Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

“Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?” tengking seorang wanita kepada anaknya.
Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada.
Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi.
Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya imaginasi, mula pula berfikir di mana silapnya semasa melahirkan anak ini? Ada cengkerik di alang rumah?
Mungkin tidak terlintas langsung di fikiran ibu remaja ini, bahawa anaknya mengidap SINDROM TOURETTE!
Pengidap sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan, atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu! Itu yang lazim dilabel kepada mereka. Bukan sahaja dibenci kawan-kawan, malah boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri, andai mereka tidak memahami atau lupa kepada kehendak Ilahi.
Tetapi menonton video klip tentang bagaimana masyarakat Barat mendidik kanak-kanak untuk mengenal dan memahami Sindrom Tourette ini, sungguh menyentuh hati saya.
Dari segi definisi, “Tourette syndrome (also called Tourette’s syndrome, Tourette’s disorder, Gilles de la Tourette syndrome, GTS or, more commonly, simply Tourette’s or TS) is an inherited neurological disorder with onset in childhood, characterized by the presence of multiple physical (motor) tics and at least one vocal (phonic) tic; these tics characteristically wax and wane. Tourette’s is defined as part of a spectrum of tic disorders, which includes transient and chronic tics. [wikipedia]
Ia boleh difahami sebagai masalah saraf yang diwarisi sejak usia kanak-kanak yang muncul dalam bentuk beberapa kenan fizikal, dan sekurang-kurangnya satu kenan vokal. Mudahnya, orang Melayu menggelar penyakit ini dengan subjek utamanya iaitu KENAN.
Tentu sahaja, jika kenan ini hanya pada beberapa pergerakan fizikal kecil yang tidak terkawal, maka ia tidaklah begitu menjejaskan kehidupan pesakit. Tetapi jika ia sampai ke satu peringkat yang kronik dan bertambah buruk dari semasa ke semasa, ia amatlah menyeksa pesakit, juga keluarga.
Saya teringatkan Sindrom Tourette ini, apabila isteri saya berkongsi cerita tentang pengalamannya berdepan dengan pesakit yang mengalami hal ini. Syukur Alhamdulillah pesakit tersebut mempunyai keluarga yang amat membantu. Saya tidak tahu berapa ramai pesakit seperti ini yang dihukum dengan kebodohan lantas diabaikan begitu sahaja di dalam masyarakat.
PENTINGNYA PENDIDIKAN
Inilah pentingnya pendidikan. Lebih berpendidikan masyarakat kita, lebih banyaklah masalah yang dapat dikenal pasti dan dirawat. Terdahulu saya pernah menulis tentang nasib anak murid saya di Belfast yang mengidap masalah dyslexia. Begitu juga dengan masalah Autism yang menjadi ujian kepada beberapa orang kenalan saya apabila anak-anak mereka mengidap sindrom ini.
Saya pernah menghantar email ke rancangan Medik TV di TV3 supaya lebih menumpukan subjek kepada mendidik masyarakat, berbanding mempamerkan kepakaran doktor pakar, yang tidak begitu bermanfaat untuk diketengahkan. Siapakah yang ada mempertikaikan kepakaran mereka? Lantas apa yang diperlukan adalah mendidik masyarakat. Melainkan rancangan tersebut lebih bertujuan untuk mempromosikan hospital yang menajanya, berbanding dengan maksud mendidik masyarakat.
RTM ada menghasilkan rancangan yang boleh saya kategorikan sebagai mendidik. Saya juga pernah muncul di dalam rancangan ini untuk memperkatakan tentang pandangan Islam tentang pendermaan darah tali pusat. Akan tetapi rancangan ini disiarkan pada pukul 10 pagi, hari Isnin. Hanya surirumah sahaja yang menontonnya hingga saya sendiri kurang ingat dengan tajuk rancangan tersebut.
Email saya ke Medik TV tidak mendapat apa-apa maklum balas.
Kefahaman masyarakat tentang penyakit-penyakit, mengenal pasti sindrom dan tahu berkenaan dengan apa tindakan yang patut diambil, akhirnya akan memudahkan lagi kerja pihak hospital.
KEPELIKAN MASYARAKAT
Sehingga kini, masyarakat masih lagi mengamalkan beberapa kepelikan yang menyusahkan. Misalnya, apabila berlaku kemalangan yang serius, masih menjadi kecenderungan majoriti masyarakat untuk membawa mangsa ke klinik, dan bukannya terus ke hospital. Manakala ramai pula pesakit yang selepas beberapa hari sukar membuang air besar, atau demam panas semalaman, datang ke jabatan kemalangan dan kecemasan sedangkan kes yang dirujuk bukan kemalangan dan langsung tidak mencemaskan.
Masih ramai lagi masyarakat kita yang percaya bahawa tindakan mengambil ‘air tulang belakang’ menandakan yang pesakit itu sudah terlalu teruk dan menunggu masa untuk mati. Maka biasalah kedengaran, saudara mara berpesan, bila masuk ke hospital jangan sekali-kali benarkan doktor mengambil air tulang belakang! Sedangkan ia hanyalah prosedur Lumbar Puncture yang sepatutnya tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada pesakit.
Malangnya, pertimbangan itu sukar untuk diperbetulkan.
Mengapa hal ini berlaku? Ia berkait rapat dengan pendidikan.
BRAD COHEN DAN FILEM ‘FRONT OF THE CLASS’
Perhatian saya kepada Tourette Syndrome ini bertambah apabila emosi saya disentuh oleh sebuah filem.

Front of the Class, adalah sebuah filem arahan Peter Werner pada tahun 2008, memaparkan perjalanan hidup seorang pakar motivasi di Amerika Syarikat yang juga seorang guru bernama Brad Cohen. Kisah benar ini memaparkan pengalaman yang ditempuh oleh Brad Cohen semasa usia muda tatkala beliau berdepan dengan ejekan, dan tekanan oleh pihak sekolah disebabkan oleh bunyi aneh yang dihasilkannya terutama ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Malah Brad berdepan dengan krisis berpanjangan dengan ayahnya yang dilihat bagai tidak dapat menerima hakikat tentang kecacatan yang dialami oleh Brad.
