Apa Yang Anda Percaya Wahai Da’ie?

November 3rd, 2007 by Abu Saif 10:34 am | 4,817 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »


Salah satu kelas kami di UIAM

Selesai sudah satu lagi subjek penting semester ini dengan peperiksaan akhir, pagi tadi.

Biar pun subjeknya sudah selesai, intipati subjek ini masih menguasai kepala saya. Banyak perkara yang menyebabkan saya tidak boleh tutup buku walaupun peperiksaannya sudah selesai.

Issues in Contemporary Islamic Movements, nama diberi. Ia adalah subjek Political Science dengan kod PSCI6206 yang saya ambil sebagai menggunakan peruntukan dua subjek di luar jabatan sejarah yang dibenarkan kami mengambilnya.

Subjek ini mendedahkan kepada saya sesuatu yang telah lama dikenali semenjak menyertai institusi usrah. Tetapi ia merupakan suatu latihan penting agar perkara-perkara yang sudah semacam suatu cliché itu dibahaskan pula secara akademik.

Dalam masa yang sama, kami belajar untuk memahami gerakan Islam bukan dari bahasa gerakan Islam itu sahaja, bahkan dari perspektif yang lebih luas.

Apa kata pengkaji Barat tentang gerakan seperti Ikhwan al-Muslimin?

Bagaimanakah penilaian terhadap Tafsir fi Dhilal al-Quran apabila ia dipertimbangkan dari kaca mata falsafah Barat?

Bagaimana Revolusi Perancis memberikan impak kepada kefahaman umat Islam terhadap prinsip-prinsip al-Quran seperti Syura dan sebagainya?

Bagaimanakah hubung kait idea al-Maududi dengan Sayyid Qutb?

Sejauh mana perkembangan politik dunia mencorakkan gerakan Islam, dan sejauh manakah gerakan Islam mencorakkan politik dunia?

Ini adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang terbit di sepanjang semester. Selain memikirkannya sebagai suatu subjek, saya menggunakan kesempatan di sepanjang semester ini untuk menilai kembali kefahaman saya sendiri terhadap gerakan Islam yang sudah sebati dengan diri, secara objektif.

‘Ala kulli haal, berikut adalah soalan-soalan yang diberikan kepada saya pagi tadi:

  1. “Rifa’ah Rafi’ah al-Tahtawi was a critical admirer of the West”. Discuss this statement highlighting Tahtawi’s intellectual legacy.
  2. “While not a writer per se, Jamal al-Din al-Afghani had tangible impact on the Tajdid movement”. Explain this statement.
  3. Muhammad Abduh’s works reflect the intellectual dimension of the ‘modern’ Salafiyyah movement while those of Rashid Ridha concentrate on the issue of identity vis-a-vis the emerging call for secularism”. Analyze this statement.
  4. While the bulk of the literature on and about the 19th and 20th century Islamic reformist movements essentially explores their responses to the Western cultural drive and physical domination, Prof. Abdul Rashid Moten in his major work Revolution to Revolution: Jama’at-e-Islami in the Politics of Pakistan (Kuala Lumpur 2002) departed from this traditional mainstream and adopted a different, perhaps unique, approach.Give your critique of this statement focusing on the development of the Jama’at-e-Islami in Pakistan.

Saya amat meminati soalan nombor 1, tetapi baru saya tersedar yang saya telah tercicir dari mengulangkaji pemikiran Tahtawi akibat lambakan material yang terlalu banyak. Setelah disenaraikan, point mengenai idea beliau tidak mencecah 10 lantas saya mengambil keputusan untuk memilih soalan 2, 3 dan 4 untuk dijawab. Cukup-cukup 3 jam, tiga soalan selesai dijawab. Lengan saya bengkak, mungkin akibat carpal tunnel syndrom.

KESIMPULAN UNTUK PENDAKWAH

Berbalik kepada persoalan gerakan Islam, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama pembaca, hasil subjek ini. Tetapi cukup untuk pusingan kali ini, bagi saya untuk menyampaikan pesan, tidak cukup untuk kita menghafal idea-idea gerakan Islam,bahkan ia mesti diselidik, dikemaskini dari semasa ke semasa dan dipegang hasil keyakinan, bukan sekadar menghafalnya.

Saya timbulkan persoalan ini kerana dua sebab.

PERTAMA

Kemunculan proses tajdid semasa dan terbitnya gerakan Islam adalah hasil response umat kepada dominasi Barat yang datang seiringan dengan kemerosotan umat Islam. Ketika kemunduran intelektual dan material membelenggu umat, Eropah pula bergerak pantas menghasilkan pencapaian-pencapaian yang begitu mengujakan.

