“Kamu ni tak faham-faham ke? Berapa kali emak nak cakap, emak ni penat!”, tengking seorang ibu kepada anaknya.
Jari telunjuknya tajam mencucuk-cucuk dahi anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke enam tahun.
“Kamu buat apa di sini? Balik!”, herdik seorang bapa kepada anak remajanya yang sedang duduk berbual bersama kawan sekelasnya.
Ayat-ayat ini adalah habuan telinga yang biasa mengiringi kita menuju dewasa. Jika tidak diri sendiri yang jadi mangsa, kawan-kawan di sekeliling biasa mengalaminya.
Entah kenapa, saya cukup tidak tahan melihat ibu bapa yang marahkan anak, terutamanya jika marah itu tidak kena cara. Saya akui, ibu bapa saya bukanlah jenis yang begitu, maka mungkin saya tidak biasa dengannya. Tetapi apakah saya jadi ganjil kerana tidak biasa dengan cara begitu? Sebaliknya yang normal itu ialah pada menerima, bahawa itu merupakan cara mendidik anak-anak.
Saya bukan mahu bercakap tentang wajar atau tidak herdik dan tengking menjadi bahasa pilihan antara ibu bapa dan anak. Tetapi kali ini saya mahu muhasabah tentang ibu bapa yang lupa melihat kekerdilan juga kedewasaan anaknya.
LAYAN CARA KECIL ATAU DEWASA
Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. Lantas layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa.
Apa yang seorang anak berusia lima tahun faham, tentang keletihan dan stress seorang ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan? Seorang anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara, iaitu ibu adalah ratu hatinya. Tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Maka anak-anak di usia lima enam tahun itu mengikut naluri yang betul apabila cuba bermesra dengan ibu dan bapanya. Dia tidak faham keletihan dan kerunsingan seorang ibu dan bapa.
Ibu dan bapa adalah hero mereka. Maka mereka hanya mengharapkan ibu dan bapa yang sentiasa bersedia membantu mereka.
Anak-anak itu mahu berkongsi cerita, kisah gurau sendanya dengan kawan-kawan di sepanjang hari persekolahan. Tiba-tiba bapa melenting marahkan anak, “kamu tidak tahukah aku penat?”
Bagaimanakah akal seorang anak berusia lima tahun menafsirkan herdikan yang begitu?
Sesungguhnya itulah ibu bapa tempang yang belum dewasa dalam menghayati naluri manusia, anaknya sendiri.
YOP KENA MARAH
“Kenapa Yop masam muka ni?”, saya kehairanan. Anak saya bermasam muka sepanjang hari.
Bukan sahaja mukanya masam, gelagatnya pun lain dari biasa. Naurah menjadi mangsa kemarahannya. Bila ditegur, jadi merampus tidak tentu hala.
Kalau nak diikutkan hati, memang geram. Kita tanya secara baik, dia membalasnya dengan cara sedemikian rupa. Tetapi sebagai bapa atau ibu, kitalah yang sepatutnya sudah cukup berakal untuk mengorek isi hati si anak.
Jika seorang paediatrik berdepan dengan cabaran untuk membantu seorang budak menjelaskan sakit fizikal yang dialaminya, ibu bapa juga harus profesional dalam mengorek masalah anak-anak, terutamanya masalah jiwa dan perasaan. Emosi anak yang gagal diluahkan akan menjadi penyakit di dalam personalitinya. Janganlah kita sebagai ibu bapa yang menjadi punca virus dan bakterianya.
Semasa Yop berusia sekitar dua dan tiga tahun, beliau mudah ditenteramkan dengan dialog. Saya tarik dia masuk ke bilik, bercakap face to face biar pun saya tahu beliau tidaklah begitu memahami apa yang saya katakan. Tetapi sesi itu selalu selesai dengan Yop memeluk saya dengan tangisan. Tetapi apabila usianya meningkat dewasa, usaha melembutkan hatinya yang keras menjadi semakin sukar kerana dia sering keras membatu.
“Tadi cikgu marah Yop”, anak saya mula mahu bercakap.
“Kenapa cikgu marah?”, saya cuba lagi untuk memahaminya.
“Cikgu marah sebab buku Yop kotor. Bukan Yop buat. Naurah yang conteng”, katanya. Bibir memuncung.
“Yop cakap tak pada cikgu, Naurah yang conteng buku Yop?”, saya terus bertanya.
Anak saya mengangguk.
“Tapi cikgu cakap buku Yop, Yop la kena jaga”, katanya.
Saya tergamam.
Jika cikgu merotan tangan anak saya kerana bukunya diconteng oleh si adik, mampukah anak saya pada usia 5 tahun faham konsep accountability dan responsibility? Saya rasa anak saya pada usia begitu hanya mampu faham, dia patut dihukum atas kesalahan yang dia buat secara langsung. Maka jika bukunya diconteng oleh Naurah, Naurahlah yang sepatutnya dipukul, bukannya dia. Pada Yop, dia telah dihukum atas kesalahan yang dia tidak buat.
Inilah yang saya maksudkan, anak kecil dilayan macam orang dewasa.
NASIB ABANG DAN KAKAK
Selalu juga berlaku di dalam sebuah keluarga, anak sulung sama ada Abang Long atau Kak Long, sentiasa disuruh mengalah kepada adik.
“Bagilah benda tu kat adik kamu. Kamu dah besar. Dia budak lagi”, marah ibu atau bapa kepada anak.
Anak sulung sering disuruh mengalah.
Tetapi jangan kita lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sedang berada pada usia intensif pembentukan identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan, dan emosinya perlu dibentuk. Sedangkan si adik kecil yang mahu dimenangkan itu belum faham apa-apa. Maka kesilapan kita ketika marah, impaknya pergi kepada anak yang telah faham maksud kecil hati dan dendam itu.
Marah boleh marah, tetapi janganlah sampai tiada didikan dalam kemarahan itu.
Akhirnya anak sulung menjadi taat mengikut arahan. Bukan kerana jadi baik, tetapi kerana rendah keyakinan diri.
Sikap melampau ibu bapa memenangkan anak kedua, menjadi anak sulung membesar dengan inferiority complex, manakala si adik pula terus membesar dengan superiority complex. Rosak kerana dimanjakan hingga tidak belajar mengikut arahan. Si sulung terlebih menerima arahan, yang adik terlebih mendapat kelebihan.
Apatah lagi anak yang sudah meningkat remaja. Sudah faham erti maruah diri, tiba-tiba marah kita memalukan dia di depan kawan-kawan. Ia langsung tidak mendidik malah hanya mencetuskan dendam. Janganlah buat anak remaja kita macam budak-budak. Jangan juga anak kita yang masih budak, dilayan seolah-olah dia sudah besar remaja.
“Bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan. Tetapi kuat dan tegas yang sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah” – Al-Hadith
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











“Selalu juga berlaku di dalam sebuah keluarga, anak sulung sama ada Abang Long atau Kak Long, sentiasa disuruh mengalah kepada adik.
“Bagilah benda tu kat adik kamu. Kamu dah besar. Dia budak lagi”, marah ibu atau bapa kepada anak.
Anak sulung sering disuruh mengalah.
Tetapi jangan kita lupa, ketika anak sulung dimarah, dia sudah berada di usia membentuk identiti dan emosi. Identitinya perlu dibangunkan, dan emosinya perlu dibentuk. Sedangkan si adik kecil belum faham apa-apa. Maka kesilapan kita ketika marah, impaknya pergi kepada anak yang sudah ada emosi.”
Macam mana nak buat, kalau kedua-duanya along dan adik masih kecil? Dan kedua-duanya tak faham istilah mengalah? Selalu kan jadi macam tu.
Anyhow, ana setuju pembangunan minda dan jiwa anak-anak oleh ibu-bapa kadang-kadang tak selari dengan kondisi mereka pada satu-satu masa.
Pernah kena ‘besit’ (sebat) dengan getah paip sebab main polis sentri masa kecil-kecil dulu. Kawan yang ana kejar tu terjatuh dan luka sikit atas mata dia. Ana kena sebat sebab ayah dia report ana ‘tolak sampai jatuh’ kawan tu. Padahal dia terjatuh sendiri.
Terkilan jugak la masa tu…………… Bebelang kaki kena sebat….
Tapi kini tidak lagi..
@JAi,
sy da 20 tahun..sedey dngn prkmbngn diri yg x dlyan sbgai org kecil smsa kcil n x dlyan sbgai org bsr even da bsar..sy brtmbah2 sedey mndngar jran mgtakan adik brdk sy baik2 blaka.. sbnrnya Allah yg thu.. ap yg ustaz ckp kt atas..mmng btul..sy anak..sy thu ap yg mk n abah sy wat mmng slah..didikan dorg mmng slah..”kebaikan” sy pd hri ni bkn la sy sbb sy bek,tp memiliki sft rndah diri..bkn baik.. kyknn diri sy mmng rndah.. kykinn diri sudah dbunuh oleh mak abah sjak sy kcil lg.. smpai skrg sy rse seolah2 x der mruah.. zamn knak2 yg zalim.. ksan sy trasa smpai la sy da bsar komfem smpai mti sy kengn lyan mk abah sy trhdp sy..
Allaahuakbar… satu entry yang mampu membuat ana imbau masa lampau. Ana setuju dengan ustaz. Acap kali terjumpa dalam kebanyakan buku-buku psychology tentang perkembangan minda kanak-kanak dan pengaruh persekitaran yang membentuk seseorang individu dewasa.
Ana simpati dengan akhi Jai. Nah, sampai sekarang akhi Jai terkenang insiden getah paip…:P Tidak dinafikan, ketegasan ibu bapa juga punyai peranan yang sangat penting, namun seperti dikatakan ustaz… ianya harus kena pada tempatnya… the best example is when the parents are asked to hit their child upon reaching the age of seven if they refuse to pray. Tegas dalam perlaksanaannya, tapi mestilah ‘proportionate’.
WaAllaahu ‘Alammu Bis Sawaab… ana ni cakap jerr lebih. Nikahnya entah bila? Do’akan ana ustaz.
Sungguh dahsyat… (maaf ustaz, ana baca artikel ni masa kepala tengah pening)
Satu lagi point untuk dibawa, bagaimana tahap kita mendidik anak ke2 atau ke3 berbanding yang kebih kecil?Cuma sebagai contoh jika anak yang ke 3 dibenar membawa motor ayah pada usia 15 thn adakah anak ke5 dibenarkan pada usia yang sama? Biasanya anak yg ke 5 itu dipantangkan kerana usia 15 thn anak ke3 tidak sama dengan usia 15 thn anak ke5. Lalu anak ke 5 protes. Kenapa abg/kakak masa 15 thn boleh buat itu/ini?
Biasanya abg akan jawab “AKU KAN ABANG”
ASM,
?? anak bawa motor at 15, bole ke?
balik kampung saya selalu nampak budak belasan tahun bawa motor tak pakai helmet di jalan kampung..saya bagi tau anak bujang saya yang berumur 12 tahun ..that its wrong and dangerous…Saya paranoid ke?
Any way pendapat ustaz tu saya rasa ada betulnya. Berdasarkan pengalaman selama 13 tahun beranak empat ni saya rasa yang paling penting ialah self-esteem anak. Anak kurang pandai di segi akademik boleh diajar, tapi tersilap menangani masalah esteem ni lebih payah jadinya.
Kurangkanlah marah-marah, lebihkan berkomunikasi. Anak-anak lebih ‘open’ dengan kita kalau kita berkomunikasi dengan mereka, not just verbal but also with appropriate body language
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN, MAAF ATAS SEBARANG KESILAPAN
ASM
psst..silap la, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Ana setuju dengan ustaz, memang betul senario inilah yang sering berlaku dalam keluarga hinggakan kadang-kadang adik yang kedua ini akan menjadi sukar untuk mengalah dan menerima pendapat orang lain. Alangkah baiknya kalau semua ibu bapa membaca artikel ini.
nak mencelah juga, satu lagi sikap sesetengah keluarga yang mana anak yang di tengah di suruh beralah pada adik, juga mesti beralah pada abang. anak akan membesar jadi ‘pengalah’, low self esteem.
Artikel ustz ni mmg kena dgn diri saya..
Saya melalui zaman remaja dgn didikan maki hamun,herdikan drpd ibu bapa saya sendiri..sepatutnya saya sekarang dah jadi penyamun ker,penyangak ker,perompak ker dan mcm2 yg terkutuk itu utk diri saya..Kerana apa?kerana sesuai la dgn didikan yg sebegitu..
Tapi Allah s.w.t. itu lebih mengetahui dari segala sesuatu..saya yg sepatutnya menjadi perosak dan penyakit dlm masyrakat Allah angkat jd pendakwah pulak??Pelik kan?..
Tak usah pelik coz Allah boleh ubah dgn asbab,tanpa asbab dan lawan asbab..
Kalo bkn kerana perintah Allah dan Rasul agar kita perlu berbakti walaupun ibu bapa itu masih kafir,dan lama saya buang ibu bapa sendiri..Seksa jiwa hari2 kena maki hamun woo..Saya kata hari2 bkn 2,3 hari sekali..