Keadaan berubah apabila beliau berpindah ke sekolah baru apabila pengetua di sekolah tersebut memberikan peluang untuk beliau tampil di hadapan semua guru dan pelajar, serta menceritakan tentang Tourette Syndrome yang ditanggungnya. Sokongan pengetua dan sekolah baru itu telah menjadi inspirasi kepada Brad untuk menjadi seorang guru atas keyakinan beliau, hanya pendidikan sahaja yang mampu memperbaiki kehidupan mereka yang senasib dengannya.
Watak Brad Cohen dilakonkan oleh Dominic Scott Kay ketika di alam persekolahan dan kemudiannya disambung oleh Jimmy Wolk yang memegang watak Brad di usia dewasa. Mungkin isi paling penting filem ini adalah pada membuktikan bagaimana Tourette Syndrome yang sepatutnya menjadi suatu ‘kemalangan’ ke atas Brad Cohen, ia akhirnya berjaya diubah menjadi ‘guru terbaik’ kepada Brad apabila beliau berhasil mempositifkannya dengan 1001 kepayahan.
Tidak sedikit kekecewaan dan air mata yang tumpah di sepanjang perjalanan hidup Brad, sehinggalah akhirnya beliau dinobatkan sebagai the Sallie Mae First Class Teacher of the Year pada tahun 1997.
Sistem pendidikan di Amerika Syarikat juga banyak menyediakan ruang untuk perubahan dibuat kepada menyediakan ruang yang baik untuk pengidap Tourette Syndrome berjaya seperti insan yang lain. Saya sangat mencadangkan anda semua untuk menonton filem ini.
DAPATKAN BANTUAN
Berbalik kepada soal sindrom Tourette, saya ingin mengambil peluang untuk menghulurkan sokongan saya kepada anda, dan dapatkanlah sokongan daripada persatuan seperti Tourette Syndrome Awareness Malaysia atau dengan merujuk kepada hospital berdekatan.
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan anak-anak yang ada ciri-ciri seperti yang saya sebutkan di atas, janganlah dimarah atau dibenci anak-anak itu. Dapatkanlah bantuan seawal yang mungkin, kerana dengan sokongan pendidikan dan mungkin juga perubatan, anak-anak ini boleh hidup seperti orang lain.
Jangan sekali-kali berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Sikap cuba menafikan realiti akan menjadi musibah kepada masa depan si anak yang tidak pernah meminta dilahirkan sedemikian rupa.
I have Tourette’s but Tourette’s doesn’t have me!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
29 /10/2007 – versi 1
15/11/2009 – versi kemaskini
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
dah tengok link yang terakhir tu.. agak sedih jugak macam mana budak2 tu menjadi kebencian pulak di mata kawan2 mereka..
setakat ni saya tak pernah perasan di sekeliling saya ttg kehadiran sindrom sebegini..
allahu a’lam, artikel kali ni memberi saya ilmu baru.. jzkk
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
eh.. rasanya tadi takde video. skrg dah ada plak.. ke tadi saya yg tak perasan sbb lambat loading.. ???
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Anta seorang je reply nampaknya ya
Kalau ana recall balik, kat UIA tu ada pelajar yang ada tic ni. Tic tu kenan. Kenyit-kenyit mata, or sentiasa betulkan cermin mata yang dah betul. Perhaps agak mild… cuma bila meningkat dewasa dan masuk usia emas, ia boleh jadi problem yang mengurangkan kualiti hidup
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
CONTOH SEORANG MUSLIM YANG MENGIDAP SINDROM TOURETTE DAN BAGAIMANA IA BERTUKAR MENJADI SUATU KELEBIHAN… ALHAMDULILLAH
Mahmoud was born Chris Jackson, the son of a white man and a black hospital cafeteria worker, Jacqueline Jackson. Young Chris, who never knew his father, grew up in Gulfport, Mississippi. During his years at Gulfport High, Mahmoud was honored two consecutive times as Mississippi Player of the Year.
Mahmoud excels as a point guard/shooting guard. As a freshman at Louisiana State (LSU), Chris was nothing less than amazing, setting a NCAA freshman record of 55 points in his fifth game against Florida.
During his elementary school years Chris started having symptoms of Tourette’s Syndrome, although he was not put on medication until 1987. This ailment makes him a perfectionist, so that he often spends several minutes on routine activities. Like a ritual, he cannot leave the basketball court until he sinks several shots and they all go in perfectly. It is precisely because of this odd behavior that he became valued as one of the most accurate shooters in basketball. At the same time, he has suffered a good deal due to his involuntary outbursts because of people’s incorrect assumptions. About his affliction he says:
I bless Allah for everything. I think Tourette’s syndrome is a blessing because it enabled me to be a perfectionist. I didn’t always think it was a blessing. When I was younger, I used to wonder what was wrong. It got so bad I just couldn’t stop it, no matter how hard I tried. I’d finally just lie in bed and cry.
Eventually Mahmoud was drafted by the Denver Nuggets. During his first two years, he played terribly for a variety of reasons. However, during the third year (1992-93) he turned around and was voted the NBA’s Most Improved Player. He had the NBA’s best free-throw percentage in the 1993-94 season, and in fact he once almost broke the record. He is currently playing shooting guard/point guard and is the Nuggets’ highest scorer.
Deeply religious since he was young, Chris embraced Islam during his second year with the Nuggets (1991) and subsequently changed his name to Mahmoud Abdul-Rauf. Islam has given him more maturity and a new perspective on life:
I used to let basketball affect my day . . . . That can’t happen no more. I play for Allah. . . . My strength comes from Allah. I have more strength than I ever had, and it’s an inner strength.