Hal ini mendesak mereka yang sedar untuk secara bersungguh-sungguh menjawab, “apakah punca kemunduran umat Islam, dan apa pula rahsia kejayaan Eropah ketika itu”. Malah di peringkat yang seterusnya pula, persoalan yang lebih mendasar ditimbulkan, “bagaimanakah sepatutnya umat Islam memberikan reaksi kepada moderniti, dan mampukah kita hidup di dalam dunia yang serba moden dengan mengekalkan diri sebagai Muslim?”

Proses menjawab soalan itu berlangsung selama satu kurun. Ia seiringan pula dengan perubahan sikap Eropah sendiri. Daripada sebuah tamadun yang begitu berperadaban, beransur-ansur menjadi agresif hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Kehancuran Khilafah Othmaniyyah juga menjadi suatu turning point yang sangat penting kepada Dunia Islam dan alam keseluruhannya.

Seiringan dengan itu, umat Islam juga terkesan dengan Eropah yang semakin agresif. Jika kurun ke-19 memperlihatkan kekaguman terhadap Eropah yang menyerlah di pemikiran pada ahli tajdid, kurun ke-20 pula menjadikan mereka lebih kritis.

Peralihan corak pemikiran Tahtawi, kepada al-Afghani dan seterusnya Muhammad Abduh dan Rashid Ridha, hinggalah kepada Hasan al-Banna dan kemudian al-Maududi serta Sayyid Qutb, perubahan ini sangat berkait rapat dengan perkembangan Eropah dan polisi-polisi luar mereka yang dikenakan ke atas umat Islam.

Asasnya ialah, tidak mungkin gerakan Islam dapat memahami apa yang sedang mereka perjuangkan, jika mereka mengkesampingkan keperluan mengetahui dan memahami Barat itu sendiri.

Isu itu berterusan hingga ke hari ini.

Malah kini, kita di Malaysia melihat dominasi idea dan mindset Barat semakin ketara khususnya di kalangan penduduk bandar. Apa yang dibaca oleh masyarakat Amerika Syarikat dan Eropah, itulah juga bahan yang dibaca oleh warga Malaysia hari ini. Khususnya dari kalangan non Muslim yang berpendidikan.

Lihat sahaja buku-buku di Kinokuniya. Segala sampah sarap buku yang membawa idea clash of civilization, juga yang menyokong Islamophobia, mengisi rak-rak buku di situ. Juga di kedai buku seperti Boarders. Tidak kira lagi peranan internet.

Maka dengan menjahilkan diri terhadap apa yang datang dari Barat, tanpa mahu membaca, mempelajari dan memahaminya, hanya akan menyebabkan gerakan Islam semakin canggung dalam menangani audience mereka hari ini dan esok. Kita semakin memberi response yang salah, dan ia menyusutkan keyakinan masyarakat kepada kita.

Lantas, usrah sepatutnya tidak lagi terikat kepada buku-buku karangan al-Maududi, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan Mustafa Masyhur sahaja. Untuk mendepani cabaran semasa yang semakin meruncing, buku-buku karangan penulis seperti John Esposito, Richard P. Mitchell dan Edward Said juga mesti diambil sebagai sebahagian ‘bahan Tarbiyyah’!

KEDUA

Sebab kedua saya timbulkan isu ini adalah kerana kekecewaan saya terhadap kualiti fikrah pendukung gerakan Islam hari ini. Saya tidak merujukkan kualiti itu kepada soal banyak atau sikit maklumat, ilmiah atau tidaknya fikrah yang didukung.

Kekhuatiran saya ialah kepada sindrom ‘rasa tidak selamat’.

Hasil pergaulan dan korespondan saya dengan generasi da’ie muda hari ini, saya dapat mengesan semacam adanya unsur ‘rasa tidak selamat‘ di dalam fikrah ahli gerakan Islam hari ini. Mereka mudah rasa terancam, dan takut dengan idea yang dirasakan bertentangan.

Telinga Disumbat Untuk Selamat

Acapkali apabila saya datang bertandang ke satu-satu tempat, ada ‘murabbi’ yang menegah anak buahnya dari hadir dan mendengar wacana saya.

Sikap seperti ini adalah suatu kemalangan kepada kumpulan Islam. Naqib dan naqibah seperti ini memperbodohkan anak-anak buahnya atas nama ‘kesejahteraan fikrah’ . Di dalam dunia ini, manusia yang mudah terpengaruh hanya dua. Manusia yang miskin harta berserta miskin jiwa, serta manusia yang jahil tanpa minda. Yang miskin harta (dan jiwa) mudah dibeli hanya dengan secawan kopi. Yang jahil pula, membuang daya fikir atau reason biar pun menuntut di universiti terbilang.

