
Ketika Parti Refah di Turki mencapai kemuncak kegemilangannya pada pertengahan era 90′an, semua orang berebut mahu mengadakan hubungan dengan Parti Refah. Semua orang berminat mengaitkan dirinya dengan Parti Refah.
Apabila Erbakan digulingkan, Refah diharamkan, cerita tentang Turki sepi seketika. Tambah pula di akhir-akhir 90′an, cakap-cakap orang di kota dan desa, masing-masing menyalahkan Parti Refah kerana terlalu ghairah bermain api dengan tentera. Akibatnya, rampasan kuasa berlaku, ekonomi merudum, pengundi Parti Refah dan mereka yang tidak mengundi semuanya menanggung akibat pendekatan Lose-Lose tentera Turki itu.
Ketika ini, mahu mahu mencari berita tentang Turki pun agak jarang ketemu di media.
IKHWAN AL-MUSLIMIN
Lebih awal dari itu, gerakan Ikhwan al-Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada tahun 1928, dilihat sebagai pengasas gerakan Islam bermanhaj pasca kejatuhan Khilafah Othmaniyyah. Ia jadi model. Kehebatannya dan ketersusunan gerak kerja Hasan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin jadi rujukan umat Islam sedunia.
Maka muncul pula gerakan-gerakan Islam yang menjadikan Ikhwan al-Muslimin sebagai benchmark. Ukuran kesempurnaan sebuah jamaah itu dibuat berdasarkan sejauh mana mereka memenuhi piawaian IM (Ikhwanul Muslimin).
“Saya lebih Ikhwan dari kamu”
“”Yang itu lebih Ikhwan dari yang ini”
Malah ada pula yang pergi kepada “saya wakil Ikhwan di sini!”
Kemudian timbul pula ayat “saya wakil Ikhwan yang diiktiraf di sini”
Itu sejarah…
PKS PULA
Hari ini, ramai pula yang berebut mahu menjadi wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia di Malaysia.

Mula-mula saya dengar satu dua tempat di kalangan pelajar Malaysia di luar negara, kini berjangkit merebak di kalangan mahasiswa di Malaysia pula.
“Ana ikut usrah PKS”, suatu ayat baru yang muncul kebelakangan ini.
Sudah tentu hanya PKS sahaja yang tahu apakah mereka ada mewakilkan sesiapa untuk menjadi duta mereka di sini, tetapi saya lebih melihat kepada sikap self-proclaim yang berpenyakit di kalangan anak muda ini.
Ketika PKS kelihatannya begitu aktif, cergas dan mendapat sambutan luar biasa di Indonesia, penyakit lama kita berulang kembali.
Jika dulu mahu jadi wakil Ikhwan, kemudian mahu jadi wakil Refah dan kini mahu menjadi wakil PKS pula.
Sikap sebegini menjadi indikator kepada lemahnya jati diri kita dalam mengendalikan kerja-kerja Islam. Tentu sahaja saya merafa’ syukur kerana sedar bahawa jumlah orang muda yang mahu terbabit dengan dakwah dan peduli kepada masalah umat, masih amat kecil.
Jika solat, puasa, zakat dan haji dikatakan urusan al-Quran, tiada siapa yang berasa janggal. Tetapi apabila al-Quran yang sama bercakap tentang dakwah, ramai pula yang pelik dan memencilkan diri.
PINTU DAKWAH ADALAH AL-FAHMU
Namun pintu dakwah adalah al-Fahmu. Kefahaman… Hasan al-Banna sendiri merukunkan al-fahmu sebagai rukun pertama komitmen seseorang kepada gerakan Islam.
Ia hanya lanjutan tuntutan Islam, memulakan sesuatu dengan ilmu. Bab Aqidah pun Allah SWT sebut, “Dan ketahuilah kamu (beradalah kamu dalam pengetahuan) bahawa tiada Ilah melainkan Allah!” (Al-Quran 47: 19)
Maka penglibatan seseorang dalam gerakan Islam harus ada kefahaman yang jelas tentang apa yang diperjuangkan. Menerima bulat-bulat mana-mana idea tanpa upaya menyaring dan menyesuaikan teori dengan realiti, akan menjadikan gerakan Islam itu sama ada bermimpi dalam utopia, atau gagal berpijak di bumi nyata. Lebih tidak baik, jika gerakannya mencetus fasad kepada umat.
Faham tidak datang dari minda fotokopi. Ilmu gerakan yang menggerakkan ummah bukan ilmu hafazan. Ia harus datang dari ketelitian membaca teori dan waqi’, lalu disesuaikan antara keduanya.
Faham itu juga harus meliputi fahamnya kita terhadap kesan tindak tanduk yang dilakukan. Saya khuatir dengan permainan idealistik anak-anak muda ini merugi dan membazirkan masa serta tenaga mereka tanpa berpijak di bumi yang nyata.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
Lihat sahaja gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin. Tidak dinafikan, usianya sebagai gerakan Islam tertua menjadikan ia sebagai sebuah gerakan yang sangat berpengalaman. Namun ia bukan jaminan bahawa semua yang dibuat oleh Ikhwan, mesti dibuat juga oleh gerakan Islam lain demi kesempurnaan. Ikhwan sendiri ada cabarannya yang tertentu dan mereka yang pernah bermastautin di negara Arab lebih mudah untuk faham bahawa Ikhwan juga merupakan sebuah gerakan yang ahlinya adalah manusia. Saya ulangi, MANUSIA…!
Tidak lupa juga kepada Parti Refah. Kelebihannya banyak, namun banyak juga perkara yang menjadi kekurangan mereka.
Sepatutnya mereka yang berada di Malaysia, memanfaatkan badan yang sedia ada dengan mengukuh dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada kerana gerakan-gerakan inilah yang hidup di Malaysia dan tahu serba serbi tentang kelakuan minda dan emosi orang kita. Malah pertubuhan-pertubuhan Islam yang sedia ada ini menanti suntikan segar generasi baru untuk menganjak pergerakan masing-masing ke arah yang lebih baik.
MISALNYA PAS
PAS misalnya, mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan usia penglibatannya di dalam caturan dakwah dan politik negara. Usianya yang senior dan tua itu menjadi kelebihan. Tetapi orang tua juga ada penyakitnya sendiri. Ketuaannya boleh menjadi punca ia sulit membuat perubahan, ketika perubahan menjadi faktor survival.
Contohnya, PAS sedari awal telah menyatakan dengan tegas tentang matlamatnya menubuhkan Negara Islam. Negara Islam itulah faktor yang menarik orang kepadanya dan ia menjadi unsur kekuatan untuk PAS pada suatu jangka masa yang agak panjang.
Tetapi dengan bertambahnya bilangan penduduk non Muslim yang well educated, maka persoalan Negara Islam semakin ditekan dan memperincikannya menjadi suatu tuntutan. Masyarakat non Muslim di Malaysia membaca bahan yang sama yang dibaca oleh masyarakat Barat. Pergi sahaja ke Kinokuniya, Borders dan kedai-kedai buku antarabangsa, semua buku yang mencorakkan pemikiran masyarakat Barat tentang Islam, ada di situ dan ia dibaca. Maka jika kita melihat Islamophobia sebagai cabaran kepada Islam dan Muslim di negara Barat, terimalah hakikat bahawa Islamophobia juga adalah fenomena yang mencabar gerakan Islam di Malaysia sendiri.
Oleh yang demikian, Negara Islam yang bertaraf slogan dan draf kasar, tidak cukup untuk meyakinkan pengundi, khususnya di kawasan urban Malaysia. Ia mesti diperincikan. Dan jika proses memperincikannya menghasilkan suatu idea bahawa konsep Negara Islam boleh diperjuangkan tanpa perlu menyebut Negara Islam, bersediakah PAS untuk melakukannya? Sekurang-kurangnya kerjasama PAS dengan DAP masih berlegar di sekitar isu ini.
FLEKSIBILITI
AKP telah mencapai kemenangan di Turki, selepas ia sanggup memanfaatkan fleksibiliti dalam mencorakkan inti perjuangannya. Jika selama ini sekularisma dianggap sebagai penekan agama agar tidak campur tangan dalam pemerintahan, maka AKP mahu memanfaatkan sudut sebalik definisi itu, iaitu sekularisma juga menuntut agar pihak pemerintah tidak campur tangan urusan agama! Maka itu yang AKP mahukan dari komitmen mereka kepada sekularisma. Tentera, parlimen dan Polis tidak patut campur tangan dalam urusan agama individu kerana itu merupakan sebahagian dari tuntutan sekularisma itu sendiri.
Hingga begitu sekali AKP berusaha untuk menggarap isu apa Islam dan apa sekularisma demi perjuangannya. Biar pun dibantah oleh Ikhwan al-Muslimin malah oleh Parti Saadet pimpinan guru AKP iaitu Prof Necmettin Erbakan. Tetapi perubahan yang dibuat oleh AKP itu menghasilkan sokongan lebih 40% berbanding Parti Saadet yang hanya menerima sekitar 2% undi.
Jika PAS perlu melakukan perubahan kepada caranya mendefinisikan Negara Islam dan agendanya kepada masyarakat Malaysia, bersediakah PAS untuk fleksibel dalam menggarapnya?
Andai fleksibiliti itu mahu dirujuk kepada sumber Islam, kita bisa ketemu dengannya di pelbagai peristiwa di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW.
Lihat sahaja Peperangan Hudaibiyyah. Delegasi Mekah enggan menandatanganinya jika Muhammad SAW memeterakan dirinya sebagai “RASULULLAH”. Alasan mereka jelas. Jika kami menandatangani perjanjian dengan seorang Rasul, maka salahlah kami jika kami tidak patuh kepada kamu! Tetapi Rasulullah SAW tidak teragak-agak untuk menggugurkan form demi substance. Baginda ada hak untuk bermati-matian mempertahankan title Rasulullah itu kerana Allah SWT sendiri yang mengurniakannya. Tetapi apa yang ada pada gelaran itu, berbanding maslahah besar yang ditawarkan oleh Perjanjian Hudaibiyyah berkenaan iaitu gencatan senjata yang menjanjikan keamanan. Keamanan itu yang mahu dikejar, demi meluaskan medan dakwah.
Maka saya kira, PAS memerlukan kepada banyak idea dan sokongan pemikiran serta gerak kerja untuk membantunya terus mengekalkan ciri dinamiknya selama ini. Tetapi usia tua PAS dan keahliannya yang terbuka kepada SEMUA lapisan rakyat, menjadikan proses ini sebagai suatu cabaran yang bukan calang-calang.
ABIM, JIM DAN TABLIGH
Selain PAS, gerakan-gerakan Islam yang lain juga memerlukan kepada banyak usaha penambah baikan. ABIM yang juga begitu lama berdiri di daerah perjuangan Islam, rancak meneroka pelbagai aspek baru dalam perjuangan. Anak-anak mudanya kelihatan begitu bersemangat mencuba pelbagai idea baru untuk menambahkan keberkesanan gerak kerjanya, dan semua ini sangat memerlukan kepada sokongan idea dan tenaga kerja yang besar.
Begitu juga dengan JIM, di samping pertubuhan yang lebih akar umbi seperti Tabligh dan sebagainya.
Malah kesemua gerakan ini harus jujur menganjakkan diri mereka kepada kerjasama yang lebih kukuh kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang menjadikan kita saling memerlukan. Gerakan-gerakan ini sudah cukup banyak untuk menguruskan dakwah dan siasah di Malaysia yang hanya ada sekitar 24 juta penduduk. Manfaatkanlah apa yang sedia ada dan bentuklah pemikiran dan ideologinya agar benar-benar Malaysia.
Itu tuntutan al-Hikmah… acuan Ikhwan sesuai dengan tempatnya, acuan Refah atau AKP sesuai dengan tempatnya. Kita mengkaji dan belajar tentang gerak kerja mereka bukan dengan maksud mahu fotostat, apatah lagi membuat dakwaan menjadi wakilnya.
