“Akak dah tak tahu nak buat macam mana ustaz. Memang rasanya kami ni dah di ambang penceraian”, keluh seorang isteri, yang bersuamikan sahabat saya.

“Apa lagi yang dibuatnya kebelakangan ini?”, saya mahu dapatkan lebih banyak maklumat.

“Entah kenapa siang malam pagi petang asyik bersyarah pasal agama sahaja. Rasa macam semua yang akak buat ni tak betul. Segala-gala diungkitnya. Dari cara akak berwudhu’ dan solat, sampailah kepada hal-hal yang akak sendiri tak faham. Pulak tu, bukan boleh ditegur, mesti dia melenting”, cerita akak itu semasa mengunjungi kami sekeluarga.

Saya terdiam. Sahabat yang saya kenali ini semacam sedang melalui suatu episod yang tersusun mengikut buku teks. Melengkapi segala simptom masalah Bipolar Disorder.

Saya cuba sabarkan isteri yang malang itu.

“Akak, izinkan saya memberi pandangan. Saya bukan doktor. Cuma menumpang sikit-sikit ilmu dari isteri dan pembacaan. Apa yang suami akak buat tu, saya dah jumpa beberapa kali sebelum ini. Saya rasa, suami akak sedang menempuh episod Bipolar Mania”, saya cuba berkongsi cerita.

“Kenapa Rizal cakap begitu?”, tanyanya kehairanan.

“Minggu lepas suami akak berbual dengan saya. Jiwanya sungguh tidak tenteram. Putus asa belaka dengan semua benda yang dirancangnya dalam hidup ini. Rasa berdosa, rasa bersalah, asyik menangis, malah katanya jin tak habis-habis datang memukul tangannya”, saya memberitahu.

“Akak tahu cerita itu. Tapi minggu ni dia jadi pelik pulak. Sungguh berlawanan. Over confident, pandai semacam. Tapi kadang-kadang cakap kotor sampai malu akak mendengarnya. Sampai akak dengan anak-anak dah tak tahan. Kadang-kadang naik juga tangan dia kepada kami”, sambungnya lagi.

Saya yakin, sahabat saya yang juga suami akak ini, mengalami masalah kemurungan yang teruk. Segala simptom ada padanya. Saya sudah berdepan dengan kes yang sama sebelum ini, dan mereka ini semuanya memiliki corak yang sama.

Syukur Alhamdulillah, mungkin kerana kelegaan jiwa si isteri, bahawa masalah rumahtangganya bukan kerana kesalahan dia atau kekurangannya, tetapi kerana suami sedang ‘sakit’ dan memerlukan bantuan, hari ini rumah tangga mereka kembali tenang. Namun si isteri harus sentiasa berlapang dada dan bersedia, kerana ia boleh sahaja muncul kembali bila-bila masa. Jika ada stimulasi yang mencetuskannya!

PENGALAMAN SILAM

Lama sebelum itu, seorang pelajar datang ke rumah saya. Beliau mahu mencadangkan kepada saya plan latihan ketenteraan yang beliau rangka. Saya hanya mampu mengangguk. Selama 6 jam beliau bersyarah di hadapan saya. Dari isu plan ketenteraan tersebut, sampailah kepada perancangan Yahudi di sebalik animasi Pokemon dan kesukaannya terhadap Doraemon. Bercakap tidak berhenti-henti, penuh semangat, tetapi tiba-tiba menangis seketika sebelum menyambung kembali syarahannya kepada saya.

Secara jujurnya, tepat jam 4 pagi, saya sudah menjadi demam akibat ‘torture’ syarahan pelajar ini.

Semasa itu, saya hanya terfikir satu perkara. Mungkin pelajar ini dirasuk jin!

Tetapi apabila plan ketenteraannya saya berikan kepada isteri, beliau dengan segera memberikan komen, “abang, rasanya budak ni ada masalah bipolar disorder. Lengkap belaka”

Saya terdiam.

Malang sekali, pelajar tersebut gagal diselamatkan. Beliau ditahan polis kerana berkelakuan agresif di khalayak ramai. Namun saya bersyukur kerana kini kehidupannya teratur kembali. Semoga beliau terus tenang dan berusaha mematuhi nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh pakar psikiatri kepadanya.

PERINGKAT HIPERMANIA

Hasil pembacaan buku dengan panduan isteri, serta bacaan di internet, saya dapat memahami serba sedikit tentang masalah Bipolar Disorder ini. Semasa seseorang itu berada di tahap mania, dia itu sering menunjukkan simptom-simptom berikut:

  1. Bertenaga secara berlebihan, aktif dan menolak rehat
  2. Mempunyai perasaan yang begitu tinggi bahawa dirinya itu ‘bagus’
  3. Komunikasinya sungguh merimaskan dan mengganggu
  4. Berfikir dengan laju dan ekstrim, bercakap dengan begitu pantas dan melompat dari satu idea ke satu idea. Ideanya boleh difahami tetapi tidak berkait di antara satu sama lain
  5. Mudah terganggu dan sukar menumpukan perhatian
  6. Tidak tidur kecuali sedikit atau tiada langsung
  7. Mempunyai kepercayaan berlebihan secara tidak realistik terhadap kuasa dan keupayaan seseorang
  8. Lemah dalam membuat keputusan
  9. Berbelanja secara yang sangat boros
  10. Kelakuan melampau yang berpanjangan lebih dari kadar yang biasa
  11. Keinginan seks yang meningkat
  12. Boleh terjebak ke dalam penggunaan dadah terutamanya kokain, juga minuman beralkohol serta pil tidur
  13. Provokatif, intrusif dan sikap yang amat agresif
  14. Sangat menafikan yang dirinya itu di pihak yang salah

Sudah beberapa orang yang jangkakan dirinya mengalami Bipolar Disorder ini menunjukkan hampir kesemua simptom itu. Tentu sahaja jika orang yang mengalami masalah ini merupakan suami, atau majikan kita, mereka akan sungguh menyeksa kehidupan kita.

MENCETUS KEHANCURAN SOSIAL

Inilah yang membimbangkan saya. Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur, berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan, dan berapa banyak syarikat yang musnah, apabila suami di dalam rumah tangga, atau majikan di dalam sebuah syarikat, mempamerkan sikap yang sangat agresif.

Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Siapa yang tahan dengan manusia sebegini?

Sanggupkah isteri berdepan dengan perubahan mendadak seorang suami?

Tidakkah menderita seorang pekerja apabila majikannya mempraktikkan kesemua simptom di atas?

Andai segalanya difikirkan sebagai perubahan sikap, ia tentu menimbulkan 1001 kesulitan. Tetapi jika kesemua simptom itu ada, berkemungkinan suami anda, atau majikan anda mengalami gangguan emosi yang teruk, dan mereka wajar mendapatkan rawatan.

PERINGKAT DEPRESI (KEMURUNGAN)

Oleh kerana namanya Bipolar Disorder, pesakit juga akan terjun dari keaktifan yang amat tinggi itu kepada kemurungan yang menjatuhkan segala-galanya. Maka apabila beliau berada di situasi depresi, pesakit tersebut akan menunjukkan simptom-simptom berikut:

  1. Kesedihan yang berpanjangan, gelisah dan perasaan yang kosong
  2. Rasa putus harapan dan pesimis terhadap segala-galanya
  3. Merasa bersalah, tidak berguna, dan tidak mungkin dapat dibantu
  4. Hilang minat kepada aktiviti-aktiviti yang disukainya sebelum ini, termasuk terhadap seks
  5. Kehilangan tenaga, lesu yang teruk dan beransur lemah
  6. Sukar memberi tumpuan, sukar mengingati sesuatu dan sulit membuat keputusan
  7. Tidak mahu berehat atau sentiasa rasa terganggu apabila cuba berehat
  8. Tidur yang terlalu banyak, atau langsung tidak boleh tidur
  9. Hilang selera makan, kehilangan berat badan
  10. Sakit yang berpanjangan (kronik) terhadap tubuh badan yang bukan disebabkan oleh sakit fizikal atau kecederaan
  11. Banyak berfikir tentang kematian, malah terfikir untuk membunuh diri, dan cuba melakukannya

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

KEPERLUAN PENDAKWAH DAN KAUNSELOR

Saya merasakan, bagi seorang pendakwah apatah lagi mereka yang sering didatangi oleh mereka yang cuba mendapatkan nasihat tentang krisis rumah tangga dan kerja, amat perlu untuk menambah pengetahuan tentang hal ini. Dengan itu kita akan terhindar daripada memberikan nasihat-nasihat yang memburukkan lagi keadaan.

Bayangkan jika seorang pekerja mengadu kepada anda tentang kelakuan majikannya yang sungguh menyakitkan, tanpa ada peduli kepada persoalan gangguan emosi dan masalah psikiatri ini, dengan mudah anda akan memberikan nasihat supaya pekerja itu mengambil tindakan undang-undang, berhenti kerja atau terus melawan atas alasan mempertahankan hak dan maruah diri.

Segala perbuatan pekerja itu yang membalas kelakuan agresif majikannya itu akan hanya menyebabkan masalah Bipolar Disorder beliau menjadi semakin teruk. Dan kita patut menjangkakan kesudahan yang terburuk, jika segala-galanya dibiarkan.

Begitu juga dengan isteri atau suami yang berdepan dengan hal ini. Sedikit sebanyak pengetahuan seperti ini akan membolehkan kita bertenang, tidak ‘ambil hati’ dan boleh menghulurkan bantuan malah terus bersangka baik, biar pun dengan cara yang sungguh pelik!

“Bantulah saudaramu, sama ada dia itu zalim, atau dizalimi” (Al-Hadith)

Si zalim itu mungkin pesakit Bipolar Disorder.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Doa si Mazlum Tuhan… Ramadhan… Keadilan… Kemanusiaan… Regim itu sudah hilang kewarasan! Terdiam...
  2. Sejenak di Katil Pesakit “Kita tidak boleh lupa, bahawa kita dan anak-anak kita, dua-dua...

 

110 Responses to “Bipolar Disorder: Bantu Si ‘Zalim’ dan Mazlum”

  1. syarief says:

    rasa seram pulak dengan penyakit ni. kalau ditengok2 symptom awal tu macam ada kena mengena. tapi, alhamdulillah, saya takdelah berlaku disorder mengejut smpi kesedihan n kemurungan melampau..

    bertambah menarik bila ustaz sentuh isu2 tentang kesihatan ni. kebetulan plak baru je berkenalan dgn seorang sahabat pelajar bahagian sains kesihatan upm. nak tak nak saya kena berikan tambahan perhatian berkaitan isu kesihatan. huhu..

    terima kasih ustaz..

    p/s: sekali lagi post pertama. tak tau la klu yg nipun tak ramai berminat utk reply..

    • Syasya says:

      assalamualaikum, saya ada send mesej di website Dr.UmmuSaif tentang bipolar. saya ada beberapa soalan iaitu;
      1.bagaimana kita boleh mengesahkan seseorang menghidap bipolar? adakah diagnosis yang dilakukan ataupun scan MRI? dan kalau ada, di hospital mana? kerana pengalaman rakan saya, dia hanya melalui proses meluahkan perasaan dengan keadaan menangis teruk, tanpa ada ujian darah dsbnya diambil. Jadi, doktor hanya buat kesimpulan dia ada bipolar berdasarkan cerita/keterangan yang dia ceritakan semasa sesi kaunseling.
      2.kemudian doktor terus prescribe ubat untuk dia.dia kecewa kerana bila dia minta diagnose dgn cara ambil ujian darah atau MRI, doktor marah2.
      3.saya berpendapat bipolar lebih kepada masalah saraf/neural, kekurangan hormon berbanding masalah psikologi walaupun memang ada kes pesakit melalui pelbagai trauma dalam hidup mereka.
      4.doktor bertanyakan soalan yang menyakitkan hati; cth, apakah yang membuatkan kamu rasa kamu ada bipolar? dan membuat kesimpulan berdasarkan jawapan pesakit yang ketika itu sedang tertekan/sedih sebagainya.
      5.pesakit kdg2 keliru, adakah betul mereka bipolar atau cuma merasakan mereka ada bipolar?
      6.2nd/3rd opinion pun tidak membantu, ramai yang menyuruh pesakit stop dari ambil medication, dan pesakit rasa diri sebahagian dari pesakit jiwa.
      7.harap doktor boleh bagi reference hospital mana yang ada diagnose secara saintifik/ujian darah/MRI, dan bukannya melalui sesi kaunseling.
      terima kasih
      @syarief,

      • khalil says:

        @Syasya,

        1. Penyakit bipolar adalah penyakit berkaitan mood (mood disorder). Bipolar = dwikutub (satu kutub adalah gembira (mania/hypomania) dan satu kutub lagi kemurungan (depression). Diagnosis yang dibuat adalah secara ‘klinikal’ iaitu melalui temubual dan pemeriksaan status mental. tidak perlu MRI atau mengambil darah kerana ianya hanyalah pembaziran dan tidak membantu diagnosis.

        3. Penyakit bipolar adalah lebih kepada masalah psikologi. Ia tiada kaitan dengan hormon, namun berkaitan dengan neuro-transmitter di dalam otak. Mania kemungkinan adalah ‘defense mechanism’ terhadap kemurungan.

        4 dan 5. pesakit bipolar biasanya tidak mengaku beliau sakit. Apa yang sakitnya jika kita berasa gagah, konfiden, kacak, seorang raja yang memerintah dunia & mempunyai wang berjuta-juta di dalam bank?

        6. pesakit dan keluarga harus faham mereka mempunyai masalah mental yang serius dan perlu memakan ubat mood stabilizer seumur hidup.

    • zulkifli says:

      @syarief, Salam ustaz, macam mane pula dgn seorang pengerak dakwah yg dah terlibat selama beberapa tahun, kemudian baru2 nie di sahkan Bi polar? ape status die dalam dakwah?

      • khalil says:

        @zulkifli,

        Penyakit bipolar adalah penyakit yang kronik tetapi episod mania (“tidak waras”) akan diselang selikan dengan episod normal (euthymic) dan kemurungan (depression) serta hypomania.

        Pesakit adalah normal sepenuhnya semasa episod euthymia maka apa yang baik (berdakwah dll) yang dilakukan bolehlah diterima dan keburukan (jenayah, rogol, panas baran) boleh diberikan hukuman sewajarnya di bawah undang undang sebagai orang normal.

        Pakar psikiatri forensik boleh membantu menentukan sama ada semasa sesuatu jenayah dilakukan pesakit adalah waras atau tidak, atau semasa beliau tidak waras adakah jenayah yang dilakukan adalah terpengaruh di bawah ketidakwarasan atau tidak.

  2. Abu Saif says:

    saya kongsikan kerisauan saya tentang hal ini kerana saya rasa tertekan dengan pelbagai masalah yang diajukan sama ada melalui email, perbualan telefon, mahu pun yang bersemuka. saya rasa dalam masyarakat kita, sangat banyak neurological problems dan masalah psychiatry yang meruncing.

    pengamal perubatan, ada tugas mereka.

    cuma yang saya share di sini, ialah perspektif layman, dai’e yang sering berdepan dengan masalah sosial. pengetahuan tentang hal ini, membolehkan kita menawarkan nasihat yang benar-benar membantu, bukan yang tambah memburukkan keadaan.

    terima kasih akhi kerana setia memberikan komen. hai, nak isi borang jadi ahli kelab suami doktor ke? kalau ya, apa salahnya :)

    saya risau juga… artikel yang kritik melayu, kritik muslim, kritik kritik ni, banyak komen yang diterima. mencecah ratusan pun ada. tapi artikel bab nak tolong orang ni.. agak melesukan.

    maybe jumlah pengunjung yang merosot barangkali… kena muhasabah ni.