Mahmoud Abdul-Rauf’s NBA statistics
Respond to this comment [with empathy]
ana:laila reply on November 18th, 2009 1:30 pm:
@Abu Saif,
amat dekat di hati dengan kisah mahmoud abdul rouf. dia memamg LAYAK untuk menikmati kejayaan di dunia kerana berkat kesabaran dan niatnya semata-mata mencari keredhoan Allah. apabila diuji dengan cinta, nikah bukan satu penyelesaian tetapi carilah cinta Allah dahulu. kerana apabila cinta Allah memenuhi hati maka apb ditimpa ujian dan badai tidak akan berubah pendirian seperti botol air yg penuh. sepeti kata2 saidina abu bakar” aku bukanlah Rasulullah…..hanyalah pengamal sunnah dan bukan pengamal bidaah, stiap kata2 beliau akan diakhiri dengan istighfar sebanyak 3 kali. selusuri kisah para sahabat membuat kita berani menongkah arus demi kebenaran. kerana tidak mungkin arus semasa adalah membawa destinasi yg benar. kita mungkin xkan sedar dari sentakan pertama…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Aslm WBT.
Mungkinkah jika kempen-kempen kesedaran kesihatan sebegini boleh dijadikan satu lagi modal dakwah kita. Supaya dakwah kita tidak lagi beku dan kaku pada benda-benda yang sama.
Bukankah menyeru manusia untuk melayan pengidap penyakit ini dengan baik adalah satu amar ma;ruf jua.
Mungkin kita boleh mulakan di UIA. Tak gitu Syarif. Buat satu sesi khas, panggil Abu Saif ke, penerangan tentang hal ini. Wadah? Tidak ada masalah. INTIS pun boleh. Kita pun rancang nak buat satu sesi khas setiap bulan kan untuk isu-isu yang jarang dibincangkan dan disampaikan kepada masyarakat.
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ana sangat setuju dengan cadangan Masri tu. Dari segi nak buat program le. Tapi kalau nak ana jadi speaker… hehe. Kena tentukan skopnya sebab pengetahuan ana pun terhad. Mujur zaujah rajin berkongsi cerita. Tapi bolehlah sikit-sikit kita share, bagaimana pendakwah patut ada basic pengetahuan tentang penyakit-penyakit yang seperti ini.
Bukan apa, kalau orang yang ada penyakit macam ni, if takde environment agama yang baik,memang teruk keadaannya. siang malam pagi petang boleh mencarut dengan F*#@ tu. So, kalau kita ada pengetahuan tentang penyakit macam ni, maybe kita akan lebih understanding dan tidak terus melabel dia sebagai mulut setan (ana refer pada video kat atas tu)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam sindrom
1. Setiapkali bertemu dengan topic penyakit (dan perangai), saya tidak dapat lari dari memikirkan tentang kurniaan itu datang dari mana kepada seseorang. Maka yang selalu dikaitkan adalah keturunan dan zuriat (gene) yang kita warisi sebagai manusia. Setiap seorang manusia melibatkan pendermaan zuriat dari maksimum 128 orang dalam 7 generasi. (1=2+4+8+16+32+64 kita generasi yang ke tujuh, penerima). Setiap 128 orang ini terlibat secara sedikit atau banyak membentuk kehadiran kita di dunia.
2. Bagi merational kedudukan sebenar, saya kemudian membahagikan kepada 3 kategori besar, pengaruh yang akan akhirnya mewarnai kejayaan seseorang. (a) kurniaan dari 128 (mengambil kira 6 generasi di atas kita), (b) persekitaran (keluarga, jiran, kawan, dan sebagainaya) (c) jatidiri (kekuatan dalaman yang berkait dengan jiwa individu). Maka untuk seseorang itu dapat kejayaan sepenuhnya kehidupan mereka, kawalan terhadap ketiga-tiga faktur ini sangan penting. Setiap faktur menyumbang sebanyak 33%.
3. Saya sangat setuju cadangan Ustaz kepada “TV supaya lebih menumpukan subjek kepada mendidik masyarakat”, di dalam apa bidang sekalipun. Tetapi keraguan ada juga, sekiranya pendidikan tersebut berlaku, apakah mesyarakat akan memilih untuk menontoh slot atau channel tersebut?, kerana dengan adanya Astro, sebenarnya banyak pendidikan-pendidikan yang bermanfaat ada di dalam Discovery Channel dan yang lain. Saya perhatikan tidka kurang 10 channel yang mendidik selain siaran biasa TV Malaysia. Masaalah mendapatkan ilmu dan pengetahuan, bukan sahaja terbatas kerana kurang rajin membacam tetapi juga menonton, yang perlu ditoton.
4. Dr (jasmani atau rohani) online, sila perbetul kefahaman saya. Kepentingan saraf di dalam tubuh, umpama wire yang berselirat di dalam rumah atau komputer. Selain membawa tenaga (power), wire-wire ini berfungsi menghubungkan semua sistem kepada pengawalnya, the central processor. Otak bagi jasad, microprocessor bagi computer dan on-off switch bagi rumah. Seninya dalam pembentukan saraf, ia buka satu continuous wire, seperti wire di rumah. Saraf terbena secara bahagian dengan penyambung kepada setiap bahagian adalah dalam bentuk cecair, synapse dan serotonin (banyak lagi neurotransmitter yang lain, ini simpification)
5. Kegagalan berfungsi dengan berkesan cecair penyambung ini banyak memberi kesan kepada kesihatan. Bukan sahaja penyakit berkaitan matebolik (pemprosesan makan sepeti diabetis, gout dan darah tinggi) tetapi juga yang berkaitan cognatif (otak)/stress. Saya melihat ini sebagai salah satu terjemahan bahawa kita dibentuk dari air, dari Al Quran. Perantara roh (software) dan jasad (hardware) ialah cecair (firmware, bermacam-macam hormone berbentuk air di dalam tubuh, termasuk darah, pembawa). Kefahaman kepada fungsi keseluruhan, secara bukan silibus doktor, membantu untuk mengatasi atau hidup bersama dengan penyakit.