Semua ini sudah cukup mendesak kita untuk menumpukan tenaga, fikiran dan masa kepada proksi dakwah yang sedia ada. Bermain-main dengan idea “saya mahu menjadi wakil” akan menjadi jenayah kepada ummah jika kesudahannya hanyalah pembaziran. Ingat, jalan perjuangan itu panjang, bukan sekadar tahun-tahun bilangan jari di kampus semata!
SUKA MENGIDOLA
Kekaguman terhadap kejayaan dan kehebatan mana-mana badan Islam atau tokohnya, tidak seharusnya menghasilkan perbuatan menyalin mutlak badan atau tokoh berkenaan. Ia lebih kepada sikap yang mudah idolasi membuta tuli yang menumpulkan minda dan perjuangan.
Saya amat berharap agar pengalaman dan kelebihan yang ada pada PKS apatah lagi realiti Indonesia yang memiliki modal insan pada kuantiti yang sangat besar itu, dapat dipelajari dan dimanfaatkan oleh gerakan-gerakan Islam di Malaysia. Tetapi adalah sesuatu yang cukup tidak kena apabila muncul kecenderungan mahu menjadi wakil PKS di Malaysia.
Apatah lagi dari kalangan anak muda yang memang suka mencuba. Daripada cuba merokok dan mencuba fesyen terkini, sampailah kepada cuba mengenengahkan kepelikan mengheret masa sendiri dan rakan-rakan kepada suatu penyakit lama yang diperbaharui… saya mahu menjadi wakil!
Saya tidak punya apa-apa kuasa untuk menahan atau menggalakkan sesiapa. Ia hanya pandangan peribadi.
Semoga idealistik orang muda tidak sampai memencilkan realistiknya persekitaran yang ada…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Assalamua’laikum ustaz..rasanya ada sikit kesilapan taip pada sub-topik “Pintu Dakwah Adalah Al-Fahmu”..di mana “rukun” telah menjadi “kurun”. Jazaakallahukhaer
ABU SAIF SAYS:
Waalaikum al-Salaam WBT.
Kesilapan telah saya perbetulkan. Terima kasih ya
Ana kira artikel ini patut difahami oleh semua pembaca. Senario yg berlaku kini, kita menjadi pengkagum gerakan Islam di luar dengan tidak berpijak di bumi nyata. Ye, mereka hebat di tempat mereka sendiri-ada strategi yang boleh digunapakai di tempat kita, tetapi tidak semua kerana waqiinya berbeza.
Gerakan Islam yang paling berusia-PAS ada kekurangan yang masih perlu diperbaiki. Masih banyak persoalan tentang substance negara Islam oleh non-Muslim.
Tabligh-tidak cukup dengan amar makruf sahaja, perlu diperkasa dengan nahi munkar.
JIM-perlu keluar dari kepompong intelektual yang tidak merakyat.
ABIM-perlu menyebarluaskan wacana ilmiah agar tidak hanya menjadi medan mengumpul resolusi retorik.
Kesimpulan-artikel di atas bagi ana baik untuk dibincang dan dibahas dengan dasar ilmu, rasional dan fakta. Musuh kita jelas- pemerintah sedia ada. Walaupun masih ada nilai-nilai kebaikan, tetapi adakalanya Islam digunakan untuk kepentingan organisasi mereka!
Ya Ustaz…ramai yg nak jadi wakil bahkan mahu menjadi juara! Mereka ini mungkin cepat sgt give up. Baru shj joint PAS dan diuji dgn karenah2 manusia2 yg bermacam-ragam di dalamnya dah give-up dan mengkritik tak tentu hala tanpa bersama2 membaikinya. Mula-lah mengaku wakil PKS sedangkan realiti masyarakat dan politik di Indonesia amat berbeza dgn Malaysia. Di sana tiada ISA!
JazakaLLAH khairan ustaz atas artikel yang sangat baik untuk dimuhasabahkan!
Sham, jangan kerana Indonesia sekarang takde ISA, kita anggap kerja dakwah PKS lebih mudah berbanding Malaysia. Cuba lihat sejarah awal lahirnya PKS, ia lahir di zaman kekejaman Suharto, di mana hanya ada beberapa parti saja yang dibenarkan bertanding. Tapi gerakan tarbiyyah dapat menumbangkan Suharto. Barulah politik Indonesia menjadi terbuka dan lahirlah (secara rasmi) PKS. Pada saya, pelajarannya ialah: “Jangan Banyak beralasan/ banyak songeh”. Malaysia tak sepatutnya banyak beralasan bila diajak mengambil iktibar daripada gerakan Islam negara lain. Wallahu a’lam, maaf kalau pandangan ana membuatkan anta berkecil hati.
Artikel yang bernas.
“…memanfaatkan badan yang sedia ada dengan mengukuh dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada kerana gerakan-gerakan inilah yang hidup…”
Ustaz, apa pandangan ustaz dan pembaca2 lain kalau misalan yang ustaz gunakan di atas, selain dari PAS, kita gunakan juga untuk UMNO? Rasanya possible tak? or is it too far fetched? sorry cos I may sound a bit naive.
Assalamualaikum ustaz.Saya tak nampak lain-lain cara untuk memajukan agama dan dakwah melainkan dengan kembali kepada cara-cara dan adab-adab yang Nabi S.A.W bawa kerana itulah kesukaan Allah.
Minta pendapat ustaz.Wallahu’alam..
Salam ya Ustaz,
Tentang contoh perjanjian Hudaibiyah ini ana pernah tulis dalam satu komentar di laman Ustaz tidak berapa lama dulu..
Dulu ana pernah juga berbual dengan seorang rakan yang ‘kuat PAS’ tentangnya. Persoalan tersebut diketengahkan DS Anwar Ibrahim kepada TG Haji Hadi dan Dato’ Haron Din semasa mereka berkunjung ke Munich (kerana DS Anwar dirawat di sana).
Entah kenapa, selepas PAS berasa kehilangan pengaruh, seingat saya atas cadangan perwakilan muslimat PAS maka soal Negara Islam (form) ini telah jadi isu sehingga meretakkan malah membelah hubungan PAS dan DAP.
Seingat saya dahulu sdr. Lim Kit Siang pernah ke depan memetik sumber As-Syeikh Rashid Ganoushi dalam mempertikaikan form ini tapi sayang tidak disambut oleh PAS, pada waktu itu yang cenderung kepada intellectual engagement ini adalah sdr. Muhammad Nur Manuty, mantan Presiden ABIM.
Soalnya di sini, saya tidak melihat PAS, DAP atau apa-apa juga nama Parti Politik (saya juga punya dokumen yang menjawab Persoalan Negara Islam yang diterbitkan oleh UMNO di masa DS Anwar belum dilucutkan jawatan).
Soalnya bagi saya ialah intellectual engagement. Entah kenapa kita yang percaya bahawa Islam tertegak dengan hujah tidak cukup bersedia untuk bergelut dengan hujah.
Moga saya dan kita semua diberi kefahaman oleh Allah s.w.t. dan kekuatan untuk mendepani keperluan zaman dengan Islam.
alamak dah ada sambungan, tak sempat nak jadi pengkomen terawal
By the way, apa yang iskandar analisiskan mengenai jemaah2 itu sangat realiti.
Abu Saif, reserve definition ttg sekularisme tu ana sangat suka. Jika sekularisma tidak mahu agama masuk campur pemerintahan maka pemerintah juga jangan masuk campur agama. Definition ini politically good to be ‘abused’. Tapi bukan definition sebenar negara-agama.
Persoalannya adakah sanggup menggadai apa yang kita terlolongkan selama ini? Mungkin boleh rujuk artikel Abu Saif mengenai banyak sgt melakukan kecederaan dimasa lampau sehingga kecederaan yang kita buat itu menjadi penghalang untuk kita berubah walaupun kita mahu. Ana lupa artikel mana.
terima kasih akhi Amin dan ro ya alip dhod.
beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat berdua khususnya tentang cerita akhi Amin tentang dialog antara PAS dan DSAI tu, saya akan cuba respond dalam artikel berikut iaitu ISLAM MURAHAN. Oleh kerana tajuknya macam tu, saya kena edit berkali-kali supaya niat mencubit tidak meluka. So, nak saring dulu beberapa perkara.
cuma tentang sekularisma tu, memang panjang lagi kisahnya. even saya sendiri setuju dengan pendapat ramai pengkaji yang mengatakan bahawa kerajaan othmaniyyah sudah sekian lama mengamalkan prinsip sekularisma sebelum pengaruh barat masuk. sebab tu bila john locke nak bincang tentang hubungan pemerintah – rakyat yang ideal, dia banyak puji kerajaan othmaniyyah masa tu..
yang penting, kita jangan kurung pemikiran kita bahawa sekularisma hanya bermaksud anti agama. saya lebih cenderung kepada melihat sekularisma dari aspek teknikaliti.
nanti-nantilah ya.
akhi mohd, saya setuju dengan pandangan saudara. cuma dalam konteks saifulislam.com,saya rasa pandangan tu tepat, cuma kurang jelas. kita kena sama-sama berusaha menghuraikan maksud ayat tu dalam bentuk praktikal yang sesuai untuk digunapakai oleh end-users.
terima kasih juga untuk empat pengomen terawal, shah, iskandar, sham dan faridul… saya setuju bahawa sebab pks berbeza dengan gerakan-gerakan islam di malaysia, tidaklah mudah untuk diringkaskan kepada semata-mata berpunca dari ISA. ada banyak lagi faktor lain yang berkaitan. cuma untuk entry kali ni, saya sekadar nak remind kita semua supaya lebih teachable melalui pengalaman-pengalaman gerakan islam lain, dan bukannya menciplak bulat-bulat atau berkelakuan keanak-anakan macam baby comel dalam gambar hiasan di atas
Assalamualaikum
Pertamanya, tahniah buat ustaz kerana berjaya menghasilkan satu artikel yang boleh dikira sebagai sangat berani dalam memberi kritikan membina terhadap gerakan-gerakan Islam di Malaysia, alhamdulillah ustaz dikurniakan ilham buat menghasilkan karya-karya penulisan yang kritis dan kreatif dan moga Allah terus memberi taufiq dan hidayah kepada ustaz untuk mengislahkan umat di Malaysia melalui penulisan.
Respon saya bukanlah satu letusan emosi untuk menghentam artikel ini, namun sekadar cetusan-cetusan pemikiran yang timbul hasil daripada pembacaan saya terhadap artikel ini dan gabungan pengalaman saya yang cetek dalam wadah gerakan islam di Malaysia. Saya juga sangat yakin bahawa tiada lain dihati ustaz dalam menghasilkan artikel ini selain untuk melihat keharmonian antara gerakan-gerakan islam di Malaysia dan mengislahkan apa yang termampu.
Dalam artikel diatas ustaz ada menyatakan bahawa banyak gerakan yang menjadikan ikhwan al muslimin sebagai benchmark, dan saya merasakan bahawa tidak ada salahnya disini untuk menceduk apa-apa yang baik daripada ikhwan. Tidak dapat dinafikan ramai yang mendakwa sebagai diri sebagai ikhwan sedangkan hakikat dibelakangnya adalah kosong semata-semata, dan ada juga golongan yang tidak pernah sebok melabelkan diri mereka ikhwan, tetapi keikhlasan, amal dan manhaj mereka mencerminkan bahawa mereka adalah pendokong sejati kepada manhaj ikhwan.
Jika diselidiki susur galur manhaj PKS, maka akan kelihatanlah dibelakangnya cerminan manhaj ikhwan yang menjadi ikutan. Suara-suara yang membuat ‘self-proclaim’ itu mungkin adalah suara-suara pemuda yang bersemangat, suara-suara ini tidak perlu dipersalahkan akan tetapi perlu dididik agar mengenal dulu hakikat islam sebelum mengenal organisasi, mengajak mad’u untuk menghayati islam dahulu sebelum mengenal jemaah.
