saya tidak berapa bagus. Saya berharap Ustaz tidak berasa lemah dan gelisah dengan pandangan yang agak berbeza dari orang kecil seperti saya. Saya sebenar-benarnya suka akan pandangan Ustaz dan kerja-kerja baik yang Ustaz lakukan. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita semua. Insya’Allah.

  23. hang-kebun says:

    kata imam Al-Ghazali “Almusykilatu laisat hiyannasiihah walakinna al musykilata fil amr qabuuluha”

  24. Sharudin says:

    Salam semua.
    Terima kasih akhi Riyod (maaf singkat) atas peringatan. Sebenarnya tak bijak pun tak apa, pasal nak faham apa istilah tu kata. Contoh ASWJ ada yang bersifat ‘hadari’ dan ada yang ‘ada had ada hari’. Kalau ikut stail Ustaz macam ambil dua-dua tapi ceduk yang benar. Jadi kita nak namakan apa, ASWJ versi kita? Itu yang terpaksa cerita isi istilah daripada terima sahaja, kan!
    Terima kasih

  25. syarief says:

    adui. seminggu kena tunggu.. lama tuu….

    he. kelakonye. ada yg tak amik pakej hati lengkap lagi psl isu hadhari ni.

    ustaz, mp3 nye pun seminggu lagi jgak ek??

  26. azhar says:

    Saya setuju tujuan ustaz menjadi pengisi Segmen Hadhari tu.

    saya juga setuju pandangan rakan-rakan dari kalangan PAS
    yang cuba memberi respon balas muhasabah kepada ustaz

    masing- masing berfikir dan meluahkanya
    dari sudut yang berbeza….semuanya benar belaka
    akhirnya kita beroleh keseimbangan dalam kerja dakwah

    ISLAM TULIN MESTI DISEBARKAN
    BERGERAKLAH DENGAN JAMAAH
    TIADA PERBEZAAN ANTARA PENDAKWAH DAN AHLI SIASAH ISLAM

    PERHALUSI STRATEGI DAKWAH DARI SUDUT
    KEUNTUNGAN / MASLAHAH UNTUK JAMAAH ATAU UMUM….

    adakalanya bergerak secara bersendirian mudah
    tidak terkongkong…keputusan boleh diambil bila-bila masa
    tetapi dalam kerangka KERJA DAKWAH yang unggul
    semua pihak mengakui bergerak secara individu
    walaupun punya manfaat tapi kerap terjebak ke dalam fitnah

    kesan kesilapan pendakwah yang bergerak solo
    lazimya akan mengenai JEMAAH ISLAM….

  27. elbariti says:

    Dua kategori yang mesti diketahui.

    1. bergerak solo dan bebas tanpa ikatan
    2. bergerak solo, tetapi masih diikat dengan jemaah.

    Bagi kategori pertama, selalu sangat berlaku pertembungan dalam perkara cabang, khilaf, cara dengan jemaah Islam.

    Untuk menjadi kategori kedua, perlu rajin mendekati jemaah.

    Terima kasih atas peringatan akhi Azhar.

  28. Fadzli Yusof says:

    Saya pernah dengar ada satu konvensyen Islam era 1970 sedang berdebat untuk meletakkan istilah samada “Islamic Banking” atau “Bank Without Riba”.

    Sempat tengok sekejap segmen Islam Hadhari tu, then kena hantar anak ke sekolah. Rugi tak sempat tengok, baru sempat tengok takrif ibrah, semakin khusyuk membaca al Quran. Terasa connection dengan kisah dan tamsilan kitab suci. Ada rekod? Masuk youtube pun bagus juga :)

    Salam Aidilfitri
    http://www.fadzliyusof.com

Leave a Reply