Tragedi Emosi Krismas

December 25th, 2009 by Abu Saif 3:57 am | 17,074 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.

Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.

“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.

“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.

“Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” saya mencuba ‘rawatan’ alternatif.

Pelajar yang bertanya, dan rakan-rakan yang lain ketawa.

“Hah, nak beli lagi ke?” sergah Masri kepada pelajar tersebut.

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu.

DISEMBER DI BARAT

Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa

Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.

Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?

Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!

MERRY KUFUR!

Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.

Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.

Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.

“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.

TERBALIK

“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.

Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.

“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.

Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.

KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA

Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.

Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.

KRISMAS DAN RAYA

Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.

Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.

KRISMAS DI MALAYSIA

Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.

Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!

Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.

Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.

Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.

Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.

Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.


Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]

Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Manhaj Salafi dan Krisis Emosi (Hati)   Kita ada dua cara untuk bercakap tentang Syurga. Cara...
  2. April Fool: Antara Barat dan Keparat “Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik...
  3. 13 April Menjengah Emosi 17 tahun engkau menemaniku sebagai bapa 17 tahun juga engkau...
  4. Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan “What you see is what you get,” tidak jemu-jemu kita...

Advertisement

50 comments

  1. jerungsakti says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Paling menarik bagi saya ialah petikan ini :

    “Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.”

    Terima kasih atas pencerahan. Mungkin usaha kristianisasi yang digiatkan oleh mubaligh Kristian lebih berasaskan mahu membebaskan Muslim daripada ikatan Islamnya, dan bukanlah untuk membawa mereka menghayati agama Kristian.

  2. Ibnu Aiman says:

    Meninggalkan Islam bukan kerana kurangnya Islam bahkan bukan juga bukan kerana lengkapnya agama Kristian tetapi lebih kepada melepaskan diri hukum hakam dalam Islam…Terkadang para daie duduk berbincang dan ada segelintir bertengkar berkenaan hukum hakam Islam,kita terlupa golongan semacam ini.

    Ambil kesempatan satu petang,duduk di KLCC,ukur dakwah kita bawa dengan insan yang lalu lalang didepan kita.

    Sambutan hari raya semakin jauh dari konsep mendekatkan diri kepada tuhan,tambahan pula dengan rancangan hiburan yang melampau,penuh dengan unsur hedonisme…

    “Macam mung sorang je pose,huh”, terdetik dihati bila tengok artis kita terkinjal-kinjal diatas pentas menyambut hari kebesaran Islam..

  3. Ummu Aniq says:

    Salam.

    Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud :
    ” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

    Nampaknya apa yang mereka hajatkan sedikit sebanyak telah berjaya. Lihat saja di negara kita terutama dalam TV, sambutan Krismas disambut secara besar-besaran.

    Sedih rasanya bila ada anak yang bertanya : “Ummi, kenapa hari raya kita tak de pokok Krismas dengan Santa Claus? Kalau adakan best…” Adusss…

  4. iskandar says:

    Sekadar perkongsian ustaz. Kelmarin sempat berjumpa dengan Haji Ayub Abdul Rahman(ex-paderi yg masuk Islam). Beliau pernah berjumpa dengan Ketua SIB(Sidang Injil Borneo) yang hebat dakyah dan gerakan Kristianisasi di Sabah dan Sarawak. Bila ditanya tentang beberapa persoalan tentang Jesus dan seorang Nabi akhir zaman selepas Jesus dalam Bible, ternyata Ketua SIB tu tak dapat jawab. Beliau terpaku dan terkesima kerana have no answer. Mereka tahu kebenaran Nabi Muhammad SAW, tetapi mereka menafikannya. Mereka faham benar Jesus bukan anak Tuhan, tapi mereka tetap menduakan(mensyirikkan) Allah.

    Insya allah sinar Islam mula kelihatan di bumi Borneo, tetapi perjalanannya masih jauh.

    • Abu Saif says:

      Itulah jua yang saya fikirkan semasa memikirkan tentang Benjamin Stephen aka Badrul Hisyam, junior saya yang murtad dan jadi pendakyah kristian di Sarawak. Khabarnya kini di Kalimantan.