Seruan ustaz untuk mengajak kerjasama antara jemaah-jemaah yang berkerja untuk Islam di Malaysia adalah satu tuntutan yang murni, namun apa yang saya rasakan, usaha-usaha kearah penyatuan dan kerjasama ini bukanlah satu usaha yang mudah untuk dilakukan kerana setiap jemaah ini mempunyai cara kerja dan fikrah yang berbeza. Kalau tabligh dengan caranya, PAS dengan pendekatan siasahnya, ISMA,JIM, ABIM juga mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri dalam melakukan islah dan amal-amal Islam di Malaysia, ibarat seperti Proton, Perodua dan Naza, ketiga-tiganya adalah syarikat pengeluar kereta nasional, mempunyai misi dan visi yang hampir sama akan tetapi kenapa kerajaan tidak menggabungkan ketiga-tiganya agar sinergi teknologi dapat berlaku dan Malaysia dapat mempunyai sebuah syarikat yang boleh menghasilkan kereta yang mempunyai kehebatan teknologi rekabentuk Proton yang mendapat inspirasi dari Lotus, praktikal dan efisyen seperti kereta-kereta Perodua dan mendapat suntikan modal dan idea pengurusan yang sehebat SM Nasimudin. Harapan ini mungkin adalah satu harapan yang diidam-idamkan oleh seluruh rakyat Malaysia, namun dari segi realitinya, ia tidak berpijak dibumi nyata, kenapa? Saya rasa kita sendiri mampu menjawabnya. Begitu juga usaha penyatuan ini,satu hakikat yang indah dipandang mata akan tetapi perlu berpijak kepada realiti Malaysia itu sendiri, dan untuk melakukan islah didalam setiap gerakan ini, saya merasakan bahawa mungkin ustaz perlu lebih memperincikan lagi apakah bentuk kelemahan dan islah yang boleh dilakukan agar cadangan tidak sekadar tinggal cadangan, dan tiada pandangan negatif yang dibuat terhadap badan-badan ini hasil daripada tulisan ustaz hari ini. Mungkin ustaz boleh melakukan usaha proaktif untuk bertemu dengan wakil bagi setiap badan-badan islam ini dan mencadangkan usaha-usaha islah ini dilakukan.
Akhir kata, saya yakin setiap mereka yang ikhlas bekerja untuk Islam dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan akan diberi ganjaran oleh Allah sesuai dengan usahanya itu, apa yang paling penting adalah berlapang dada terhadap kelemahan masing-masing dan belajar untuk menerima bahawa kita semua adalah manusia yang tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan.
“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari tuhanmu yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa” Ali Imran:133
terima kasih akhi hisham… seronok dapat berbincang sebegini.
sebenarnya, penulisan adalah salah satu usaha saya. selain menulis, ada juga kerja-kerja lain yang dibuat dalam bentuk yang akhi hisham sarankan. cumanya, saya ini hanya seorang saya, siapalah pula saya untuk berkunjung dari satu pemimpin ke satu pemimpin bagi menyampaikan hasrat hati. tetapi ada sahaja peluang dan kesempatan, saya manfaatkan. kadang-kadang tidaklah sampai ke peringkat kepimpinan tertinggi, tetapi setakat dahan-dahan yang tercapai oleh galah pendek seperti saya.
saya tidak mengimpikan kerjasama antara gerakan-gerakan islam boleh berlaku dengan mudah sekelip mata. sebab itu, menjawab persoalan kerjasama ini, telah beberapa artikel saya tulis dari sudut-sudut yang berbeza. tetapi hasrat saya ialah untuk menyuntik keinginan yang tinggi ke arah kerjasama, di kalangan generasi baru. tapi kalau nak ikutkan pun, pimpinan tertinggi ok je duduk semeja. yang bawah-bawah ni tak serik bergaduh. jadi apa yang saya dan 10 jari ni mampu buat ialah mencoretkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi baru ni. tak banyak, sikit pun jadi. so bila saya cek, saifulislam.com ada dilinkkan ke halaman web fikrah pas, yang jim pun ada, yang tabligh pun ada malah banyak halaman web yang selitkan saifulislam.com di celah alamat blog afdlin shauki, ashraf sinclaire dan macam-macam. maka medium kecil inilah yang cuba saya manfaatkan agar kita boleh sama-sama mencari titik mula.
kesatuan eropah terbentuk hasil muafakat negara-negara yang berpegang kepada ideologi yang bertentangan. israel juga akhirnya berdamai dengan jerman dan memulihkan hubungan diplomatik. bila antara gerakan islam ni terlalu sulit untuk duduk bekerjasama, saya rasa kitalah yang paling tak bertaqwa kepada Allah… soalnya maybe balik ke benda basic, iaitu sekeping hati, istana tinggal sebuah cahaya bernama IKHLAS.
Keikhlasan itulah yang belum betul-betul diuji…
sebab itu, kalau kepada pas, saya selalu mencadangkan supaya jangan lagi guna hujah-hujah yang mencipta musuh. misalnya pas sebagai jemaah tertua, pas itulah yang mesti disertai. yang lain tak sah belaka! tinggalkan hujah sebegini, sebaliknya tukar kepada pas sebagai jemaah tertua maka pas boleh menawarkan kelebihan pengalaman. cukup.. orang terima, jadi kawan, orang tolak, tak jadi lawan.
begitu juga dengan ISMA, MSM, Ausis dan JIM, binalah keyakinan pengikut dengan mengutamakan penjelasan tentang apakah yang boleh ISMA, MSM, Ausis dan JIM tawarkan kalau seseorang memilih jemaah ini. Jangan lagi menjadikan kelemahan PAS sebagai bahan untuk menguatkan sokongan mad’u kepada jemaah masing-masing.
PAS perlu meyakinkan orang tentang kekuatannya dengan menjelaskan apakah kekuatan yang dia ada, dan bukannya melalui penjelasan tentang kelemahan orang lain.
Begitu juga dengan JIM, ABIM dan lain, hujah-hujah lama seperti PAS tak cukup tarbiyah, join PAS bahaya, baik sokong kami sebab masa pilihanraya kami pun undi PAS… hujah-hujah begini mesti dibuang.
Dan demi Allah, tidak mudah untuk kebiasaan seperti itu dibuang, melainkan dengan taqwa kepada Allah dan ikhlas berjuang untuk-Nya
MashaAllah, komen seorang-seorang tu panjang berjela… kan sudah diramalkan, ustaz?
Komen saya berbeza sedikit …
Hmnn.. ana perasan, gambar di blog ustaz semakin menyerlah ! Syabas!
Bukanlah bermaksud gambar dulu tak best, tetapi pilihan gambar pada artikel ustaz akhir-akhir ini memang menarik minat saya
*iklan*
Kebetulan, ada lagu segar dari ketuhar, saya menjemput ustaz serta peminat setia blog ini untuk mendengarnya.
*iklan tamat*
Jazakallah diatas respon,
Moga ada manfaatnya diatas perbincangan-perbincangan yang membina sebegini…
Ana tertarik dengan analogi ustaz berkenaan dengan kesatuan Eropah, namun di sebalik kesatuan itu masih lagi wujud khilaf diantara mereka, begitu juga dengan perbezaan antara gerakan-gerakan Islam di Malaysia, mungkin ada rahmat disebalik kekhilafan yang berlaku, seperti mana rahmat yang menaungi khilaf antara sahabat Rasulullah. Ana merasakan tidak ada salahnya kita berbeza dalam bekerja untuk Islam, asalkan kita menuju matlamat yang sama dan tidak menyalahkan antara satu sama lain, setiap diri akan dihitung berdasarkan kepada keikhlasan amalnya, yang penting bekerja, kerana Allah akan melihat kepada amal-amal kita semua.
Generasi muda perlu dididik dengan memahami dan mengamalkan Islam terlebih dahulu, kemudian mengkaji bagaimana metodologi Rasulullah dalam menyampaikan dakwah dan membina negara, kemudian setelah keaslian metodologi terbentang dihadapan mata, pilihlah medan mana yang menjadi pilihan hati, tidak ada satu kebaikan pun yang dilakukan oleh umat manusia melainkan akan diganjari oleh Allah.
Dahulu, saya juga adalah antara yang berpendirian untuk jemaah-jemaah di Malaysia ini disatukan, namun setelah berlalunya masa, dan saya memahami bahawa manusia akan selamanya tetap menjadi manusia dan saya meyakini bahawa kekhilafan itu tetap pasti akan ada, cuma bagaimana kita beradab dengannya.
Yang penting adalah generasi muda perlu mengetahui bahawa amal secara kolektif dan tersusun adalah jauh lebih baik dari amal secara bersendirian atau amal kolektif yang tidak tersusun, dan keutamaan amal yang paling utama pada ketika ini adalah mengumpulkan jiwa para pemuda dalam satu soff yang tersusun rapi, mendidik dan mentarbiyyah jiwa-jiwa ini agar menjadi peribadi yang hidup dan matinya hanya untuk Islam.
Moga Ustaz juga akan terus menerus dalam limpahan taufiq dan rahmat dari Allah dan sentiasa diberikan kekuatan fikiran dan tubuh badan untuk melakukan islah semampu mungkin dan ana harap kita akan bertemu satu hari nanti.
wassalam
p/s:- Ustaz kena cari masa untuk riadhah sikit, jangan terlalu sibuk hingga kesihatan sendiri pun terabai.
ya Ustaz,
dulu waktu ana sangat aktif dalam apa yg disebut ‘pergerakan pelajar’, buntu sungguh memikirkan soal kepelbagaian yg akhirnya pendirian ana disambut sbg ‘mendukung pluralisme’ oleh sebilangan teman yg tidak pernah sedia hadir dlm pertemuan2 yg lebih berbentuk dialog (jika tidak mencapai intellectual engagement).
niat di hati mmglah murni, cuba menjadi non-partisan dan sungguh2 menegaskan bahawa idea Islam adalah yg terbaik dan mesti diketengahkan. sayangnya ana akur semangat ana saat itu jauh lebih hebat dari kemampuan ana. nak kata ana gagal mewakili pandangan yg disandar kpd rujukan Islam tidak juga (sudah tentu bermula dgn Al-Quran dan petunjuk Rasul s.a.w. sebelum pdgn2 tokoh Islam). Tapi ada beberapa lompong yg ana tidak pernah fikirkan.
Sbg contoh dlm bengkel ekonomi bersama panel2 Akademi Sains Islam Malaysia baru2 ini yg ana anjurkan bersama teman2 di Wilayah Ilmu ini (Serdang, Kajang, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya). Ana ada usulkan pertanyaan2 tentang teori dan pendekatan ekonomi Islam. Kita pernah dengar perihal zakat yg tidak ada penerimanya di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, tapi kita lupa bahawa zakat punya asnaf2 penerimanya dan kita tahu di Malaysia tidak mungkin muslim sedia bersetuju bahawa rakan2 bukan Islam berhak atas duit zakat apatah lagi dengan meratanya kemiskinan di kalangan muslim sendiri. Justeru, apa dasar yg diamalkan generasi awal Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. dan generasi2 yg kita sifatkan ‘gemilangnya Islam’ itu?
Persoalan2 seperti ini penting pada ana kerana ana percaya dlm konteks Malaysia, kita tak boleh syok sendiri dengan pandangan2 yg kita panggil Islamik tanpa menyelesaikan hak mereka yg bukan Islam kerana kita selalu mendakwa bahawa Islam mempertimbangkan hak semua pihak.
Syukur kepada Allah s.w.t. yang mengilhamkan kpd manusia (meskipun tidak beriman) yang menemukan revolusi maklumat antaranya internet agar kita beroleh ruang bicara. Sensitiviti adalah lumrah. Yang penting ialah kita yang menyentuh sensitiviti sebilangan yang lain ini mampu berdiri atas hujah yang sudah tentu boleh didebatkan.
Ya, inklusif bukan eksklusif!
Kita boleh berlabon tentang istilah sampai hujung usia..
ya Ustaz,
maaf ya semakkan ruang ustaz ni..dah beraya dengan ustaz sebelum ni. juga kepada teman2 pengunjung.. “Eid Mubarak! Maaf Zahir dan Batin.