Hebatnya engkau Ya Allah..Boleh ubah hati aku yg keras ni jd lembut..Boleh keluarkan aku dari kegelapan kpd cahaya..Hidayat betul aku ni..
Pesan saya perbanyakkan sangka baik pd musuh politik kita,pada banduan yg keluar penjara,pd mat rempit,pada kutu2 rayau,pd org yg tak sefikrah dgn kita,pd sesiapa sahaja dpn mata kita kerana hidayat adalah di tgn Allah,kita tak tahu bila Allah nak muliakan sesiapa yg kita anggap jahat dpn mata kita..
Sangka baik tu bkn perkara mudah tapi segalanya akan dipermudahkan di akhirat asbab sifat sangka baik yg ada dlm diri kita..
Lari topik ker..?
Wallahualam..
@raIHaN,
saudara raihan…bertuahnya anda..
sy pon x sgan silu na ckp sy melalui zamn knak yg pnuh dngn didikan yg jauh dr islam oleh mk n abh sy..smpai kehari ini ksedihan dan lyanan buruk msih diterimam (alhamdulillah berkurangn dr dulu la) ap yg trjdi n ap yg sy rse kan pd hri ni sy akn tndng jri kpd mk n abh sy!!!… zahirnya mmng sy taat,hrmat mk bpk…tp batinnya Allah shj yg thu betpa drhkanya sy kpd 2 org tua sy… kerosakn sy pd hri ini pnca drpd ibu bpa sy!!! alhmdulillah sy da bsr,da thu brfkir…sy dlm proses mmbaiki dri sy.. dan sy serahkan kegagalan mak n abah mendidik sy biarlah Allah shj yg mnghukum..sy ampnkn segla dosa n kslpn mrka pd sy.. rhmat n ksih syg Allah mnjdikan sy lbih baik.. klau mnghrapkan didikan mak abah,tnpa rhmat Allah mngkn skrg sy da jd sampah msyrakt!!! sy sdng brljar mncintai mk abh sy yg kurng mncintai sy sjak kcil.. sy sdng lpakan lynn burk mrka trhdp sy.. doa sy mereka berubah..kmbali mndidik kami kpada syurga Allah… Ya Allah..berilah taufik dan hdyah kpad ke2 org tuaku..
assalamualaikum. terima kasih ustaz atas ilmu kepada saya yang bakal menimang cahaya mata. memang banyak kes berkait dengan si along yang disuruh mengalah kepada yang lebih kecil. hasilnya sampai ke besar, yang kecil tu akan jadi ‘raja’ hingga ibu bapa menuruti sahaja hingga ada sampai ke tahap dia menjadi raja kepada ibu bapa, tidak boleh ditegur dan disuruh…
Dr. N, tu contoh je 15 thn tu.
Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. ayat ni mampu mengimbas semula kenangan saya semasa tinggal dengan ibu dan bapa sebelum kawin…bergenang airmata bila teringatkn kenangan lama…cuma tak mampu utk diceritakan disini….seperti raihan, saya juga sering menerima maki hamun sebegitu..ttp alhamdulillah..saya tidaklah menjadi bohsia atau pun gadis2 nakal..kerana tahu perkara yg buruk tidak perlu diikut.cuma yg menjadi hati ini sebak..baru2 ni saya berpantang dirumah mak…kerana ada pendapat
mak yg saya cuba bidas secara baik,
akibatnya kepala saya hampir ditolak olah mak…mak hampir hendak menolak kepala saya seperti biasa yg dilakukan semasa saya tinggal disitu sebelum kawin tetapi ketika itu saya memegang bayi saya yg baru lahir…menyebabkan dia tidak jadi utk menolak…maybe dia tersedar yg saya dah dewasa…..
@ibu,
sedihkn mengenang lyan mak abah trhdpa kita…
Allah sy yg tahu btapa lukanya sy akibat perbuatan mak n bah trhdp sy.. x mlu sy ckp..bnyk kali sy dhalau dr rumah… sedih.. Allah sj yg tau..ngis sorg2 dlm bilik..sy bnci mk bpk sy dlu..alhamdulilllah..kkurngn didikan mak abah telah ditmbahkan dngan kasih syg dr Allah… tnpa Dia mngkn sy hnyt jd smpah msyrkt…krna ksih syg Allah jua lah yg mnghpuskn dndm sy trhdp mk abh sy yg gagal mndidik sy mnjd mnsia smpurna..sy brjnji x akn biarkan anak2 sy nnti mnderita seperti mana sy msa dlu… ckup la abah dorg ni jer yg rse dlu..isk3 :’(
abu dzahin nak timba pengalaman dari rakan2, anak baru dua…dua2 putera, yang sulung 2 tahun 2 bulan…yang kedua setahun satu bulan…yang ketiga??tengoklah camne…
sedih membaca kisah ‘ibu’ krn saya juga pernah melaluinya..tapi percayalah setelah kita berkeluarga & mempunyai anak.Hati ibu bapa kita akan menjadi lembut dek penangan cucunya malah adakalanya cucu lebih dimanja berbanding anak sendiri.Ini berdasarkan pengalaman saya dan juga kawan2 satu ofis.Yg penting perbanyakkan doa kpd Allah, krn hanya Dia yg bisa merubah segalanya.Assalamualaikum
sedihnye lah bila mengenang kembali saya marah anak lelaki saya yang berumur setahun 7 bulan sebab buat perangai…. kesian tengok muka die…. pengajaran buat saya untuk mengawal emosi dan berfikir dengan tenang dan rasional…..
Mungkin itu jua antara sbb ramai anak2 hari ini berani tengking dan herdik ibu bapa balik..na’uzubillah..
Actually, what you give, you’ll get back right?
salam..
saya setuju dengan lisa (komen #8)
selaku anak tengah, sampai sekarang
saya masih ada kekeliruan
on how should I behave?
akhirnya banyak memendam saja
alhamdulillah la dah meningkat dewasa ini
keyakinan diri itu datang sikit2
err.. lari topik ke ni, sorry
Saya ada anak lelaki 2 orang, umur 3 dan 4 tahun. Si abang manja dgn mama nya dan si adik manja pula dgn ayah nya. Kekadang bila mereka bergaduh, kami biarkan sehingga mereka selesai dan damai sendiri. Bila mereka bermain kami biarkan sehingga mereka penat dan mencari kami utk minum/susu dan mengadu…..biar mereka belajar membuat keputusan…
Kami cuba mempraktikan perkembangan anak2 dengan pengawasan jarak jauh disamping komunikasi yang sangat mesra….