6. Setelah lahir ke dunia, dengan kecacatan fizikal termasuk firmware di atas, persekitaran perlu membantu mereka yang malang ini, Malangnyam sebagaimana kita telah berkali bercerita tentang sikap, ahlak kurang perhatin masyarakat kita, terutama Muslim (bukan semua, kebanyakan), kecacatan ini kadang-kadang dikategorikan sebagai perangi buruk, dari salah pendidikan seseorang. Mereka dimarah atau dibenci, seperti kata Ustaz, bukan difahami. Sambungan kepada anti-pluralisma (bukan agama tapi sikap). Apa sahaja yang berlain dari yang mereka fikirkan atau alamai, adalah tidak betul. Termasuklah menyalah-fahamkan konsep kejahatan wrt (with respect to) keadilan Allah.
7. Saya memetik majalah Mastika yang menyebut seorang gadis rempit menjawab “Kalau Tuhan dah tulis saya jadi jahat, apa saya boleh buat. Buat apa pun tak akan jadi baik”. Kefahaman kepada Qodo dan Qadar sangat lemah di kalangan masyarakat, yang kemudian melahirkan generasi yang berani menjawab begini. Tidak dinafikan masyarakat mengatakan bahawa ketentuan Tuhan itu adalah pada individu, sedangkan sepatutnya kepada ciri-ciri. Memang Allah menentukan segalanya, tetapi kadar sesuatu itu yang ditentukannya bukan pada individu A atau B. Terpulang pada individu memilih kadar mana!
8. Hanya “dengan sokongan pendidikan dan mungkin juga perubatan, anak-anak ini boleh hidup seperti orang lain.”. Bukan sahaja anak-anak malah orang dewasa pun, yang sekarang ini ramai dihinggapi stress related syndrome, tidak mahu mengakui yang menyebabkan seterusnya tidak mahu faham apa yang sebenarnya berlaku pada mereka. Kes keganasan rumah-tangga, jiran-tetangga dan yang setangga denganya semakin meningkat disebabkan ramai yang tidak mahu, atau desakan persekitaran, malu mengakui keadaan sebenar. Ia hanya akan menjadikan masaalah bertambah besar. Ke masjid pun tidak membantu, kerana semua yang dilakukan adalah routine, tanpa memikirkan falsafahnya.
9. Kenan, adalah perkataan ajaib Melayu. Bukan salah menggunakannya. Tetapi memehami apa yang berlaku kepada pasangan yang akan menyatukan zuriatnya, bahawa segala pekara, tindak-tanduk, perangai, sikap selama 3 bulan sebelum penyatuan berlaku, merupakan masa berkesan berlakunya kenan, lebih besar kenannya dari 126 orang yang di atasnya. Kalau Qadar yang di pilih ialah untuk tidak ambil peduli (sedar atau tidak), Allah pun tak peduli dengan hasilnya. Allah maha adil dan tidak mahu membebankan sesuatu kaum, terutamanya Melayu Islam. Tapi apakan daya, kita memeilihnya.
10. Sebagai fundamentalist (bukan ortodox, atau salafi) saya lebih suka melihat 1×2x3×4x5 dari melihat 120. Maaf ya kalau keluar topik. Kalau fikir luar kotak, kita mungkin menang bahas, tapi kalau fikir luar tajuk sudah pasti kalah bahas. Sekadar bertukar pendapat dan mengaaplikasikan 1+1=3.
Respond to this comment [with empathy]
abdullah reply on November 23rd, 2009 3:16 pm:
@Sharudin,
salam ustaz,pak din,semua..
quote dari pak din
7. Saya memetik majalah Mastika yang menyebut seorang gadis rempit menjawab “Kalau Tuhan dah tulis saya jadi jahat, apa saya boleh buat. Buat apa pun tak akan jadi baik”. Kefahaman kepada Qodo dan Qadar sangat lemah di kalangan masyarakat, yang kemudian melahirkan generasi yang berani menjawab begini. Tidak dinafikan masyarakat mengatakan bahawa ketentuan Tuhan itu adalah pada individu, sedangkan sepatutnya kepada ciri-ciri. Memang Allah menentukan segalanya, tetapi kadar sesuatu itu yang ditentukannya bukan pada individu A atau B. Terpulang pada individu memilih kadar mana!
pak din dan ustaz setuju x dengan petikan dari buku ayat-ayat cinta yang lebih kurang maksudnya ‘takdir terletak di hujung usaha’?
tq
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on November 24th, 2009 8:45 am:
@abdullah, Respond with both empathy and symphaty,
Sdr Abdullah,
Salam
Sebagai seorang yang diberikan kurnia masa, biarlah saya mengambil jalan jauh sedikit, berbanding jalan pintas dan
senang yang kebanyakan orang suka ambil. Jauh pun tak jauh sangat, cuma nak memastikan saya dapat memahamkan diri
sendiri lebih dari memahamkankan ornag lain. Saya belum berkesempatan membaca buku hebat yang dirujuk, tetapi cukuplah
kesimpulan lebihkurang yang Sdr kemukakan,
Takdir adalah perkatan Melayau yang datang dari perkataan Arab. Qa Da Ra ialah kata asasnya yang membawa makna telah
mengkadarkan atau telah menetapkan piawaian atau ciri-ciri sesuatu berlaku. Penambahan ta pada perkataan Arab
menandakan dari perbuatan yang telah lepas menjadi kepada perbuatan yang sedang berlaku. Bermakna Allah sentiasa
menguatk-kuasakan kadar-kadar yang telah ditetapkan sejak dari Azali.
Mengatakan bahawa segala yang berlaku hanya bergantung sepenuhnya kepada usaha kita, kalau silap ditafsir mungkin
menjadikan kita menjadi Kaum Qadariah, iaitu yang mengatkan bahawa segalanya bergantung kepada usaha dan kudrat kita.