      Ucapannya sangat berjaya membuktikan kejahilan dan kebenciannya kepada Islam, tetapi gagal membuktikan kefahaman dan kecintaannya kepada Jesus dan agama Kristian

  5. Muhammad Al-Fatih says:

    Tanggungjawab Menyampaikan Dakwah Kepada Non-Muslim

    (Surah Ali Imran:64)
    Katakanlah: “Hai Ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali ALLAH dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain ALLAH.”
    Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka. “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada ALLAH).

    • Ayat ini di mulakan oleh ALLAH SWT dengan perkataan (Qul) yang membawa erti katakan atau beritahu mereka.
    • Nabi Muhammad SAW di perintahkan oleh ALLAH SWT untuk mengajak orang-orang ahli Kitab iaitu Kristian dan Yahudi agar bersama-sama mentauhidkan ALLAH SWT dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu.
    • Dengan kata lain Nabi Muhammad SAW di perintahkan berdakwah kepada ahli kitab agar mereka menerima Islam berdasarkan ayat ini.
    • Maka setelah kewafatan baginda kewajipan ini tetap berlaku ke atas setiap individu muslim untuk menyampaikan dakwah terhadap umat Kristian dan Yahudi

    petikan buku: Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam;
    karangan: Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah & Abdullah Din

  6. ::MuJaHiD:: says:

    pandangan saya, media memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan masyarakat. budaya hedonisme yang menjadi warna m’kat pada hari ini adalah dibentuk oleh media. mungkin yang telah dewasa tahu membezakan mana yang baik dan buruk, tetapi bagaimana dengan anak2 kecil? apa yang mereka lihat itulah yang mereka akan serapkan dalam pemikiran dan akan mereka pelajari. ibu ayah yang membiarkan anak2 menonton rancangan hiburan pada pagi raya hanya menatijahkan pembentukan peribadi yang tidak sihat.

    sepanjang seminggu (mungkin lebih) TV menayangkan rancangan berbentuk hiburan melampau & tiada faedah. “menyajikan rancangan hebat”, begitulah slogan yang dimainkan setiap stesen. hebat dengan apa? dengan maksiat?! kerana hanya segelintir yang menyuarakan kebimbangan akan bahaya hal ini, maka yang menyokong walaupun secara tak langsung terdiri dari kalangan majoriti.

    wallahu a’lam, sedih dengan kejayaan agenda Yahudi dan Nasrani (Rasulullah lantas menjawab: Siapa lagi kalau tidak mereka itu) yang ingin me’murtad’kan umat Islam. seperti kata Ustaz, walaupun ramai yang masih dengan islam sebagai agama panutan, tetapi akhlak yang ditonjolkan dan budaya yang diamalkan adalah acuan dari Yahudi dan Nasrani.

  7. suara says:

    Assalamualaikum ustaz…

    Bila baca artikel ustaz kali ni, saya teringat email lama yg saya baca. Pesanan agar faham dan pegang benar-benar 3 surah iaitu Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Kafirun.

    Al-Fatihah, surah pertolongan, Al-Ikhlas adalah surah tauhid dan Al-Kafirun akan memastikan kita terjaga dari manusia-manusia yg cuba nak ‘alihkan’ kita dari landasan akidah Islam. Bergaul dgn org agama lain tapi sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’

    Katanya, 3 surah ini harus diterapkan kefahaman yg dalam pada diri kita dan anak-anak (terutama yg akan belajar diluar negara), agar iman lebih terjaga walaupun berada dikalangan mereka yg buta Islam.

    • akram says:

      @suara,

      `the great creation is mind of child’

      terapkan kepada anak-anak sebelum mereka melangkau ke alam baligh

      inikan sama dengan pepatah bangsa kita

      `melentur buluh biarlah dari rebungnya’

  8. atrash says:

    assalamualaikum…..ustaz,saya nk tanya.blh ke sy smayg jama’ klau saya balik kampung kat kelantan.sayasekarang bekerja di kuala kumpur.maksudnye,boleh ke saya sembahyang jama’ kat rumah di kelantan.ape syarat2 nye?