Waa.. ustaz, artikel kali ini cukup berani nampaknya. Saya memang tak berapa setuju dengan sesetengah kita yg suka mempopularkan istilah ‘fikrah kita berbeza’, ‘masing-masing ada fikrah sendiri’, ‘tak boleh campur aduk fikrah’…setiap kali kerjasama cuba diusahakan, itulah jawapan paling standard..memang tidak mencederakan mana mana pihak, tetapi ibarat memutuskan talian sesama sendiri. soalnya, APAKAH ITU FIKRAH?
Dan juga seolah olah wujud inferiority dikalangan pimpinan/naqib/senior mana mana jemaah/gerakan Islam bila anak anak buah mereka ingin melihat atau mengkaji pihak yg satu lagi atau mengguna sumber luar jemaah. Kononnya nanti fikrah bercampur aduk..semacam ada tembok yg perlu dibuat….ya, itulah tembok yg menyekat akal. Akhirnya kita melahirkan robot robot dikalangan ahli. Yg hanya tahu baiah,taksub,wala dan merujuk cakap pimpinan jemaah nye saja.
Sebagai analogi, kalau kita mazhab shafie, apakah tidak boleh pelajari pendapat dan hujah mazhab lain? Sudah tentu ada pendapat mazhab lain yg lebih tepat dgn situasi kita dan perlu diambil tanpa perlu pun mengistiharkan diri pindah ke mazhab tersebut. Orang bukan Islam di barat terbuka untuk berbeza pendapat lantas wacana ilmiah berkembang kerana selepas didebat,dikaji maka pandangan yg paling bagus akan diterima. Pelik pejuang islam agak rigid dalam isu idea & manhaj sampaikan hanya satu satu ideologi saja yg tepat.
Masalah yg lebih parah timbul bila kita dicabar untuk berdebat & engagement dengan masyarakat awam yg lebih luas, plural dan mungkin baru mengenal islam. Time tu la baru terkial kial nak mencari sumber rujukan dan tulisan orang luar. Selama yg ditarbiyyahkan dlm usrah,tamrin & daurah rupa rupanya sekadar bahasa yg hanya boleh difahami oleh sesama ahli sahaja.. Ini lah akibat bila budaya menutup pintu tarbiyyah berleluasa dlm the so called jemaah..
*only my two cents
hisham,
walaupun saya merujuk kepada kesatuan eropah sebagai contoh, jelas di dalam komen saya bahawa saya mengajak kepada kerjasama antara gerakan, bukannya kesatuan yang bermaksud menjadikan gerakan yang banyak sebagai satu
p/s: saya sedang meraikan penurunan berat badan yang banyak sekarang ni. harap bersabar ye. quran pun turun secara tadarruj
cidos,
artikel kali ini bukan lebih berani dalam erti kata sebelum ni tak berani, tetapi mungkin selepas boring bermain bahasa dengan orang yang reti bahasa, maka kali ini saya bahasakan habis-habis…
Salam…
Ustaz, kata dlu nak ‘sembang’ online pasal nih…. Huhuhu, dah tulis artikel plak…
Assalamualaikum
Artikel yang telus dan transparent
Bagi saya juga seorang ahli satu jemaah , mungkin bagi pendapat saya tarbiah setiap jemaah ini berbeza, tetapi yang penting adalah matlamat yang sama untuk mendirikan Daulah Islamiah, inilah yang paling penting. Saya sendiri mempunyai usrah dikalangan student (seorang Pensyarah di IPTA), kebetulan seorang student telah mengikuti jemaah yang lain, jadi saya bersifat lapang dada meminta student tersebut meneruskan usrahnya dengan Jemaah tersebut, apa yang penting saya tekankan kepada anak usrah adalah amal islami dan mempunyai fikrah yang jelas dengan Islam. Apa yang saya pastikan dulu anak usrah betul-betul memahami apa itu Islam dan beramal dengannya dan bersifat berlapang dada dengan perbezaan pendapat. Saya akan memilih kader-kader itu sekiranya mereka istiqamah dengan Islam barulau pada ketika itu saya mengenalkan pada Jemaah yang saya ikut. Bagi saya memanglah kalau seseorang itu mestilah mengajak madu’ mengikut jemaahnya, sepertilah seorang penjual kereta mestilah ianya akan menerangkan kebaikkan kereta yang dijualnya dan meminta pembeli itu membeli kereta tersebut. Tetapi kelemahan dai adalah mengajak kepada Jemaah bukan kepada Islam , inilah puncanya kita tidak bersifat berlapang dada dengan Jemaah yang lain. Sekiranya setiap dai’ mempunyai sifat belapang dada dan menerima perbezaan pendapat dan matlamat Akhirnya Daulah Islam bagi saya Perbezaan Pendapat Ini adalah Rahmat untuk Islam itu sendiri . Sungguhnya Islam itu Indah , marilah kita berbeza pendapat tapi matlamat kita adalah sama iaitu DAULAH ISLAM
p/s Tengok saya suka makan makanan pedas mungkin Abu Saif suka makam makanan manis adakah saya nak paksa Abu Saif makan makanan pedas ? Yang penting yang pedas dan manis itu Halal
Fikir-fikirkan
Ingin tengok wakil rakyat terdiri dari Ahli PAS, JIM, ABIM, ISMA dan TABLIGH bukan UMNO (ops kalau tersilap)
WalAllahuallam
Abu Mujahid
Ipoh
salam ustaz,
artikel yang menarik dan tentunya menjadi bacaan ratusan mahasiswa/i yang berkecimpung dalam arena dakwah di mana sahaja mereka berada..
ana setuju dengan kenyataan bahawa untuk menyatukan antara semua gerakan2 Islam yang ada di Malaysia adalah sukar namun ia tidak mustahil. Tapi buat masa sekrang, di dalam kebobrokan jahiliyah yang makin hari makin mengganas, tuntutan dakwah itu lebih mendahului daripada berfikir strategi bagaimana untuk menyatukan jemaah2 yang ada.
Ada sorang ustaz pernah cakap, ‘kuncinya adalah husnuzzhon’.. Insyaallah jika semua aktivis dakwah menanamkan sifat ini dalam hati mereka, iA tidak ada rasa benci, dendam dan iri hati pada mereka yang berlainan fikrah dan jemaah dengan kita..
Mayba ustaz boleh explainkan lebih lanjut tentang dakwah dan wadah. Tentunya kewajipan kita sebagai muslim adalah untuk berdakwah, dan jemaah itu adalah wasilah dan wadahnya. Cuma mungkin ada yang masih kurang faham dan masih melihat bahawa wadah itu adalah tujuan sehingga terlupa bahawa sebenarnya memasuki wadah adalah untuk dakwah.
Dan kurang tepat jika kita claim diri kita as part of sesuatu jemaah sedangkan sepatutnya kita jelas apa fikrah kita dan kite berpegang pada fikrah, bukannya pada jemaah. Jika fikrah itu sendiri jelas, maka di mana2 sahaja dia bekerja samada di Abim, JIM,ISMA,or even PKS ke, dia akan membawa fikrah Islam, fikrah dakwah itu di mana sahaja dia berada….
PS: kadang2 kita sibuk berbincang persoalan jemaah dan pening berfikir untuk mengorganisasi sesuatu program tetapi melupakan dakwah fardhiyah pada orang2 yang dekat dengan kita….
saya setuju dengan pandangan abu mujahid. the only thing is, saya suka memperincikannya lagi.
misalnya, untuk kesejahteraan berjemaah, kita kena fahamkan ahli betul-betul apa itu islam. term “apa itu islam”lah yang susah nak diukur. dah sampai tahap mana, baru dikatakan benar-benar telah faham islam? adakah selepas 5 tahun usrah? atau selepas habis silibus di marhalah tertentu? atau bagaimana? pada saya, untuk kesejahteraan berjemaah, kena explain betul-betul secara specific benda yang membawa kepada kesejahteraan berjemaah tu. misalnya, walaupun dia baru 3 kali usrah, tetapi dia sepatutnya sudah difahamkan bahawa tujuan berjemaah ini adalah untuk membangunkan islam. dia pilih jemaah tu kerana apa? adakah kerana jemaah lain salah? atau kerana jemaah yang dipilihnya lebih sesuai pada pandangan beliau? isu-isu ni kena dijelaskan, selari dengan usaha menjelaskan apa itu islam secara umum. definitely, saya amat menekankan, peranan ikhlas dan hati yang sejahtera dalam beragama. boleh rujuk di artikel saya “Kenapa Anda Berdakwah I dan II?
Kemudian, kita tidak boleh menganggap seruan kepada jemaah itu bertentangan dengan seruan kepada Islam. Yang penting ialah bagaimana kita menyeru.
Marilah kita kembali kepada IslaM… di antara M pertama dengan M terakhir dalam statement tu, kalau tak dijelaskan jemaah mana, tak sampai orang diseru kepada jemaah. Tetapi yang penting, seperti yang telah saya jelaskan dalam artikel tahun lalu, JEMAAH ITU KEPERLUAN, UMMAH ITU TUJUAN
Takpe. Artikel yang saya tulis ni sangat specific kepada satu isu sahaja, iaitu jangan copycat mana-mana jemaah dan tidak perlu menjadi wakil PKS di Malaysia, especially kalau self proclaim. Bab-bab lain, ada dalam artikel lain. Saya harap jangan ada pula tiba-tiba orang komen di sini “sibuk bab jemaah, tapi dakwah kepada masyarakat umum diabaikan!”. Kita discuss satu tajuk di satu tempat. Tak boleh nak bincang semua dalam satu tajuk. Ingat, saya sudah menulis beberapa bab lain. So, kalau benda yang anda fikirkan tidak ada di dalam artikel ni, ia mungkin sudah ada dalam artikel lain! Maaf terpaksa bagi friendly reminder begini, supaya tidak spoil perbincangan.
Salam. Saya tidak boleh langsung nak menafikan kebenaran artikel ni. Kalaulah mereka yang self-proclaimed IM ni telah membaca dan faham artikel ini lebih awal, mungkin saya tidak menjadi phobia kepada dakwah dan jemaah seperti sekarang…………
salamun ‘alaikum,
Sekadar mencelah sebentar di kala kesibukan di malam buta di lab computer uni.Heh. Sebagai respon kepada akh abu mujahid, ana sangat menyokong akan keterbukaan nta.
Ingin berkongsi sebahagian isi dari tulisan Ibnu Jauzi, Talbis iblis dalam bab talbis iblis kepada para ulama (baca:dai’). Antaranya beliau ada menceritakan satu situasi di mana mad’u yang sering merujuk masalah2 kepada seorang syeikh A, tiba-tiba pada suatu hari beliau merujuk kepada syeikh yang lain, syeikh B.
Situasi ini memberi ruang buat iblis membelit syeikh A agar merasa kurang senang dan iri hati…
Nasihat Ibnu Jauzi, adalah ulama seharusnya seperti seorang doktor, tak kira kepada siapa beliau pergi berubat, asalkan pesakit itu sihat, maka si doktor akan merasa tenang.
(Quote bebas daripada buku terjemahan Talbis Iblis)
Kesimpulan, mungkin mad’u yang pernah kita tarbiyah tidak lagi bersama kita, tetapi asalkan dia menjalankan amal islami dan dakwah dengan baik, seharusnya kita tumpang gembira.
salam dari lab comp
(1:54am)
Setelah lebih 10 tahun mengamati tarbiyah dan dakwah berbagai2 gerakan Islam Malaysia samada di dalam atau di luar negara, saya boleh membuat kesimpulan bahawa tiada banyak bezanya sehingga boleh dijadikan sebagai cabaran besar untuk bekerjasama dalam perkara2 yang berkaitan survival Islam di tanahair. Dalam Kesatuan Eropah (EC), negara yg pernah berperang, malah sehingga sekarang masih sindir-menyindir seperti UK, France dan German, malah negara yg lebih exotic seperti Romania dan Bulgaria, boleh bersetuju mendokong European Directive yg menyeragamkan “fikrah dan polisi” mereka dalam menghadapi non-European, bagi berhadapan dengan cabaran globalisasi.