Sebaliknya orang yang sebaliknya, yang memulangkan segalanya kepada nasib, akan tergolong di dalam Kaum Jabariah. Maka
bagaimanakah untuk berada dipertengahan?
Kita tunggu jawapan dari ustaz-ustaz yang bertauliah, kerana sekarang ini tanpa tauliah bertulis susah juga nak komen.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tak dapat abu saif.. ummu saif pun boleh kot.
menarik cadangan masri. insyaAllah, kita cuba rancang untuk semester akan datang.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kalau macam terbiasa terkeluar bunyi-bunyi itu pun dikira termasuk jugakah ustaz?
Kalau macam tu, saya rasa saya pun menghidap sindrom ini sejak kecil. Tapi saya belajar untuk mengawal terutama bila sudah dimarahi…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bunyi yang bagaimana tu akhi?
Anyway, ana bukan ahlinya untuk diagnos anta. Tetapi cuba baca link wikipedia tu dan cek simptom2 yang disenaraikan. Menarik juga kalau boleh anta share sikit-sikit pengalaman anta especially bila anta kata “saya belajar untuk mengawal terutama bila sudah dimarahi”.
Moga bermanfaat untuk pembaca memahami…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kadang-kadang saya perlu mengawalnya dalam tempoh yang agak lama supaya tidak menimbulkan kebisingan. Tetapi sebelum tidur malam, memang saya terpaksa juga mengeluarkan bunyi2 tu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Erm… Saya juga tak dapat nak jelaskan bunyi yang macam mana kerana tidak tahu istilah yang sesuai. Tetapi mungkin boleh digunakan istilah mendengus tu.
Selalu kalau semasa menonton televisyen atau duduk bersama keluarga, saya secara tidak sengaja akan mengeluarkan bunyi itu. Kerap kali juga ditegur. Dan selalu juga dimarahi oleh abah. Jadi, dari situ saya cuba mengawal dan kadang2 terpaksa masuk ke bilik kerana tidak tahan lagi.
Kalau masa menduduki exam, selalu juga terkeluar. Dan pernah juga dimarahi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mungkin juga ya akhi.
Anak jiran ana juga ada masalah begini. Setiap malam sebelum dia tidur, dia akan buat bunyi seperti cengkerik sejam dua sebelum terlelap. Sedih juga sebab, rasanya family dia buat tak kisah sahaja. Budak tu pun macam low self esteem sebab selalu dianggap pelik
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Erm. Dulu saya pun agak low self esteem sebab selalu kena marah. Selalu buat bunyi pelik.
Kalau saya bersama kawan-kawan saya, saya akan banyakkan bercakap untuk menyembunyikan bunyi yang hendak keluar tu walaupun sedang menonton televisyen atau membaca buku bersama-sama. Kalau tak, memang akan mengganggu suasana. Dan saya sendiri faham keadaan itu.
Kiranya jika saya berhadapan dengan keadaan yang memerlukan saya tidak bercakap seperti menduduki exam atau masuk pertandingan chess, ada dua perkara saya perlu lakukan. Pertama, jawab soalan dan kedua kawal bunyi tu daripada keluar.
Sebelum ustaz tulis entri ini, saya sendiri sangka yang bunyi ini saya buat-buat selepas selalu kena marah dan tegur.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam
abu saif
Pengalaman ana mempunyai anak kedua(lelaki) yang autistik- pertama perempuan-normal, kedua(lelaki)-autisme dan ketiga perempuan(normal)
memang ujian Allah, terlalu amat sukar untuk menjaga dan mendidik anak yang autisme nih. Kami hanya berusaha yang mampu selebihnya berdoa dan bertwakal kpd Allah. Bagus kiranya akhi Abu Saif boleh jadi pakar dalam pendidikan anak spesial nih- boleh katakan tiada orang Islam yang terlibat dalam bidang ini, kalau adapun hanya bidang speech therapy, yang banyak melibatkan diri dalam bidang pendidikan anak istimewa nih kebanyakkannya china/india yang beragama budhha/kristian atau hindu.
Allahu a’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam
Terima kasih di atas pendedahan yang sangat berguna ini. Saya berasa cukup terkesan dengan situasi yang di paparkan. Membantu untuk melihat situasi kekurangan orang lain dari sudut yang positif.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Entry ustaz begitu menginsafkan…
Cuma kebiasaannya insan yang ‘biasa’ (normal) bisa tidak mensyukuri nikmat kejadiaannya yang sempurna.
Ana juga punya beberapa sahabat yang mengalami masalah yang sama. Sayangnya, lebih buruk dari apa yang dipertontonkan diatas, ujian mereka di dalam masyarakat kita lebih getir.
Allahuakbaar… to each, his own (trials and tribulations)…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
so that’s what it is… i seriously have got this friend.. n everytime i’m like talking to him.. he’d be going like.. twitching around blinking his eyes like a million times shaking his head… n in my mind.. i’d be going like ..”ahh come on.. could u please stop it already… it’s getting really annoying…”…
NOW I KNOW… thanks =)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
subhanAllah..
sgt bguna artikel ustaz kali ni.. informatif n memberi kesedaran..
baru sy tau ttg ilmu ni..
erm..kalo mcm tu,latah dikire dlm syndrom ni jugak ke?
huhu.. maaf kalo x bkaitan.. just wondering…
alhamdulillah n jazakillah kpd ustaz..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
alhamdulillah. terima kasih kepada semua sahabat yang membaca dan memberikan komen. saya juga rasa gembira andaikata artikel ini dapat membantu mereka yang mengalaminya, tetapi tidak pernah tahu tentang sindrom ini, atau yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang begitu.
bab latah, saya tak pasti
tapi alimMujahidah, term “jazakillah” hanya digunakan kalau kita mengucapkan terima kasih kepada seorang perempuan. kalau ucapakan terima kasih itu ditujukan kepada seorang lelaki, maka sebutannya ialah “jazakallah” dan kalau boleh, disempurnakan sebagai “jazakallahu khairan”.
kalau tak sure lelaki atau perempuan, or nak ucapkan secara umum, gunakan “jazakallahu khairan”.
hayya bil ‘arabiyyah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bila Ustaz tulis topik ni rasa macam baca artikel perubatan. Malu pun ada sebab doktor sendiri tak pandai nak menulis artikel sebaik ini.