    • Syasya says:

      assalamualaikum, saya ada send mesej di website Dr.UmmuSaif tentang bipolar. saya ada beberapa soalan iaitu;
      1.bagaimana kita boleh mengesahkan seseorang menghidap bipolar? adakah diagnosis yang dilakukan ataupun scan MRI? dan kalau ada, di hospital mana? kerana pengalaman rakan saya, dia hanya melalui proses meluahkan perasaan dengan keadaan menangis teruk, tanpa ada ujian darah dsbnya diambil. Jadi, doktor hanya buat kesimpulan dia ada bipolar berdasarkan cerita/keterangan yang dia ceritakan semasa sesi kaunseling.
      2.kemudian doktor terus prescribe ubat untuk dia.dia kecewa kerana bila dia minta diagnose dgn cara ambil ujian darah atau MRI, doktor marah2.
      3.saya berpendapat bipolar lebih kepada masalah saraf/neural, kekurangan hormon berbanding masalah psikologi walaupun memang ada kes pesakit melalui pelbagai trauma dalam hidup mereka.
      4.doktor bertanyakan soalan yang menyakitkan hati; cth, apakah yang membuatkan kamu rasa kamu ada bipolar? dan membuat kesimpulan berdasarkan jawapan pesakit yang ketika itu sedang tertekan/sedih sebagainya.
      5.pesakit kdg2 keliru, adakah betul mereka bipolar atau cuma merasakan mereka ada bipolar?
      6.2nd/3rd opinion pun tidak membantu, ramai yang menyuruh pesakit stop dari ambil medication, dan pesakit rasa diri sebahagian dari pesakit jiwa.
      7.harap doktor boleh bagi reference hospital mana yang ada diagnose secara saintifik/ujian darah/MRI, dan bukannya melalui sesi kaunseling.
      terima kasih
      Syasya

      @Abu Saif,

  3. syarief says:

    fuh. klu saya tak tau tentang bipolar disorder ni. pasti saya dah suruh jumpa ustaz2 yang saya kenal untuk di’betul’kan.. huh.

    padahal, klu dgn infomasi yang tepat, dapat la ambil tindakan yang tepat. pengamal perubatan ada tugas mereka. ktia pun kena faham tugas mereka dan bantu bagi kefahaman supaya tak menyusahkan mereka menjalankan tugas. kalau dapat memudahkan lagi bagus..

    saya rasa macam bersetuju bila ustaz katakan sebenarnya banyak masalah neurological dgn psychiatry problem di klgn msyrkt kita. selama ni asek salahkan masalah asas agama, sikap, pemerintahan.. lupa plak yg adanya faktor kesihatan yang sebenarnya semakin dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat. daripada penjagaan makanan, emosi, tubuh badan dan sebagainya.. bnyk sngt budaya tak sihat masyarakat kita ni.

    owh. ustaz dah bukak kelab tu ke? hehe.. bleh je. tapi, ustaz la yang carikkan..

    bab dakwah, bab komen n kritik, bab polemik.. yang tu mmg menarikminat ramai. dah ke situ je fikiran kebanyakan kami skrg ni.. saya pun tak terkecuali

    • Guru Tajwid says:

      @syarief,

      Memang betul masyarakat sekarang terlalu memandang ringan terhadap faktor kesihatan.

      Kebanyakan masalah kesihatan sekarang banyaknya berpunca dari pemakanan. Ini kerana kebanyakan makanan sekarang banyak bercampur dengan bahan kimia yang membahayakan.

  4. masterminda says:

    Assalam….

    Sekadar membantu tuan Saiful yg.sangat sibuk dan banyak perjuangan yg.perlu ditanggung,semoga tuan memperolehi kekuatan kurniaan Allah.

    Kepada isteri2 yg.mengalami tekanan oleh sang suami yg.ditakdir Allah sedemikian adalah suatu yg.tak dapat dielakan.walaupun ada kaedah dan nasihat yg.terbaik..itu hanyalah sebagai cadangan.Namun manusia harus memahami perihal kadaq dan kadar tuhan.

    Semua yg.terjadi memang mempunyai sebab musabab.Kerana sebab itulah manusia kata hal itu berlaku.Anda mungkin kurang faham jika saya katakan tentang sebab hanya sebagai hijab yg.bukan menjadi perkara penting kepada sesuatu takdir Allah.Terdapat suatu sebab yg.tidak difahami dan disedari oleh seseorang dalam memahami nasib yg.menimpa.

    Adakala menyelesaikan masaalah dengan berusaha dan mencari pengubat
    kepada penyakit atau mengubati sipesakit.Adakala perlu bertahan dan sabar sesabarnya.Ini memang sukar.

    Apa yg.saya cadangkan ialah memperkuatkan diri sendiri disamping melakukan sabar sekiranya anda belum mampu mencari penawar.

    Seseorang yg.hendak berlawan dengan permasaalahan perlu ada kekuatan.Jika tidak ia akan kalah.

    Sebenarnya banyak ilmu yg.berkaitan dengan membina kekuatan diri dan saya tak kesempatan untuk menulis.

  5. pelajar says:

    mungkin boleh kongsi ilmu membina kekuatan diri untuk pengetahuan bersama…syukran

  6. masterminda says:

    Salaam..

    Yang saya maksudkan kekuatan diri adalah kerohanian.Bermula ilmu ini dengan kewarasan akal berfikir.Kewarasan akan bergantung kepada keperibadian dalaman seseorang.

    Anda mungkin lihat seseorang itu dari luaran saja lalu menganalisa dirinya.Sebaliknya keperibadian yg.tersembunyi hanya diri orang itu yg.tahu.

    Hakikat sakit yg. sebenar pada pendapat saya adalah dirasakan oleh perasaan.Sakit yg.dihadapi oleh fizikal mudah diubati dengan mengawal perasaan.Orang yg.mengawal perasaan adalah mempunyai asas kekuatan kerohanian.Lebih tepat lagi adalah sabar.Sesuai dengan saranan Allah suruh bersabar.Dengan sabar akan mengundang pertolongan Allah.

    Manusia sebenarnya tak mampu bersabar.Oleh itu perlu belajar sabar sehingga memahami hakikat kesabaran Allah yg.Maha Sabar.

    Bumi dan seluruh kejadian sebenarnya sangat sabar melihat perangai manusia.Pernah juga langit hampir2 runtuh kerana terlalu bersabar.Mujurlah ia taat dengan perintah Allah dan mengenal Allah yg.lebih sabar.

    Allah juga menyatakan bahawa RahmatNya mendahului KemurkaanNya.
    Kalu tidak dah lama umat Muhammad ne senasib umat2 terdahulu.Diatas kesabaran Nabi menghadapi karenah umatnya maka Allah memberi kurnia
    kesabaran yg.membantu Nabi Muhammad saw. bersabar.

    Insyaalah sambung lagi.

  7. shiha says:

    Salam..

    Berbalik kepada satu lagi siri Oprah. Kisah seorang bapa di US yang telah membunuh kedua – dua anak kembar perempuannya yang sangat comel. Seluruh masyarakat memandang serong dan mengutuk bapa itu. Kecuali isteri beliau.

    Suaminya seorang CEO yang berjaya di syarikat. Sangat baik hati dan jarang menimbulkan sebarang masalah. Pendek kata, sebuah keluarga yang bahagia. Cuma satu masalah bapa/suami ini, dia menyimpan masalah ‘depression’ atau kemurungan yang berpanjangan. Tiada siapa yang tahu kecuali isterinya. Dan mereka sering bertemu dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan. Cuma dengan tiba – tiba, si bapa tadi tidak dapat membendung pemikirannya sendiri dan apa yang dia lakukan pada anak – anaknya, sesungguhnya dia sendiri tidak sedar. Waktu itu, tiada siapa di rumah dan isterinya keluar ke kedai sekejap.

    Mana – mana isteri yang ‘normal’ pasti akan menuntut cerai there and then! Tambahan pula itulah saja 2 anak perempuan yang mereka ada (ada lagi anak lelaki yang lain). Tapi, semua orang hairan bagaimana si isteri ini boleh memaafkan tindakan suaminya itu, malah masih sanggup tinggal di rumah yang sama di mana anak – anaknya telah dibunuh secara kejam oleh suaminya sendiri! Mereka menganggap isteri/ibu itu seorang yang tiada perasaan.

    Jawab isteri/ibu itu: “He was not himself at that time. The disease had made him to do that. I love my kids very – very much (menangis), but this is not his fault. I must be by his side to help him to recover from this Depression.” Obviously, suaminya dipenjarakan dan sedang menanti hukuman.

    Sebab kenapa dia tak mahu berpindah dari rumah tu, kerana di situlah semua kenangan manis dia bersama anak – anak perempuannya. Ibu tadi mahu sentiasa ‘bersama’ dengan anak – anaknya dan menganggap anak – anaknya dah masuk ke syurga. Kejadian benar di US.

    Only recently, ingat tak seorang ibu yang membunuh 2 anak lelakinya dengan wayar seterika? Kat P. Pinang kalau tak salah. Senang saja kalau kita nak menghukum ibu itu seorang yang tak beriman, mudah benar kalah dengan hasutan syaitan. Ye lah, siapa yang tak bermasalah, kan? Tapi, saya dapat rasakan dia telah lama menanggung derita, tanpa tiada siapa yang ada/boleh mendengar masalahnya. Akhirnya something flipped and she did what she had never meant wanting to do….

    Ya betul, membina kekuatan diri, menyerah kepada takdir, bersabar dan berdoa adalah sebaik – baiknya. Itulah yang sebaiknya. Tapi amat berbeza approachnya kalau sebenarnya apa yang dialami itu merupakan sejenis penyakit mental, dan memang ada rawatan khusus untuk itu. The challenge is to differentiate between the two: samada ia hanyalah 1)tekanan dlm menghadapi masalah harian, atau 2)sememangnya orang tu ada tekanan jiwa yang serius. Dan kalau dibiarkan berpanjangan, kedua – duanya akan saling kait mengait. Prevention is always better than cure.

    Wasalam.

    • fareast says:

      @shiha,

      Salam kepada pemberi komen, menarik sungguh apa yang diceritakan. Penyakit ini memang tidak boleh di buat main-main agaknya. Terima kasih atas info yang berguna.

    • ainur68 says:

      @shiha, Salam, saya pun menonton rancangan tersebut. Kelemahan yang paling nyata kita ni (especially orang Melayu) adalah susah mengaku yang kita ni ada masalah. Kita selalu rasa kita ni OK, fine and no problem. Itu sebab masalah kita selalunya terbelit dan membelit. Sedangkan langkah pertama untuk melesaikan masalah ialah mengakui akan adanya masalah.Satu lagi problem kita, susah nak bagi tahu apa perasaan kita. Marah, kecewa, sedih semuanya simpan sorang2. Macamlah tak macho kalau marah, tak handsome/cunlah kalau kecewa dan sebagainya. Last but not least, susah pulak nak terima (acknowledge) perasaan orang lain. Contohnya; kalau orang tu bersedih, kita kata jgn lah bersedih. Kalau orang tu marah, kita kata jangan marah. Itu pun nak marah ataupun tak baik marah2. Itu semua adalah perasaan dan tak perlu utk kita justifikasikan. Biarkan mereka menyatakan kesedihan mereka, biarkan mereka menyatakan kemarahan mereka dan biarkan mereka menyatakan kekecewaan mereka. Atas apa2 alasan sekali pun. Kadangkala kita tak perlu pun selesai kan masalah dia orang. Mereka akan jumpa jalan penyelesaian mereka sendiri. Wallahualam.

      • dr. mofaz says:

        sekadar berkongsi..dr apa yang saya belajar, penyakit jiwa adalah penyakit masa akan datang yg mungkin blh menjadi satu penyakit epidemik dan bkn lg penyakit2 disebabkn infection..

        • khalil says:

          @dr. mofaz,

          Penyakit jiwa bukanlah penyakit akan datang. Penyakit ini telah wujud sejak zaman dahulu kala.

          Jika tidak, masakan datuk nenekkita tahu perkataan seperti gila meroyan, ising, gila babi dan sebagainya.

          • dr. mofaz says:

            @khalil, haha..setuju2..maaf kalau membuatkn anda slh fhm..mksd saya penykit jiwa akn jadi penyakit masa akan datang ialah kes2 penyakit jiwa ni mayb akan lbh bnyk dr kes2 infection atau pun penyakit jantung dll..

      • sara says:

        salam..
        ini bukan masalah atau kelemahan orang melayu.
        bipolar ni antara masalah yang common di seluruh dunia…

  8. akukuruss says:

    Assalamualaikum W.B.T, isu nih bleh la nak bg komen ustad. 50% dr semua simptom2 ustad sebutkan kat atas tu dah menjadi masalah seharian saya ustad.. dah rasa macam hidup tak serupa orang dah ustad.. tapi tak tau lah kalo saya salah paham ke pulak ustad, asalnya normal di anggapnya sakit tapi bila dah bace simptom2 tu memang rase ye dah la kot… kalo betol ustad.. kemana saya nak pergi merujuk ustad.. ( memang dlam usaha nak balik pada allah dan nak jadi orang yang sihat ruhani & jasmani )

    P/S :- alu alukan sebarang bentuk pandangan pada yang sudi membantu diri yang baru nak balik ke pangkal jalan. :]

    • lienalo says:

      Akum..whi saudara,saya cadangkan awak banyakkkan mengucap dan berdoa..mg hati awak teguh tuk kembali ke pangkal jln..carilah seseorang ustaz yang mampu mendorong awak..menjadi seorg manusia yg beriman

  9. Sharudin says:

    Salam qiam

    Ramai yang mendirikan malam rupanya. Lepas ni baru nak baca artikel Ustaz yang ni tapi sebagai respond pendek, saya memang kagum dengan jangkuan minda Ustaz yang berada di semua hal dan kawasan, sangat luas dan bermanfaat. Dengan pemikiran kelas pertama ini, sudah pasti ia akan menjadi magnet untuk menarik pembaca dan pengomen untuk bersama-sama berusaha ke arah pemikiran kelas pertama. Syabas kepada semua ustaz-ustaz di Malaysia khususnya dan para pendakwah Islam amnya diseluruh dunia. Tanpa usaha anda, siapalah kami, pembaca ni.

  10. shiha says:

    Salam..

    Kepada “akukurus”, saya cadangkan supaya saudara/i segera rujuk kepada mana – mana doktor psikiatri di hospital. Sebenarnya doktor di private clinic yang baik sepatutnya boleh bagi diagnosis yang betul. Tapi masalahnya banyak juga doktor yang agak junior di klinik yang mungkin akan anggap masalah saudara/i tu cuma tekanan biasa.

    Seeloknya, dapatkan dulu pandangan mereka yang pakar. Klinik psikiatrik bukanlah hanya untuk orang gila (ni masalah stigma masyarakat kita), tapi juga untuk menentukan bahawa sesuatu diagnosis itu (Bipolar/Depression/OCD etc) adalah betul dan mendapat rawatan yang sewajarnya. Wallahua’lam. Hanyalah pandangan dari seorang doktor biasa.

    Wasalam.

  11. firdaus says:

    salam ust… nak tanya, apa punca nye penyakit ni ye?

  12. firdaus says:

    dan bagaimana pula cara berhadapan dgn org yg mempunyai penyakit ni / membantu mengurangkan / merawatnye?