Itu suatu fenomena yang menjadi alasan mengapa saya berkata ‘adanya unsur rasa tidak selamat’ di dalam fikrah mereka yang memakai lencana da’ie ini. Dalam bahasa al-Banna, mereka ini gagal mencapai kualiti TAJARRUD.

Satu Goncang Seribu

Izinkan saya meminjam kisah sahabat yang saya kasihi Ustaz Maszlee Malik apabila beliau melontarkan idea Ummah Centric lebih setahun yang lalu.

Ia adalah suatu lontaran idea. Sesuatu yang boleh dibincangkan dan dikaji dengan secara objektif dan dengan baik.

Tetapi lontaran idea Ustaz Maszlee itu telah menyebabkan ramai pemegang lencana daie melatah dan meloncat di sana sini. Dan akibat kederasan kesan internet, kegelisahan itu merebak ke seluruh penjuru dunia.

Sama ada yang menyokong, mahu pun yang menentang, semua jadi kecoh dan tidak tentu hal. Yang menyokong, cuba merealisasikan idea Ummah Centric dengan gaya yang pelik. Manakala yang menentang pula berpeluh dahi mencari alasan untuk menolak. Tolak dahulu, sebelum diputuskan apa sebabnya!

Tidak setuju, tapi tidak tahu mengapa tidak setuju.

Bagaimana idea seorang individu, boleh menggelisahkan manusia yang ramai? Sama ada yang dilontar itu adalah bom atom, atau pun mangsa lontaran itu rumahnya bagai sarang labah-labah. Lemah sangatkah fikrah kita semua sehingga begitu mudah terusik?

APA SEBENARNYA YANG ANDA PERCAYA?

Ini soalannya.

Apa sebenarnya yang kita percaya selama ini. Sebelum saya bertanya apakah sebenarnya yang kita perjuangkan selama ini?

Perjuangan adalah suatu komitmen kepada apa yang kita yakin. Tetapi jika keyakinan kita begitu goyah hingga sentiasa terganggu oleh usikan idea kontra dan gigitan nyamuk, maka itu bukan lagi keyakinan. Ia hanya taqlid dalam perjuangan. Taqlid boleh berlaku bukan hanya kepada soal fekah, ia adalah pembawaan yang juga boleh menguasai pejuang dan perjuangan.

Mengapa taqlid?

Kerana anda menghafal idea dan fikrah.

Tanda fikrah itu hanya hafalan, ialah apabila fikrah itu gagal berhubung dengan realiti semasa.

Da’ie menulis dan berceramah dengan membuat quotation dari sebanyak mungkin kata-kata tokoh. Si fulan berkata, si fulanah menyebut.

Ia boleh membantu memperlihatkan yang da’ie itu banyak membaca. Sekurang-kurangnya lebih dari anak buahnya. Tetapi semua yang beliau quote, adalah fikrah orang lain. Beliau sendiri, kita sendiri, apa yang kita faham, apa yang kita percaya?

Hal ini terjadi apabila kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita percaya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya mengajak kita semua memicit butang reset seperti yang dilakukan oleh Rene Discarte sejurus beliau menamatkan pengajian di Jesuit Academy of La Flèche.

Ragukan kembali semua yang telah dipelajari, dan cari jalan untuk mengembalikan keyakinan terhadap apa yang ingin kita pegang sebagai kepercayaan hidup.

Dubito, ergo cogito, ergo sum

Tetapi ia mungkin terlalu ekstrim.

Cukuplah dengan memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi. Gunakan minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga.

Sekali lagi saya petik nasihat Abu Tayyib al-Mutanabbi, “jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang berpendirian. Sesungguhnya pandangan boleh menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi!”

Ketika mereka yang bersaing dengan Islam begitu aktif mengukuhkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka percaya, gerakan Islam akan hilang siginifikasinya jika ia didukung oleh daie yang fikrahnya seperti istana kaca!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya foto “Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang...
  2. Kenapa Anda Berdakwah? – Siri 3 (Saya Nak Jadi Wakil!) Ketika Parti Refah di Turki mencapai kemuncak kegemilangannya pada pertengahan...
  3. Kenapa Anda Berdakwah? – Siri 2 (Kelesuan Kampus) “Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main...
  4. Aku Manusia Percaya Politik minyak sungguh unik. Ia emas yang menggilakan manusia “Abi...
  5. Apa Tajuk Bab Satu Dakwah Anda? Hujung minggu baru-baru ini, syarikat saya diminta oleh pihak sebuah...