Kita masih lagi bercakap satu bahasa dan bermahzab Shafi’e secara dasarnya. Mereka ada yg Catholic, Protestan, Orthodox (mereka adalah agama2 yg berbeza, bukan mcm mazhab dalam Islam), malah atheist; boleh dan sentiasa mencari2 noktah untuk berdiri bersama. Selagi mana sikap kita masih membesar2kan perbezaan (yg wajib ada sebagai manusia) selagi itu kita dihantui oleh perbezaan tersebut.
DI luar negara misalnya, proses perkaderan masih diselaputi sikap lama- “ikutlah kami kerana kami lebih kuat tarbiyah dari yg itu. Kami non-partisan/ Ikhwan/ PKS, yg itu lebih pentingkan politik, nanti kena tarik biasiswa…..”. Familiar kan bunyinya? Ustaz, saya amat menyokong fokus dakwah yg Ustaz jalankan dalam mengubah SIKAP dan MENTALITI Melayu Malaysia. Melayu masih malas berfikir…..
salam.
setuju. buat mereka daie (self proclaimed) yg menakutkan org lain untuk dekat kepada kumpulan Islam sebab tak berlesen dll atau menakutkan manusia dengan modal-modal musuh etc..ketahuilah Allah itu maha adil. Kejujuran pada Allah dan Rasul dalam membawa dakwah. Keadilan dan pengadilan itu akan tiba juga. selalu dengar atas nama kepelbagaian perlu wujud. namun kepura-puraan dan keengganan bersama mempertahankan Islam apabila ditekan????
patut ustaz buat lg satu tajuk. Pasal pendakwah yg berhabis penat menakutkan org dan memburukkan kumpulan Islam dengan gigih, tapi mengecil, mengecut dan tersipu malu pijak semut pun tak mati bila berhadapan isu/hal yg menuntut Islam dipertahankan. lepas tu berjela-jela pula alasan, nak berhikmah la dsb.
p/s: mungkin juga perinsip mereka apa-apa sahaja, anything under the sky asal tidak kepada PAS
atau artikel “anything but pas”. berkenaan tajuk artikel ni:
ini adalah manifestasi masyarakat melayu Muslim Malaysia yang masih dijajah pemikirannya, kecil jatidirinya, rendah keyakinan jiwa. Kalau ikut kayu ukur Dr Mahathir dalam semangat Msia Boleh, pendakwah2 ni masih termasuk dalam kumpulan yg terjajah dan tiada jatidiri. Kalau anak muda berhibur terkinja-kinja cuba menggayakan artis barat mereka, kumpulan pendakwah ini ibaratnya ‘terkinja-kinja’ menggayakan kumpulan-kumpulan idola mereka. Nasib baik yg hebat-hebat dan famous baru Ikhwan, Refah, PKS, AKP. kalau yg kat Sudan, Algeria, Chehya, Iraq dan banyak lagi kumpulan lain menempa nama, saya yakin artikel ustaz akan lagi panjang. dan Malaysia akan jadi negara ‘rojak gerakan Islam’. akan banyak lagila alasan, dan hujah untuk menghalalkan penubuhan ni.
untuk menimbulkan jatidiri dalam rakyat kebanyakan, Msia terpaksa menghantar orang berlayar keliling dunia, berenang merentas selat, turunkan proton ke kutub dengan payung terjun, dan bermain gasing di angkasa.
saya tak tahu bagaimana nak timbulkan jatidiri di kalangan sesetrengah kumpulan pendakwah msia. mungkin mereka perlu berlayar, berenang dan ke angkasa terlebih dahulu?
Alamak Akhi Abu Saif, balik kepada masalah sikap ke kita nih? Is this the biggest issue? Point utama artikel ini adalah ‘perangai’ orang kita suka associate dengan ‘yang sudah ternama’. Masalah sikap tu.
Saya suka meng ‘highlight’ kan kembali kepada semua, artikel ini adalah berkenaan jemaah. Kenapa abu saif menulis mengenainya? Kerana berjemaah adalah penting.
Sekadar friendly reminder dari saya, adakah sahabat2 sudah berada/bekerja/beramal dalam jemaah? Jika belum bagaimanakah artikel ini applicable kepada sahabat2?
Susunlah diri antum sebagai salah satu bata dalam pembikinan sebuah rumah. Manusia yang ego sahaja yang tidak merelakan diri disusun atur.
Salam Tahniah buat sheikh
inilah antara artikel neutral dan membina yang perlu dihayati setiap para da’ei
X tahulah ana kalau ada jugak generasi muda yang masih bertelingkah dan berebut madu’ ni…
akhirnya…Islam yang rugi…
Wassalam..
[...] Daripada artikel ‘Saya Nak Jadi Wakil‘ [...]
saya suka ulangi kata2 akhi faridul bahawa artikel ni sebagai bahan muhasabah bersama..saya pun berbelah bagi nak komen sbb pihak yg dikomentar itu melibatkan para daie, murabbi dan pejuang islam yg Allah sahaja tahu pengorbanan dan semangat mereka untuk melihat Islam kembali gemilang…semoga saya yg melontarkan kritikan (tanpa mengeluarkan setitik peluh pun) ini turut mengikut jejak pengorbanan org yg dikritik.
cidos, daie murabbi dan pejuang islam tidak kenal erti kecil hati apabila dikritik. kan baru sahaja ada artikel jangan berkecil hati
Petik: “..Semoga idealistik orang muda tidak sampai memencilkan realistiknya persekitaran yang ada…”
salam..
hmm…situasi kewujudan pelbagai jemaah yang bekerja ke arah menegakkan kembali islam seharusnya dipandang suatu perkembangan yang positif oleh semua penggerak pendokong daawah dalam mana mana jemaah sekalipun. ia melambangkan dinamiknya ummat islam itu dan masih wujudnya segolongan ummat manusia yang sedar akan tanggungjawab mengembalikan islam sebagai order dunia. seharusnya, tidak wujud sebarang pertelingkahan antara penggerak pendokong daawah. mungkin wujud perasaan ingin berlumba lumba utk berbuat kebaikan..fastabiqul khairat..seperti mana wujudnya perasaan dari kalangan para sahabat yang ingin pergi berjihad..berebut rebut mahu ke medan perang..namun, sepengetahuan ana yang cetek ini, tidak pernah pula ana mendengar dari kalangan sahabat rasulullah saw yang menjatuhkan satu sama lain untuk pergi bersama berjihad ke medan perang..sikap inilah yang seharusnya dicontohi oleh semua..
ana berpendapat seandainya semua orang berlapang dada sesama kita, tiada buruk sangka, tidak merasakan bahawa satu jemaah itu lebih baik dari jemaah lain hanya kerana jemaahnya lebih lama atau tertua di tempat tersebut atau tidak mengamalkan attitude “ini-kawasan-aku-jadi-jangan-kacau-kawasan-aku”..seandainya semua perkara di atas dapat dihindari, insyaAllah pastinya lebih mudah mengejar cita2 menegakkan kembali islam di muka bumi ini. golongan pendaawah seharusnya bertarung dengan jahiliyyah..bekerja bersama menentang jahiliyyah bukannya bercakaran sesama kita tentang siapa betul..siapa salah..siapa masuk neraka, siapa masuk syurga..siapa sesat, siapa tidak…krn siapalah kita untuk menghukum manusia..haq menghukum manusia kita serahkan kpd Allah swt..
sedang kita bercakaran..syaitan di sana menepuk tangan kegumbiraan..
bak kata pepatah melayu..menang sorak, kampung tergadai
allahu a’lam
antara perkara asas di dalam artikel saya yang ini, juga artikel-artikel sebelumnya ialah:
1. tidak lagi meratapi, menyesali dan mencela berbilangnya jemaah di malaysia. ia sungguh membuang masa kerana realitinya sudah begitu.
2. maka kebanyakan artikel saya, cuba memberikan pandangan, bagaimanakah kepelbagaian jemaah ini patut diuruskan. apa sikap ahli sebuah kumpulan terhadap kumpulan yang lain.
kedua-dua point di atas telah saya tekankan di dalam artikel yang sudah berusia setahun iaitu “JEMAAH ITU KEPERLUAN, UMMAH ITU TUJUAN”
manakala artikel yang satu ini, khusus mengajak pembaca agar merawat masalah meminjam kredibiliti gerakan luar untuk gerak kerja tempatan.
saya amat menghargai, jika pembaca mengekalkan point utama artikel ini…
selamat berbincang…
sambungan sedikit lagi..
tidak perlu berbicara soal jemaah andai solat jemaah pun masih terumbang ambing…jemaah mana lagi aula’ untuk dijaga? jemaah daawah atau solat jemaah? tingkatkan kefahaman islam..fahami dahulu tujuan daawah tersebut iaitu bukan untuk mengajak manusia ke arah mentaati mana mana perkumpulan, tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk menyeru mentauhidkan Allah semata mata..bak kata sheikh hassan hudhaibi tegakkanlah islam di dalam dirimu dahulu, nescaya tertegaklah islam di muka bumi ini..
jgn takut kpd daawah IM..jgn takut kepada mereka yang self proclaimed mereka itu kumpulan itu dan ini..takutlah andainya dalam kita sibuk berbicara soal daawah..bergaduh soal jemaah, masih byk lagi perkara asas islam di dalam diri kita yang kita tak mampu nak selesaikan..takutlah seandainya kita sibuk bergaduh antara jemaah, amal islami kita masih tak terjaga..bermujahadahlah utk menentang jahiliyah di dalam diri kita..
peringatan buat ana sendiri yang masih hijau di dalam arena ini..
allahu a’alam..
Semasa zaman remaja (student), pasukan bola sepak kami tak lah berbakat sangat berbanding pasukan lain yang lebih gah. Tetapi coach kami sering berkata “saya tak kesah kalau kamu semua tidak berapa bagus bermain, tugas saya to bring out the best from you for the betterment of the team, so help me to bring it out”
Itu cukup membuatkan kami tidak berasakan terlalu kerdil dari pasukan lain. Walaupun tidak terlalu berjaya, we proud of ourself. Jika dalam pasukan kami masing2 menjatuhkan teammate masing2 tak kemana la kami.
Jadi tugas kita ialah bagaimana to bring out the best of the jemaahs for the betterment of Islam. Gunakan apa yang ada ditangan. Jika jemaah2 yang ada itu kurang dari satu segi, jadi workout to bring out the best.
saya sudah sebut berulang kali di dalam beberapa komen di atas bahawa ketika kita berdiskusi tentang satu topik yang khusus, jangan pula ditimbulkan isu-isu lain kerana ia mungkin telah dan akan dibincangkan dalam entry yang berbeza.
isu jamaah untuk menggerakkan dakwah penting.
isu solat jamaah penting
tetapi bak kata pepatah arab, likulli maqaamin maqaal. setiap satu tempat, ada tajuk perbincangan khusus mengenainya.
mari kita fokus…
Salam…
perkara asas pertama yang perlu difahami adalah bekerja untuk Islam dalam suasana sekarang adalah satu tuntutan
Kemudian bagaimana untuk bekerja dan ana rasa dalam perbincangan ini tidak perlu untuk melemahkan lagi semangat pendakwah dan merendah-rendahkan mereka dengan menyatakan bahawa mereka tiada jati diri, terikut-ikut dengan prinsip gerakan luar, maaf ana agak kurang senang dengan komen dari akh fahmi.
Bagi ana, ana rasa tidak ada salahnya kalau apa yang baik dari luar itu kita ambil sebagai teladan, x kiralah dari IM ke PKS ke atau apa saja, cuma yang penting adalah proses customization mengikut kebijaksanaan pendakwah mengikut resipi Malaysia dan kurangkan berslogan sedangkan hakikat dibelakang ibarat vakum.
Ibarat kalau kita melancong ke Indonesia, dan kita dapati bahawa mee bandung di daerah Bandung adalah sangat sedap, jadi kita bawa balik segala resipi dan perencahnya ke malaysia untuk dimasak dan dirasai oleh kawan-kawan di malaysia, supaya kawan-kawan juga dapat merasai keenakan mee bandung tadi…apakah salah jika terbukti bahawa mee bandung Indonesia itu sememangnya sangat sedap dan disukai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, yang salah bagi ana adalah orang yang memasak mee bandung mengikut resipi yang entah apa-apa dan kemudian membuat dakwaan palsu bahawa ini adalah mee bandung Indonesia Original!