  13. Sharudin says:

    Salam bipolar

    1. Islam dan Al Quran adalah pengubat yang sebaiknya. Tetapi nasihat ini hanyalah untuk yang percaya kepadanya. Adakah seorang doktor professional yang merawat pelbagai bangsa dapat memberikan nasihat yang sama kepada yang bukan Islam, atau kepada mat dan minah rempit yang tegar? Begitu juga sebelum kes sebegini ke hospital, di tempat kerja, sebagai seorang ketua, terutamanya yang ramai pekerja dan berbilang kaum, jawapan simplified tidak akan menyelesaikan masaalah.

    2. Ini hal cognatif, hal otak, hal saraf atau wirenya yang tidak berfungsi dengan betul. Samada jati dirinya kuat atau tidak, bahagian-bahagian sistem badan yang yang berkedudukan seluruh jasad, tidak dapat menerima data-data jatidiri dengan sempurna. Malah bukan sahaja anggota lain, di dalam otak sendiri yang terdiri dari berbilion neuron, bergantung penuh kepada keberkesanan cecair penyambung yang mehubungkan antara neuron. Kesannya sekiranya data-data asas ada sekalipun, ia tidak dapat disampaikan kepada sasaran kerana highway atau wirenya tidak lengkap.

    3. Dalam CBT (Cognative Behaviour Therepy) saya lihat kadang-kadang (tidak semua) unsur-unsur kewarasan, pikir rational tidak dijadikan priority. Pesakit disogok dengan pendekatan yang mereka tidak percaya. Bagi yang normal, sememangnya mudah untuk bercerita tentang percaya, tetapi apabila ada masaalah cognative, sudah pasti dalam keadaan ‘tidak normal’ mindanya, pesakit tidak dapat menerima pikir rational. Hanya setelah bantuan ‘anti-depressent’ baru boleh membantu awal penyembuhan.

    4. Malangnya adalah sangat taboo perkataan kemurungan di kalangan masyarakat kita. Kalaupun senarai simptomnya panjang lebar, ‘apa kata orang’ masih menjadi penghalang, untuk pesakit mendapatkan nasihat. Lagi teruk bila pesakit sedang berkerja, terutama di syarikat yang kewangannya yang tipis. Jadinya, bertambahlah setiap masa kemurungannya, sehingga satu hari ada yang terus meletup, sehingga mengalibatkan nyawa diri dan orang lain. Saya difahamkan kes kemurungan semakin meningkat, di zaman yang penuh dengan cabaran ini. Yang hairannya cabaran dulu-dulu pun tak kurang hebatnya!

    5. Ketidakpekaan mesyarakat memberikan layanan yang sepatutnya, membuatkan pesakit menjadi lagi keras hati untuk mula mendapatkan rawatan. “Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur, berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan”, kata Ustaz. Kadang-kadang kita jadi murung kerana cuba menyelesaikan kemurungan pekerja di bawah jagaan kita. Sekurang-kurangnya di Malaysia, masaalah ini masih diambil peduli, walaupun perlu peningkatan mutu. Pengalaman di dua negara Islam miskin, Medan dan Dacca, lebih ‘mudah’ dan menakutkan, kerana yang normal pun ramai yang tak bekerja, jadi yang tak normal, diketepikan sahaja dengan lebel sampah masyarakat.

    6. Masyarakat pula punya alaasan tersendiri. Samada sedar atau tidak, berilmu atau tidak, tindakkan masyarakat mencerminkan pengajaran yang mereka dapat. Kita bercakap pada masyarakat secara keseluruhan. Sudah pasti ada yang lebih baik dari kebiasaan. Tetapi secara purata kedudukan ekomoni menekan dan menghalang mereka dari memberikan sumbangan yang lebih bermakna. Warisan ilmu turun temurun tidak banyak berubah cara. Penekanan kehidupan masih kabur di dalam kejelasan yang diberikan. Hasilnya tidakan yang kabur terpancar dari masyarakat dalam segala bidang, termasuk kebajikan.

    7. Guru tersepit dengan panduan. Rotan tangan kanan dengan tangab kiri mengepit buku. Memang ada baiknya, tetapi tak dinafikan buruknya. Delima guru nak merotan murid yang tegar kerana kerelaan ibubapa membela kesalahan anak. Biarlah mereka tak bawak buku, nasihat dah tak jalan, rotan dah tak boleh, tapi gaji bergantung pada prestasi. Bila guru kemurungan, apa hasil yag akan nampak pada masyarakat? Kalau masuk dulu terpaksa berlakun nak dapat kerja, kini kena berlakun kerana nak teruskan kerja. Jadilah pelakun yang akan menghasilkan pelakun. Bukan semua … tak nafi ada yang berkaliber, tapi kita kena lihat hasil!

    8. Sebelum ada yang marah dan akan menimbulkan kemurungan, kita terpaksa puji guru-guru (resmi dan tak resmi) yang menjalankan kerja dengan dedekasi. Apalah salahnya dan tiada kurang tenaga terus memuji, kalau itu yang menimbulkan kedamaian hati. Tapi apakan sistem kehidupan boleh berkembang berdasarkan pujian sahaja. Apakan kedamaian yang memastikan datangnya ilmu dengan lancar, ke semua minda, walaupun tak berusaha? Kalau kita hendak menerima hakikat, kehidupan ini adalah untuk mencari kebenaran. Dan kebenaran memerlukan pengorbanan. Cuma tak mahu pengorbanan menjadi kemurungan!

    9. Yang merumitkan juga, ‘survival of the fittest’ tidak dapat diapplikasikan lagi dalam dunia modern sekarang. Yang mahu menerima teori itu sahaja pun dah berkurangan, kerana pengaruh yang berpengaruh. Kononnya manusia sudah boleh membuat pembelaan menyeluruh. Yang sakit dapat disembuhkan, yang barlubang jantung dapat diganti, yang beremosi dapat di CBT kan. Memang benar! … tetapi kebenaran ‘survival of the fittest’ sebagai Sunahtullah pun tak dapat diketepikan. Malah Sunahtullah yang banyak disebut di dalam Al Quran.

    10. Syabas Ustaz kerana mengemukakan artikel yang meransang otak pemikiran. Syabas juga ustaz-ustaz lain yang mendamaikan otak pemikiran. Segala-galanya tepulang pada kita membuat pilihan. Sudah pasti keadilan Allah akan memastikan Qadar-qadar yang telah dirancangNya menghasil apa yang sepatutnya. Cuma kita perlu memikirkan dengan mendalam, kenapa selalunya semacam tak menjadi perancangan! … akhirnya kemurungan.

  14. Abu Saif says:

    sukar untuk ditentukan apakah puncanya penyakit ini. kalau ada family history, maka kemungkinan untuk ahli keluarga tu dapat, adalah lebih tinggi. tapi ulama sunnatullah (pakar perubatan) tidak dapat memastikan apakah ia kerana genetik atau pengaruh persekitaran dalam keluarga tu.

    masalah psikologi membabitkan tekanan hidup yang ekstrim juga menjadi faktor yang boleh mencetuskan masalah ini. keterangan lanjut, laymen boleh baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Bipolar_disorder#Etiology

  15. kamal says:

    Satu perkara yang kurang diambil perhatian dalam masyarakat kita ialah hubung kait rapat antara sikap/karakter dengan penyakit-penyakit fizikal. Kesemua penyakit bermula dengan perubahan sikap dan ia merupakan indeks ukuran paling senang bagi kita laymen mengenalpasti ketidaksetabilan sistem tubuh berbanding menunggu ia menunjukkan simptom dan seterusnya dikesan melalui ujian biokimia. Seseorang yang menunjukkan perubahan sikap yang ketara bermakna ada organnya yang sudah kronik dan rawatan selain nasihat dan kata-kata semangat ialah merawat organ tersebut dan puncanya sekali.

    Tulisan ringkas saya bagaimana sesuatu penyakit itu terjadi:-

    http://www.smach.net/node/501

  16. akhyarmoustaffa says:

    boleh tak ustaz tuliskan artikel tntg camna nak ubatinya plak?or on how to handle dat situation?
    rasa macam symptoms tersebut ada pada saya ja..syukran

  17. Abu Saif says:

    Saya tidak berkeahlian untuk menjelaskan kaedah rawatan, kerana tugas saya terikat kepada menimbulkan kesedaran sahaja. Harap dapat dimanfaatkan link-link yang saya berikan (saya pilih khas untuk pembaca mengembangkan kefahaman mereka mengenai Bipolar Disorder ini) dan bagi yang di Malaysia, maklumat lanjut boleh diperolehi dari http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=63

    Dapatkan nasihat dari kaunselor di kampus saudara, atau pusat kesihatan. Saya yakin mereka bersedia membantu. Buang stigma negatif terhadap usaha ini, kerana ia bukanlah sesuatu yang mempunyai apa-apa konotasi yang negatif atau memalukan.

    Saya doakan.

  18. husna1399 says:

    assalamu’alaikum..

    AlhamdulilLah, Ustaz menulis tentang isu inie. Pada pengamatan ana, ia berkaitan dengan famili ana. Kelihatannya ayah saya bercirikan hypermania. Mumkin disebabkan keturunan dan gangguan makhluq halus..

    Sejak kecil lagie kami diganggu dengan kerenahnya itu..apakan daya, dia kan Ayah. Emak yang paling banyak bersbar dengannya tetapi Emak juga tidak mengikut rentaknya..menyebabkan Emak asyik dimarahi sehingga ke usia tua..

    Terima Kasih ALlah atas ujian ke atas kami inie..

  19. akhyarmoustaffa says:

    ok..syukran jazeelan ustaz…

  20. abu dzahin says:

    salam.

    minta rakan2 lontarkan banyak lagi pandangan dan idea..fenomena ini sebenarnya di kebanyakan keadaan yang sebenar, ramai yang terpalit dengan sindrom ini..mudahan dengan idea yang ikhlas mampun memberikan seribu penawar kepada masyarakat.

  21. husna1399 says:

    Salam..

    Salah seorang daripada kami, adik-beradik juga kelihatannya hypermania. Tingkahlakunya menyakitkan hati..sejak usia kecil saya bersamanya, sayalah yang slalu menjadi mangsanya.. Setiap apa yang ALlah SWT jadikan ada hikmah di sebaliknya..ALhamdulilLah, saya blajar berfikir tentang hidup sejak kecil disebabkan sikap ayah dan dia. Sungguh pelik..

    ..ketika remaja, saya pula mengalami depresi sehingga selalu ponteng sekolah dan ianya berulang ketika menjadi belia..

    Saya tahu saya sakit..tapi tak tahu bagaimana untuk mengubatinya..

    AlhamdulilLah, sekarang saya tidak mahu depress lagie..

    ..dan saya setuju dengan Ustaz, isu inie banyak berlaku dalam masyarakat kita. Masyarakat kita sering berdepan dengan masalah emosi..tekanan perasaan dan tekanan hidup.

    Inie adalah simptom2 daripada masyarakat yang lari daripada silibus al-Quran dan as-Sunnah..

    isk..

  22. elya khadeeja says:

    salam..
    malangnya ustaz, kebanyakan org akan memandang rendah terhadap org2 yg baru nk terjebak dgn syndrom nih..
    pd pndapat sy, syndrom yg berkaitan dgn jiwa dan mental ni berpunca drp lifestyle masing2 yg menjerat masalah kecil dan seterusnya merebak mnjadi barah jika tdk dirawat… masalah spt ni bukan selalunya jelas..rawatan yg paling mujarab tentulah nasihat dr pakar psikologi atau kaunselor..sudah tentu para dai’e spt ustaz juga boleh mnjadi pengamal kaunseling secara islam yg sy kira lbh ‘menjadi’…

    mengikut pengalaman sy, kdg2 jika ada segelintir yg mula menunjukkan simptom2 kemurungan ni akan dianggap tdk pandai manage emosi, ambil berat ttg perkara2 yg remeh, suka memikirkan hal2 yg tdk masuk akal.. dan tuduhan2 yg sy kira amat berat bg org yg bermasalah utk terima.
    Dari situ la mulanya kurang keyakinan diri, emosi yg xstabil dan seterusnya menunjukkan simptom2 yg ustaz tuliskan di atas..

    dan org yg paling dekat dan cepat utk mmbantu adalah ibu bapa, isteri dan tentunya keluarga…

    my 2 cent opinion je…

  23. masalah ini bertaburan dimana-mana, ya ramai yang memang tidak pernah dapat diselamatkan. Hingga kini saya tidak faham kenapa, klinik kaunseling jiwa tidak di popularkan, malah hampir tiada di negara kita. Nak harapkan dari badan berkanun, prosedurnya amat remeh dan berjela, orang yang boleh diselamatkan jadi tidak boleh diselamatkan, orang yang baru menunjukkan simptomp sudah pun menjadi mania, akibat rumitnya prosedur.

    Dan masyarakat kita mempunyai pandangan yang amat singkat tentang masalah ini, bila sebut disoder sahaja diiktiraf gila, masalah jiwa sahaja dianggap masalah mental, walhal ramai yang memerlukan bantuan, tapi tak sedar diri memerlukan.

  24. Abu Saif says:

    sebab itulah saya tulis artikel ini. sekurang-kurangnya mereka yang membaca saifulislam.com atau terbaca artikel ini di mana-mana, boleh berfikiran positif dan menghulurkan bantuan.

    kalau ada pesakit yang sedang menzalimi, bantu dia. kalau ada keluarga dan rakan pesakit yang dizalimi, bantulah juga…

  25. mia_sarah says:

    Tulisan ini membuatkan saya terfikir mungkin kebanyakan pembunuh dan perogol atau penjenayah di luar sana mempunyai penyakit mental.

  26. Ibnu Ahmad Shah says:

    Assalaammualaikum,

    Hmmm… Memang benar masalah psychosis dikalangan masyarakat kita kian meruncing. Sebahagian besarnya kesan urbanisasi yang tidak berpenghujung.

    Sayangnya, kita lebih gemar menyalahkan penyakit-penyakit minda dan jiwa sebegini kepada makhluk-makhluk ghaib. Lantas mematikan dan mematahkan sebarang harapan untuk pulih secara perubatan moden.

    Wa Allaahu ‘Alammu Bis Sawaab.

  27. elya khadeeja says:

    tapi ustaz.. kita perlukan kepakaran dan mungkin kursus khas utk org awam utk membantu mangsa bipolar disorder nih…dan penyakit2 yg lain.

    ada juga yg menolak utk membantu kerana tdk mahu menjadikan masalah lbh parah dgn ilmu yg cetek ttg penyakit tertentu misalnya..

    mm..mungkin ustaz boleh anjurkan team sukarelawan utk membantu pesakit2 yg ‘pelik’ ni.. pasti sy akan menjadi ahlinya…insyaAllah!

  28. husna1399 says:

    Salam..

    Saudara saya tu, telahpun dibawa ke hospital beberapa kali.. telah banyak kali mendapat rawatan. Penyakitnya berulang dan baru2 inie hospital membebaskannya dengan perlu memakan ubatt. Sebelum inie juga begitu..sejak beberapa tahun.

    Dia tetap mengatakan ada gangguan makhluk halus dan minta dibawa berubat..adik saya ikutkan saja.

    ..katanya pernah bermimpi melihat makhluk itu menakut2kannya..

    Pada saya, perihal makhluk halus sememangnya wujud tetapi semata2 hendak menyalahkan makhluk halus tersebut tanpa berusaha memperbaiki keadaan adalah tidak sepatutnya..