Saya memang ada kawan-kawan (termasuk lah masa di Medical School dulu) yang ada sindrom ni. Cuma bila baca tambahan maklumat Mahmoud pemain NBA basketball tu, baru saya tahu mereka juga ada yang mempunyai sikap perfectionist.
Boleh jadi kerana itu seorang sahabat saya itu mempunyai bakat melukis yang hebat, manakala seorang lagi berusaha sedaya upaya menjadi seorang doktor pula.
Tak dinafikan kehadiran mereka, “mengubah” suasana. Kadang-kadang sehinggakan kalau duduk dalam kuliah di belakang, kita jadi terganggu dengan gerakan-gerakan automatik (yang tidak disedari mereka). Tetapi, tentu sahaja bukan salahnya tapi salah kita – pindah sahajalah ke depan!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah, saya jumpa juga laman saifulislam. Selama ni, saya cuma baca artikel ustaz dari simpanan kawan saya. Dia memang ada satu folder yang simpan artikel2 ustaz. Tapi, sejak dah abis belajar dan dah tak jumpa lagi dengan kawan tu, takder la lagi artikel baru dari ustaz yang saya baca.
Bila tengok videoklip yang ustaz letak kat posting kali ini, terasa sayu, simpati dan macam2 perasaan lagi. Tambahan pula bila tengok videoklip kedua dimana, remaja tersebut cuba menutup mulut dalam pasaraya bagi mengelakkan dari terpacul kata2 yang tak sepatutnya. dan semasa di dalam kereta, dia melilitkan tangan dengan sit-belt bagi mengelakkan tangannya dari menganggu pemandu. Juga videoklip pertama yang mendidik kanak2 dan juga golongan dewasa supaya tahu kewujudan penyakit tersebut dan mahu untuk menolong.
InsyaAllah, saifulislam.com menjadi wadah yang berguna bagi mengajar masyarakat. Di dalamnya, bukan sekadar membincangkan isu hukum yang tidak patut didebatkan oleh orang yang tak berilmu, tetapi saifulislam menjadi pencetus mahu kepada yang berilmu dan memberi tahu kepada yang jahil, yang akhirnya bertambah ilmu dan mencetus mahu jua adanya.
Mungkin ada yang mengatakan ustaz perlu fokus kepada isu tertentu, dan jagan tulis isu politik… tapi bagi saya, ustaz memang telah memberi satu fokus yang terbaik…. iaitu fokus menyedarkan masyarakat bahawa hidup ini tidak boleh tidak, perlu melihat pelbagai aspek kehidupan… baik politik, kesihatan, sains, sejarah dsbg yang sememangnya kita tidak dapat lari daripadanya.
Terima kasih kerana ustaz sanggup meluangkan masa menulis walaupun sibuk dengan kertas kerja, kerja, ceramah dll….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
AssWW,
Salam Kenal Pak/Bu,
KABAR GEMBIRA……………
Saya dulu punya anak TOURETTE SYNDROME sangat BERAT.
Sekarang sembuh TOTAL setelah PIJAT SYARAF KHUSUS (pengembangan lanjut dari “PIJAT GETAR SYARAF & MUKJIZAT GERAKAN SHALAT”, karya Madyo Wratsongko, nara sumebr AM ISRAN MBA. Ph.D)
Pijiat ini juga BISA untuk AUTIS. Ada yang sembuh……
Silahkan kunjungi weblog saya untuk detailnya…..
http://www.hipnoparenting.blogspot.com
Saya akan bantu anda…
Adhi
===========
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
AssWW,
Saya baru saja lihat video Youtube…..
Tourette Syndrome anak saya JAUH LEBIH TERUK (BURUK) dari kedua video tersebut….
Dia TICS setiap 6 detik….sangat capai…. (tired!)
Dia sembuh dalam waktu 6 bulan SPECIAL NERVE MASSAGE di Bandung Indonesia….
Adhi
=========
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum wrt…
Terima kasih ustaz untuk info yang berguna. Rupanya ada sindrom semacam ini dan saya baru sedar ada pelajar saya yang menghidap sindrom ni dengan keadaan yang sangat menyeksakan. (Anggota badannya akan bergerak secara spontan selang 15-30 minit). Saya rasa ibu bapanya sendiri pun tak tahu apa penyakit anak mereka.
Jika diimbas kembali, saya pun ada menghidap sindrom ni semasa di sek men (mengeluarkan bunyi nak berdehem) tapi nasib baik hilang mcm tu je sbb saya dapat kawal. Itupun selepas terasa hati dengan kawan sebelah yang merengus marah apabila saya mengeluarkan bunyi pelik tu. Agaknya memang annoying kot. Rasanya ada juga kawan2 yang jenis kenyit-kenyit mata. Orang dulu2 cakap tabiat. Akhirnya benda ni hilang sendiri kalau dikawal. Sebab tu ramai ibu bapa guna kaedah melarang atau marah agar tidak lekat tabiat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Sambung sikit lagi ye ustaz…
Macam mana pula dengan habit suka membetulkan sesuatu yang senget, belek semula muka surat yang sudah dibaca apabila tiba masa nak turn new page atau apabila membuat garisan yang lurus/cantik tiba2 rasa nak conteng sikit-sikit kat tepi garis tu. Ala-ala perangai Mr Monk dalam Monk tu. (Tak pasti ustaz pernah tengok ke tidak)
Respond to this comment [with empathy]
abdullah reply on December 2nd, 2009 9:01 pm:
@Aliya,
Salam,
If the person realizes that what he is doing is senseless and he tried to overcome the thoughts and actions but to no avail, most probably it is Obsessive-Compulsive Disorder(OCD).