Begitu juga untuk menghasilkan kereta sendiri, Malaysia terpaksa menceduk bulat-bulat pada awalnya teknologi dari Mitsubishi sebelum berjaya membangunkan teknologi automotifnya sendiri, lihat sahaja kepada Proton Iswara dan Wira yang mengambil 100% rekabentuk Mitsubishi Lancer, proses pemindahan teknologi ini berlaku kerana telah terbukti bahawa teknologi Mitsubishi telah berjaya, apakah salah jika ada pendakwah yang cuba untuk mengambil seni dakwah dari luar dan cuba mengaplikasikannya disini…jika mengimport teknologi itu ibarat tiada jati diri, maka kita juga perlu berani mengatakan kepada syarikat Proton, Perodua dan Naza sebagai syarikat yang tiada jati diri…
wassalam
Salam. Ustaz, Hizbut Tahrir macamana?
hhmmm…mcm2 komen manusia pasal entry ni…insyaallah semua jamaah2 ni bagus belaka…semua nak mengajak kpd islam…tp masalah kebanyakan jemaah ni, mereka sibuk nak mengajak manusia mengikut jamaah mereka…sibuk mengajak manusia mengisi borang2 keahlian jemaah tanpa menghiraukan aspek tarbiyah dan kefahaman terhadap islam…fokus utama kita bukan nak sibuk2 mengajak manusia berintima’ dgn jemaah, tp kita nak megajak manusia berintima’ dgn islam at the first place… then, lepas mereka faham ttg islam dan sudah bersedia utk bekerja utk islam, barulah kita offer mereka utk sama2 bekerja dalam satu barisan…kita bukanlah nak mengumpulkan angka2 kosong, mengumpul ahli2 pasif dalam barisan…tapi kita nak mengumpulkan tulang2 belakang utk barisan ini…ahli2 aktif yang menguatkan barisan ini…QAEDAH SULBAH…
buat renungan semua jemaah…
peganglah bendera mana yang anda suka,
tapi jgn lepaskan bendera Islam,
dan janjilah kita akan berlapang dada dgn sedikit perbezaan ini
janjilah perbezaan ini akan bawa manfaat pada kita semua
bukannya untuk jatuhkan antara kita
kerana kita di sini bukan untuk pecahkan umat ini
tapi untuk satukan semula hati-hati umat akhir zaman ini.
setiap dari kita memegang penjuru Islam,
janganlah lepaskannya di penjuru anda.
andai kami salah, nasihatilah kami,
jangan jauhi kami
kerana kami adalah sebahagian dari kamu
dan kamu sebahagian dari kami
jangan manis muka di hadapan, masam di belakang
jangan adakan syak antara kita
kerana itulah modal perpecahan.
jangan rasa segan singgah di daurah umum kami
jangan rasa lokek kongsi ilmu bersama
jangan sampai ada rasa jurang perbezaan yang besar
Ya Allah, hati-hati ini telah kau kumpulkan dan satukan
untuk memikul beban dakwahMU
untuk menjunjung makrifat dan syariat MU
maka eratkanlah hati-hati ini
maka eratkanlah hati-hati ini.
Memang kita suka merancang,
tapi perancangan Allah yang paling baik
jom sama2 kita berdakwah!!!
wallahua’lam
yg baru berjinak2
tanya diri kita:
apa yang telah aku sumbangkan utk islam???
jgn plak,kita syok2 berbincang pasal jamaah, tp kita tak buat aper2 pun…
“…fastabiqul khairaat…”
…berlumba-lumbalah dlm membuat kebaikan…
salam..
saje nak bagi komen gak.. walopon ade exam esok.. hehe..
saye juge baru berjinak2.. dulu agak tak selesa dgn mengetahui ade byk jemaah begini.. memang jahil ttg persamaan n perbezaannya.. syukur alhamdulillah, dipertemukan dgn artikel ustaz ni dan juge dpt bace komen2 yg panjang2 dan mantap2.. hebat juge perbincangannya.. sedikit sebanyak memberi pencerahan kpd saye ttg jemaah n dakwah ni..
saye stuju dgn pendapat bahawe yg penting, sume bekerja ke arah satu matlamat.. sume bekerja utk islam.. yg penting, sume keje tu ikhlas dari hati.. smoge akan ade kerjasama antare jemaah2 ni.. memperbaiki kelemahan masing2, n xde la menuduh jemaah2 lain ade kekurangan sane sini.. bak kate ustaz, ttg harge diri.. org yg ade harga diri memandang tinggi kpd dirinya sendiri n memandang tinggi kpd org lain.. rase mcm sesuai je disamekan dgn jemaah2 ni.. huhu..
maaf..saye masih byk kekurangan..sekadar mencoret pndpt sedikit di sini.. =]
truskan berusaha utk perbincangan yg berfokus!
p/s: doakan saye ye! smoge ustaz juge diberi kejayaan dlm final exam ustaz n juge dlm usaha2 ustaz dlm arena dakwah.. insyaAllah.. ameen3…
Dakwah kita ialah kepada Islam – jemaah bukan matlamat dakwah. Jemaah ini hanyalah seperti ‘kenderaan’ yang melicinkan perjalanan. (atau dengan kata lain dakwah kita kepada Islam bukan kepada jemaah). Jika dakwah kita bertujuan menghalakan mereka untuk jemaah, maka ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana.
Apabila naik ‘kenderaan’ @ jemaah, dia ada pemandu (pemimpin), ada penumpang-penumpang. Pemandu akan pandu dgn cermat agar semua penumpangnya tiba kepada matlamat perjalanan mereka dengan selamat. Ada juga kenderaan ini utk tujuan peribadi dan ada untuk dua – lima penumpang sahaja dan ada untuk maslahat awam. Macam bus, keretapi, kapal terbang. Setiap pemandu ini akan memastikan mereka yang bersamanya mematuhi peraturan i.e pakai ‘seat belt’, ‘duduk betul-betul’, pegang betul-betul’.
Nak guna ‘kenderaan’ ini kenalah ikut landasan, lorong-lorong/jalanraya ataupun ruang-ruang di udara yang disediakan. Helicopter takkan ambil landasan keretapi kerana ruang-ruangnya ialah di udara. Begitulah sebaliknya. Setiap kenderaan ini ada no pendaftaran/no flight masing-masing maka kita tahu dari negara/negeri mana dia dtg dan mendapat kebenaran untuk mendarat. Jika kenderaan tak ada pass masuk negara, ataupun tak dibenar mendarat. Terpaksalah minta izin. Ada kenderaan pula hanya boleh untuk kegunaan mereka yang bayar tambang ataupun terhad penggunaannya. Ada untuk kegunaan semua bergantung kepada matlamat akhir. Oleh itu, Refah hanya untuk Islam Turki, dan Ikhwan untuk Islam di Mesir. Tetapi untuk belajar dari pengalaman mereka itu adalah sesuatu berguna.
Memahami asas ataupun dasar sesuatu ‘jemaah’ amatlah penting. Ini dapat diselidik (sepatutnya dibaca dan difahami) daripada manual perlembagaan ataupun asas-asas struktur jemaah tersebut. Cthnya spt matlamat/tujuan akhir ‘kenderaan’ ini ialah Islam di Mesir, Islam di Thailand, Islam di Indonesia, di kampung mana? atau di negeri mana? Apakah Refah sesuai di Indonesia ataupun perlembagaan PKS sesuai untuk Malaysia? Apakah asas perlembagaan Pas sesuai untuk Indonesia ataupun cara-cara/metode Ikhwan sesuai untuk Saudi Arabia?
Setelah terjawab semua persoalan-persoalan ini dengan rasional-rasional, kita wajar memberikan komitmen ke arah mencapai matlamat ‘kenderaan’ ini sesuai dgn matlamat yang setempat (ruang, tempat, landasan manakah) ataupun paling hampir dengan tempat kita sama ada tempat kelahiran ataupun yg boleh kita berperanan. Dari sini juga kita perlu mengintai apakah keahliannya terbuka jika kita bukan orang tempatan/bukan warganegara? ataupun ia tertutup? Untuk mereka dari latabelakang manakah? Untuk hanya terhad dari negara tertentu sahajakah? dan apakah had umurnya?
Setelah selesai mendapatkan maklumat-maklumat di atas dan kita menyakini (berdasarkan ilmu, pemahaman, perbincangan, ujian-ujian) bahawa jemaah tersebut wajar diambil sebagai ‘kenderaan’ kita maka bolehlah kita teruskan misi perjalanan kita ini. Yang penting jgnlah tersalah ambil landasan lain, kenderaan lain, pemandu yang asing, atau jauh dari prioriti dan peranan sebenarnya yang kita perlu kita sumbangkan.
maaf ya. jadi panjang.
wah.. jadi segan juga nak beri komen..izinkan menyemakkan lagi ruang komen ni ust,
PKS meraih kejayaan hebat dalam masa yang singkat di Indonesia yang menyebabkan ia mendapat sorotan dan POPULARITI yang hebat disamping kehebatan penggerak-penggeraknya, namun ianya releven di Indonesia kerana ia bagaimanapun juga hanyalah sebuah parti politik. (disamping sebuah jemaah islam tentunya)
Membaca aritikel ini dan yang sebelum-sebelumnya sepertinya kita masih lagi belum keluar dari masalah berjemaah ini. Walaupun hakikatnya kita sudah membahasnya dengan begitu teliti namun keadaan yang terjadi, semakin menjadi-jadi.
Seperti mana nasihat ust pada artikel sebelum ini, “Jangan kecil hati” saya juga teringat nasihat Kiai saya untuk selalu “Berjiwa besar”.
Berjiwa besar hanya akan lahir dari hati yang IKHLAS..
Jiwa besar perlu dilatih.. Bila kita dari kecil, remaja hingga dewasa hanya hidup dalam satu jemaah sahaja maka kita mudah tersinggung bila ada gesekan kecil dengan jemaah lain.
Latihlah madu’-madu’ kita untuk berjiwa besar, menerima perbezaan dengan faham sebagai landasan.
kelayakan menjadi ahli pks
http://www.pk-sejahtera.org/2006/index.php?op=isi&id=115
visi dan misi pks
http://www.pk-sejahtera.org/2006/index.php?op=isi&id=110
salam semua;
Alhamdulillah artikel yang amat bermanfaat bagi penggerak dakwah sekalian…saya rasakan artikel ini lebih kepada konsep “siape makan cili, dia terasa pedasnya…” Takpe ustaz, orang Malaysia ni memang suka ‘hot and spicy.’ kalau tak, takde selera…hehe
saya bersetuju dengan komen 38 (hisham79).bagaimana kita nak tahu kesesuaian sekiranya semua benda yang dapat perlu diubah atas nama ‘originality’? andaikata tidak, kita lapangkan dada untuk mengubahsuai mengikut citarasa yang sesuai. andaikata sesuai silakan untuk digunakan.
Islam bukan macam lagu rasa sayange…! nak kene bayar royalti dan ‘acknowledge’ nama penggubahnya setiap kali digunakan…tidak pula macam buat ‘scientific paper’ atau esei di uni, kene ‘paraphrase’ setiap ayat supaya tidak ‘plagiarise’…
jangan pula kita membentuk satu jemaah ilusi atas dasar dan nama ‘nasionality’…jangan pula kita asyik berbangga dengan kejayaan orang lain sedangkan kita hanya serupa nama bukan kejayaan… jangan juga kita asyik melabel orang lain itu dan ini sedangkan kita semua mempunyai label yang sama yakni ISLAM…
Wallahu a’lam
Maaf mencelah ya ustaz, ana sekadar berkongsi artikel.