    ..apabila psikologi bercelaru, gangguan akan datang.. Apabila marah, syaitan membantu untuk manusia terus menjadi pemarah..

    syukran..

  29. shiha says:

    Salam..

    Saya bersetuju dengan ustaz dalam hal ini. Mau tak mau, berbalik kepada pendidikan. Pengamal perubatan ada kerja mereka. Para ustaz pun ada kerja mereka. Maka, kita sendiri yang kena proactive dan mencari sendiri maklumat dari pelbagai sumber untuk memahami atau sekurang – kurangnya mempunyai awareness dalam sebarang penyakit (bukan psikiatri saja, malah apa jua penyakit).

    Banyak rujukan dalam bahasa mudah yang boleh kita cari. Antaranya, wikipedia seperti yang dicadangkan oleh ustaz. Boleh juga pergi sendiri ke hospital dan bertanya kepada Unit Sumber Maklumat (atau yang seerti dengannya, mengikut hospital tersebut), di mana mereka menyediakan banyak risalah mengenai sebarang penyakit yang ingin diketahui oleh masyarakat – biasanya banyak tak tahu mengenai kewujudan unit – unit sebegini.

    Seterusnya untuk mengesahkan lagi pemahaman (bagi penyakit mental) itu, bolehlah sebagai permulaan berjumpa dengan mana – mana kaunselor berdekatan. Untuk student, tak ada universiti yang tak menyediakan unit kaunseling. Sekurang – kurangya mereka ada basic knowledge mengenai hal ini. Berbincang dengan mereka samada perlu berjumpa dengan pengamal perubatan atau tidak.

    Selepas itu, kalau perlu, boleh berjumpa dengan doktor samada di klinik kesihatan pelajar (bagi pelajar universiti), klinik biasa ataupun klinik kerajaan. Dapatkan maklumat sepenuhnya. Kita sebagai ‘client’ mempunyai hak untuk bertanya sepuas hati, tapi seeloknya bacalah dulu risalah, internet dsbnya untuk mendapatkan background knowledge. Sebarang perkara yang tidak difahami, tulis/list atas kertas dan tanya pada doktor tersebut. Tak dinafikan, ada doktor yang kurang senang bila ditanya banyak soalan. Di sini, kita pun kena la pandai menyesuaikan keadaan. Cari masa yang sesuai di mana tak ramai patient di kliniknya. Usahakan juga untuk mencari doktor yang suka/pandai menerangkan dalam bahasa mudah. Ada doktor sebegini bukannya tak ada. Tak boleh la jugak nak pukul rata bahawa semua doktor tak ‘user-friendly’ :)

    Kalau diorang kata, ini bukan masalah mental, by all means, carilah rawatan alternatif yang sesuai dan islamik. Yang ini UZAR pun banyak dah sentuh, asalkan jangan terjebak kepada rawatan yang membawa kepada syirik. Hm.. banyak steps nak kena buat, tapi itulah realitinya dan itulah dugaannya. Tak kan nak mengharapkan semuanya disaji di depan mata…

    On the other note, saya nampak, inilah juga caranya layman untuk belajar agama. Bermula dengan lontaran artikel dalam bahasa yang mudah untuk sebarang topik aqidah, akhlak, tauhid dan lain – lain. Kemudian difahami sebaiknya dan dicari ‘keywords’ yang sesuai untuk lebih didalami maksudnya. Kalau masih nak faham dengan lanjut, cari ustaz/sumber rujukan yang sah mengenai perkara tersebut dan begitulah seterusnya. PROSES/stepnya masih sama.

    p/s: Hmm… rancangan di TV adalah media yang berkesan. Tapi cara penyampaian tu, tak bolehlah membosankan. Terpaksa ambil contoh Oprah, kerana cara dia menyampaikan pendidikan tu sangat berkesan. Cthnya, dimulakan dengan case study – kesnya pun bukan calang – calang kes, kebanyakannya kes yang kontroversial. Kemudian, ada sikit segment komen dari doktor – very basic and mainly ditekankan apakah simptom yang paling penting yang mesti diketahui. Dan sebarang feedback dari penonton. Ofcourse kita kena filter sendiri siri Oprah ni, diapun nak cari makan, kadang – kadang ada siri yang berbentuk hiburan semata – mata, yang tu takpayah la tengok. Tapi banyak siri yang menerangkan mengenai penyakit seperti Autisme, ADHD, Severe Depression (yang antara sempat saya tonton) dan lain – lain.

    Wallahuaklam dan wasalam.

  30. [...] Check it out! While looking through the blogosphere we stumbled on an interesting post today.Here’s a quick excerpt kepada perancangan Yahudi di sebalik animasi Pokemon dan kesukaannya terhadap Doraemon. Bercakap tidak [...]

  31. masri says:

    Aslm WBT.

    Sekali baca part awal, uih aku aku pesakit Bipolar Disorder sebab kadangkala orang kata saya agresif dan lain-lain.

    Tapi baca sampai bawah lagi, huih selamat bukan aku rupanya.

    Satu benda yang boleh dipelajari dari posting ini dan posting sebelumnya ialah

    1) Sentiasa bersangka baik
    2) Jangan mudah hukum orang
    3) Fikirkan penghalang-halang (mawani’) yang menyebabkan seseorang itu melakukan hal yang tak sepatutnya.

    Bukankah kita dalam usul aqidah di ajar untuk hukum orang sebagai kafir, mubtadi’ dan lain-lain memerlukan kita memerhatikan mawani’-mawani’ yang ada. Sungguh kaedah itu bukan patut dipakai dalam bab akidah je, kena juga amal dalam hidup seharian.

    Wallahu’alam

    • Afandi says:

      @masri,

      Salam,

      Setuju dengan saudara Masri, sifat bersangka baik itu penting. Kalau asyik bersangka buruk ia akan memberi tekanan melampau kepada diri kita.

      Kedua kena hilangkan sifat dengki sesama muslim. Ia akan menjadi punca ketidakstabilan dalam hidup kita, asyik fikir pasal orang lain, camna nak menjatuhkan. Baca doa ini sentiasa http://www.quran.com/59/10. Surah Al Hashr Ayat 10. Untuk buang sifat dengki.

      Selalu saya ingatkan isteri saya, agar tidak terlalu memikirkan masalah sikap orang lain-guru-guru satu sekolah, sahabat yang mungkin mendukacitakan kita.

      Kita perlu tahu apa yang kita boleh kawal, under our influence, dan apa di luar kawalan. Fokus kepada apa yang dibawah kawalan kita.

      Mungkin rawatan secara Islam boleh membantu-Darussyifa’ contohnya.

  32. zainab says:

    salam.
    saya sgt bersetuju dgn pendapat elya khadeeja..

  33. masterminda says:

    Mungkin sebuah persatuan boleh diujudkan dan mengadakan pelbagai aktiviti sihat dan yg.berkaitan serta sesuai dengan gulongan ne.

    Melalui kelab kita dapat menjemput beberapa ahli pakar atau jurunasihat dan sesiapa saja.Semua ahli dapat menghadiri serentak berbanding dengan secara individu.Letih juga pakar kounsling nak layan.

    Kalau ada sokongan boleh saya menyumbangkan bantuan yg.termampu seperti tapak aktiviti secara percuma dan pelbagai kemudahan.

  34. Abu Saif says:

    Saya menyanjung tinggi hasrat mulia sahabat-sahabat yang mencadangkan pelbagai cara untuk mengoptimumkan kesedaran masing-masing terhadap masalah ini.

    Step pertama yang saya harap, ialah pembaca saifulislam.com (dan penulis), komited dengan pemikiran positif terhadap masalah ini.

    Step kedua, jika ada teman rapat, ahli keluarga atau kenalan yang berdepan dengan masalah ini, manfaatkan pemikiran positif kita untuk menunjukkan jalan rawatan. Tidak mudah untuk melawan stigma ‘gila’ terhadap mereka yang berdepan dengan masalah ini.

    Step ketiga, boleh difikirkan bersama mengapa badan-badan yang kita baru nak cadangkan ini, telah pun diusahakan tetapi kebanyakannya oleh badan-badan kristian, hindu dan buddha, malah untuk kes tourette syndrom, penganjurannya adalah melalui Rotary Club.

    Di mana Muslim?

    Maybe ada beberapa isu dalam kotak fikiran kita yang menyebabkan kita terkebelakang dalam hal ini.

    Namun, izinkan saya untuk tidak dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan persatuan-persatuan kerana buat masa ini, saya menulis kepada audience untuk meluaskan kesan, dan kemudian menggunakan pengetahuan yang sama, untuk berdepan dengan pesakit di tempat saya bekerja, Institut Jantung Negara (IJN)

  35. shiha says:

    Salam…

    Iye.. niat yang baik dan sebaiknya dilakukan. Mungkin kerana tak kena atas batang hidung sendiri, atau keluarga sendiri, maka awareness tu kurang [mengingatkan diri sendiri sebenarnya]. Komen #34 ustaz itu, mengingatkan saya satu lagi alternatif yang dah sedia ada. Kebanyakan penyakit yang agak special di Malaysia, dah ada Support Group masing – masing. Contoh, Breast Cancer, Thalassemia, Autisma, malah penyakit mental seperti Bipolar, Severe Depression, Skizofrenia itu sendiri. Cuba lihat di sini:
    http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=44
    Di bawah tajuk Family Link Education Program.

    Kebanyakannya dimulakan oleh persatuan doktor yang terlibat, tetapi diusahakan bersama/sepenuhnya oleh kaum keluarga atau saudara mara yang berkenaan [yang ni, tak semestinya digerakkan oleh orang bukan muslim, ustaz :) ]. Jadi, masih ada link dengan mereka yang pakar.

    Kalau kita nak membantu (niat yang sangat mulia), apa kata kita berhubung dengan program – program sebegini dan kebanyakan pendapat yang pembaca Saifulislam utarakan di atas, sedang dijalankan oleh mereka. Jadilah ahli volunteer.

    Dalam contoh yang lain. Saya sendiri bergiat cergas untuk Breastfeeding Mother to Mother Support Group. Salah satunya melalui Susuibu.com. Kami ada link dengan Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu PPUM. Website ni banyak gunanya bagi ibu – ibu yang bermasalah dengan penyusuan susu ibu. 99% adalah ibu (kadang – kadang bapa) Muslim yang sering berinteraksi antara satu sama lain.

    Salute to the webmaster (Pn. Kamariah) yang memulakan inisiatif ini sekitar tahun 2004. Saya join tahun 2005. Bila ada ibu mengadu masalah breastfeeding, kami sedia membantu. Kadang – kadang hanyalah sekadar luahan perasaan bagaimana dipandang ‘hina’ oleh kawan – kawan, saudara mara hanya kerana niat ikhlas memberi susu ibu. Kami sama – sama mendengar dan saling support each other. Sesekali kalau ada kelapangan, kami juga berjumpa (so far dah beberapa kali buat gathering) untuk saling berkenalan. Maaf ustaz, buat promosi pulak :P

    Tapi, yang ingin saya katakan, just do it. Kalau nak tolong, kita start dulu. Macam Kak Kamariah pun, dia start dari scratch. Mula – mula, macam tak ramai yang sedar akan website ni. Tapi sekarang alhamdulillah, hanya selepas 4 tahun, dah ada lebih kurang 3000 registered members. Yang aktif, tak lah ramai sangat tapi website tu sentiasa hidup sampai sekarang. Topic pun tidaklah sekadar breastfeeding semata – mata, sekarang dah evolve kepada parenting, hubungan suami – isteri dan adalah beberapa lagi :)

    Last year, ada free course untuk members yang ingin mengetahui bagaimana nak membantu bf mothers (kat PPUM). Tahun ni buat kat Jab. Kesihatan WP pulak (Kursus Kumpulan Sokongan Susu Ibu ke Ibu). Sesiapa nak join, dipersilakan :)

    Wasalam.

  36. syarief says:

    sekali lagi di peringatkan kepada semua. abu saif tak perlu diberatkan dgn lebih bnyk tanggungjawab. kita skrg ni yang sepatutnya bertanggungjawab. nak initiate apa2 usaha memerlukan extra effort dan kita perlukan orang lain plak utk mulakan. asek abu saif je..

    skrg ni ada syndrome baru plak. sume nak bergantung pada abu saif. dah berapa kali abu saif dok ketuk kepala2 kita nie, malah bertambah ramai yg jadi dependent kat abu saif. yela, abu saif je stkt ni yg nampak ke depan dalam bab2 sikap dan isu2 yang zahirnya ada didepan mata tapi seolah2 ter’hijab’ dengan kesempitan minda kita.

    nak bagi nama apa ek? saifulislamisme atau hasrizalism?? bahaya gak ni ustaz..

  37. syarief , betul betul betul (gaya upin & ipin).

    ana sebenarnya kurang terlibat mengomen dalam posting abu saif yg berkaitan kesihatan. Sebab tak berapa nak reti.

    abu saif adalah pemikir jika kita yang membaca memproses input yang diberi kepada perkara ‘mean’. maka kita jadi amilin.

    tetapi abu saif hanyalah pengembala lembu jika kita yang membaca tak reti2/payah nak bergerak sendiri. sekali sebat sekali jalan. maka kitalah lembunya.

  38. Abu Saif says:

    sebenarnya, pada kedua-dua artikel saya tentang PSY (bipolar disorder and tourette), saya sudah pun menyertakan link ke support group sebagaimana yang dr. shiha highlight. Sebelum saya post entry ini, saya surf directory, supaya saya tidaklah sekadar cuma meningkatkan kesedarabn, tetapi turut menyediakan jalan keluarnya.

    cuma mungkin ramai yang tak perasan.

    Cuba lihat ke perenggan terakhir artikel ini:

    “Begitu juga dengan isteri atau suami yang berdepan dengan hal ini. Sedikit sebanyak pengetahuan seperti ini akan membolehkan kita bertenang, tidak ‘ambil hati’ dan boleh menghulurkan bantuan malah terus bersangka baik, biar pun dengan cara yang sungguh pelik!”

    Perkataan “menghulurkan bantuan” itu telah pun saya linkkan ke halaman web http://www.psychiatry-malaysia.org

    Moga bermanfaat.

    Support Group bagi Tourette Syndrome dijalankan dengan penajaan Rotary Club. Tanpa menafikan ada juga Muslim yang terlibat. Tetapi percentage masih amat rendah.

    Mungkin kita salah faham tentang agama kita sendiri, bahawa cara mendapatkan pahala sunat hanya dengan sembahyang sunat dan puasa sunat. Cari pahala dan keredhaan Allah melalui jalan yang turut memberi manfaat kepada manusia, kita terlepas pandang. Kita jadi individualistik, lantas kalah kepada sami buddha di Myanmar yang lebih prihatin terhadap tanggungjawab sosial.

    Uppss, melalut pulak.