Advertisement

26 comments

  1. mohd says:

    Assalamualaikum ustaz..tak salah rasanya memasak guna perecah segera kalau perencah yang sedia ada itu sudah cukup bagus.lagipun kalau nak buat perencah sendiri kena la betul-betul pakar memasak. masakan tu untuk orang ramai.takut perencah buatan sendiri tu tak sedap dek selera pemakan2 yang lain..silap2 boleh sakit perut.
    lagipun kalau nak masak untuk orang Melayu, kenalah guna perencah melayu.bukan semua orang melayu boleh makan mayonnaise.kalau nak masukkan jugak kenalah masukkan sikit-sikit.sebab takut nanti si pemakan-pemakan tu dah tak datang makan bila tahu si pemasak ni guna perencah yang mereka tak boleh makan.siapa yang nak habiskan makanan tu nanti?tak ke membazir?

  2. Azmi says:

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Ustaz, berkenaan dengan ‘murabbi’ yang menegah anak buahnya mendengar pengisian daripada penyampai yang tidak sama jemaah dengannya, saya setuju bahawa tindakan itu menyebabkan ‘sebilangan’ anak buahnya terhad aplikasi ilmunya. Dengan kata lain, dengan menghadkan sumber ‘bahan tarbiah’, ilmu yang didapati tidak dapat diaplikasikan terhadap golongan banyak. Ilmu itu hanya dapat digunakan kepada mereka yang se’fikrah’ dengannya sahaja.

    Saya pernah mengalami suatu peristiwa, di mana kawan saya berkata kepada saya,

    “Minggu depan ada ustaz daripada jemaah ini datang memberi kuliah. Nak ‘join’ tak?”

    Saya menjawab,

    “Tak perlu ditekankan daripada jemaah mana ustaz tersebut datang. Saya akan cuba luangkan masa.”

    Tidak dapat dinafikan, anak buah yang terdidik dengan cara tersebut – dilarang mengikuti pengisian daripada ustaz yang berlainan ‘fikrah’, akan datang, mendidik anak buahnya untuk melakukan perkara yang sama. Ini satu kerugian kepada jemaah itu sendiri.

    Sekadar pendapat saya, mana-mana jemaah pun, tidak seharusnya mengehadkan sumber ilmu mereka kepada ustaz daripada jemaah yang sama sahaja. Dengan mendengar pengisian yang berbeza daripada ‘fikrah’ sendiri, akan timbul persoalan. Daripada persoalan itulah akan timbul rasa ingin bertanya. Dengan ingin bertanya dan berdiskusi, anak buah, atau pendokong fikrah itu akan lebih yakin dengan fikrahnya atau lebih dekat dengan ‘kebenaran’.

    Wallahu a’lam.

  3. shah03 says:

    Sukarnya menjadi seorang yang ADIL.

  4. shiha says:

    Salam..

    Dalam analogi yang lain, bila nak buat labwork untuk Phd, kenalah baca banyak previous articles, hafal cara – cara yang terdahulu, supaya bila dah start projek, semuanya berjalan lancar. Tapi tiba – tiba ada condition yang berubah dalam projek tu, yang mendatangkan masalah. Dah tak boleh pakai cara yang lama 100%, disebabkan condition tadi yang dah berubah. Siapa yang ikut bulat – bulat carakerja artikel lama, tak akan dapat hasil yang dijangkakan.

    Terpaksalah improvise mengikut masalah yang timbul. Untuk improvise, kenalah fahamkan masalah tu dulu untuk cari solution. Artikel dulupun dah ada cerita masalah pada waktu itu, tapi masalah tu tak sama dengan yang dihadapi sekarang. Kadang – kadang masalah dalaman , kebanyakannya masalah datang dari luaran. Janganlah takut untuk bersemuka dengan masalah yang tak pernah dibincangkan dulu, terutamanya yang datang dari luaran, demi mencapai penyelesaian. Barulah projek Phd berjaya :)

    [Ini hanyalah untuk pemahaman diri sendiri yang tengah memikirkan further study..]

    Untuk #1 saudara mohd, sekadar berbincang.. betul juga, kalau perencah dah sedap, buat apa nak ubah. Tapi tiba hari nak memasak tu, bahan lain pula tak cukup, air utk masak dah berubah rasa (sekarang kan banyak pollution). Kalau pakai perencah yang sama juga, hasilnya berubah jadi tak sedap pula. Tak kan nak dibiarkan saja? Nanti orang tak makan juga.. dah membazir..

    Wallahua’lam dan wasalam.