Juga maaf kiranya jikalau ‘ter’lari tajuk.
sumber:http://nikabduh.wordpress.com/2007/06/27/pejuang-pas-pejuang-islam-atau-pejuang-islam-pejuang-pas/
Pejuang Pas Pejuang Islam atau Pejuang Islam Pejuang Pas
June 27, 2007 · Filed under tazkirah
Jika kita mahu diiktiraf sebagai pejuang Islam yang benar, perhatikan tuntutan ini;
Anda dilihat sebagai penyatu umat, bukan penyatu kumpulan, apatah pemecah belah.
Dari syurga kita diturunkan untuk saling bermusuhan ( Al Baqarah:36 ). Perhatikan daripada sang semut yang kecil hingga sang gajah besar di alam ini, dapatkah dilihat makhluk yang lebih kuat permusuhan dan persengketaan mereka lebih daripada manusia? Habis makhluk merana hidup mereka kerana manusia!
Maka tugas kita; kembali ke jalan Allah dan memimpin manusia ke jalan Allah.
Kenapa? Di jalan ini saja manusia mampu bersatu.
Kenapa? Di jalan ini saja manusia mengenal hakikat diri.
Kenapa? Di jalan ini saja ada Allah yang memberitahu dan memberi petunjuk.
Kenapa? Di jalan ini saja Allah mahu kita bersatu menujuNya.
Kenapa? Itu kehendakNya jua.
Anda tidak layak menjadi pejuang Pas (atau apa – apa kumpulan) sehinggalah anda menjadi pejuang Islam terlebih dahulu.
Islam adalah jalan. Pas adalah kenderaan.
Hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan khilafah. Pemandunya khalifah yang dibai’ah.
Adakah kenderaan itu? tiada lagi.
Bilakah akan ada? Akan ada akan datang.
Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang mana ada, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan ini. Ini sehinggalah datang kenderaan khalifah yang satu itu.
Ertinya, pastikan jalan dahulu sebelum naik kenderaan. Pastikan anda pejuang Islam dahulu sebelum jadi pejuang Pas.
Pas lenyap apabila datang kenderaan besar itu.
Islam adalah: 1) Jalan itu 2) kenderaan besar itu.
Jika sebaliknya,
Anda gembira ketika umat tidak gembira.
Anda melanggar kenderaan lain kerana anda mengira itu jalan anda saja.
Anda dibenci kerana sifat kikir itu. Anda pula membalas dengan turut membenci.
Anda tak tahu pun bahawa anda diperlukan oleh jutaan umat, bukan sejuta umat. Anda dalam tempurung itu.
Maka, bukalah pintu diri..
Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam..
Nik Abduh
ana rasa komentar-komentar yang ada sudah mewakili semua jemaah yang disebut. dan harapnya semua yang berada didalam jemaah2 yang disebut spark your ignition. Ust Hasrizal cuma melakukan serve, bergantung kepada feeder dan killer macam mana nak ‘lipat’ sama ada lipat maniam,lipat pari, handstand,lipat maut atau lipat seribu kali lipat.
Kita sudah clear disini berjemaah itu penting. Cuma ana rasa missing komentar dari mereka yang menjauhkan diri dari jemaah. Yang tidak percaya kepada berkerja dalam barisan.
Tentang hizbut tahrir, ana rasa mereka bagus dalam mencetuskan kesedaran untuk kembali kepada khalifah islamiyah. Cuba kadangkala approach mereka pressure kerajaan-kerajaan diseluruh dunia untuk laksanakan Negara Islam secara total seperti approach kurang berkesan. Seperti menjerit kepada tembok kota supaya runtuh. Runtuhlah sekarang!
[...] dari Ahli Hadith kepada Jaamati Islami, dan dari Nadwatul Ulama kepada Aligarh. Kesemuanya ada wakil masing-masing di USA [...]
Lihat pada asas dalam membuat sesuatu perkara. Jika asasnya benar, sahih, menepati segala yg ditetapkan oleh Islam dan selari matlamat penyertaan dan keanggotaan yg sah bagi sesuatu jemaah, maka InsyaAllah ia akan memberikan natijah yang benar dan positif.
Berdakwahlah dengan apa yang diperintahkan Allah bukan memilih-milih kerana mengikut kesesuaian peribadi ataupun kerana rasa sedap mendengar pengisian dan bahasa penceramah. Tetapi krn kita benar-benar mengikut kesesuaian Islam dan memahami peranan yang sepatutnya kita mainkan.
Dakwah dan matlamat dakwah kita ialah mengembalikan diri dan masyarakat kita kpd cara hidup Islam yang menyeluruh (terdirinya solat, terhapusnya kemungkaran, pemerintahan yg adil, pembelaan dan kebajikan rakyat dalam setiap aspek etc.).
Jika sebaliknya dan masih merasa berkecamuk, sempit dada, tidak juga tenang, atau merosakkan hubungan silaturahim, ambillah masa untuk menilai, membuat koreksi serta mencari titik keikhlasan .
Meminjam kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, perkataan ikhlas, berasal dari perkataan khalasa bermakna ‘tapis’. Ikhlas ini seumpama menapis hati-hati kita agar hasilnya ialah hanya yang tulen, bersih serta benar-benar berasaskan dari pedoman Nabi dan mendapat perhatian dari Allah swt.
terima kasih di atas maklumat dan ‘direction’ yang bagaikan satu ilmiah pemikiran yang mana manusia sedang menuju ke zaman batu kembali. Inilah yang termaktub sebenarnya. Andaikan bagus sekiranya Ustaz dapat memberi sedikit gambaran tentang dunia akhir dan rentetan dunia akhir semoga dijadikan pedoman untuk semua yang semakin hilang arah.
jzkk kpd haidir…
sajak yg inspiring…
Pintu dakwah adalah “KEFAHAMAN”.
Kenyataan yang muhkamat, yang jelas, yang mudah difahami, straight to the point sepertimana yang diperintahkan dalam firmanNya; 17:36.
malah bukan setakat pintu dakwah, ianya adalah lebih besar yakni pintu kepada segala ibadah di mana dakwah merupakan salah satu dari ibadah.
tapi ada yang dah salah faham;
ada yang setakat nak faham sahaja;
ada yang nak laksana tanpa faham;
ada yang buat-buat tak faham;
ada yang buat-buat faham;
ada yang keliru apa yang patut difahami;
@ isu wakil-mewakil
Muak juga sebenarnya dengan mereka yang ada sindrom wakil-mewakil ini. Mereka seolah-olah gah daripada pandangan luar. Tapi cara pemikiran dan berhujah sebilangan anatara mereka seolah-olah tidak ada ‘soul’ atau jatidiri. Banyak terdapat ciplakan. Menghujahkan sesuatu yang biasanya disandarkan kepada tokoh-tokoh ciplakan, seolah-olah jika hujah disandarkan kepada tokoh-tokoh tersebut, maka difikirkan, kuatlah hujah tersebut. Lagi banyak nama pengarang buku di ‘quote’ , maka makin bernaslah perndapat mereka. Pinjam kata ustaz, rujukan ‘sahih’, hujahku ‘sahih’.
Perasaan untuk wakil mewakil ini seperti ustaz nyatakan mungkin disebabkan mereka tidak ‘aware’ sangat dengan realiti masyarakat tempat mereka berada. Dan saya kira sebahagian antara mereka kurangnya mempunyai rasa ‘sense of belonging’ (aka kebersamaan?, ) dengan tempat mereka berdawah. Kalau duduk lama-lama di luar negara (sebagai contoh) dan meneropong dengan (yang mereka sifatkan sebagai) pandangan burung, akan nampaklah sahaja oleh mereka segala cacat cela perjuangan Islam yang tua. Tambahan pula, jika gerakan yang mereka wakilkan (kalau melihat sejarah tokohnya) dilahirkaan tatkala tiada lain gerakan Islam selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah, maka boleh difahami kenapa mereka merasakan merekalah hero Islam ulung yang dilahirkan dan memulakan ‘sejarah’ perjuangan gerakan Islam yang ‘syumul’ di tanah air tanpa merujuk kembali kepada sejarah. Kalau duduk luar negara bertahun-tahun lamanya, daripada hanya bertempek sesama mereka membincangkan isu yang jauhnya lebih 10,000 kilometer, lebih baik mereka ni bergiat dalam komuniti masjid setempat, atau masuk parti Conservative atau Labour(contoh sahaja) untuk ‘fight for Islamic cause’ daripada sudut yang pelbagai.
Pada hemat saya, rasa ‘sense of belonging’ akan tercetus dalam hati apabila meyedari atau faham bahawa perjuangan untuk pemerintahan Islam ini wujud sekian lamanya. Siapa yang tak kenal tokoh-tokoh seperti Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbung, dan Dr Burhanuddin Helmy. Tetapi, kalau jika sebilangan daripada kita (yang dikhabarkan melihat dengan pandangan mata burung) melihat mereka hanya sebagai tokoh bangsa (nasionalists) atau sosialis semata, maka sejarah perjuangan Islam tidak akan dilihat bermula lebih awal. Maka darah orang muda akan bergelegak dengan idealismenya yang tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Memandangkan ustaz ada juga menyentuh anjakan yang telah dibuat oleh parti AKP ( ini ada iras-iras sambungan artikel ‘AKP: berbeza atau bersama’ part 1) pemerhatian saya juga mendapati sejarah juga telah mencatatkan sesuatu yang serupa. Lihat sahaja karya‘10 tahun Sebelum Merdeka’ oleh saudara Fahmi Reza. Penyertaan dan penggabungan seluruh pertubuhan Melayu termasuk Hizbul Muslimin (sila baca persatuan2 Islam) dalam PUTERA memang sesuatu yang menakjubkan. Sudahlah bergabung, mereka juga bergabung dengan pertubuhan2 kaum bukan Melayu (AMCJA ) (sila baca bukan Islam) menjadi pakatan PUTERA- AMCJA untuk menulis satu draf perlembagaan untuk Tanah Melayu sebagai respon terhadap British yang membuat perlembagaanbaru tanah Melayu yang hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka . Mereka membawa perjuangan mereka pada marhalah/tahap yang lebih jauh dengan mengadakanhartal untuk mendesak British menggugurkan perlembagaan boneka. Bukankah indah kerjasama dan perjuangan yang dijalinkan? Tidak terdetikkah di hati kita untuk mahu mengetahui apakah formula-formula atau respi yang Dr Burrhanuddin Helmi and Co (bahsa orang muda
) untuk mencapai kerjasama menentang kezaliman untuk kita praktikkan pada zaman sekarang ? Bagaimanakah persefahaman boleh terbentuk antara muslin dan non-muslim sehingga boleh membawa kesatuan dalam tindakan? Kalau kalian mengetahui sejarah di atas, tidakkah timbul sekelumit rasa ‘sense of belonging’ terhadap perjuangan kemerdekaan bahkan perjuangan Islam di tanah air (‘which will bring the fact’ yang kita hanyalah penyambung mata rantai perjuangan Islam)?
excellent ikram.
Excellent article, and excellent thread of discussions. Dan jelas, yang lebih “berumur” (baca bijaksana), mengutarakan pendapat yang lebih saksama dan mera’ikan. Dalam pada kita berkata “khilaf itu rahmat” seolah-olah mengalu-alukan mufarraqah (baca: perpecahan), Ustaz dgn jelas mengajak kepada “saling menguatkan” walau dgn jerih perih “perbezaan”. Untuk yang masih merasakan kesatuan itu sesuatu yg terlalu idealistik, komen Ikram turut menjelaskan bukti “kebolehwujudan dan simbiosis” antara berbilang persatuan. In the end: Nothing is impossible to a WILLING mind (of course dengan izin Allah jua).