    Teringat lagu seruling anak gembala nyanyian Sudirman bila baca komen ro ya alip dhod

    • UmmiIbrahim says:

      salam ustaz,
      semestinya hidup bersama orang yg berpenyakit bipolar disorder ni menakutkan…dan seterusnya susah utk berasa tenang. kalau ketenangan itu tidak ada dlm sebuah rumahtangga yang mana ketakutan saja yg ada, macam mana pula tu? bukankah perkahwinan itu sepatutnya memberi ketenangan kepada kedua2 pihak suami dan isteri. Adakah isteri boleh meminta fasakh kerana berasa tidak selamat hidup dengan suami yg berpenyakit bipolar disorder ini yg mn selalu mengugut utk membunuh isteri setiap kali mengamuk juga merosakkan barang2 yg ada dalam rumah? harap ustaz boleh memberikan jawapan kepada persoalan saya ini. Jazakallah…

  39. Sharudin says:

    1. Saya berkesempatan dahulu bergerak aktif dalam persatuan Diabitese Malaysia cawangan Selangor Wilayah. Sebagai jurutera, sesungguhnya pengalaman itu sangatlah berharga, kerana berinteraksi dengan ramai kenalan doktor. Sempat juga memegang tampuk pimpinan sebagai setiausaha. Menjalankan aktiviti sepanjang tahun untuk menyedarkan masyarakat dan membantu pesakit mengatasi masaalah-masaalah yang mereka hadapai. Bukannya sokongan kedoktoran sahaja, tetapi sokongan moral kepada ahli yang terlibat.

    2. Masih teringat semasa berkemping di PD bersama isteri Dato Seri Anwar, yang juga seorang doktor, memberkan gambaran yang jelas kepada permasaalahan diebetese di Malaysia dan juga gambaran di dunia. Bagaimana kanak-kanak yang baru lahir dengan tuiada insulin lansung, perlu menginjek diri mereka setiap beberapa jam unutk terus hidup. Dan ini perlu dilakukan seumur hidup. Sungguh-sungguh memberikan kesedaran.

    3. Kalau sistem komputer mati kerana kita tak dapat repair, kesannya tidaklah sehebat melihat seorang manusia yang terpaksa mengakhiri penghidupan kerana komplikasi fizikal. Antara manusia kita berhubung dengan perasaan dan hati, sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Ustaz. Ini membuatkan kita tersentuh bagaimana pentingnya perlu bersyukur kepada Allah yang memberikan pelbagai kemudahan kepada kita, yang kebanyakan kita tidak sedari.

    4. Kalau ambil kes diabetese, apa yang kurang pada mereka kebanyakannya ialah, tidak berfungsinya sistem automatik yang mengeluarkan insulin. Dengan memahami bagaimana untuk mencari alternatif mengaktifkan insulin, perubatan dapat membantu manusai untuk terus menikmati penghidupan, kalau tak seperti manusia biasa secara phizikal, masih boleh melakukan aktiviti yang sama seperti manusia biasa.

    5. Dari penglibatan persatuan diabetese, saya terlibat kemudiannya dengan kounseling (peringkat syarikat) untuk mengatasi masaalah ketidak berkesanan pekerja yang menghadapi pelbagai masaalah kehidupan. Dari sini saya juga banyak belajar tentang penyakit mental seperti yang di sebut oleh Dr Shiha. Mereka ini kebayakaannya bukanlah perlukan sokongan apa pun, kecuali moral, pedulism. Yang tersangat kurang dalam masyarakat kita.

    6. Sebagai seorang jurutera, dengan pelulism, semua sektor kehidupan ingin saya ketahui dan pelajari. Tetapi melihat kepada generasi-generasi baru yang tidak mahu mengambil peduli (pekara-pekara yang bermanfaat), sekarang ini, atas alasan kesebukkan mencari keperluan asas, sangat membimbangkan. Melihat ramainya penagih, perempit, pelepak dan sebagainya, semuanya kerana tiada sikap peduli kepada ilmu yang hakiki. Yang mereka tahu hanyalah melayan hati sendiri, memuaskan hati sendiri, tanpa mahu memahami erti kehidupan sebenarnya.

    7. Satu kumpulan yang pernah saya hadiri, setelah ahlinya menjalani CBT, hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak menghadiri perjumpaan. Dan bila berjumpa, kadang-kadang masaalah keterbukaan tidak ada. Masing-masing diberikan teori CBT, tetapi dipraktikkan hanya semasa sessi berjalan. Selepas habis sessi, keyakinan hilang untuk melaksanakan.

    8. Semuanya berpunca dari masaalah sikap, sebagaimana keseluruhan penekanan dalam Saifulislam diberikan oleh Ustaz. Sikap yang entah tak tahu dari mana datangnya? Kerana menjadi Melayu atau menjadi bukan Orang Putih! Atau sensitif lagi sikap kerana menjadi Muslim … bukan Islam, kerana Islam itu cantik dan perfect.

    9. Memang diharapkan pada darah-darah muda, untuk melibatkan diri di dalam semua bidang, walaupun bidang kita lain di U. Jurutera dan Ulama Sunattullah (semua ahli sains) kena mendalami syariat Allah, dan semua Ulama Syariat Allah kena mendalami Sunattullah. Kalau tidak masyarakat akan terus pincang. Akan terus menjadi pewaris ilmu yang timpang.

    10. Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih kepada hati-hati yang telah lembut, yang belum mati kerana telah berusaha sedaya upaya melibatkan diri di dalam pelbagai kegiatan. Yang paling penting ialah berterima kasih kepada hati-hati yang memehami hati-hati jiwa lain. Jangan makan hati, jangan ambil hati, tapi berhati-hati dalam memerhatikan hati-hati yang lain.

  40. Muhtal says:

    Salam

    Bipolar. Satu isu yg menarik, kerana realitinya ia berlaku pada kebanyakan orang, hampir semua terutamanya orang ‘sensitif’ pada persekitaran dan mempunyai ‘kesedaran’. cuma disebabkan tanpa ‘kekuatan’ dalaman yang utuh, terlalu ‘ananiah’, maka ruang hidup mudah dihinggapi Bipolar. Justeru, bagi setiap individu yang ‘agresif’ mahu memuliakan kembali Dien ISLAM, buatlah tindakan dengan membina perancangan yang realistik, benar-benar ‘Applicable’, kena dengan ketetapan yang ALLAH ‘letakkan’ pada kita. musuh yang besar dalam perkara ini ialah putus asa.

    Putus asa akan membuatkan rasa usaha yang dibuat selama ini adalah sia-sia atau tidak bernilai. justeru, dari sinilah barulah kita nampak seolah-olah ‘kekuatan’ dalaman diperlukan (sedangkan disetiap masa & konteks kekuatan sentiasa diperlukan).

    Hanya dengan kekuatan dalaman sahaja membolehkan kita berhadapan dengan penyakit-penyakit ‘dalaman’ seperti Bipolar (sedangkan masih banyak lagi penyakit ‘dalaman’ yang lain). kekuatan dalaman ini tidak mungkin kita perolehi tanpa adanya azam dan kesabaran. tidak ada jalan ‘short cut’ yang pastinya.

    Azam apa? sabar dengan bagaimana? azam untuk terus bersama dengan ALLAH, menjadi hambaNYA yang taat, bersabar dengan positif @ optimis pada ALLAH, terus dengan perbanyakan ibadah pada ALLAH (Solat, zikir, baca Al-Quran). hanya ini jalan yang praktikal dalam hidup manusia kerana cara inilah telah diamalkan oleh ‘orang-orang besar’ dahulu yang telah berjaya memakmurkan dunia.

    oleh itu, saya sarankan kepada semua, perhebatkan hubungan kita dengan ALLAH, sama ada dalam fikiran, hati, anggota fizikal, ibadah, muamalat dan sebagainya. Ia mesti dilakukan dengan konsisten dan mengabaikan perasaan-perasaan negatif seperti malas, tidak ada semangat, beralasan kononnya tidak dapat merasai kemanisan atau sebagainya. Lakukannya dengan konsisten. wassalam

  41. zamzuri says:

    Assalamualaikum,

    Kebanyakkan coment lebih kepada berkongsi permasalahan..seperti coretan ustaz. Bagus juga kita lontarkan soalan/ topik gawat..tapi rumusan atau method penyelesaiannya juga perlu dimaklumkan sebagai ‘memberi pedoman / amalan’ buat pengajaran. Hal ini yg kurang pada article ini..perbincangan, perkongsian..cara mengurangkan ‘stress’ yg wujud atau panduan mengurangkan permasalahan..

    komen dari ‘luar kotak’. sekian

  42. Abu Saif says:

    Dalam artikel ini, saya sekadar mahu menyedarkan pembaca tentang wujudnya satu satu masalah psikiatri bernama BIPOLAR DISORDER. Tindakan pantas kita yang saya cadangkan dalam artikel ini ialah bersikap positif, tidak mencela seorang yang ‘tiba-tiba berubah’ menjadi agresif, sebaliknya cuba mengenalpasti masalahnya melalui 11 simptom yang saya senaraikan.

    Ada pun punca terjadinya maniac dan depression, bagaimanakah pandangan Islam tentang depression dan sebagainya, saya perlu membesarkan artikel ini hingga jadi satu buku.

    Kita kena kenal batasan tulisan bernama artikel. Jika terlalu pendek, mesej mungkin tidak jelas. jika mesej terlalu panjang, mungkin ada yang klik button lain untuk melarikan diri. maka artikel kena selektif dan fokus.

  43. Abu Musab says:

    Jgn lupa, ada juga penyakit unipolar disorder atau unipolar depression. Yg ni pun saya rasa lagi ramai yg kena.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Clinical_depression

  44. sh says:

    BIPOLAR DISORDER. Saya tidak menafikan bahawa penyakit ini juga boleh berpunca daripada gangguan jin atau sihir yang dihantar kepada seseorang. pengalaman saya dalam bidang perubatan islam,menunjukkan mereka yang terkena gangguan jin dan sihir mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan. Nasihat saya, jika berlaku penyakit ini, sebaiknya kita cuba mengubati dengan menggunakan dua kaedah, berjumpa doktor dan juga mendapatkan ruqyah dengan al-Quran dan al-Hadith daripada mereka-mereka yang pakar.Bagi saya, pesakit seperti ini kemungkinan mereka diganggu jin atau disihir bukanlah satu perkara yang mustahil.

    • Sofiys says:

      @sh,

      Salam …

      Saya nak Sentuh sikit pasal cerita “SIHIR YANG DIHANTAR KEPASA SESEORANG”

      Saya pernah mengalami ganguan pengalaman ini sehingga hampir-hampir bipolar disorder. Tapi sebab ada belajar ilmu kaunseling, alhamdulillah tersedar awal yang kes itu bukan lagi kes kanselor.

      Apa bila dibacakan ayat kursi atau apa-apa rawatan secara Islam, langsung tiada kesan walaupun hampir 6 bulan mencuba. Namun dengan izin Allah, saya reka sendiri kaedah perubatan iaitu dengan membaca ayat kursi sambil menuntukan bacaan tersebut kepada titik pernafasan dalaman selama seminggu 5 kali sehari selepas solat.

      Alhamdulillah, baru dapat rasa kesan ayat kursi. Saya tambah lagi kaedah tersebut dengan zikir dan tahlil serta digerakkan dengan pernafasan dalaman melalui gerakan gerak silat Melayu. 6 bulan kemudian …. saya bebas sepenuhnya dari “gila” ini.

      Kaedah moden juga saya amalkan. Selepas bebas, saya ambil homopathi untuk ubati minda.

      Semuga cerita ini ada manfaat untuk yang nak-nak bipolar dan ada kesedaran nak cari ubat.

      Sofiys

  45. Abu Saif says:

    saya setuju dengan pandangan sh. kedua-dua pendekatan harus diambil kira.

    setakat pengamatan saya, kesan bipolar disorder berbeza kepada orang islam dan bukan islam. selalunya yang muslim akan jadi sangat religious bila masuk fasa mania, manakala non muslim jadi sangat agresif.

    kesan jin atau sihir tidak boleh dikesampingkan. manakala teknik perubatan di hospital juga jangan dipinggirkan kerana kedua-duanya adalah perubatan islam.

  46. aye says:

    syukran ustaz, penambahan ilmu yang baru bagi ana hari ini… :-)

  47. tulip07 says:

    salam,

    sebenarnya kes macam ni pernah berlaku dikalangan orang yang terdekat dengan saya iaitu adik saya sendiri, tapi saya berapa sure penyakitnya, yang saya ingat doktor pyskologi ada cakap yang dia ada masalah mental disoder yang berkaitan penyakit kemurungan. barulah saya tahu kini kemurungan sebenarnya adalah satu penyakit, dan jika ditahap kritikal boleh jadi gila. Penyakit adik saya sebelum ini amat merunsingkan kami sekeluarga, selalu mengigau waktu tidur, selalu mengasingkan diri di dalam kelas, dan pernah mengamuk dalam kelas, dulu adik saya seorang yang peramah, tapi disebabkan penyakitnya dia berasa terasing di kalangan kawan-kawannya, walaupun kawann-kawannya bersikap sebaliknya. sebelum ini keluarga saya pernah mendapatkan rawatan tradisional tapi masih jugak tidak sembuh, mereka mendakwa adik saya ini dirasuk, dan diberikan Air penawar. tidak tahan melihat adik begini kami bercadang menghantarnya ke hopital Pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut, syukurlah adik saya mendapat rawatan awal kerana jika terlambat boleh menyebabkannya tidak waras, adik saya diberi ubat dari semasa ke semasa. setelah 6 bulan menjalani rawatan dan mendapat nasihat dari doktor adik saya kini dapat belajar dengan baik dan akan menduduki SPM tidak lama lagi. jadi nasihat saya kepada sesiapa yang diluar sana, jangan lah terlalu percaya kepada rawatan tradisional, utamakan dulu rawatan hospital dan jadikan rawatan tradisional sebagai alternatif terakhir.

  48. husna1399 says:

    # 44 sh. ..saya bersetuju dengan pandangan Ustaz. Saya tahu saya sakit tapi saya tak pernah berubat betul2. Ntahla..memakan masa juga saya dalam depress. Orang tak nampak tapi orang nampak salah kita jerr.

    ..terasa jugak gangguan tu menganggu pemikiran.

  49. babysitter says:

    salam.. baru teringat 2 tahun lepas, balik pasir puteh jumpa mak cik.. mengadu dia pasal suaminya… dah buang tabiat dah.. cakap bukan main besar, dah tak tahu malu.. bukak kain nak ke tandas terus buat depan orang… tapi itulah, tak ada pengetahuan pasal ilmu2 macam nih.. tu yang dikata buang tabiat…

  50. masterminda says:

    Salaam,….

    Usahlah Tuan Syaiful risau.Saya amat faham apa yg.ditanggung tuan dan halatuju yg.lebih penting sebagai pemangkin revolusi minda.

    Isu ini tak perlu dibincangkan kerana bahan penulisan hanya mampu memberi sedikit pertolongan.Apa yg.perlu pratikal.

    Jika saudara/sdri belum bersedia sokonglah usaha ini secara sungguh2.Saya akan memulakannya.Sebenarnya saya lebih suka pembuktian usaha dari banyak cadangan.Buka saya seorang yg.mempunyai kelebihan ilmu dan kudrat sebaliknya kekuatan tawakkal kepada Allah dan mengikhlaskan usaha.Segalanya terserah pd.Allah sedangkan saya tak mengambil kesempatan peribadi dalam tugas tolong menolong sesama Islam.

    Insyallah.