  5. Salam ya ustaz,
    Saya setakat ini setuju dengan apa yang ditulis ustaz dalam artikel ini. Pada pendapat saya, berdasarkan pengalaman setakat ini, merasakan perlunya para da’ie meluaskan pembacaan mereka kepada pelbagai bahan yang boleh difikirkan dan seterusnya membuka fikiran mereka ke arah diskusi lanjut dengan rakan-rakan (mengikut tahap keupayaan mereka menyerap apa yang akan kita bincang). Saya juga merasakan perlunya para da’ie bersikap ‘aman’ dengan idea-idea yang dirasakan bertentangan dengan idea/fikrah yang kita pegang. Kita eratkan ukhwah sesama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama mencintai agama ini dengan jiwa raga mereka. Alhamdulillah, setakat ini saya melihatkan adanya perkembangan yang memuaskan (walaupun masih lagi tidak mencapai ‘baik’) berkenaan perkara ini. Tapi, kadang-kadang saya merasakan perkara-perkara ini seperti tenggelam timbul. Sekejap menampakkan harapannya, tetapi pada masa yang lain pula, terasa semacam masih pada takuk yang lama. Waallahua’lam. Mungkin pemikiran saya masih lemah untuk memikirkan apa yang berlaku sebenarnya… Kalau diri saya sendiri, saya memang merasakan perlunya membuka pemikiran kepada fikrah2 yang berlainan (walaupun saya masih merasakan semuanya kembali kepada benda yang sama), tetapi, saya masih lagi tidak dapat melepaskan diri daripada perangkap masa untuk mengkaji lebih lanjut pencagahan2 idea yang entah wujud atau tidak sebenarnya.. menunjukkan kelemahan diri sendiri. Betulkan jika silap.

  6. Pak Din says:

    Salam percaya

    1. Saya percaya “kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita percaya”. Saya percaya “Ia hanya taqlid dalam perjuangan” yang menghasilkan Muslim yang taklid pada hari ini. Saya percaya Muslim telah berqodo’ (memilih) Qadar yang telah membuat Allah memberikan hasil yang melambangkan kemunduruan Muslim hari ini. Saya percaya banyak ketentuan Allah telah disalahtafsir oleh pendakwah yang menyebabkan hasil yang tidak sesuai dengan apa yang dirancang, Saya percaya ramai Muslim tidak setuju dengan kenyataan ini.

    2. Saya percaya Islam Popular itu sukar ditukar dengan yang tak popular. Dengan tidak mahu mempersoalkan apa yang kita percaya, akan menjadikan kita tidak tahu apa yang kita percaya. Malangnya itulah yang popular dalam perjuangan, ikut, ikut dan ikut. Selagi kita tidak mempositifkan nota kaki (bertaklid kepada yang ada), tanpa ingin menambah nilai pengetahuannya, selagi itu kita tidak akan dapat memberbaiki keadaan sekarang. Lagi ramai yang mahu bertindak mengikut hati dan emosi, maka akan menjadi popularlah pilihan cara begitu, dari penyampai kepada apa yang disampai dan akhirnya kepada seiapa yang disampai.

    3. Yang fikir, ikut, fikir akan menjadi lone ranger. Ditakutkan kemudiannya dengan kenyataan kambing yang bersendirian adalah menu utama serigala. Yang taklid ni selalunya kerana tidak mahu menggunakan akal, disebabkan penggunakan akal itu adalah sesuatu yang susah. Jauh lebih senang mengikut nafsu atau kemahuan diri. Ditambah lagi dengan persekitaran yang memang telah membena arus perdana mengikut nafsu atau emosi. Maka kuasa pasaran mahu, akan menghanyutkan yang ingin tahu, walau sekuat mana tahu boleh berenang melawan arus.

    4. Saya percaya ramai Muslim mengingkari ayat-ayat Syariat Allah (Kitab Al Quran), tetapi saya lebih percaya, lebih ramai Muslim mengingkari ayat-ayat Sunnah Allah (Kitab Alam). Dan saya percaya tidak ramai Muslim percaya adanya dua jenis ayat-ayat berbeza ini. Selagi tiada kesedaran kepada Muslim tentang ini, selagi itu Allah tidak akan memberikan hasil yang lebih baik kepada perancangan Muslim. Allah tidak pernah berlaku tidak adil, dengan membuat ketentuan bahawa orang bukan Muslim lebih maju dari orang Muslim. Tetapi Muslim yang rasa ego dengan mengatakan Allah hanya bersama mereka.

    5. Muslim diberitahu bahawa bila Al Quran mengatakan bahawa Allah bersama-sama dengan Sobirin (yang sabar), Solehin (yang soleh), Mukminin (yang percaya), Muslimin (yang menyelamatkan diri) dan sebagainya, seakan-akan Allah tidak lansung tidak bersama-sama dengan yang sebaliknya. Muslim lupa tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan untuk melakukan sesuatu (oleh sesiapa pun) melainkan dengan ada kehadiranNya. Muslim terlalu yakin bertaklid mempercayai, seluruh kuasa dan kehendak Allah adalah untuk mereka, lantas ego berserta sombong dengannya. Maka tidak mahu mempersoalkan apa yang dipercayainya, kerana mereka terasa Syurga sudah menjadi milik mereka secara automatik.