But if the person doesnt think that there is something wrong with him,and he doesnt try to resist the thoughts and actions, then the condition is called Obsessive-Compulsive Personality Disorder.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam,mcm mne plak dgn sindrom asyik nk terkentut je.
dia jd bila time ade wudhu je.kalau xde wudhu jenuh meneran..x keluar2 pn..heran jgk.
lg satu dia jd kalau duduk dlm bilik kecil atau naik lif ramai2….(paling fobia nk naik lif ramai2)pasai tahan pny tahan akhirnya keluar jgk(bunyi anak kucing)…lps sume org pndg kita…uhh..seram..hehe.
ni nme nya syndrom ape plak?
kentut x terkawal eh??
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam, terima kasih ustaz atas tulisan yang membuka mata ini.
saya juga ada baca satu buku berjudul “Torn Apart” karangan James PAtterson and Hal Friedman, berkenaan kisah benar seorang kanak2 yang mengidap tourettes. bila baca buku tersebut memang dapat rasa kepayahan beliau menempuh hidup bila mana sakit tersebut makin memakan diri. memang sangat torn apart lah! boleh juga baca buku tersebut kalau nak lebih mendalami perasaan pesakit tourette nih.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
terima kasih Ustaz atas info yang berguna ini.
pengalaman saya mempunyai anak istimewa yang dikategorikan sebagai ‘dyspraxia’ mempunyai ciri-ciri yang serupa. bezanya anak saya langsung tidak bercakap.
apa yang saya nampak, di Malaysia ni banyak perkara tentang Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlukan usaha dari setiap ahli masyarakat.
1. dari segi kesedaran dalam masyarakat – bila berjalan atau pergi kenduri/shopping mall, bila anak saya buat ragam (tak seperti kanak2 biasa), banyak mata yang memandang dengan pandangan ’semacam’ je. Bukan nak bertanya atau menolong. Jauh sekali bersimpati, malah menampakkan mereka hanya mementingkan diri mereka saja.
2. dari segi pekhidmatan pula – di hospital kerajaan terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan. Akhirnya terpaksa pergi ke private yang rata-ratanya mahal dan bukan-Islamik. Di manakah umat Islam dalam bidang2 ini?
Kerjaya anak2 sekarang (yang diberi biasiswa) hanya tertumpu kepada bidang2 yang dianggap hebat-hebat. Bagaimana bidang2 yang berkait rapat dengan pembangunan anak-anak istimewa dan OKU spt. speech therapy, physiotherapy dan occupational therapy?
3. peranan masjid – saya kira masjid boleh berperanan sebagai tempat asuhan/didikan untuk OKU. Kita dapati banyak gereja yang menyediakan kemudahan untuk golongan ini. Kenapa umat Islam tidak mahu membuat kebajikan dgn cara ini?
Respond to this comment [with empathy]
halya reply on November 17th, 2009 9:49 pm:
salam cik juha,
saya juga mempunyai seorang adik OKU. sekarang berumur 20tahun. cuma nak berkongsi info tentang hospital kerajaan tu.
saya tak tahu lah hospital mana yang cik juha pergi, tapi saya pernah beberapa kali bawa adik saya ke hospital kerajaan di johor bahru. mereka mempunyai kaunter khas untuk OKU (untuk ambil no, untuk ambil medical chart, dan juga mereka mempunyai bilik consultation yang dikhas kan untuk warga OKU – separate from other “normal” patients..)
sudah pasti lah kena juga tunggu giliran kerana banyak juga OKU yang pergi mendapatkan rawatan, tapi rasanya time spent adalah kurang dari orang biasa. mungkin kena tanya/terangkan pada pihak hospital tersebut masa nak ambil no, sebab kadang2 mereka taktau yang individu tersebut memegang kad OKU.
Respond to this comment [with empathy]
Juha reply on November 18th, 2009 5:03 pm:
@halya, Alhamdulillah, kiranya keadaan sekarang sudah berubah. Sgt bagus kalau pihak pentadbiran hospital dapat melakukan sesuatu untuk memudahkan OKU.
Harap-harapnya tahap kesedaran terhadap OKU ini dapat ditingkatkan. Jgn hanya menghukum mereka, kadang2 mereka sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada diri mereka hingga mereka hilang kawalan diri.
Disamping itu, kita yang sihat ni, jgn lupa membantu bila mereka memerlukan. Tunjukkan sokongan bukan umpatan.
terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam..
selepas saye baca artikel ini baru saye terfikirkan husband sye yang mempunya tabiat yang agak pelik iaitu suka sendawa dan menggerak gerakkan kulit kepala.ade juge menegur die, tapi dah semulajadi, so tak boleh nak halang.mungkin ade idea dari kawan semua..
tq.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam…
Saya penah tgk cite pasal tourette syndrom tu kat astro. Sampai nangis nangis tengok cite tu. Tapi last part cite tak nangis dah sebab rasa kagum dgn Brad Cohen, seorang yang tabah…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam Ustaz
alhamdulillah TQ ustaz atas entry ni
Selama ni saya memang marah kat anak saya,sebab dia suka buat bunyi pelik.Macam Bro azree beritahu,anak saya pun suka mendengus. Aneh saya rasa.Saya faham dia ada hiperktif tapi bila asyik bunyi je,rasa pening mendengarnya. Cikgunya pun komplen juga.
Bila saya marah,dia menyorokkan dirinya. saya pujuk dan berbual dengnya. Anak saya beritahu,dia tak tahu kenapa dia bunyi macam tu.
Ustaz,seorang adik saya masa kecik suka tergagap dan bunyi.Bila remaja asyik betulkan cermin matanya.Macam mana saya nak bantunya?apakah dia ada sindrom ini juga?Dia cemerlang dalam pelajaran tapi tak ramai orang nak kawan dengannya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
I just watched the movie in hbo last night…amazing and inspiring!