  51. tolong says:

    assalamualaikum ustaz..

    rasanya saya ada semua ciri-ciri 11 tanda depresi (kemurungan)..
    sejak putus, saya kerapkali murung..walaupun saya cuba bersabar, tabahkan hati, baca Al-Quran, solat hajat. berdoa..
    kemudian ditambah dengan stress di pejabat…suasana persekitaran di pejabat yg tidak menggembirakan…suasana yg terlalu bosan dirumah sewa…
    saya menjadi terlalu stress…hampir 2 bulan keadaan begini berterusan..
    saya terus menjadi bosan di tmpt kerja hingga tidak tahu membuat kerja dan menjadi sangat malas…
    saya cuba gagahkan diri juga dengan bersolat hajat, baca Al-Quran..
    tetapi keadaan masih tak berubah…hingga saya membuat keputusan untuk berhenti kerja..keputusan yang terlalu sukar saya buat…hingga membuat saya stress, hilang selera makan…berkurang berat badan…
    kini saya dah berada kat kg…dah jadi pengganggur…hampir seminggu lebih…
    kadang2 ok…kadang tak…kadang2 lalu makan..kadang2 tak..
    kadang2 menjadi sangat malas…bila difikirkan tiada keje..umo makin meningkat..saya akan menjadi stress semula…
    saya mengelak untuk berjumpa orang…sekarang duduk dirumah sahaja…sambil mencari kerja secara online…surfing..kalau tak tahu buat apa, saya akan jadi bosan dan asyik termenung..dan mula stress semula..
    mak sekarang ni cuba minta tlg seorang ustaz..tapi ntahla…
    dulu tak pernah pun jadi mcm ni..
    agaknya bila dugaan datang bertimpa-timpa..saya tak mampu nak handle..
    saya takut Allah bolak-balikkan hati..
    saya takut mati dalam keadaan tak beriman..
    saya takut menjadi orang yg tak waras..
    kat rumah…nasib baik ada mak..
    ada tmpt utk saya bercakap…dan saya rasa sedikit selamat..

    • Afandi says:

      @tolong,

      Salam, jangan berputus asa, itu yang penting.

      Teruskan amalan-amalan yang baik, berkawan dengan orang-orang yang baik.

      Cuba kunjungi alim ulamak terdekat/ guru-guru pondok minta nasihat.

      saya suka juga membaca laman fuadlatip, banyak ditekankan kita berkomunikasi direct dengan Allah, dengan maksud sentiasa berdoa dan mengadu kepada Allah apa jua masalah kita.

      http://www.fuadlatip.com/v1/

      Mungkin boleh membantu.

  52. shiha says:

    Salam..

    Untuk Husna & ‘tolong’, cepat – cepatlah ambil tindakan. Benda ni, kalau dibiarkan berlarutan, akan menjadi lebih sukar untuk dibantu. Macam yg sh dan ustaz kata, kita cuba kedua – dua cara. Sama – sama seimbang. Jangan dilebihkan salah satunya. Masalah sebegini, ia tak nampak di mata, tak macam sakit lutut ke, luka ke. Jadi kita mudah untuk membiarkan, which is not good. Orang lain susah nak tolong sebab mereka memang ‘tak nampak’ apa yang kita rasa. Semuanya bermain dalam pemikiran saja. Itulah bahayanya. Tindakan keluarga tulip07 itu pada saya adalah bijak. Bertindak sebelum melarat. Cuma yang part ‘jangan percaya sangat rawatan tradisional’ tu, saya reserve comment saya, (rawatan tradisional yang macam mana tu?) sebab memang ada sesetengah penyakit, yang perubatan moden tak dapat bantu, cuma bantuan dari ustaz/ah yang bertauliah dalam bidang ni yang dapat selesaikan masalah/penyakit tu. Tapi carilah rawatan yang betul, jangan syirik. Jadi sebaik – baiknya cuba kedua – duanya dan biar seimbang.

    Saya juga personally kurang percaya kepada rawatan alternatif yang bukan berasaskan Al-Quran, seperti Colour Vibration Therapy, Iridology dan segala mala yg macam tu. Bukan apa, banyak yang amik kesempatan, dan KKM tiada kawalan untuk pusat rawatan yang sebegitu. Maaf cakap, kita tak tau sejauh mana keikhlasan mereka.

    Tapi satu nak pesan, tak semestinya apa yang kita alami tu adalah ‘Severe Depression’ atau Bipolar, walaupun rasa macam semua simptom kat atas tu ada pada kita. Banyak kali juga ia hanyalah tekanan (atau dugaan Allah yang amat berat) ke atas kita yang waras. Perlu dibezakan dengan tekanan ke atas orang yang tidak waras. Sebab tu perlukan bantuan mereka yang lebih mengetahui, untuk mengetahui di manakah kategori kita.

    Saya sendiri pernah mengalami depression yang agak teruk beberapa tahun lepas. Badan terus susut sampai hampir 5 kg. Tapi saya tahu saya waras, cuma dugaan itu yang amat sukar bagi saya. Kalau begini, cuma kekuatan iman dan fikiran yang dapat membantu. Kena banyak berdialog secara positif dengan diri sendiri dan orang sekeliling. Alhamdulillah, dugaan yang Allah swt berikan, biasanya akan disertakan dengan nikmat di hujungnya. Berusahalah agar kita sampai di hujung itu dengan selamat. Semoga Allah swt lindungi kita semua. Amin.

    wasalam.

  53. Kak Ija says:

    “…bertenang, tidak ‘ambil hati’ dan boleh menghulurkan bantuan malah terus bersangka baik, biar pun dengan cara yang sungguh pelik!”

    Nasihat yang amat baik untuk menghadapi situasi yang menyinggung perasaan. Back to “seek first to understand then to be understood”.

  54. salam ustaz.

    syukran..

  55. namaku says:

    salam..hmm setelah membaca artikel2 ustaz berkenaan sakit mental ini, saya tiba2 rasa sedikit cenderung untuk mendiagnosis yg slh seorg abang saya ada penyakit mental huhu..tapi berlainanlah dgn contoh2 yg ustaz sebutkan di sini. saya pun sedikit segan nak cerita sbb mmg kami sekeluarga hanya bincang(lbh kpd mengutuk kot) mengenai dia di klgn keluarga shj.mmg kami setakat ini hanya mengutuk dek krn tak tahu mcm mana nak selesaikan(dan tak tahu apa puncanya). andai kata benar dia ada masalah sakit mental pun, saya rasa dia sendiri akan deny. dekat mana ya nak baca lagi mengenai penyakit2 mental yg berbentuk summary? sbb spt yg saya trgkan dia tak tepati ciri2 Bipolar disorder, OCD atau apa2 yg telahpun disentuh ustaz di sini.jadi saya masih dlm proses ‘mendiagnosis’. nak minta tolong shbt2 di sini dgn menyenaraikan simptom2 pun saya agak keberatan sbb berkaitan dgn maruah dia. jadi hrp boleh beri bantuan dgn menunjukkan arah di mana nak mula buat kajian sikit. jazakumullah..

  56. mutmainnah says:

    .. shukran ustaz dan semua reponden.. alhamdulillah saya antara yang diizinkan Allah pernah berhadapan dengan personaliti simptom bipolar disorder ketika menuntut di ukm thn 90an dulu.. di peringkat awal saya cuba membantu dgn kekuatan diri, usrah dan jemaah sebaliknya dia cuba mendominasi rohani-jasmani dan hampir mangancam nayawa saya ..sehingga terpaksa melarikan diri dgn bantuan keluarga, warden kamsis,pihak keselamatan dan polis bertukar tempat pengajian dengan perlindungan polis..pesanan saya, jangan bertindak sendirian..carilah bantuan sewajarnya, doa, munajat kpd Allah, kenalpasti kemampuan kita, bantu sekadar mampu dan jangan sampai terjejas keselamatan rohani-jasmani kita,ketenangan ibadat kita, keharmonian jiran tetangga dan apalagi ahli rumah kita.. .. dan selagi hayat, tentulah kita sentiasa akan diuji dgn berbagai dugaan hidup samada senang atau susah jangan sekali-kali putus asa dgn rahmat Allah..wallahu’alam..

    • mutmainnah says:

      ..bersyukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi saya dipertemukan untuk menjadi saksi satu lagi kes bipolar disorder yang kini tidak mampu saya berurusan dengan beliau.. sikapnya kononnya warak dan normal di hadapan orang lain.. tapi wajah yang bengis dan serba tak kena bila berurusan dengan saya, walau saya senior di pejabat ini.. insyaAllah smg Allah beri saya kekuatan untuk tidak mengambil tindakan, saya hanya berserah kepada Allah di atas apa yang telah diperlakukan kepada saya selama ini.. kerana saya sudah cuba menolong dan berikhtiar yang terbaik sebaliknya saya dituduh hasaddengki… laahaulawala quwatailla billah..

  57. tulip07 says:

    salam…

    buat kengkawan semua saya bukan tak percaya kepada kepada rawatan tradisional/alternatif, memang ada certain penyakit yang doktor tak boleh rawat seperti saka, santau dan segala ilmu hitam yang lain, sbb itulah kita kena ikhtiar tanpa mengenapikan akidah agar tidak terpesong dan syirik, semuanya datang dari Allah, saya pun tak percaya bomoh yang baca jampi entah ape2 seperti mencampur adukkan dan menyalahgunakan ayat alquran dangan benda lain, kecuali membaca ayat al-quran yang betul.

    sumber terbaru saya terima dari seorang ustaz yang saya kenali, mengatakan jika ada something pada diri seseorang itu contohnya, selalu meracau, baca al-quran tergagap-gagap walaupun pandai membaca, kerap kali melihat bayangan mahkluk halus dan selalu dirasuk, adalah ada kaitan dengan saka dari nenek moyang, adakah ini betul? mungkin kengkawan semua ada maklumat boleh kongsi, sebab ni pun saya dengar dari orang juge….

  58. masterminda says:

    Fakta yg.terdapat dari penulisan belum cukup untuk seseorang memahami tentang seseorang yg.berpenyakit.Seseorang yg.berpenyakit pun masih keliru apa yg.sebenarnya mengganggu dirinya.

    Apa yg.tertulis adalah tanda2 sakit.Banyak tanda2 yg.dinyatakan tak semua boleh dimaksudkan dengan penyakit sindrum ini.

    Saya ada sedikit setuju tentang ganguan halus dan mempercayai tentang makhluk tersebut bertindak dalam diri seseorang hingga menimbulkan kekeliruan,was2,bimbang,takut dan putus asa.

    Saya nyatakan begini kerana memandangkan sakit jenis ini adalah unsur rohani atau berkaitan perasaan.Namun gangun halus itu hanya memainkan
    peranan yg.sedikit sebaliknya nafsu sipesakit adalah punca utama.

    Kadangkala seseorang tidak menyangka suatu sejarah silam adalah puncanya.Ada juga kerana hajat dan keinginan seseorang masih didalam alam bayangan dan tak tahu bagaimana jalan mendapatnya dengan jalan betul walaupun dia rasa dia telah mengamalkan yg.betul

    Ada juga orang yg.serba salah dalam memilih dua kebaikan.Yang mana satu sebenarnya yg.baik disisi agama.Hati yg.masih belum bersih dan bercampur2 juga penyebab masaalah ini.

    Pengurusan diri dan kehidupan perlu suatu kefahaman.Hidup bukan semata2 teori dan pratikal sebaliknya memahami apa yg.dikatakan Kadaq & Kadar.Ikhlas dan Redha.

    Penyakit saka mungkin tak difahami oleh orang barat melainkan mereka sebut hal2 kerohanian.Saka juga tak mudah di kesan asas usulnya kerana
    mempunyai salsilah turun temurun dan perjanjian.Sipengubat juga boleh menjadi mangsa jika tak mempunyai kekuatan batin.

    Sejauh mana ubat doktor untuk merawat penyakit ini melainkan memberi ubat penenang yg.berterusan.Ubat tak berkesan kepada rohani.Ia hanyalah berperanan dalam darah dan saraf.

  59. husna1399 says:

    # 52 shiha. Salam Shiha, syukran jazilan kerana prihatin.

    AlhamdulilLah, sejak keluar daripada madrasah Ramadhan tahun inie..rasa semakin OK berbanding sebelum nih. Gangguan terasa kurang..ALhamdulilLah atas nikmat inie.

    Sejak sekolah dulu saya tidak ceritakan masalah walaupun kepada rakan2 rapat, suka fikir sendiri dan cari sendiri punca2 masalah famili..sungguh berat kepada seorang remaja memikirkan perihal famili, atuk, nenek, makcik..

    Bila ALlah beri tekanan kepada rohani ketika dah jadi belia, lagi berat diri nak tanggung..tak citer masalah kat orang..makin teruk, nak berubat..kata orang yang tahu tu, jika ‘bersabar’ adalah lebih baik. Ntah!

    ALhamdulilLah, berkat tak simpan masalah sorang2 lagie, discuss..sikit2 tu terubat juga diri nih..

    AlhamdulilLah..

  60. husna1399 says:

    # 39 Sharudin. Salam. Saya bersetuju dengan tulisan dan saranan2 yang dikemukakan..

    Pihak majikan di tempat kerja sangat kurang memberi ‘moral support’ kepada pekerja2 yang bermasalah. Pekerja2 hanya perlukan sedikit perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Pernah seorang pekerja diberhentikan, saya rasa macam tak patut sebab sebelum kawen..rekod kerjanya OK. Selepas kawen, dia seperti bermasalah. Saya cuba juga tanya masalahnya tetapi tiada jawapan daripadanya. Kesian kat dia..

  61. Pak Din says:

    Ada satu bab namanya ‘Constructive Dismissal’ yang pekerja boleh gunakan terhadap majikan, bagi majikan yang senghaja mencari cara-cara membuang pekerja. Pekerja juga mesti pandai berunion

    • Pak Din says:

      @Pak Din,
      CD adalah cara yang paling berkesan untuk majikan. Ia juga memberikan rezeki lumayan kepada yang bijak menghadapainya. Itulah lumrah kehidupan. Saya setuju Ustaz kemukakan kembali artikel lama bagi di ulangkaji, dan memuhasabah diri.

      Teruskan usaha murni Ustaz dalam menterjemah erti kehidupan. Semuga semuanya mendapat manfaat darinya.

  62. husna1399 says:

    Salam Pak Din, nak kata majikan sengaja mencari2 sebab nak buang pekerja tu takdala. Kat sinie pun ada Persatuan Pekerja.. cuma saya kesian jerr, macam pekerja2 yang tak datang kerja berbulan2 tanpa sebab..pastu kena buang. Ikut posedurnya memangla macamtu.

    Cuma, jika majikan ambil berat..tanya masalah, beri moral support..kan ker lebih baikk.

  63. masterminda says:

    Majikan pun terkena sindrum tu nak buat camano…!

  64. Abu Saif says:

    Oleh kerana namanya pun Bipolar, maka fasa ‘mengganas’ lebih ketara apabila ia berlaku kepada majikan, dan fasa ‘murung’ lebih ketara apabila ia menimpa pekerja bawahan.

    Sahabat saya ketika ini sedang diasak dengan begitu teruk oleh majikannya. Semua yang dilakukannya tidak kena dan beliau sentiasa dihina oleh majikannya. Masalah beliaulah yang mendesak yang menulis artikel ini kerana analisa saya terhadap majikannya yang juga kenalan saya, memperlihatkan keseluruhan simptom ganas dan murung.

    Naik sikit self esteem sahabat saya apabila beliau berpegang dengan kepercayaan bahawa majikannya ‘sakit’ dan bukannya beliau yang hina atau ‘bodoh’

  65. kamal says:

    Merujuk kepada komen #52 Dr. Shiha (kalau tak silap saya):

    [quote]Saya juga personally kurang percaya kepada rawatan alternatif yang bukan berasaskan Al-Quran, seperti Colour Vibration Therapy, Iridology dan segala mala yg macam tu. Bukan apa, banyak yang amik kesempatan, dan KKM tiada kawalan untuk pusat rawatan yang sebegitu. Maaf cakap, kita tak tau sejauh mana keikhlasan mereka.[/quote]

    Generalization is bad. Tak wajar semua bentuk rawatan itu dihentam hanya kerana beberapa perkara yang kita tidak setuju. Apatah lagi jika kita sendiri tiada maklumat jelas tentang kaedah dan konsep rawatan tersebut. Ini hanya merugikan masyarakat yg akhirnya hanya terhad kepada beberapa bentuk rawatan mainstream sedangkan masih banyak lagi rawatan alternatif yang boleh dimanfaatkan.