    6. Islam itu agama kejayaan dunia dan akhirat. Ramai Muslim telah diterapkan dengan kepercayaan, tinggalkanlah dunia (Sunnah Allah) untuk akhirat (syariat Allah). Ada yang mengatakan dengan tidak menyertai partinya, tidak menjadi Muslim, teruk lagi tidak ke Syurga. Ada juga yang menakutkan anak murid dengan kenyataan tidak mengikut kelasnya tidak akan dapat ke Syurga. Ini terjadi secara berleluasa. Dibacakannya nas-nas panjang berjela, bagi membuktikan kebenarannya. Apa nak fikir lagi, ini nasnya dah terang benderang. Memang ia mendatangkan ketenangan, tak perlu risau, tak payah nak berfikir lagi, Syurga milik mereka.

    7. Keredhaan Allah yang akan memasukkan kita ke Syurga bukan yang lain, termasuk pahala. Berlalu Ramadhan mula berkira dengan Allah, tiada ganjaran, amalan berkurangan. Baca Al Quran, berkira setiap huruf ada pahala, bukan nak dapat petunjuknya atau panduan yang terkandung di dalamnya. Asal baca dapatlah pahala. Keredhaan Allah di akhirat, boleh diukur dengan keizinan yang kita perolehi semasa di dunia. Yang mendapat keizinan di dunia adalah mereka yang lebih faham dengan carakerjaNya, iaitu yang lebih hampir padaNya. Begitulah Qadar ketentuanNya. Bukan pakai rasa ego hampir denganNya.

    8. Kemunduran Muslim adalah tanda kegagalan menghayati Islam sepenuhnya. Ramai yang mendamaikan hati dengan alasan kemunduran di dunia akan mendapat kejayaan di akhirat. Islam itu adalah kejayaan di dunia dan di akhirat. Tidak timbul kejayaan di akhirat tanpa kejayaan di dunia. Tetapi dalam alasan untuk tidak menggunakan akal, atau menyenangkan kerja menyampai, pendakwah mencari jalan singkat dengan menakutkan pendengarnya, yang menggunakan akal itu hanya berjaya di dunia, di akhirat nanti akan merana. Yang menjadi pendengarnya pun taklid membuta.

    9. Kalau kita tidak lebih dahulu memahami Dia, bagaimana kita mengharapkan Dia akan memahami kita, dan mengizinkan segala yang hendak kita lakukan di dunia. Bila kita sudah memahami Dia akan mudahlah kita memahami mahlukNya, terutamanya manusia. Jadi tidak timbul kita harus memahami manusia dahulu, supaya mereka nanti akan memahami Dia. Memahami manusia dahulu akan menghanyutkan kita di arus perdana, walaupun kita seorang perenang yang berwibawa.

    10. Saya bersetuju sangat dengan apa yang Ustaz kemukakan di sub tajuk terakhir “APA SEBENARNYA YANG ANDA PERCAYA?”. Bagaimana kita boleh “memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi” dan menggunakan “minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga” akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Malangnya dengan Islam Popular, itu semua pekara kedua, apa yang penting, apa Pendakwah Popular berkata, kata mereka. Ketenangan atau kebenaran, pilih satu antara dua!

  7. Zulhimi says:

    Saya dah lama tunggu seseorang menyentuh perkara ini. Saya keluar usrah sebab perkara ni – saya dapat menghidu perasaan “tidak selamat” seperti yang ustaz sebutkan di atas di kalangan ahli-ahli jemaah yang saya ikut dulu terutamanya yang bertanggungjawab membawa saya. Respon mereka lebih kurang sama juga sepeti yang ustaz tulis sehingga wujud perpecahan di kalangan masyarakat pelajar Melayu yang ingin medukung Islam di tempat saya. Tetapi alhamdulillah, seteruk-teruk perbalahan yg timbul di kalangan pelajar Melayu, pelajar-pelajar Arab jauh lebih teruk perbalahan mereka. Macam-macam isu yang timbul di kalangan “Islamists” ni…. dan setelah puas bersama dan melihat jemaah-jemaah sama ada di Malaysia atau oversea saya juga telah mencapai satu kesimpulan yang lebih kurang sama dengan ustaz – gerakan Islam tidak akan dapat mencapai matlamat mereka sehingga mereka mencabar kepercayaan mereka dan melaksanakan reformasi from the bottom up. Hal ini pula hanya akan diberi perhatian jika ia ditulis oleh seseorang yang lebih berkelayakan seperti ustaz, bukannya seorang pemerhati biasa…..Syukran jazeeran.