Terima Kasih…..Banyak membantu
hmmm… yup… selalunya anak sulung selalu mengalah… lembut hati berbanding anak kedua… sy anak sulung… sy dpt rasakan entri kali ini sgt dkt dgn hati sy…
Salam ramadhan buat semua, semuga cekal mencari lailatul qadar dan berjaya menemuinya..
Pendidikan anak2 semestinya diberikan perhatian serius oleh semua lapisan masyarakat memandangkan betapa tenat dan seriusnya penyakit sosial masyarakat kita hari ini.
Komunikasi positif, memberi kasih sayang dan perhatian serta merancang masa dengan baik adalah antara perkara yang wajib dilakukan terutama bagi ibubapa yang bekerja hari ini.
Tidak dinafikan, cara kita dibesarkan akan mempengaruhi cara pendidikan anak2 kita tetapi yang penting, ilmu yang didapati dari pembacaan, kursus2 keibubapaan dan perkongsian sesama kenalan mahupun yang lebih senior dapat membantu pendidikan anak2 dgn lebih baik.
Kepenatan dan kurang masa di rumah merupakan hambatan terbesar namun berusahalah dengan merancang awal bagaimana pendidikan yang terbaik buat anak2 kita.
Peringatan buat diri ini, Islam mengutamakan kasih sayang.. dan yang paling perlu didahulukan adalah anak2 kecil yang berada di dalam rumah kita sendiri. Barulah mereka ini tidak mencari cara lain untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang.. Wallahu’alam.
Salam.
Insaf. Itulah ayat pertama dalam kepala saya. Pada detik saya selesai membaca setiap pengalaman sedih pembaca, saya merasakan wajarnya saya dimarah oleh tok dan tokwan saya – bila kenangkan kembali keletah masa kecil, memang saya ni hyperactive. Cuma satu kesedihan yang dapat dikongsi – saya juga sedih bila saya sering dimarahi ibu sedangkan bukan selalu kami bertemu (saya dibesarkan oleh tok dan tokwan). Mak terutamanya sering meminggirkan kehadiran saya. Mak salah faham dengan saya, dia anggap saya ni ‘spoilt brat’. Ikut kata bekas guru saya dulu… hal itu biasa terjadi bila kelahiran anak itu tidak dirancang atau tidak diminta. Kesan perbuatan mak, hubungan saya dan adik beradik menjadi renggang.
Saya berterima kasih atas leteran dan marah tok dan tokwan terhadap saya. Marah mereka menjadikan saya manusia. Namun, saya benci dan sedih bila dengan kemarahan mak terhadap saya kerana kemarahan dia tidak berasas. Ada masa saya berkonfrontasi jugak dengan mak, tapi selalunya tak lama. Sebabnya, bila saya mulakan konfrontasi dengan mak, tok saya pun enter frame dan marahkan saya.
Salam buat semua..
Saya org baru di sini..sekadar nak kongsi pengalaman yg tak seberapa ini. Sy pernah mendengar kajian seorang intelek “modal insan” ni…katanya:
a) Anak pertama : Majoritinya bersifat pemimpin (atau ikut ayah) namun adakalanya jika sulong adalah wanita, sifat kepimpinan mungkin diturunkan ke anak kedua lelaki.
b) Anak kedua : Majoritinya bersifat pesaing (bersaing dengan anak pertama dan ketiga) analitis dan segala macam yg berkait dengan persaingan
c) Anak Ketiga : Sedikit kemanjaan (tak kira lelaki /wanita) perlu perhatian paling byak daripada ibubapa…bukan anak bermasalah tetapi memerlukan perhatian..andai kata perhatian agak kurang sikap revolusi akan ditonjolkan….(jgn mare yer anak ketiga).
d) Anak Keempat : Akan kembali kepada sifat anak pertama dan begitulah untuk anak2 seterusnya. Wallahua’lamm….saya pun baru ada seorang anak…tp bila dilihat pada diri sendiri macam ada kaitan jerrr kajian nie..
salam.
memang, bagi ramai antara kita, kadang-kadang rasa tak adil, terutamanya apabila sudah ada pelajaran dan exposure, kita dibentuk untuk menjadi manusia yang suka mempertahankan pendapat. jadi bila balik rumah orang tua, dan tak setuju dengan apa yang ibu cakap, rasa tak boleh tahan nak menjawab. sebab kita rasa kita betul. well … mungkin juga kita betul. but is it worth it ?
saya juga pernah mengalami pengalaman2 cukup pahit tapi saya rasa, menjadi orang yang diam bila dileter atau disergah ibu dengan kata2 yang cukup menghiris hati, lebih menenangkan. memang rasa sangat kecil hati, tapi saya buang jauh2. apalah taraf kita disamping ibu untuk menjawab kata2nya. ibu pun sudah tua, dia bercakap mengikut perasaan. kita yang lebih berpelajaran, kenalah lebih bersabar. memohon maaf dengan ibu bukan bermakna pilihan kita silap, jadi jangan jemu peluk dan mohon ampun dengan ibu sebab melukakan hatinya dengan pilihan kita yang dia tidak setuju.
bila saya kenangkan kembali, saya tahu, diam itulah yang memanjangkan silaturrahim. silaturrahim yang tidak mungkin dapat ditukar ganti. tidak mengapalah kita anak2 berkecil hati, entah ibu kita pun berapa ratus atau ribu kecil hati yang dia lupakan sepanjang membesarkan kita.
sebab itu, saya selalu pesan pada anak2 saya, kalau saya atau papanya berleter, diam saje, jangan sesekali menjawab. apa2 yang ibu dan papa cakap, jangan simpan dalam hati. diam dan minta maaf saje. saya yakin menjawab ialah antara sifat yang paling banyak menghancurkan silaturrahim. wallahualam.
maaf kalau tidak tepat dlm tajuk, tapi rasanya ada bau2 bacang.
Assalamualaikum;
Entry ini saya lihat dari dua kacamata.
Pertama sebagai seorang anak yg selalu bergaduh dengan adik beradik tapi sering disuruh mengalah.
Kedua sebagai seorang bapa yang ‘lupa diri’ bila berhadapan dengan kerenah anak-anak.
Ustaz dah bantu saya memahami erti ‘mengalah’ dan ‘lupa diri’ yang sebenar.
Mengalah bukan tanda tak disayangi dan lemah. ‘Lupa diri’ selalu menjadikan anak saya menjadi mangsa ketidak pekaan saya.