    Berkaitan rawatan yang berasaskan Al-Quran, apa itu perubatan islam ? Artikel ustaz sebelum ini saya rasa telah membuat kesimpulan yang amat baik sekali:-

    http://saifulislam.com/?p=437 – Paradigma Perubatan dan Hospital Islam

    Jangan kita terperangkap dan terpengaruh dengan pemecahan serta pengkhususan disiplin ilmu sehingga menyukarkan untuk kita melihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza. Saya sempat berbicara dengan seorang doktor yang tidak minat untuk membicarakan konsep-konsep fizik kerana menganggap ia tiada kaitan dengannya bidangnya. Amat menyedihkan sekali. Dan kalau kita lihat kepada permasalahan dan kebuntuan dalam dunia perubatan hari ini ialah kegagalan untuk melihat sesuatu itu dari perspektif keilmuan yang berlainan. Sebagaimana dalam urusan agama kita akan terkongkong jika hanya menjuruskan kepada satu pendapat atau mazhab sahaja maka permasalahan dalam dunia perubatan juga mesti ditangani melalui disiplin ilmu yang pelbagai. Jangan kita menjumudkan penyakit hanya kepada reaksi biokimia tubuh tetapi mengabaikan aspek fizik diperingkat atom/molekul yang membentuk sel-sel serta aspek psikologi yang turut mempengaruhi sesuatu organ.

    Akhir sekali, sedikit analogi yang saya tulis bagi menjawab isu yang lebih kurang sama diutarakan kepada saya sebelum ini:-

    http://www.smach.net/node/544 – Ikut Al-Quran dan Sunnah Je !

    Tanpa prasangka,
    kamal, Pengamal CVT

  66. khadijah says:

    Assalamualaikum,

    Maaf, ini adalah komen pertama saya di sini.Sblm ini saya byk membaca dan memerhatikan shj.

    Saya cuma ingin memberikan pendapat.kecil shj.saya merasakan adalah tidak adil bg seseorg itu menyebut secara terang-terangan apabila ia melibatkan kepercayaan org lain.

    Maaf ustaz,saya merasakan terpanggil utk memberi komen kerana saya rasa ada pengikut ustaz yg sudah berada di tahap ‘compleasent’ dgn apa yg mereka percaya seterusnya menidakkan kepercayaan org lain.

    Terus terang sy katakan yg sy kenal colour vibration therapy (slh satu rwtn alternatif) sejak adik sy sakit. dah puas berubat ke sana ke mari,termasuk berjumpa alim ulamak tp dia masih meracau setiap kali bulan mengambang penuh. tak termasuk lg dia nmpk benda yg slalu terbang pd waktu malam dan yg melompat2 di atas bumbung asramanya.

    Entah mcmana terjumpa seseorg dr CVT dan mak mencubanya utk ubati adik. Alhamdulillah dlm sebulan, gatal2 yg ada di pinggangnya (seakan kudis buta,sikit lagi bercantum dr kedua2 arah) beransur hilang.

    Masa tu sy pun tak amik pusing sgt dgn bnda2 mcmni sbb bg sy ni smua mengarut.dan tak penting.

    Ditakdirkan lepas lbh 3 tahun kemudian sy ada masalah sakit telinga. puas ke specialist ent,sy depress sbb abiskan duit mak bpk semata2 sakit telinga ni asik berulang hinggaaa disahkan doktor ent yg pendengaran sy hilang 20% krn kecederaan teruk di gegendang.blk johor mak kt mari kita cuba ubat yg adik guna dulu.Alhamdulillah..smuanya dgn izin Allah.

    Mcm ustaz ckp sblm ni ttg perubatan Islam atau tidak, adakah hanya rawatan yg menggunakan ayat2 al-Quran shj merupakan perubatan Islam?

    Adalah tidak adil jika kita sbg manusia biasa yg menimbang sejauh mana keihklasaaan seseorg.

    Ikhlas itu seperti seekor semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yg gelap. Dan sy percaya, sama spt pengamal perubatan yg lain sudah tentu kita tidak akan tahu sejauh mana keikhlasan mereka merawat.

    Untuk pengetahuan, sy skrg bekerja dlm bidang CVT ini. setelah 9 bulan di sini,sy boleh simpulkan yg pengamal perubatan CVT ini setiap sorg mempunyai cara pendekatan yg berbeza. sama seperti perubatan yg lain.

    Atas pegangan “setiap kejadian yg tercipta dijadikaan berpasang-pasangan” sy memerhati dan menilai bagaimana perawatan CVT ini berfungsi.Setiap proton cuma boleh hidup dgn kehadiran elektronnya. sama spt bumi yg secara fitrahnya dikelilingi oleh bulan. barulah ia membentuk satu sistem peredaran yg semulajadi.

    sama spt penyakit.jika protonnya rosak, perlulah kita ujanya dgn elektron (tenaga) agar proton yg sakit itu mendapat momentum tersendiri dlm merawat secara semulajadi.bukan dgn menambahkan lg proton yg baru dgn bahan2 sintetik buatan manusia.itu sahaja.

    Dan sy di sini diingatkan byk kali oleh pengamal perubatan bhw bkn dia yg harus merawat dan menyembuhkan.letakkan kepercayaan itu kepada Pemberi & Penyembuh kesakitan itu yg sebenar. jd sesiapa shj boleh merawat kerana penawar sbnr ada dekat dlm tubuh kita iaitu hati.cuma kita perlu ujakan shj tenaga yg pasif di hati itu agar keluarkan penawar yg ada dlm tubuh utk anggota yg sakit.Dan formula yg kita berikan hanyalah sbg medium utk mendapatkan penawar yg pasif dlm bdn secara alaminya.Berdasarkan getaran jantung secara fitrah (kepercayaan yg mendalam terhadap Penyembuh sebenar adalaah Allah) dan getaran yg dirakam tenaga bunga (semulajadi) itu shj formula yg ditawarkan.(www.komplimentari.com)

    dan setiap penyakit itu hanya berpunca drpd 4 faktor utama:
    1. pemakanan
    2. persekitaran
    3. amalan seharian
    4. gangguan tenaga luar

    Maaf, hanya sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi.

    Di sini sy berjumpa dgn pelbagai penyakit.cthnya,ada seorg perempuan yg mengalami gangguan haid.satu kes,slps di diagnos,adalah masalah pemakanan,manakala satu lg kes merupakan masalah gangguan tenaga luar. sakit yg sama, faktor yg berbeza,maka cara penyelesaian juga berbeza.

    sama juga dgn tajuk di atas, kesemua yg membaca takut jika mereka mengalami sakit ini berdasarkan simptom2 yg digariskan.tapi,sy nasihatkan,jgnlah cari penyakit.mungkin itu cuma simptom yg masih boleh diubati.ada simptom lg teruk sy pernah berjumpa di sini termasuk hypertension,trauma dan depression tu sudah biasa di sini.penawarnya senang, baca al-Quran, berzikir, berfikir kebesaran Allah,azan,sabar,tenang.ikhlas.redha (frekuensi rendah) akan melenyapkan segala apa bentuk frekuensi tinggi (virus, habuk,hama,jin,iblis,syaitan).

    Sy ingin bertanya,adakah salah jika setiap kali menggunakan ubat ini,sy berdoa ” Ya Allah,jadikan usahaku yg sedikit ini menjadi sebab agar penyakit ku ini beransur pulih”. dengan gabungan saintifik (gelombang + warna) sy menyerahkan kesemua hasilnya haruslah di tangan Allah yg menjadikan segalanya.

    Sy amat sedih kerana di Eropah rawatan alternatif di sambut baik oleh masyarakat walhal di sini masyarakat masih belum terbuka memperkatakan ssuatu rawatan yg bkn konvensional.

    Marilah kita sama2 maju setapak ke hadapan dgn menyatukan sains dan Islam yg sebenar2nya dlm kehidupan kita.Islam itu yg membenarkan sains dan bukan sains yg membenarkan Islam.Bukan hanya mengatakan sesuatu andaian tanpa tahu terlebih dahulu apa yg ada di situ. Wallahu ‘Alam.

  67. ummitqan says:

    Seronok baca artikel ini kerana telah mendatangkan respon yang pelbagai sehingga ke CVT. ALhamdulillah, bukan sahaja artikel dapat menyedarkan kita kepada penyakit tetapi membuka jalan pula kepada kaedah rawatan dan pengubatan.

    Suka saya ingatkan kepada Shiha bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kaedah rawatan pelbagai menurut kepelbagaian manusia itu sendiri. Shiha boleh rujuk buku “Islamic Medicine” terbitan sebuah penerbit Islam di UK tentang bagaimana Islam menanggapi sesuatu penyakit. Jadi walaupun sesuatu kaedah itu BELUM terbukti secara saintifik [jauh sekali diiktiraf oleh KKM - majikan kita :) ], tidak bererti rawatan tersebut tidak sesuai untuk individu tersebut. Samalah seperti kita belajar sesetengah orang akan bereaksi kepada ACE-Inhibitor dan menyebabkan batuk kering yang berpanjangan, lalu sebagai Dr. untuk memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada pesakit tersebut, kita pun prescribe ATRA. Konsepnya sama, tetapi caranya berbeza. Oleh kerana ceteknya ilmu kita dalam kaedah merawat sesuatu penyakit (terutamanya terkait psikiatri dan sakit kulit (steroid is THE choice of drug in many dermatological diseases) – maka saya kira kita sebagai pengamal perubatan konvensional perlu bersikap lebih terbuka tetapi tidak bermakna menggadaikan prinsip kita kalau memang kita dah tahu rawatan tersebut membahayakan pesakit kita.

    Tentu kita ingat, kalau dalam sekian banyak Clinical Trials on novel drug, selalunya up to 30% mesti ada placebo effect kan? Kenapa terjadinya demikian, kerana manusia ni otak dan badannya bereaksi kepada perkara-perkara yang mereka MAHU percaya. Akhirnya, ubat “gula-gula” dalam ujian itu pun berkesan menurunkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan sebagainya. Sedangkan, sebenarnya Allah kurniakan kita dengan segala macam kapasiti “merawat sendiri” penyakit yang terkena pada badan – dan selain daripada faktor “minda dan psikologi” faktor fisiologi badan juga memainkan peranan.

    Bagi yang berminat mengetahu penggabungan kaedah rawatan perubatan konvensional dengan kaedah alternatif, elok juga baca buku-buku yang ditulis oleh Dr. Mehmet Oz ( Dr Shiha mungkin biasa tengok dia sbb selalu keluar kat Oprah) dan satu cth bukunya yang menarik adalah Healing From the Heart. Beliau seorang pakar bedah Kardio yang turut mengasaskan Unit Complementary Care Center di Columbia Presybterian Medical Center. Website beliau juga boleh dilawati antaranya di http://www.youonadiet.com

    Sekadar berkongsi.

  68. shiha says:

    Salam..

    Untuk saudara Kamal dan saudari Khadijah.. saya mengambil pendekatan sebegini :)

    Saifulislam says:
    Tentu sahaja artikel ini boleh kelihatan sebagai suatu generalization yang tidak baik. Tetapi kita beramallah dengan hukum asas berfikir, iaitu sesiapa yang terkecuali, terkecualilah dia dari andaian ini.

    Banyak juga kuliah yang bagus-bagus di luar sana, tetapi yang tidak bagus itu juga banyak…

    Boleh diaplikasikan dengan cara yang sama. Generalization is bad, tapi sesiapa yang terkecuali, terkecualilah dia dari andaian ini. Dan saya amat berharap juga agar saudara/i membaca perlahan – lahan ayat saya di atas tu. “Bukan apa, banyak yang amik kesempatan, dan KKM tiada kawalan untuk pusat rawatan yang sebegitu. Maaf cakap, kita tak tau sejauh mana keikhlasan mereka.

    Dan itulah pengalaman saya yang setahun jagung setakat ini. Tak perlu risau dan rasa defensive kalau saudara/i ikhlas nak membantu para pesakit. Yang saya sedih, ramai yang tertipu oleh mereka yang tak ikhlas (ini bukan spesifik kepada CVT, tapi kepada mana – mana jenis rawatan yang berniat untuk menipu). Secara realitinya, itu yang berlaku.

    Betul, para pengamal perubatan juga ramai yang tak ikhlas, yang hanya mencari duit, tetapi sekurang – kurangnya mereka terikat dengan Code of Conduct dan dikawal oleh KKM dan MMA. Malah MMA turut membuat spot check kalau ada fraud doctors. Dari segi perlaksanaan, masih boleh dipertikaikan tapi undang – undang tu ada.

    Saya langsung tak menyentuh cara bagaimana konsep CVT itu sendiri dalam perawatan, kerana bukan itu yang saya pertikaikan. Malah I am very open with any type of treatments yang boleh menyembuhkan pesakit, asalkan dilakukan dengan cara yang betul, mengikut etika yang betul.

    Jadi, saya harap, kita dapat berbicara secara responsif dan bukannya reactive :)

    Untuk ummitqan

    Terima kasih di atas nasihat saudari. Saya terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Sesungguhnya kita tidak saling mengenali antara satu sama lain. Jadi saya agak tertanya dengan andaian saudari yang mengatakan saya tidak terbuka dengan rawatan perubatan alternatif (generalization is bad indeed :) ). Kita boleh berbicara mengenai topik ini sehingga lembu pulang ke kandang, tapi ia tidak akan membawa ke mana – mana kerana pandangan kita tidak berbeza.

    Namun saya berharap agar saudari dapat memberikan feedback ikhlas saudari mengenai 2 link ini:

    http://www.komplimentari.com/drnorhissam

    http://www.oiucmglobal.com/v2/cms/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

    Sila email saya di nazatulshiha@gmail.com

    Wasalam.

  69. shiha says:

    Salam..

    Maaf sekali lagi, kepada saudari ummitqan, sila klik di link ini

    http://www.oiucm.org/

    Di mana, pengasas CVT di Malaysia telah mendapat ijazah beliau. I ask you dearly, whether you would like to register yourself to the same university, given the fact, our boss is KKM and the university that we want to enroll into must be accredited by the JPA / LAN.

    Sebolehnya saya berharap dapat communicate secara persendirian saja dengan saudari, tapi tiada cara lain melainkan melalui Saifulislam saja memandangkan tiada link pada nama saudari. Pembaca lain, please ignore this, minta maaf banyak – banyak Ustaz, kerana terpaksa menggunakan medium ustaz untuk kali ini :/

    Wasalam

  70. famy says:

    terima kasih.makin luas ‘view’ saya mengenai tanggungjawab pendakwah

  71. fik says:

    Tahniah pada ustaz, sungguh bermanfaat maklumat ini. pasal penunjung tu mungkin sebab artikel ustaz terlalu “berat”. Sedikit sukar untuk dihadam.

  72. fik says:

    Ana pun pernah kena sindrom ni.