First time i knew the desease..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam cik juha,
saya juga mempunyai seorang adik OKU. sekarang berumur 20tahun. cuma nak berkongsi info tentang hospital kerajaan tu.
saya tak tahu lah hospital mana yang cik juha pergi, tapi saya pernah beberapa kali bawa adik saya ke hospital kerajaan di johor bahru. mereka mempunyai kaunter khas untuk OKU (untuk ambil no, untuk ambil medical chart, dan juga mereka mempunyai bilik consultation yang dikhas kan untuk warga OKU – separate from other “normal” patients..)
sudah pasti lah kena juga tunggu giliran kerana banyak juga OKU yang pergi mendapatkan rawatan, tapi rasanya time spent adalah kurang dari orang biasa. mungkin kena tanya/terangkan pada pihak hospital tersebut masa nak ambil no, sebab kadang2 mereka taktau yang individu tersebut memegang kad OKU.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Bercakap ttg health education, saya agak terkejut krn dlm masyarakat kita, ramai juga health professionals yang kurang gemar sekiranya pesakit/keluarga pesakit agak educated. Bagi mereka lebih banyak pesakit tau, lebih banyak complaints yang mereka terima dan lebih menyusahkan kerja mereka.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Assalamualaikum Ustaz. Terima Kasih atas perkongsian ini. Sebelum ini, saya tidak tahu pun tentang ini. Alhamdulillah dapat pengetahuan yang baru, juga dapat menonton cerita yang sangat membina hati. Syukran ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
I have a cousin. She has tourette. Dia mengenyit mata dan tergeleng-geleng kepala tiap 3 minit, dan lagi teruk bila dlm keadaan anxiety berlebih, mungkin.
Ketika kakak sepupu saya itu bersanding di pelamin 30 tahun dulu, seorang saudara menjerit dari luar tingkap “jangan kenyit geleng banyak sgt, jatuh pulak crown tu”. Semua orang dengar. Ada yang tersengih sama.
Saya cuma baru berumur 10 tahun ketika itu. Dan sampai kini saya masih teringat muka sayu pengantin perempuan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
salam….
sy btol2 dh lama nk baca pandangan dari org agama concerning OKU.
isu OKU amat jarang d bicarakn secara terbuka baik perbincangkn yg melibakn Islam atau x…knape ya??
stigma OKU sekadar blh teruskn hidup alar kadar pula seakan2 dah xblh diubah…sy amat kecewa dgn hal sebegini, sy amat amat amat berharap agar saifulislam dpt menuulis lbh byk artikel islamic y melibatkan OKU.
harap2 hujah2 yg justaz sampaikn dpt menguatkn lg keimana goolongan OKu, maklumlah kami ni nk cari nas2 al-QURAN sendiri takut tersalah tafsir …
0KU y amat berharap::
azmir
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka
Assalamualaikum Ustaz,
Salah satu sebab saya suka mengunjungi laman web ustaz adalah kerana isu jarang disentuh orang lain, tapi ustaz suka untuk mengambil hal tentangnya.
Saya x pasti adakah saya salah seorang daripada mereka. Tapi apa yang saya pasti, saya suka melaga-lagakan lidah saya dengan lelangit, hingga bunyinya berkeruk-keruk. Hal ini membuatkan emak saya meradang, katanya seperti bunyi katak.
Tapi saya pasti saya berkelakuan sebegitu bilamana saya dalam keadaan yang agak stress, hingga menyebabkan lelangit saya terasa gatal, sejak hampir 10 tahun dahulu. Kini alhamdulillah saya perasan yang saya dapat mengawalnya.
Setiap apa yang ALLAH jadikan pasti ada sebab-musababnya.Cuma dalam masyarakat kita, banyak lagi perkara yang ALLAH boleh terima, jadi taboo dalam masyarakat. Apapun, saya doakan ustaz teruskan usaha mendidik ummah dengan pelbagai lagi isu yang menarik.
Sirru ala barakatillah, wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Salam Ustaz,
boleh tak Ustaz menulis tentang skizofernia?…apakah pandangan Islam terhadap penyakit ini…kerana anak saudara saya disyaki mengalami skizofernia…
Terima Kasih…Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Saya gemarkan buku buku dan gaya penulisan USTAZ,INSYALLAH AKAN SY SEBARKAN KPD RAKAN2 YANG LAIN.Supaya sama2 kita beroleh manfaat daripada teknologi ciptaan manusia ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
assalamualaikum ustaz..
tersentuh dan menitis air mata saya apabila membaca blog ustaz ttg sindrom tourette ni.. saya mempunyai seorang kekasih yg mpunyai sindrom tourette ni..tetapi saya tak malu kerana memiliki nyer..
macam maner cara nyer saya boleh menghenti atau mengurangkan tekanan sindrom tourette ni,dan dapat mengurangkan rasa rendah diri..tetapi baru sekarang dia merasa terlalu merendah diri apabila mengetahui ttg sindrom tourette ni..sekarang, perbuatan dan pergerakan kekasih saya lebih ketara..dan yang lebih menyedihkan saya sangat apabila dia bercerita ttg kawan2 nyer yg memandang serong ttg sindrom yg di hadapinyer..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 weeks ago
salam..astaghfirullah..sy jgk pnhb’hdpn dgn knk2 yg ada sindrom tourette sms posting psychology..mmg pd pndgn sy sndiri sy tlh tnpa sedar judge dan rs tidak selesa dgn knk2 t’sbut..semoga Allah mengampunkan dosa sy krn b’fikir mcm tu..mmg rakyat Malaysia krg terdedah dgn penyakit2 sebegini..mslh psychology terutamanya krn ia bkn penyakit yg dilihat bleh mmbawa maut physically..sbg slh seorg health personnel sy jg b’hrp msyarkat dpt didedahkan lbih dgn penyakit2 begini krn pnyakit2 sbegini memerlukan social support yg kuat..
Respond to this comment [with empathy]