Mulai hari ini anak saya tak akan dilayan seperti mana dia dilayan semalam.
salam.. semua orang berhati2 dalam bagi comment.. banyak yang tulis ‘lari dari topik ka’…
itulah… saya ni jadi baby sitter bergaji dalam nak masuk 2 tahun… sekarang jaga 4 orang anak… sebelum2 ni jadi baby sitter yang tak bergaji… kesabaran tu teruji bila masa kita nak cepat saja… semua nak cepat.. itu nak cepat.. ni nak cepat… pergi solat cepat… makan cepat.. pakai kasut cepat… tapi jaga anak orang ni macam kesabaran tu boleh tahan… ‘takut’ juga kalau jaga anak sendiri nanti, bimbang tak sama macam jaga anak orang lain…
alih2 kalau tak dengar juga apa yang dibagitau.. tarik nafas jer.. pah tu berlalu pergi.. berpaling buat tak tahu… selalu cakap a.k.a ugut ‘bagitau ummi nanti’, apalagi terus berdesit buat… kesian kat ummi… ummi juga yang dapat nama…
itulah, kena banyak pikir alternatif lain dalam memujuk anak2 buat apa yang kita suruh…
insya allah, mari kita sama2 meningkatkan kesabaran…
kepada semua….SEMOGA BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR….ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADAN…WABALLIGHNA LAILATAL QADR..
Emak pelik
Salam semua
1. Saya tertarik dengan petikan Akhi Riyod “Aku kan Abang, (Aka)” yang sekarang ni selalu didengar .. lupa di mana?. Yang penting ia ada sains dibelakangnya. Aka ialah turutan peristiwa. Anak yang Sulong dulu lahir barulah akhirnya si Usu. Yang Sulong selalunya pasti tapi yang nak jadi Usu pasti ke?. Entah keluar lagi atau tidak. Nak 2 dapat 5. Nak 10 dapat 1. Yang nak tapi tak dapat pun ada. Bukan tak pandai buat … tapi tak ada rezeki. Jangan lupa pula “Aku kan Kakak” … tapi selalunya kewanitaannya membawa sikap berbeza dari Aka, setakad ini.
2. Begitu juga pendapat # 23 ibnu ismail, yang menurutnya pernah mendengar kajian seorang intelek “modal insan” ni…katanya … Di situ berlakulah turutan peristiwa dari petama hingga ke empat. Peristiwa-peristiwa ini melambangkan, yang penting dalam tajuk ini ialah, ibu-bapa mengalami perubahan, dari segi perhubungan sesama mereka, yang sangat memberikan impak berbeza kepada zuriat yang dilahirkan. Anak itu ‘dilahirkan’ bukan ketikanya lahirnya ke dunia, tetapi 3 bulan sebelum pensenyawaan berlaku. Umur darah kita ialah 3 bulan.
3. Berubahnya manusia dalam 7 phasa (Bhg 7 Teori Darwin) dari remaja kepada dewasa (atau dari satu kepada pasa yang lain) adalah sesuatu yang pasti. Selalunya berlaku di alam dewasa, manusia berfikir untuk berkahwin, secara sedar atau tidak (kerana ada yang terkahwin). Yang penting dari alam bujang ke alam berumah tangga. Walaupun kursus perkahwinan sudah dimestikan sekarang ini, kadar penceraian tidak melambangkan yang ramai sebenarnya ingin berkhawin atau tahu apa itu perkhawinan, sebelum mereka berkahwin.
4. Maka dari cinta monyet ke cinta bunga dan membawa cinta pelamin dan cinta bulan madu. (bukan masaalah tahu hukum tapi masaalah mahu diri) . Bila tanggungjawab dah berat, maka ada yang mula ubah ‘sehidup semati’ jadi ‘sa hidup sa mati’. Walaupun yang pasti dari cerita Ustaz, semusnya tidak berlaku pada Ustaz, tetapi kita perlu mengambilkira kebanyakkannya. Perbezaan antara phasa-phasa ini menimbulkan hormon-hormon berbeza di dalam darah dan ditambah pula dengan kebarangkalian ‘permainan’ gene, menghasilkan zuriat berbeza.
5. Kemudian setelah anak-anak lahir ke dunia, phasa-phasa kebidupan ibubapa juga berubah. Kedudukan ekonomi selalunya bertambah baik. Maknanya persekitaran (nuture) anak juga berubah, selain tadi mengalami perubahan biological ibuayah (nature). Yang pastinya, walaupun ada kesungguhan untuk memberikan sentuhan yang serupa pada satu-satu ketika, untuk kesemua anak, perubah-perubah yang tidak terkawal tadi telah berlaku tanpa disedari kebanyakan kita. Mungkin mudah bagi yang berekonomi lebih atau yang berpelajaran lebih, untuk mengatakan itu ini, tetapi kita melihat masaalah keseluruhan.
6. Oleh itu tidak dapat dinafikan keterpaksaan penggunaan nuture yang mengarah kepada hasil inferiority dan superiority complexes, walau sejauh mana ibubapa cuba mengenepikannya. Saya kira tidak ramai ibubapa yang sengaja melaksanakan pendekatan berbeza kepada anak dalam parenting. Mereka sayang anak-anak mereka semua walaupun yang pelik. Semakin banyak method parenting terbaik dilaksanakan sekara ini, hasil keseluruhan masih mengatakan keruntuhan akhlah secara purata.
7. Kita perlu melihat self-esteem dengan berhati-hati kerana ia menyerupai superiority complex. Memang psychologi alam (Barat) menghasilkan penelitian tersebut, tetapi dalam konteks muhasabah, apakah ia memainkan peranan? Atau menjadi penghalang besar. Pebadingan dengan introvert, self hatred, inferiority dan sebagainya perlu dikaji secara keseluruhan bagi menghasilkan muhasabah diri yang berkesan. Dalam pencarian kita kepada tujuan hidup sebenar, carakerja dan penilaian diri amat penting. Bagi tujuan sementara di dunia, tak dinafikan self esteem sangat penting.
8. Seperti disentuh dalam DARWIN29, rukun ikhsan memerlukan kepada menunjukkan kesalahan diri sendiri melebehi kesalahan orang lain. Sekiranya penekanan kepada self-confidence, apa yang akan menghalangnya menjadi over-confident dan merosakan element rukun ikhsan sebagai penilai kepada carakerja, rukun islam untuk mencapai kepada tujuan, rukun iman? Kita bangga sekarang ini dan teruja mengajar anak kecil kita membesar dengan cepat, dengan suntikan keadaah terbaru, tetapi apabila mereka dewasa tidak dinafikan kebolehan menyalahgunakan suntikan tersebut.