  73. alhambra81 says:

    Menarik artikel ni utz berkenaan “bipolar disorder” ni. Perkongsian ustaz dah mengingatkan saya pada seorang sahabat.Saya juga pernah ada seorang sahabat yang mempunyai masalah dalaman diri dan saya pernah membantunya tetapi mungkin atas kurang ilmu dan masih mentah dalam hal ini sahabat saya telah mengambil jalan yang tak sepatutnya dia ambil. Nasihat saya kepada pembaca halaman ini supaya segera dapatkan nasihat pakar atau orang berpengalaman dalam masalah sebegini dan jangan berahsia dan cuba untuk selesaikan sendiri. Orang yang mempunyai masalah seperti depression biasanya akan meletakkan harapan yang tinggi kepada orang yang dipercayainya untuk menyelesaikan masalah diri nya sendiri. Mereka akan mendesak dan adakalanya sampai mengugut sehingga sampai ke peringkat kita akan rasa tertekan dan mahu lagi dari menolong si ‘pesakit’ tadi.

    Maaf jika tulisan saya sukar untuk difahami.

    • mutmainnah says:

      insyaAllah.. saya faham dari pengalaman ..Mereka akan mendesak dan adakalanya sampai mengugut sehingga sampai ke peringkat kita akan rasa tertekan dan mahu lari dari menolong si ‘pesakit’ tadi.

  74. lara says:

    salam.
    ustaz, sy ada habit di mana bila saya marah saya akan diam dan berdendam tp tidaklah sampai melakukan perbuatan tidak elok. masalahnye, kemarahan saya itu akan saya lepaskan di dalam bilik air kerana ditempat itu lah yang paling tenang, aman dan org tidak akan tau ape yg saya lakukan. bila saya pandang cermin dlm bilik air saya akan bercakap sorang2 seolah2 melepaskan kemarahan kepada org yang saya dendam. saya seorang yang sensitif, kalau marah didepan org saya akan menangis, so lebih baik saya marah dan menangis di dlm bilik air sj.
    jadi adakah itu juga dikatakan penyakit bipolar??

    harap ustaz bagi pandangan dan penyelesaian terbaik terhadap masalah saya ini. terima kasih.

  75. [...] Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan! …  Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. – petikan artikel Bipolar Disorder 30 Oktober 2007. [...]

  76. kitchen towel says:

    huh…alhamdulilah, im not alone…x sangka aku ditakdirkan slh seorang yg mengidap bipolar disoder…rupe2 nye ade name jgk penyakit mcm nih..kalo ade sesape leh tolong kurang kan penderitaan ni, tolong kasi tau…

  77. JS says:

    Sesiapa yang rasa dirinya ada Bipolar disorder, seperti simpton-simpton yang dibincangkan disini, boleh la cuba cara saya yang telah saya lakukan 8 tahun lepas, sungguh berkesan:
    1. Pergi ke klinik biasa, ceritakan sedikit simpton anda dan dapatkan surat rujukan ke Hospital yang ada Klinik Psikitri, cth Hospital HUKM dan HKL .
    2. Bawa surat rujukan tersebut dan buat temujanji dengan doktor di klinik psikitri itu.
    2. Datang jumpa doktor ikut tarikh temujanji dan cerita segala-galanya jangan ada sedikit pun perasaan malu apa yang anda alami, doktor boleh simpan rahsia anda, dari cerita anda ini doktor boleh bagi ubat yang mana sesuai untuk diri anda.
    * tetapi jika anda ditahap Bipolar Mania, anda tak mampu buat semua ini, anda perlu bantuan orang lain untuk hantar ke hospital. Biasanya Polis dan Ambulan.

  78. [...] Petikan dari SIO, http://saifulislam.com/?p=957 Inilah yang membimbangkan saya. Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu [...]

  79. boboi says:

    salaam,,,
    saya ada sorg adik ipar yang menghidap sakit ni,, biasanya, dia akan meluahkan segala apa yang terpendam kepada saya. n, sebagai ipar dan rakan sebaya, saya mendengar je laaa,, masalahnya, cakapnya macam mercun yang tak berhenti-henti n lucahnya yang amat. kadang kadang kite pun naik geli mendengarnya,, sampaikan tahap bile tgk binatng pun, dia akan bertanyakan pasal binatang buat seks, orang buat ngan binatang, mcm-mcm.. dia takkan ceritakan benda tu pd family dia, tp kat saya sorg… alahai,, kite la pulak boleh jd depressed.

  80. wargadunia says:

    penyakit begini jika disalah rujuk semakin parah. Sepatutnya orang agama yang menjadi rujukan masyarakan belajar ilmu psikologi. Jawapan mudah seperti “kembali kepada alQuran dan Assunah” atau “balik kepada agama” bukanlah cara penyelesaiannya. Sikap menyalahkan makhlik ghaib juga selalu dijadikan modal para bomoh. Mudah-mudahan pesakit psikologi juga dilayan seperti pesakit lain.

  81. yus says:

    salam. rasa ada kaitan lak bipolar disorder ni dgn myself yg ada masalah anger management.. kena la kot sipi2..

  82. eza says:

    salam ustaz. satu pertanyaan. bolehkah bipolar disorder nih berlaku kepada golongan org tua yang berumur 60-an ke atas. Cumanya kudrat sudah tidak mengizinkan, hanya perkataan dari lidah yang tajam seperti pedang menghiris jiwa perasaan orang sekelilingnya? Minta pendapat dari ustaz.

  83. abdullah says:

    salam para pembaca dan ustaz,

    http://www.rawatankesihatan.com/

    sekadar perkongsian link.mudah2an ada manfaatnya.

    “Telah beratus-ratus tahun lamanya para pemikir besar menyelidiki rahsia undang-undang alam dari segala segi,sehingga mendapatlah mereka berbagai-bagai ilmu pengetahuan.

    Pengetahuan tentang alam dengan segala segi jerapahnya:ilmu Falak,Ilmu Bintang,Ilmu Bumi dan alam seluruhnya.Ilmu Manusia,tubuhnya dan jiwanya.Ilmu Budi,Ilmu Masyarakat dan Ilmu Pemerintahan.Ilmu Tumbuh-tumbuhan dan Ilmu Binatang.Ilmu hitung Al-Jabar dan Matematik.Penyelidikan tentang Atom dan Aether,ilmu Udara.

    Pengetahuan tentang itu semuanya dan beribu-ribu cabang rantingnya,dinamakan SCIENCE,yakni suatu peraturan yang PASTI,yang terbukti tidak berubah-rubah.Kerana tidak berubah-rubah itulah maka orang berani mengatakannya ilmu.”-FALSAFAH HIDUP ,Prof.Dr.Hamka

  84. Syasya says:

    assalamualaikum, saya ada send mesej di website Dr.UmmuSaif tentang bipolar. saya ada beberapa soalan iaitu;
    1.bagaimana kita boleh mengesahkan seseorang menghidap bipolar? adakah diagnosis yang dilakukan ataupun scan MRI? dan kalau ada, di hospital mana? kerana pengalaman rakan saya, dia hanya melalui proses meluahkan perasaan dengan keadaan menangis teruk, tanpa ada ujian darah dsbnya diambil. Jadi, doktor hanya buat kesimpulan dia ada bipolar berdasarkan cerita/keterangan yang dia ceritakan semasa sesi kaunseling.
    2.kemudian doktor terus prescribe ubat untuk dia.dia kecewa kerana bila dia minta diagnose dgn cara ambil ujian darah atau MRI, doktor marah2.
    3.saya berpendapat bipolar lebih kepada masalah saraf/neural, kekurangan hormon berbanding masalah psikologi walaupun memang ada kes pesakit melalui pelbagai trauma dalam hidup mereka.
    4.doktor bertanyakan soalan yang menyakitkan hati; cth, apakah yang membuatkan kamu rasa kamu ada bipolar? dan membuat kesimpulan berdasarkan jawapan pesakit yang ketika itu sedang tertekan/sedih sebagainya.
    5.pesakit kdg2 keliru, adakah betul mereka bipolar atau cuma merasakan mereka ada bipolar?
    6.2nd/3rd opinion pun tidak membantu, ramai yang menyuruh pesakit stop dari ambil medication, dan pesakit rasa diri sebahagian dari pesakit jiwa.
    7.harap doktor boleh bagi reference hospital mana yang ada diagnose secara saintifik/ujian darah/MRI, dan bukannya melalui sesi kaunseling.
    terima kasih,
    Syasya

    • ummusaif says:

      @Syasya,

      Salam.

      Saya cuba ringkaskan jawapan saya.

      Mana2 pesakit yg mengadu apa jua simptom akan diperiksa dan analisa oleh doktor secara general terlebih dahulu.

      Kalau ada tanda2 psikologi dan tiada abnormality pada general dan neurological clinical examination, maka doctor akan sahkan tiada penyakit yg dalam badan yg serius pada masa itu.

      Kalau takde tanda2 yg bahaya dan ist episode, biasanya doktor cuma treat as probably ‘once and only” eg disebabkan stress atau adjustment disorder biasanya.

      Kalau simptom berlarutan, blh jumpa doktor lagi sekali dan masa itu doktor akan assess sekali lagi.

      Kalau ada general abnormality yg lain spt demam, konfius, hilang ingatan, aggressive, kemungkinan besar ujian darah dan imabasan otak akan dilakukan.

      Kalau semua tu negatif, maka doktor akan refer pada pakar psikiatri.

      To diagnose, bipolar disorder is by clinical dan simptoms of the patient.
      ie ada certain psychological criteria. Strong family history of bipolar juga penting.

      We dont diagnose bipolar by blood test or ct scan.Those test cuma nak pastikan bukan yg lain2 aje (to rule out others).

      Nasihat saya, jgn rasa kurang senang apabila doktor refer pada pakar psikiatri/kaunselor bcoz itu salah satu usaha. Buangkan stigma “orang sakit jiwa” itu dr dalam fikiran anda.

      U never know that ur friend may need a psychiatrist/counsellor.

      Pakar psikiatri, arif dlm bidang mereka. Sekurang2nya selepas jumpa mereka kita blh confirm for sure whether bipolar or not.

      Blh pergi mana2 hospital for referral. Teaching hospital spt PPUKM, PPUM, HUSM dan hospital2 besar pun blh.

  85. Nur says:

    assalamualaikum…
    just wanna share my experience..sy dah menghidap bipolar disorder since 1996.skrg dh semakin sembuh..dan masih makan ubat hospital ikut nasihat doktor pakar psikiatri. sy bertuah krn ibu bapa dn keluarga sngt memahami dan tak sisihkan saya…doktor pakar nasihatkan saya ingat Allah selalu, istiqamah dlm beribadah, makan makanan seimbang, bersenam secara berkala dn makan ubat ikut jadual.

  86. mutmainnah says:

    dilihat dari sudut akidah, kita sedia maklum bahawa musuh anak cucu Adam adalah iblis..Iblis asalnya adalah ketua para malaikat, tetapi derhaka krn sifat ego tidak mahu hormat pada Nabi Adam ..Iblis bersumpah akan menyesatkan anakcucu Adam 1001 cara, manusia yang sepatutnya mewarisi martabat sebaik-baik makhluk ciptaan Allah tersasar dgn mainan Iblis ..terlalu yakin diri benar hingga ego tidak menerima teguran Ulama’ pewaris Nabi .. sedikit sifat ego dan menurut hawa nafsu menjadi pintu masuk Iblis untuk menguasai seseorang.. walau hebat ilmu di dada dan hebat penampilan di tengah masyarakat, tapi tidak ada keikhlasan mencari Allah.. diam-diam akan menjadi boneka iblis.. ada yang tidak mampu berlakon, akan terserlah ‘bipolar disorder’nya.. teguran kepada pendokong syariat zahir..ikhlaskanlah hati mencari redho Allah..Surah Sad ayat 82-83.

  87. cahaya pencinta says:

    salam..skali lg mslh psychology mmg perlukan pndedahan lbih pd msyarakat.sy sndiri menghidap depression(usatz, sy lah “die” yg sy mksudkan pd shoutout tu)..dan sy mmg masih malu apabila prlu ada TCA dgn psychiatrist,psychologist n counsellor.wpun rkn sekelas n lecturer rmi dah tau tp sy xleh trimer n xleh berbincg scra t’buka ttg hal ni.dan pd sy, sbg seorg pesakit, sy rs pemantapan rohani amat2 diperlukan.sy sndiri rs lbih tenang apbila sy sdaya upaya mndekatkan dri kpd Allah dgn lbih lg.
    alhamdulillah,sy smakin tng wpun sesekali emosi sy akn t’ggu krn hal2 kecik.tp stiap kl mmbaca/involve in religion-related activity, sy akan rs seolah2 sgt bhagia..mngkin sy merasa btapa kasih dan sygnyer Allah pd sy ketika tu.wallahua’lam..klu lah kerohanian bleh ditekankan dlm perubatan moden skang dgn lbih dlm mungkin sesuatu yg sgt2 baik..

  88. insan_hawa says:

    salam…
    terpanggil sy utk meninggalkan komen disini pd mlm ni..skdr ingin berkongsi pengalaman.
    sy atr bekas pesakit bipolar disorder.penah mendpt rawatan drpd pakar psikitri 2thn lps.keadaan sy masa itu sgt teruk.hmpir brhnti bljr..tp alhamdulillah ada shj pertlgn Allah yg dtg membantu..sy smmgnya tdk dpt menerima hakikat keadaan sy pd masa itu,mengalami trauma yg teruk shingga membawa sy kpd kancah maksiat.astagfirullah.sejadah dn al-quran tersimpan rapi tak disentuh sdgnkan sy dulu bekas pljr bidang agama..sy tak segan silu memberi tahu family n shbt apa yg sy dah lakukan..hny krn ingin dptkn bantuan.selamatkan sy yg bergelumang dgn dosa.tp keadaan sy makin teruk.shgga sy hmpir putus asa utk kembali pd jln allah.sy mengalami depression yg teruk,kdg bertenaga, kdg2 murung,ada keinginan bunuh diri dn megalami semua tanda penyakit BD. ketika itu sy hmpr putus asa krn sy rasa dh cuba jd yg terbaik utk semua org tp sy sentiasa dianiaya.
    keadaan sy mula berubah bila sy ditemukan dgn seorg ustz, dn sy dikatakan mengalami saka.
    tanda2 sy mengalami saka mmg ada.jelas ketara. sesungguhnya Iblis dan syaitan mmg tak kan putus asa akn menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat.
    sy penah menjadi hamba hawa nafsu.penah berada dlm kegelapan jiwa n rohani.

    tp bila sy berubat dgn perubatan islam,sy mendalami agama,mengenal diri melalui kenalnya hawa nafsu barulah sy mulai kenal Allah..sy cari kekuatan diri melalui mengenal pintu syaitan yg sentiasa tak putus cuba menyesatkan manusia.Alhamdulillah keadaan skrg makin pulih.sesungguhnya Allah sebaik2 pemelihara.Allah maha penyelamat.

    melalui apa yg sy lalui, sy merasa bahawa tiada penyakit “bipolar disorder’,itu hnylah penemuan saintifik dr barat, sdgkan ternyata jelas dlm al-quran bahawa tanda2 itu semua adalah penyakit jiwa,jiwa yg jauh dr Allah,jiwa yg gersang drpd mndpt NUR Allah..
    ya Rahman..ya Rahim..berilah kami petunjuk dan hidayahMU..kurniakan kami mahabbah pdMu..

    kpd kwn2 yg merasa mengalami “BD”,marilah sama2 kita kembali ke jalan ‘siratul mustaqim’..carilah apa yg menjadi hijab antr hati kita dgn ALLAh..mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita pada jalan-Nya..
    Allahu Somad.

Leave a Reply