Semoga kita sama-sama MAHU
nak suruh sokong pas rupanya..nak suruh sokong jim, abim…kalau dah orang tak setuju dgn cara mereka kenapa nak ikut jugak? saya rasa ustaz ada agenda tertentu..tulisan ini langsung tidak transparent bahkan ada niat2 tertentu dengan mengutarakan intro yg bermain di minda semua penyokong pergerakan Islam. Ikutlah apa yang mereka nak ikut. PKS ke, Ikhwan ke. Refah ke. Tak salah kan? Ke tak lebih afdhal dari PAS, ABIM etc?
yang PAS marah saya sebab mengkritik PAS. yang ameer pula marah sebab saya suruh sokong PAS…
bacalah artikel ini secara objektif. kalau nak bincang, bincangkan apa yang ditulis. bukan mengandai-andaikan niat dan maksud tersirat yang dibayangkan. niat2 tertentu yang tersembunyi hanya datang dari orang jahat dan berguna untuk memperbodohkan orang yang tidak menggunakan akal.
apakah dua elemen itu yang ameer perolehi dari artikel saya?
kalau hasil apa yang saya tulis, membawa orang kepada sokong pas, biarlah dia menyokong pas dengan sokongan yang menguatkan, bukannya sokong yang bawa rebah. kalau hasil apa yang saya tulis, orang nak sokong ABIM, biarlah sokongannya itu mendatangkan manfaat kepada ABIM, bukannya sokong sekadar menambah bilang. Kalau hasil apa yang saya tulis, orang nak sokong JIM, PKS, Refah or whatever perkumpulan yang ada, maksud artikel saya ialah menyokong secara membuat keputusan secara sedar, bukan bagai kerbau dicucuk hidung, yang merugikan dakwah, regardless of any jemaah yang disertainya.
Susah juga sebenarnya untuk mendapatkan kefahaman yang tepat dengan hanya satu artikel apatah lagi apabila ianya dibaca dengan prejudis. Bagusnya sekurang2 ustaz berjaya menggerakkan isu yang bermain2 di minda pembaca. Harapannya isu yang bermain2 tu berhenti bermain dan mula berfikir mengenai apa yang dia TAHU, MAHU dan MAMPU.
Ustaz,
Sedih juga bila kita terlalu menitik beratkan perbezaan picisan diantara satu pergerakan Islaam dengan yang lain… Sedangkan wadah perjuangan dan matlamat akhirnya sememangnya sama. Kita umpama mewarisi kejumudan pemikiran antagonistik yang berjaya disemai oleh musuh kita sendiri.
Bila pergerakan-pergerakan Islaam mula bersikap prejudis sesama sendiri, masa itulah musuh-musuhnya bertepuk tangan. Malah ana rasa tidaklah melampau kalau pergerakan-pergerakan Islaam atau manhaaj-manhaaj tertentu seolah-olah membenarkan diri mereka diper’lembu’ oleh musuh mereka sendiri. Ada juga yang sanggup bersekongkong dengan musuh demi memajukan agenda masing-masing, berdasarkan slogan, ‘The enemy of my enemy, is my friend’.
Mengapa kita tidak berkerjasama dalam satu sinergi yang mantap?, kekal sebagai misteri… Wallahu a’laamu bissawaab.
[...] perlu berlapang dada dan sentiasa bersatu! Moga sahabat-sahabat semua dapat menghadam artikel yang Ustaz Hasrizal ni. Pentingnya adalah kita semua yang sedar akan kewujudan kite di atas muka bumi ini [51:56, 2:30] [...]
“Faham tidak datang dari minda fotokopi. Ilmu gerakan yang menggerakkan ummah bukan ilmu hafazan. Ia harus datang dari ketelitian membaca teori dan waqi’, lalu disesuaikan antara keduanya.”
Faham itu bukan hanya dapat mengeluarkan teks yang tertulis, tetapi lebih penting ialah memahami konteks yang tersirat. Berfikiran selari dapat membantu minda memikirkan sesuatu yang belum pernah dijumpai sebelum ini. Maka dengan penyesuaian kepada keadaan dan suasana, kefahaman akan timbul, dengan adanya pemikiran selari. Ibarat mentakwilkan sesuatu ayat dari Al Quran kepada konteks atau yang tersirat disebalik perkataan ayat tersebut.
Assalmualaikum..
Jazakallah hukahiran jaza atas penulisan yang begitu menarik dan menafaat.
Walauapapun pertubuhan diberikan nama, permulaan dakwah mestilah dimulakan dengan memahami AlQuran dan Hadith. Kita bermula daripada AlQuran menuju Umran (Ketamadunan).Kalamullah relevan sepanjang zaman walau di bumu mana sekalipon. Oleh yang demikian pemahamanya adalah aset emas yang paling bernilai untuk melahirkan momentum dakwah walau dimana jua.
Berbangga dengan parti dan pertubuhan tertentu kadang-kadang membawa mudarat lebih dari manfaat. Biarlah kita berjalan dimana sekalipun, kita dikenali dengan nama Muslim/Mukmin. Secara tidak langsung kita mempromosikan Islam secara langsung kepada golongan lain. Berbangga dengan nama parti @ pertubuhan tertentu adalah langkah yang tidak bijak, parti dan pertubuhan ciptaan manusia, ia tidak berkekalan seperti mana juga manusia tidak berkekalan (binasa). Berbanggalah dengan Islam, agama Allah Taala yang menafikan semua agama lain yg terdahulu.
Wallahua3lam.
[...] http://saifulislam.com/?p=944 [...]
Salam..
walaupun komen saya ini agak kelewatan dari tarikh entry ini diterbitkan, namun saya amat tertarik dengan artikel ini sehinggakan tergerak di hati saya untuk berkongsi beberapa perkara.
Alhmdulillah, saya masih lagi terdidik sehingga sekarang dalam keadaan tarbiyah sejak dari kecil lagi. dan saya telah mengikuti beberapa gerakan Islam yang hidup subur di bumi Malaysia seperti PAS, ABIM, JIM, TABLIGH dan jemaah UMNO sendiri.
saya juga pernah mengikuti sedikit sebanyak mengenai tarbiyah PKS semasa lawatan saya bersama beberapa delegasi GAMIS ke Indonesia untuk mencari mengalaman bersama gerakan anak muda di sana.
dan memamng gerakan anak muda mereka hebat sehinggakan mampu menggerakkan ahli usrah mereka disetiap peringkat.apa yang pasti gerakan mereka sedikit sebanyak menarik perhatian golongan anak muda Malaysia untuk mengikuti usrah mereka.
ia adalah tidak salah, namum apa yang saya perhatikan mereka sebenarnya terjerat dengan cara pemikiran anak muda Indonesia dalam suasana negara Indonesia dan bukan lagi berada di bumi Malaysia.
ramai di kalangan sahabat saya yang mengikuti usrah PKS ini dan berbangga dengan cara mereka dan juga kadang-kadang cuba menidakkan cara yang golongn gerakan anak muda malaysia bawa seperti gerakan anak muda PAS di kampus. sedangkan mereka tidak melihat dari sejarah PAS dan sejarah Indonesia yang agak berlainan utk kita mengikuti usrah mereka.
jadi, pandangan saya. utk mengikuti usrah PKS tidak salah, tp perlu diingatkan bahawa cara pemikiran mereka dan anak muda malaysia adalah berlainan utk kita menerima bulat2 didalam silibus mereka.
wallahuallam’..
wah. =D artikel yg cukup hangat unutk dibaca dan dibincang.. perbincangn antara para da’ie dan murabbi yg mantap2 semua ni. Saya sokong ustaz untuk bersatu dalam perkara yg dipersetujui. padahal banyak je benda dan perkara yang sama dalam gerakan dakwah masing xkiralah nama jemaah tu ape.. hatta jemaah nama dia rusa pon kalau dia dokong islam dan melakukan dakwah dan tarbiyah.. mereka itu adalah dari golongan kite, mereka adalah IKHWAH kite. kan sesungguhnye mukmin itukan bersaudara. al hujuraat:10 sesugguhnya org2 mukmin itu adalah bersaudara. jika dalam dakwah para da’i berasa tidak berlapang dada ketika bertemu dgn saudaranya dari jemaah lain, maka jika kite tadabbur ayat itu tadi.. adakah kite itu mukmin? kerana jika kite mukmin, maka kita mesti syg dan cinta kepada saudara kite. Itu hanya saudara seislam, apatah lagi saudara yg sama2 melakukan gerak kerja dakwah dan terbiyah. xkira lah gerakan dari malaysia, indonesia, pakistan, palestin, turkey n lain2 lagi.. seharusnya golongan2 du’at khususnya yg muda bersemangat ini saling mencintai dan berlapang dada. berlainan medan tarbiyah dan dakwah adalah hal yg ke sejuta unutk difikirkan, yg penting adalah sejauh manakah kite mampu menyumbang kearah pengislahan diri dan ummat. Jika org2 muda2 ini masih lagi dgn sikap bergaduh2, mengadu domba, fitnah memfitnah antara satu jemaah dan claimed mereka salah tak muntej, tak cukup tu, xcukup ni dan mengatakan mereka adalah betul igtlah.. sifat sombong itu adalah sifat yang menyebabkan makhluk Allah yg pernah menjadi makhluk paling mulia menjadi makhluk paling hina disisi Allah. Igtlah kisah ketika Iblis dengn sombong mengatakan apakah aku akan tunduk kepada kepada adam sedangkan aku diciptakan dari api sedangkan adam dari tanah. dia merasakan lebih mulia dari adam. Ikhwah sekalian, Iblis gologn yg diberi ilmu, kenal Allah lebih dari manusia mengenal ALlah dan pernah di angkat darjatnya kerana sifat sombongnya maka dia dia hina oleh Allah s.w.t. sebab itu dalam tarbiyah selain fikrah, manhaj, semangt dan kefahaman, tazkiyatun nafs itu sngt penting. takut2 hati-hati kader dakwah ini dihinngap penyakit hati, penyakit sombong.. bagi mana2 org muda yg masih bergaduh diluar sana, saya yakin anda semua membaca quran tetapi luangkan masa unutk mentadabbur surah al hujuraat.. ambil pengajaran. tgk dan nilai serta muhasabah diri kite, bandingkan kite dgn sifat2 yg Allah nyatakan dalam surah itu. cek diri kite. moga2 kite menjadi golongn mukmin yg Allah sebut. Tak kire jemaah mana yg kite begerak, yg penting kite jelas matlamat. dalam terbiyah harus ada tazkiyah, belajar dan mengajarkan kitab Al-quran (kefahaman dan ilmu) serta mengikut (manhaj rasul)sunnahnya rasul. Maaf sekiranya komen saya ni panjang ustaz.. teruskan menulis ustaz.. moga apa yg ustaz tulis ini mampu membuka minda gologn muda dan membimbing semangt kami semua kearah memartabatkan tarbiyah dan dakwah agar Agama Allah tertegak di bumi ini. =D
Assalamualaikum
saya sangat setuju dgn pndpt (budak baru belajar)
walaupun baru belajar tapi byk ilmunya..
kita bukan seru ke arah jemaah apa2, tapi kita seru kepada Islam..kpd Al-Quran and Sunnah.
kita masih lg nk bertelingkh pasal jemaah2, pdhal kita tak tengok keadaan umat sekarang yang dh parah dgn maksiat merata2..
semain ramai anak2 muda yg x pandai baca Quran walaupn dh msuk ke ipt skalipun.
sekarg tugas kita mengembalikn mereka kepada Islam yg sebenr..jgn pening2 fikir bab2 jemaah ni…asalkn A-Quran and Sunnah menjadi pegangan..dan tak bercanggh dgn Islam
Assalamualaikum
maaf sangat2 kalau pandapt saya boleh menyinggung hati mana2 pihak..asif jiddan.(^_^)
Assalamualaikum… ana just nak msuk sebentar shaja,… pada pndangan ana bnyak kita lihat jemaah d malaysia merupakan sama matlamat dan tujuan..namun hnya trdapat beberapa sahaja cara pengendaliannya dari segi tarbiyyah dan sebagainya.. namun semua itu tidak menjadi masalah.. bagi pendapat ana dalam kiata berjuang jngan ad langsung sfat kedengkian dalam hti kita atau pada jemaah2… akhir sekali ingin ana katakan.. mana jemmah yang kamu masuk sekalipun pastikan tiap2 jemmah itu “membetuli akidahnya, iaitu membetuli akidah ahli sunah wal-jamaah” insyaAllah