9. Apabila dewasa seorang insan sepatutnya mempunyai kebolehan menjadi khalifah Allah di satu bahu dan hamba Allah di satu bahu yang lain. Dua tugas yang memerlukan suntikan berbeza sedari kecil. Sekiranya kesimbagan tidak tercapai tujuan asal kehidupan kita pun tidak tercapai. Mencari kekuatan dalam kelemahan atau mencari kelemahan dalam kekuatan? Bila menghadap ke arah Tuhan mesti pandai jadi hamba tapi bila menghadap ke arah mahlik mesti pandai jadi kahlifah. Bagaimana nak mulakannya, di zaman kanak-kanak?
10. Saya tidak memberikan penyelesaian seperti biasa, tetapi hanya membolehkan jangkauan minda untuk berfikir lebih jauh. Bagaimana pun, comment #24 ummunaili, yang berpenglaman menjadi kakak yang tenang, sepatutnya menjadi ikutan. “jangan sesekali menjawab. apa2 yang ibu dan papa cakap, jangan simpan dalam hati. diam dan minta maaf saje”. Syurga dibawah tapak kaki ibu dan isteri mendapat syurga lebih mudah melalui suaminya.
Terima kasih
ilmu keibubapaan, hanya dapat ditemui bila da yang nak mencari, kebanyakannya, hanya sekadar mengikut perasaan
Salam.
Mmm, saya pun tak berapa pasti sama ada didikan yg saya berikan pada anak2 betul atau tidak. Tp yg pastinya apa yg saya dapat daripada didikan ibu bapa saya, itulah sedikit sebanyak saya curahkan kepada anak2. Contoh seperti adik beradik yg tua selalu disuruh/ditegur berbanding yg lebih muda, itu memang berlaku di kalangan adik beradik saya. Alhamdulillah positif kesannya setakat ini. Saya ada 10 adik beradik. Dan Yop saya adalah abang yg paling penyayang dan bertanggung jawab.
Mungkin ibu bapa berbuat demikian kerana mereka menganggap anak yg lbh tua sudah memahami teguran itu daripada anak yg lebih muda. Jadi tak guna marah/tegur yg lebih muda. Si adik akan belajar daripada si kakak atau abangnya. Seperti kita mengajar membuang sampah ke dalam tong sampah.
Lagi satu peranan suami isteri masing2, kalau isteri atau suami nampak pasangan masing2 sudah keterlaluan dalam menegur anak, saya rasa cara menegur pasangan itu bukanlah di saat tersebut atau di depan anak2. Tetapi di waktu lain dan di waktu yg bersesuaian. Kerana, satu ia akan menjatuhkan air muka ibu bapa di depan anak2 walaupun anak itu hanya berusia 5 tahun. Kerana dalam usia tersebut beliau sudah memahami.
Kedua, pada saat itu kita sangat emosi, jadi sebarang teguran hanya akan keluar dengan cara/bahasa yg salah dan pasangan kita dengan mudah akan menyalah ertikan teguran itu. Lantas, akan ‘rebel’. Takut2, mangsanya adalah anak kita.
Saya selalu teringat masa saya kecik2 dulu. Bapa saya memang seorang yg garang. Tetapi kalau ayah garang dan sedang marah, mak akan senyap. Dan saya tak pernah lihat mak menegur bapa saya.
Saya sering berhadapan dengan masalah ‘child abuse’ di hospital. Bila saya analisa, kebanyakan masalah berpunca dari masalah ekonomi keluarga dan hubungan ibu bapa sebagai suami isteri. Ayah atau ibu akan melepaskan tension/stres mereka kepada anak2 jika tidak mendapat sokongan yg padu dari pasangan mereka.
Jadi, saya rasa, bila kita berhadapan dengan masalah2 seperti ini sama ada masalah orang lain atau masalah kita sendiri, marilah cepat2 kita bermuhasabah dan koreksi diri.
Wallahu a’lam.
teringat pada seorang budak…
masa tu umur dia 7 tahun. hari tu ada ujian kat sekolah. dia nangis2 taknak pergi sekolah. pastu kena marah ngan ayah dia. kena cubit kat perut, kena pulas… sakit sangat.. tapi budak tu mampu nangis je.
ayah dia tak tahu kenapa dia taknak pergi sekolah. ayah dia ingat dia nak ponteng. ayah dia paksa pergi sekolah sebb ada ujian.
tapi budak tu sebenarnya rasa tak sihat… demam… tak mampu nak cakap apa2 dah…
Salam
Hmm kurang setuju dgn pendapat ustaz dalam perenggan ‘Nasib Abang dan Kakak’ tu. Banyak juga bahan bacaan dan kajian yang menunjukkan bagaimana anak kedua yang selalu mengalami inferiority complex berbanding dengan si abang/kakak. Ataupun juga lebih dikenali sebagai second/middle child syndrome. Anak kedua sering menjadi rebelious kerana ibu bapa lebih memenangkan si sulung. Anak kedua juga mudah iri hati atau terasa hati dengan adik di bawahnya.
Bagi saya, semua anak adalah istimewa. InsyaAllah jika adil layanan kita kepada semuanya, adillah layanan mereka pada kita. Wallahua’lam dan wasalam.
p/s: sikit petikan dari wikipedia. Kebenarannya tak dapat dipastikan
Middleborn
Middleborn children have a diverse range of personalities. The habits of many middleborns are motivated by the fact that they have never been truly in the spotlight. The firstborn always seems to be achieving and pioneering ahead, while the younger sibling is secure in his or her niche as the entertainer of the family.
The middle or second born child or children often have the sense of not belonging. They fight to receive attention from parents and others because they feel many times they are being ignored or dubbed off as being the same as another sibling. They tend to have fewer pictures in the family photo album alone, compared to firstborns. Being in the middle, a child can feel insecure. This in turn will affect their relationships throughout their whole life. In some cases the middle child will see life from a hopeless standpoint will often become depressed or even lonely. The middle child often lacks drive and looks for direction from the first born child. Sometimes a middle child feels out of place because they are not over achievers and like to go with the flow of things.
Middleborn children are often believed to be natural mediators. Middleborn children may avoid conflict. They may also be highly loyal to the peer group and have many friends.
The middle born child may develop good social skills and have an easier time growing up with an other-centered point of view. It has been suggested that middleborn children are more likely to be entrepreneurs. Karen E. Klein, a Los Angeles-based writer, suggested that a middleborn’s innate skills in diplomacy plus their flexibility in ideas make them more successful in entrepreneurship.