  9. abunurrain says:

    salam syawal,

    artikel ini mat membangkitkan kesedaran..mmg hari raya kita kalau tidak kembali kepada penghayatan ISLAM…akan terus dibuai acuan barat..nah tengok lah stesyen tv sibuk promosi..rancangan menarik hari raya..dari hari raya pertama hingga..raya ke se 10..mungkin lebih..sasarannya..pelbagai peringkat..dari kanak kanak hingga tua bangka..bukan semua tak elok tapi mejoritasnya..ke arah tak molek dan penuh dengan unsur unsur tak baik…kalau bahasa kasarnya..unsur unsur kesyaitanan…
    anak anak melekat depan tv..mak bapa sedera datang bertandang pun tak sedar..asyik dgn rancangan tv..tak sahut walau dipanggil 3 4 kali..kalu bagi duit raya mungkin kot… suasana ini amat menyedihkan..beza dulu..setiap rumah diziarahi..walau matlamatnya duit raya tapi..paling kurang..kenal juga sedara…berbeza la ni..sepupu sendiri pun tak berapa kenal…tambah lagi laa kalau nak panggil gelaran..tergagap gagap tak tau nak panggil apa..

    so..harus kembali kepada peraturan dan keindahan islam.. pasti selamat

  10. shirauki~ says:

    “Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.”

    saya sedih biler baca perenggan nie, sebab banyak betulnya apa yang ustadz cakap…
    kadang tu bukannya sedih kerana meninggalkan bulan ramadhan penuh tarbiyyah, tapi kesedihan yang melanda seperti kata ustadz, kerana telah lama meninggalkan silaturrahim..bukan nak kata salah, tapi mungkin tak kena tempatnya…
    wallahu’alam..

  11. SangPelangi says:

    Pengertian aidilfitri memang sangat bermakna di luar negara. Selepas solat raya, berpelukan tidak kenal pangkat, warna kulit, apatah umur. Tiada mercun. Tiada duit raya. Tiada juga kain yang ‘membelah’ peha (sangat menyakitkan mata di kala raya di Malaysia dulu-dulu).

    Perayaan menyambutnya tidak semeriah seperti menyambut Ramadan tempoh hari. Syawal terasa ada sedih dalam ceria.

    Semoga sedikit demi sedikit sambutan raya sebagai adat di Malaysia itu akan luntur ditelan zaman.

  12. ummimusa says:

    “Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.”

    reminds me of a scene in Deepa Mehta’s film ‘Water’ when this was said:

    “you’re a brown-skinned Shakespeare”

  13. kelira says:

    saya nk komen sedikit mengenai post ‘Aidilfitri mengekori Krismas’. Cuma nk btanya, bagaimana pula ketidakselesaan yang disebabkan oleh ‘kunjungan Rasulullah’ boleh menjadikan perbuatan meletak patung Santa Klaus di dalam rumah suatu yang tidak sepatutnya dilakukan?

    keselesaan tidak menentukan hukum, hukumlah yang menentukan keselesaan.

    sekian terima kasih

  14. maverich says:

    orang yang cuba menjauhi fitrah akan mengumpul beban di hati mereka sahaja….beban ini hanya dpt diturunkan apabila mereka menuju kembali kepada fitrah.

    so mereka tiada cara lain kecualilah tunduk kpd Tuhan semesta alam.

    semoga Allah tidak menguji kita dgn ujian yang mempertaruhkan iman kita.

    saya doakan agar kita semua bangga utk menayangkan imej muslim .

  15. am says:

    salam ustaz…
    saya cuba buka laporan akhbar METRO tu, tapi x dapat…
    yer kata error dlm adress tu…
    harap ustaz cuba chech balik…

    atau mmg laptop sy yg problem..
    jkk.

  16. wan hashim says:

    salam ustaz

    sgt bernas dan tepat skali artikel ustaz kali ini. kebanyakan perlakuan agama di negara ini bukan lagi berdasarkan syariat atau tujuan mendekatkan diri kepada Tuhannya. tapi lebih kepada adat kebiasaan.”orang tuh buat aku pun buat la”. kata2 yg biasa didengar.

    tapi ustaz tak dapat dinafikan bagaimana dakyah kristian itu sendiri lebih hebat kerana menggunakan “akhlak islam” dalam dakyah2 mereka. tapi kebanyakan orang islam byk yg melupakannya termasuk la sy ni. harap ustaz dapat teruskan perjuangan ustaz dalam memperjuangkan islam di negara ini.