  8. khadijah says:

    1. Teringat Contemporary Islamic Movement yg pernah sy ambil dahulu. Itulah subjek yg sy score dan puas kerana itulah ilmu yg betul2 menusuk ke kalbu sy. Yg akhirnya sy berazam utk mencontohi modus operandi Hassan AlBanna utk masuk ke masyarakat seterusnya membetulkan apa yg perlu. Bidang keilmuan itulah yg dekat dgn apa yg sy ingin lakukan di dunia ini.

    2. Cantik sungguh bidalan yg digunakan dlm komen #1 tuh..suka sy!! sy percaya, kalau seseorg tu amat mahir memasak sekurang2nya tahu benar2 apa yg dimasaknya, tiada masalah langsung jika tiba2 di saat akhir ada perubahan dari segi bahan2 ataupun cara,pasti dia boleh ‘improvise’ jadikan makanan yg dimasaknya itu sedap,menyelerakan,berkhasiat dan boleh dimakan oleh semua golongan mahupun peringkat umur kan?!

    Tp tak semestinya makanan yg sedap,menyelerakan dengan nama hidangan yg hebat itu benar2 berkhasiat..:)

  9. slm.. says:

    testin… testin…

  10. ingin tahu... says:

    kirenye dulu2 ustaz rasullullah pun wt strategy untuk nk memahami msuh2 islam ni la ye….

  11. mu'allim says:

    “Yang menyokong, cuba merealisasikan idea Ummah Centric dengan gaya yang pelik”….apa maksud ustaz dengan gaya yang pelik????terima kasih

  12. Abu Saif says:

    # 11 mu’allim Says:
    November 4th, 2007 at 6:10 pm e

    “Yang menyokong, cuba merealisasikan idea Ummah Centric dengan gaya yang pelik”….apa maksud ustaz dengan gaya yang pelik????terima kasih

    Baca balik keterangan saya di artikel yang dirujuk iaitu Jemaah Itu Keperluan Ummah Itu Tujuan

  13. haidir yusof says:

    dari buku USUL 20 BY ISHAB…

    usul 6(menjawab soalan taklid dan isu quotation)

    “setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum iaitu nabi muhammad s.a.w. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan nas, maka nas al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w. adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan…”

    hhmmm…siapakah ana utk melahirkan kefahaman yang baru sedangkan al-quran tidak difahami, bahasa arab tidak dikuasai, ilmu hanya sedikit, akhlak tidak berapa sempurna…

    ada satu buku yg mesti dibaca…PAWNS IN THE GAME by william guy carr yang ditulis pada tahun 1958…boleh didownload dari ana punya blog…

  14. Kak Ija says:

    Masyi ustaz, afwan, buat masa ini tengah bergelut dengan “final exam” yg perlu diperiksa…tak sempat nak susun idea.

  15. syarief says:

    “I doubt, therefore I think, therefore I am”

  16. sufi says:

    Assalamualaikum,

    Saya pun kadang2 rasa takut nak keluarkan pendapat yg berlawan dengan pendapat ust ..? takut nanti ust tak suka … Tak sama saya yg ngaji pondok dengan ust lulusan Jordan.

  17. adi_sg says:

    mungkin akibat tidak mahu bertaqlid dalam perjuangan juga menyebabkan terbentuknya pelbagai gagasan pejuang dgn fikrah salafi yang berbeza-beza. malah wujud juga golongan yang independent yang tidak mahu dinisbahkan dgn mana2 gerakan.

    semasa kunjungan eid, ana dan seorang kenalan telah berbincang mengenai pro & kontra berjuang dgn suatu gerakan berjenama dan secara independent.

  18. pembaca says:

    salam uztaz…stuju benar dgn sikap sesetengah ‘murabbi’ yg sampai sggup atur program khas untuk anak2 buahnya pada hari yg sama dgn program yg dianjurkan oleh ‘jemaah’ lain di sesuatu institusi..dgn alasan spt uztaz katakan tadi:nak jaga kesejahteraan fikrah..(apakah itu fikrah yg sejahtera?)

    what a helpless ‘daie’ ? let’s be proactive, think positive =)
    majulah islam untuk semua!

  19. husna1399 says:

    # 16..salam sufi,

    Berbeza pandangan tak salah, jika yakin dengan apa yang diyakini..dan jangan tutup minda daripada mendengar pandangan yang lain..teruskan mendengar dan berdiskusi kerana di situ ada Rahmat ALlah SWT..:)

  20. husna1399 says:

    Salam..