The middle child may have an even-temper and a take it or leave it attitude. Alfred Adler (1964) believed that the middle child feels squeezed out of a position of privilege and significance. The child is internally compelled to find peace within the family and may have trouble finding a place or become a fighter of injustice.
Apa-apa pun dlm pendidikan keluarga kalau nak kan kebaikkan dunia dan akhirat (kalau nak la) mesti,wajib ikut cara Nabi Muhammad s.a.w. saja yg ada kejayaan..
Kalau ikut cara mak abah atuk nenek moyang kita hmmm hampeh laa..Melainkan kita dah recognize cara yg mak abah tok nenek moyang kita ajarkan tu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah..
Tanam benih durian buah durian la keluarnya,tanam benih mangga buah mangga la hasilnya..
Tanam maki hamun hmmm kebencian la jadinya..
astaghfirullahalazim..
No wonder la kdg2 kita tgk kat tv ibu bapa yg di tinggalkan anak2 pastu kita pun straight forward menyalahkan anak-anaknya kononnya tak mengenang budi..Kita kena kaji juga mengapa anak-anaknya jd begitu??..
Allahuakbar..dunia..dunia..
Salam Raihan,
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Akak harap komen ini dapat dibaca dengan minda terbuka (lepas baca komen2 tertentu, seriau akak nak menulis). Benar, cara Nabi Muhammad s.a.w adalah cara yang terbaik tetapi (alamak, perkataan taboo nih) anak2 akak tidak hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Di zaman Baginda, Baginda pernah memanjangkan sujud kerana cucu Baginda duduk di atas belakang Baginda tetapi zaman anak2 akak -tertera dengan jelas KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 6 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI RUANG SOLAT.
Zaman Rasulullah kasih sayang antara sahabat terjalin bersama ikatan ukhuwwah yang mantap, zaman akak tolong menolong bergantung pada a cuti tahunan yang berbaki. Kalau cuti sudah habis macammana nak hadiri majlis pengkebumian sahabat2 yang jauh di utara contohnya. Akak tidak bermaksud untuk komplen, akak cuma mahu berpijak di bumi yang nyata. Itulah sebabnya akak suka saifulislam.com…realiti. Contoh yang nyata, kalau baca blog2 ideal yang lain, rasa bersalah meninggalkan anak2 untuk pergi bekerja. Tetapi pendirian sebenar ustaz boleh dilihat pada artikel “Hikmah wanita Turki dilarang bekerja/bertudung?” (Tak pasti tajuknya yg tepat)
salam.. menarik artikel ni, sepertinya artikel2 yg lain.. cuma, walaupun artikel ni terkena pada diri yg sedang membentuk personaliti, pengalaman peribadi membuktikan yg terbalik utk diri. sbg anak ketiga dan bongsu, satu-satunya lelaki, seringkali semasa kecil terkena jolokan ‘anak manja’. realitinya, fuhh… sampai sekarang saya tak sanggup untuk mengingatnya kembali, seram sejuk.. kesimpulannya mungkin boleh saya katakan yg saya membesar dgn ‘inferiority complex’ berbanding kakak2 saya yg lain yg membesar dengan ‘super-duperiority complex’. mungkin ada kaitan dengan distribusi gender; yg perempuan dilebih-lebihkan’, yg lelaki tinggal ‘lebihan’. sungguhpun begitu, saya bersyukur sgt2 dibesarkan sedemikian. memetik nasihat ustaz hashim,” skrip hidup kita ni lain2.” hidup dgn apa yg ada, bina kehidupan dgn memberi.. betul x ustaz? salam lebaran…
Salam..
Berhati – hati bila bercakap dan berhemah dalam menyampaikan komen
Hmm… mungkin saya juga akan memberikan komen yang sama seperti beberapa pembaca, jika umur saya 10 tahun lebih muda? [Sekarang dah 30]. Mungkin juga saya akan melemparkan komen yang sama jika saya masih belum mempunyai anak2 sendiri? [Alhamdulillah dah ada 2, insyaAllah nanti jadi tiga
]
Tapi tu lah, bercakap lebih mudah dari mengalaminya sendiri. Tak mungkin saya dapat memahami perasaan seorang ibu (atau bapa) sehingga diri sendiri menjadi ibu (atau bapa). Bukan senang nak menguruskan anak – anak yang membesar, biarpun seribu kali membaca buku parenting, ataupun seribu kali menelaah bagaimana Nabi Muhammad saw, para isteri Baginda, dan anak – anak perempuan Baginda mendidik anak – anak. For some reason, theory is never the same as the practical part
Bagi saya, maternal/paternal instinct itu sendiri yang turut membantu [provided that we have a sound instinct 8-0] dalam mendidik anak – anak. Yang pasti, semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak – anak masing – masing. Cuma ada masanya, faktor keimanan yang turun naik, ataupun sesetengah perkara tu yg terlepas pandang, ataupun faktor sekeliling yang membuatkan ibu bapa itu kecundang… selagi tak berada di tempat ibu bapa tu sendiri, selagi itu lah tak merasa akan cabarannya. [Saya berbicara dengan suara yang tenang
]. Wallahua’lam & wasalam.
Salam buat ustaz n teman2….
Apa yang ustaz tuliskan itu membuat saya terkenang masa lampau dan hingga kini saya merasakan lagi perasaan itu….buat mereka yang telah mempunyai anak jgn la melakukan hal demikian kerana perasaan dendam itu susah untuk hilang dan mengambil masa untuk menghilangkan kenangan pahit ini…..
Mg saya tidaklah begitu hendaknya sekiranya telah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata….Amin
Salam,saya mempunyai dua orang anak, 5 tahun & 4 tahun tahun ni. Baru 2 bulan Menetap di Jeddah krn mengikut suami. Terpaksa berhenti kerja untuk kepentingan keluarga dan anak2 yg msh kecil. Saya akui semasa bekerja dulu saya kurang masa untuk anak2, sbg cth saya gagal mendidik anak untuk mengunakan tandas pada usia awal. Anak pertama pernah tidak menggunakan pampers tetapi suatu ketika mengalami demam dan saya membuat keputusan ketika itu utk pakaikan pampers semula semasa dia demam krn kuatir jika terkecing diatas tilam akan memudaratkan dan saya pun akan lebih letih membasuh tilam. kesannya selepas itu, dia masih menggunakan pampers ketika tidur samada mlm atau siang dan ketika buang air besar sehinnga sekarang.