    Wallahualam

  17. Artikel ustaz membuatkan saya sedar.. Kepentingan dan objektif sebenar suatu perayaaan tersebut..masih bnyk yang perlu dicungkil dan digali..
    Sememangnya manusia itu tidak akan sedar kejahilan @kesilapannya, selagi mana dia tidak disedarkan..

  18. nur says:

    Apabila membaca artikel ini, teringat saya awal bulan 12 tahun ini, saya ke salah sebuah pusat membeli belah di ipoh..nampaknya sambutan begitu ghairah sekali ditambah pula dengan kehadiran seorang yang memakai baju santa claus dan tugasnya memberi coklat@ gula2 kepada kanak-kanak tidak kira apa jua bangsa.ini salah satu cara kristianisasi yang mereka lakukan.jadinya berhati-hati dengan dakyah mereka dan jadikan DOA senjata umat Islam…HIJRAH lah kita menuju ALLAH dengan sebenar2 hijrah.

  19. islah says:

    Well said ustaz,,

    Tadi, sedih tengok muda-mudi yang menjadi pekerja restoran memakai topi santa.

    Asimilasi dan intergrasi kot!

  20. Abu Zahra says:

    Salam ustaz..bole saya share nih kat FB saya?

  21. aman_82 says:

    mcm yg ustaz ckp dlm artikel2 sebelum ni ttg halloween, “di mana letaknya prioriti Allah dalam kehidupan kita”..

  22. Izzzuddin Abdul Ghani says:

    Assalamualaikum ya ustaz….

    Saya ada mendapat info dari seorang aktivis dakwah sebuah jemaah siasah global yang mengatakan bahawa apa saja masalah yang menimpa umat Islam hari ini adalah kerana tidak tertegaknya Khilafah Islam. Oleh kerana itu, menegakkan kembali Daulah Khilafah menjadi wajib dari segi syarak dan kemaslahatan umat Islam khasnya dan umat manusia amnya. Benarkah begitu ustaz?

  23. rasidah says:

    boleh tak kita gantung gambar-gambar keluarga kita kat dinding

  24. Abu Zahra says:

    assalamualaikum ya ustaz..

    saya nak tanya pendapat ustaz mengenai bertukar2 hadiah..

    saya berkerja dgn syarikat swasta. pekerjanya bole di katakan 70% bukan Islam. baru2 ni, kawan2 sekerja saya ada buat bertukar hadiah sempena hari krismas tersebut. saya pun terlibat dlm aktiviti itu sekali.
    niat saya tidak terdetik langsung nak menyambut krismas itu tapi hanya nak memeriahkan suasana (menjaga hubungan sesama manusia).
    saya dalam dilema sama ada patut atau tidak saya melibatkan diri dalam aktiviti itu. saya kalau boleh nak mengelak dari org berkata yg saya tidak bersosial (risau akan berlaku fitnah) dan tidak berlaku adil. sbb masa majlis buka puasa syarikat saya buat mereka jugalah yg memeriahkan majlis.

    adakah tindakan saya betul atas niat nak jaga hubungan sesama manusia?
    apa pendapat ustaz dlm perkara ini?

  25. kiki says:

    saya setuju dgn jerungsakti…
    mereke tidak memerlukan kita menyertai mereka,apa yg penting adalah mengabaikan nilai2 islam!

  26. liza says:

    Salam,ustaz.Interesting topic…boleh pinjam ur article utk letak dalam my FB…?…thank you.

  27. Ummu 'Atiqah says:

    Assalamualaikum, utz..sekadar utk meminta izin nk copy mana2 artikel yg utz buat utk di’paste’kan dalam artikel kolej saya (melaka manipal medical college, india)utk dikongsi dgn rakan2 lain..syukran

  28. nur_islam89 says:

    Assalamualaikum ustaz..sy sngt bersetuju dgn post ustz ni.rata2 org melayu yg beragama Islam turut meraikan krismas.behitulah cabaran yg wujud zmn sekarang..Sy ada soalan.apakah menjadi kesalahn kita menonton cerita2 ditv yang berkaitan krismas sama ada cartoon atau berbentuk cerita.