    ..sudah lama tidak berusrah, member2 usrah ramai yang sambung blajar kat seberang laut. Affah, Afi, Kak Salmiah, Amelia..

    ..kelesuan golongan pendakwah dapat dilihat dengan jelas..

    liqa’ mereka mengahasilkan ‘akademi fantasia’.. daripada ‘american idol’ kepada ‘malaysian idol’. Rancangan baru ‘jangan tidur lagi’ mendapat sambutan daripada remaja2 di ipt.. banyak sekali rancangan2 hiburan yang mengajak kepada kehidupan yang lagha..

    ..liqa’ golongan pendakwah tidak menarik perhatian remaja2 ipt..masih boleh dilihat couples, tanpa segan-silu berdu2an.. Kesan2 liqa’ tidak dapat dilihat..masyarakat masih lagie rosakk.

    Ke mana sebenarnya pendakwah ingin membawa masyarakat..sedangkan di kalangan mereka sendiri masih lagie salah-menyalahkan..

    ..salam, ilal liqa’.

  21. Ammar says:

    Assalamualaikum wbt sume ;)

    Menarik, menarik. Corak kupasan yang menarik tentang isu yang semakin hangat diperkatakan.

    Pengajaran yang saya dapat ialah kita kena cuba cari kebenaran atau dalil yang sahih di sisi Islam atas segala perkara yang kita dengar, lihat, baca, fikir, bau dan rasa. Moga saya dan sahabat-sahabat bukan dari golongan yang bertaqlid.

    Saya juga harap sume pembaca tidak tersilap faham. Jangan sebab kita tak dapat cari kebenaran, kita keluar dari jamaah, institusi usrah atau pun apa-apa sistem tarbiyyah yang sedang kita lalui. Saya rasa itu bukan maksud ustaz. Ustaz mahu kita ini menjadi orang yang menganalisa supaya tidak berada dalam golongan “afala tatafakkarun”. Jangan pula kita menterjemah isu “Apa yang anda percaya wahai daie?” dengan gaya yang pelik. Betul ke apa yang ana faham dari tulisan ustaz ni?

    Dan jangan pula kita ada negative perception terhadap isu-isu yang disentuh oleh ustaz dalam tulisan ini. Rugilah kita kalau berperasaan begitu kerana bersangka baik itu sangat manis – perasaannya dan balasannya! Wallahua’lam.

    Apa pun, “Sedang orang lain berbicara tentang soal ummah centric vs jemaah centric,soal IM dan HT, soal Salafi dan Khalafi, soal PAS, Haluan, JIM, ISMA, Tabligh, PAKSI dan sebagainya, soal Anwarisme, Hadisme, Asrisme dan SaifulIslamisme, Aku berbicara tentang ke mana amalku?”

    Wallahua’lam

  22. iman nasuha says:

    saya tidak berani mempersoalkan fikrah, kerana saya diajar untuk tsiqah.

    jika saya mempersoalkan, dikatakan pula kepada, saya jangan bertanya yang tidak perlu.

  23. saladin says:

    Sl.Ana rasa topik ni xsesuai dibicarakan secara terbuka kerana xsemua mampu hadam topik ni dgn baik. tku2 tersalah fhm pulak
    sekadar pandangan

  24. ABU SAIF says:

    Meminta internet menyiarkan hanya bahan yang sesuai dengan kita, adalah seperti meminta dunia tidak muncul kecuali dalam bentuk yang kita mahu. Bukan internet itu yang patut kita syaratkan, sebaliknya kitalah yang kena bijak membuat pilihan dan penyesuaian

  25. ummimusa says:

    two years late for this entry as well. Just my two cents, ustaz, wouldn’t the story of how imam ghazali began ‘learning’ be relevant here? Pardon me if the person in the legend isn’t imam al-ghazali at all- I recall a story about a learned student journeying home when he was robbed by some men. He told the robbers that they may take anything and everything except one particular bundle. They tore open the bundle to only find papers in there – the man said that all that he learned was written there. The robbers passed a remark that the man was not learned at all then, if his ‘knowledge’ could be robbed just like that! This comment made him reflect on his “knowledge” and thus ‘re-learn’ by coming up with his own thoughts and views. Pardon me, abu saif, if you have time to comment, please do comment on the difference between the dangers of producing one’s own fatwa without proper knowledge and the good in the need to question, reflect and respond as a process in learning (something)

  26. al-faruqy says:

    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..topik ni menambahkan pengetahuan ana.
    Sebelum ni ana pernah berhadapan dgn sahabat2 yg tak mahu menerima pandangan pihak lain melainkan jemaah yg diikutinya..Sedih..

Leave a Reply