Utk makluman saya sekarang mengandung dan akan bersaling bln Ogos ini dan anak pertama dan kedua akan mula bersekolah di sini pada Sept nanti. Oleh itu saya nekad bagi intensive training penggunaan tandas. Anak kedua so far tak de masalah ttp anak pertama sedikit manja dan mengelak munggunakan tandas selain mempunyai masalah lain cthnya macam terlebih mengada ngada cthnya dia sering menyuruh saya pakaikan baju, sedangkan dia boleh pakai sendiri, lap sendiri , mandi sendiri dsb. Adiknya tak byk kerenah. KAdang -kadang hilang juga kesabaran menyebabkan saya kerap menenking jika hilang sabar dan kadang2 memukul ditambah pula suami yang selalu menjadi ‘batu api’ dengan turut memarahi beliau.Boleh tak sesiapa cadangkan dimana saya boleh rujuk masalah ini krn ianya lebih complicated ttp tak dapat saya tulis takut terlalu panjang. dan boleh tak cadangkan kpd saya buku atau bahan bacaan yang lebih tepat seperti nama tajuk dan penulis. TErima kasih
saya pon ada anak 2 orang umur 4 thn ngan 2 thn,kalo beli barang mesti nak kena dua,kalo tak abis bingit satu rumah,2-2 taknak mengalah.anak perempuan saya yang sulung dah sekolah alhamdulillah dia lebih matang berbanding umurnya yang sebenar tapi kekadang kalo kat rumah dgn saya sesaja je dia malas pakai baju sendiri,air pn dia minta ambikkan padahal dia leh wat sendiri,yelah mybe seharian kt skola kan ….blk umah nak manje2.paling tak tahan kalo main ngan ayah die lastnye musti bergaduh,mudah-mudahan kita sebagai ibu bapa slalu sabar dengan karenah anak2 yang semakin membesar.sape jadi suri rumah sepenuh masa beruntunglah.jgn sia-siakan masa mersama anak anda
terima kasih atas artikel ini, walaupun dah lama publish saya baru jer terbaca..
Nampaknya banyak sangat silap yg selalu saya lakukan sebagai bapa. Biasalah anak sulung bila seorang kita manjakan lebih2, tapi bila dah dapat adik, yg adik pulak dapt kasih. Si abang pula di layan macam seorang ‘dewasa’ walaupun dia cuma berumur 2 tahun lebih. Sekarang umur dah 4 tahun, saya harap saya masih berpeluang membetulkan kesilapan…
[...] sumber : dari http://www.saifulislam.com dengan ucapan terimakasih. [...]
jadi, dalam konflik anak sulung dan anak kedua yang berebut sesuatu, apa yang terbaik untuk menghadapi situasi ini? demi untuk menjaga esteem supaya tidak terlalu low and high?
salam
Simpan barang tersebut sampai mereka bersetuju utk ambil giliran atau main bersama. Cakap pasal self-esteem, sifatnya saling bergantungan…bukan tertakluk pd satu faktor. Org yg perfectionist pun boleh dikategorikan sebagai low self-esteem w/pun org luar pandang mereka bagus….
sy tdk mnafikn kbnrn yg ust ktkn mmg kbykn ibu bapa btindak sedemikian shinnga anak-anak mjadi mangsa keadaan. walau bgmanapun ank-ank perlu sdr akn hal ini sblm tlambt. kbykn remaja masa ini mberontk dgn cara yg salah. apbila mrk mhadapi keadaan ini cara pyelesaian mrk lbh ngeri shga tjebak dlm kancah maksiat, dadah dan sbgnya. adakh mrk igin mletakkn ksalhn kpd ibu bapa krn itulh kesan didikn mrk dahulu? sgt singkat pmikirn remaja sprt ibu bapa mrk juga.
[...] Entah kenapa, saya cukup tidak tahan melihat ibu bapa yang marahkan anak, terutamanya jika marah itu tidak kena cara. Saya akui, ibu bapa saya bukanlah jenis yang begitu, maka mungkin saya tidak biasa dengannya. Tetapi apakah saya jadi ganjil kerana tidak biasa dengan cara begitu? Sebaliknya yang normal itu ialah pada menerima, bahawa itu merupakan cara mendidik anak-anak. http://saifulislam.com/?p=916 [...]
Artikel ni amat terkesan pd saya. Saya anak kedua perempuan tunggal dalam adik bradik sy. Sms kecil sy sering dibuli oleh abang. abah sering melebihkan anak yg sulung. setelah mendapat adik, mama sering melebihkan dan memanjakan adik. sehingga mereka besar, masing2 menjadi ‘besar kepala’, degil dan tak boleh ditegur. Saya tidak menyalahkan mama dan abah dalam mendidik kami. Saya dari tingkatan 1 dihantar asrama dan sehingga usia 24 tahun saya duduk berjauhan dari keluarga. Namun, Allah menyayangi saya. Biarpun saya sering dimarahi, dikutuk (abah mmg panas baran…dan mama yg sering pujuk) , perasaan benci kpd mama dan abah tidak pernah wujud. kerana saya tahu mereka sayangkan anak2.. bila masing2 sudah besar, Alhamdulillah saya boleh dikatakan menjadi anak harapan. kedua abang dan adik saya sering menimbulkan pelbagai masalah hingga membabitkan polis. dan saya jugalah yg menjadi tempat mengadu mama dan abah.
Tapi, bila menjadi anak harapan, saya terpaksa menjadi ‘perfect’ utk abah. abah mahukan kesempurnaan dari saya sbg seorang anak. jika sikit kesilapan yg sy lakukan, pasti ‘meletup’.. dan saya terpaksa menahan telinga utk setiap kemarahan dan kutukkan pd sy. Alhamdulillah Allah sentiasa menjaga hati saya utk tidak membenci abah. berkat kesabaran saya, Alhamdulillah saya rs hidup sy sentiasa diberkati…
maaf lari topik..hanya sekadar berkongsi pengalaman.
Salam
Nak tunggu mak/ayah perfect baru pt anak2 yg perfect….saya rasa semua org takde anak…..kalau kita percaya anak2 itu ujian pd setiap mak/ayah, ambillah ia sebagai cabaran…
Saya dah puas mendengar nasihat2 jgn marah, jgn komplen …semua yg negatif dr mulut mak/ayah tapi hakikatnya, jika anak yg kita ada tu capai maturity awal…takkan laku semua buku2 parenting dekat kinokuniya, percayalah…..haha, antara komen mak/ayah yg berterusan mencarik ilmu utk mendidik anak2…syabas!!
Sayang ada hadnya, marah pun ada batasnya, plg tidak bagi mereka faham…mendidik ini satu seni, seni kemanusiaan dan sifatnya subjektif bergantung pd kecenderungan…..ada yang perlu dimarah, ada yg perlu dipujuk, ada yg perlu dirajuk…