  29. Amin007 says:

    bukan ker dalam sambutan hari raya, tok iman berkutbah kata sambut hari raya ni dengan takbir,tahmid,

    cuma bab berziarah tu yang kita amalkan selama ni hanya di hari raya aje, bukan di hari-hari lain

  30. zuraimey says:

    Artikel yang menarik….saya ada satu kemusykilan..bagaimana pula hukumnya kepada kita yang beragama Islam tetapi turut melakukan kerja2 seperti menghias pokok krismas dan mereka replika rumah santa kerana saya bekerja dalam bidang display artist di shopping complex yang memerlukan setiap komplek menyediakan sesuatu decoration mengambarkan sesebuah perayaan yang ada diMalaysia….harap dpt penjelasan Ustaz..Assalamualaikum

  31. salam ustaz..betul sangat apa yang ust tulis..hari tu saya jumpa kawan baik saya di klcc..meriah dia bukan main..saya tak nafikan bila tengok kemeriahan krismas..saya rasa takut..ayah saya pernah belajar di luar negara..katanya krismas kat sana memang meriah..kalau iman tak kuat..boleh terpengaruh dengan budaya kat sana..

    tapi ust saya rasa yang tak pernah ke sana pun banyak terpengaruh..kalau pergi ke pasaraya..bersepah ‘orang putih celup’kalau kita pandang perasan yang dia tu hot..kelakar betul..

    sebenarnya Allah dah ciptakan kita dengan indah..tapi bila kita cuba ‘menukar2′rupa tanpa ikut syariat..takkan lama ataupun langsung tak jadi..lagi2 kalau dah sah2 la melayu jawa..warna rambut guna pewarna karat..aduss..

    kalau waktu hari raya..kat tv je..mesti banyak artis2 buat show yang tah apa2..
    baju dia seksi..patutnya diaorang ni jadi contoh yang baik..ni tak terlompat2..terjerit2..artis2 ni muka cantik giler..tapi…sayang banyak yang berkelakuan tak senonoh..tak dapat jadi orang barat..pakai sarung ‘barat’ pun jadi lah..sedih dengan budaya ‘meniru’ akhlak tak senonoh..

  32. dravicenna says:

    salam, makasih banyak2 atas pencerahan ustaz..
    saya amat tertarik dengan perenggan ni, ” Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.”

    pada saya, fanomena malu mengaku sebagai Islam,adalah berpunca daripada sikap para pendakwah dan golongan yang kuat mengamalkan agama, yang GAGAL MENUNJUKKAN KEIZZAHAN AGAMA yang sebenar. agama hanya dilihat sebgai amalan rohani semata-mata. agama GAGAL dilihat sebgai berperanan untuk memajukan umat, agama dilihat sebagai punca pecah belah masyarakat, dan segala benda yang berkait dengan agama. hal ini mungkin disebabkan oleh sikap pendakwah yang kurang memahami fiqh alawiyat, fiqh muwazanat dan fiqh waqi’, yang menyerlahkan seolah-olah kejumudan agama, kongkongan agama, kemunduran agama dan sebgainya…

    pada saya, perasaan rasa malu menjadi diri sendiri juga menimpa kepada golonga wanita yang kurang berjaya melihat dan mengoptimumkan peranan fitrah semulajadi wanita ke arah kemajuan dalam kehidupan dunia, akhirat dan kejayaan dakwah itu sendiri…

    maaf kalau saya tersilap, betulkan segala kesilapan sy… :)
    syukran jaziila atas pencerahan yang ustaz lontarkan.. salam :)

    • dravicenna says:

      @dravicenna, pada saya, fanomena malu mengaku sebagai Islam,adalah berpunca daripada sikap para pendakwah dan golongan yang kuat mengamalkan agama, yang GAGAL MENUNJUKKAN KEIZZAHAN AGAMA yang sebenar. agama hanya dilihat sebgai amalan rohani semata-mata. agama GAGAL dilihat sebgai berperanan untuk memajukan umat, agama dilihat sebagai punca pecah belah masyarakat, dan segala benda yang negatif dikaitkan dengan agama. :(

      maaf, tertinggal satu perkataan..

  33. Kelawar Hijau says:

    Baru tahu berita tentang anggota RELA yang terpaksa merelakan diri dibelasah oleh penyambut Christmas.

    Kalaulah pak cik tu ada blog, pasti dia menulis tajuk yang sama macam tajuk entry Ust ni.

    Tapi bukan Tragedi Emosi, Tragedi Emosi dan Fizikal!

    (link buat sesiapa yang masih belum maklum tentang kejadian tersebut sini)

  34. 'Afifah Azam says:

    perancangan n0n-muslim; tidak mengapa andai kata seseorang muslim itu tidak bertukar agama sekalipun, asalkan dia hanya sekadar bernama muslim tetapi kehidupannya bukan lagi berkiblatkan islam…muslim hanya pada nama~

  35. buwai says:

    salam..
    minta ur article utk letak di FB :)

  36. cdek says:

    mencari agama lain adalah alasan untuk bebas dari semua tanggungjawab sedangkan mereka sendiri tahu yang islam adalah agama yang hak dan sempurna. Semua perancangan yahudi dan kristian sedang menuju kejayaan demi kejayaan sekarang. Hiburan, hiburan dan hiburan dimasukkan dengan begitu banyak unsur2 memesongkan akidah.

  37. nr says:

    Masalah moral yang semakin menjadi2…

  38. Lenny says:

    Subhanallah..

  39. satu peringatan yang baik untuk anak2 muda kita yang cepat hanyut dan terpengaruh dengan budaya barat..

  40. Sushi says:

    Assalamualaikum,

    saya setuju sgt dengan kata2 ustaz berkenaan Christmas selaku perayaan yg langsung tidak bertujuan membesarkan tuhan jesus mereka.. di New Zealand ini, sy lihat mereka menyambutnya seperti satu perayaan atau pesta biasa.. dengan topi santa clause, pokok2 krismas berhias dan majlis makan2 yg dibuat di rumah.. kesian pun ada saya tgk mereka ni.. macam tak tau apa2 pun.. yg mereka tahu, Christmas adalah hari lahir Jesus.. tapi mereka sekadar tahu itu sahaja.. sambutan krismas mmg disambut meriah hanya untuk kegembiraan dan keseronokan mereka.. dengan makanannya, araknya, musik2 dan sebagainya.. langsung tiada unsur2 kerohanian dalam mendidik jiwa mereka..

  41. jangan hina says:

    helloo…
    well, setahu saya tiada agama yang mengajar umatnya menghina dan mencaci agama dan perayaan yang disambut orang lain …kecualilah manusia itu sendiri…tiada agama yang mengajar umatnya berperang dan membunuh orang… kecualilah manusia itu sendiri…apapun…Tuhan itu pengampun, harap apa yang diluahkan segera dimaafkan.

    Sekian terima kasih.

  42. pak din 31 says:

    “Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible.”

    Agama Islam telah diwahyukan pertama kalinya kepada Bapa Manusia, Nabi Adam as, dan terus dikembangkan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul berikutnya.

    Budaya Islam menyerap kepada semua tamadun, walaupun terdapat kecenderungan mempermudah makna ketuhanan, yang akhirnya memesongkan ketauhidan manusia.

    Setiap kali lencungan ini semakin jauh, Allah menurunkan PesuruhNya untuk memperbetul pegangan, terutamanya asas Islam itu, iaitu mentauhidkan Allah.

    Maka tidak hairanlah, dua unsur penting Agama, iaitu budaya dan ketuhanannya, terpecah, kerana ianya lebih mudah menyampaikan budaya berbanding tauhid.

    Hasilnya, pelbagai jenis perayaan dirayakan oleh pelbagai tamadun, yang menterjemah ketuhanan dengan berbeza, sehinggakan akhirnya ketuhanan itu menjadi pekara kedua keutamaannya dalam beragama.

    Index 5

  43. nurulkyoko says:

    tepuk dada tanye iman..mohon share ye ustaz..

Leave a Reply