
“Pembangkang sungguh tidak bersemangat menghadapi pilihanraya. Jika yang lepas, mereka over confident, kali ini apa pula?”, tegas seorang ‘wakil rakyat’ di kedai kopi.
“Mereka ini, menguruskan kemenangan pun lemah, menguruskan kekalahan pun lemah. Macam mana nak pilihanraya ni?”, keluh seorang pemerhati di meja runding warmak (warung mamak).
“Kita olang sudah manyak tak suka sama itu gomen. Tapi opposition talak confident. Macam mana mau kasi undi?”, keluh seorang ahli perniagaan selepas membaca beberapa berita di akhbar.
Cakap-cakap di atas memang meresahkan. Ia adalah keluhan masyarakat terhadap realiti yang berlaku kepada barisan pembangkang yang masih belum panas enjin untuk mempersiapkan diri menjelang pilihanraya.
Cukuplah masalah yang menimpa Malaysia akibat kerajaan yang lemah, jangan pula masalah itu diburukkan lagi oleh pembangkang yang juga lemah. Kita bekerja harus dengan minda dan akal yang tajam, bukan semangat semata-mata. Tetapi bekerja tanpa semangat juga amat meletihkan. Seakan-akan tidak serius beragenda.
10 NOVEMBER
Akhirnya 10 November berjaya merawat kerisauan ini.
Biar pun menerima pelbagai mesej keras dari superiority attitude pihak berkuasa, seruan NGO, parti-parti politik dan semua ‘seruan bebas’, telah berjaya juga menghimpunkan rakyat prihatin untuk bersuara. Menyuarakan hasrat mereka untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang bermaruah, pada ketelusannya menegakkan equality and justice.
Pembangkang sememangnya tidak pernah kisah untuk kalah, tetapi biarlah kekalahan mereka hasil pertandingan yang adil. Penipuan dalam pilihanraya pula memang bukan suatu yang asing, tetapi untuk kita berhenti mengkritik dan seterusnya menerima penipuan itu sebagai salah satu syarat permainan, maka ucap sahaja selamat tinggal kepada umat yang bakal hancur dan binasa itu.
Saya menulis entri kali ini bukan dengan maksud untuk pembangkang menang sebab mereka pembangkang, dan pemerintah kalah kerana mereka pemerintah. Tetapi saya berpegang kepada perlunya sistem yang sihat untuk check and balance di dalam sebuah negara. Kerajaan berkewajipan untuk melaksanakan keadilan bukan hanya kepada kawan, tetapi juga kepada lawan. Andai jujur, pada lawan itulah mungkin pemerintah akan beroleh nasihat terbaik.
BERSIH MEMALUKAN NEGARA?
Saya hairan dengan kritikan-kritikan sumbang bahawa tindakan rakyat turun ke jalan telah memalukan negara, merugikan peniaga dan mencemar maruah Malaysia yang baru melakar nama di angkasa. Jika tindakan rakyat turun ke jalan dianggap memalukan negara, apakah selama ini kita pernah berasa malu dengan laporan-laporan ketidak telusan dan korupsi yang disiarkan oleh badan antarabangsa seperti Transparency International?
Jika kita benar-benar mahu memperkatakan tentang tindakan memalukan negara, komen Menteri Penerangan kepada al-Jazeera itulah yang mesti diberikan perhatian serius. Bukan sahaja tidak menjawab dengan bahasa seorang menteri, malah menyentuh Myanmar dan Pakistan secara bebas, tanpa memikirkan kesannya di peringkat antarabangsa.
Mendengar ucapan-ucapan menteri hari ini, secara jujurnya, saya jatuh ‘rindu’ kepada zaman Tun Mahathir. Ketepikan seketika soal pendirian-pendiriannya yang kita semua maklum, tetapi apa yang pasti, setiap ucapannya berbaloi didengar bahkan boleh dikaji sebagai suatu pemikiran. Jauh sekali dari bercakap semata-mata untuk memalukan negara secara murah.
Saya yakin seluruh dunia menyaksikan video klip berikut:
MOMENTUM PILIHANRAYA
Semoga gelombang kuning yang tercetus pada 10 November baru-baru ini, berjaya mewujud dan mengekalkan momentum yang diperlukan untuk Barisan Alternatif mempergiatkan kerja mereka menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.
Dalam masa yang sama, janganlah pula Barisan Alternatif merasakan yang kerja mereka sudah selesai dalam memobilisasikan rakyat ke arah perubahan, semata-mata atas figur 100K yang turun baru-baru ini. Ia hanya suatu permulaan, dan kerjasama yang tulen mesti diusahakan.
Kepercayaan rakyat mesti berjaya dihasilkan, dan pastinya ia bukan hanya dengan menyandarkan diri kepada kerja mobilisasi seperti 10 November. Keyakinan rakyat sukar untuk dijana hanya pada komitmen BA kepada integriti, namun kompetensi juga penting. Calon mestilah berminda dengan minda policy makers serta bekerja dengan tangan seperti tangan administrators..
Itulah rahsia kejayaan banyak parti yang berjaya, seumpama pembangkang di Turki. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mengundi Parti seperti Refah, Fazilet atau AKP atas dasar ideologi. Majoritinya mengundi atas keyakinan mereka kepada ‘kualiti calon’. Dalam situasi seperti ini, kita perlu lebih menekankan kepada self improvement dan bersederhana dalam self promotion. Korupsi pada penguasa sedia ada sudah jelas, namun keupayaan penggantinya yang masih samar, di mata ramai.
BERSIH hanyalah spark dan ia mesti disambut oleh bahan api dan enjin jentera yang menjana pergerakan sebenar ke arah perubahan.
Seeru ‘ala barakatillah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





assalamualaikum…
dari semalam menanti komentar ustaz..
alhamdulillah..
moga sultan ambil peduli..
Beza masyarakat di sini dan di sana umpama langit dan bumi dalam menangani hal-hal ini (eg hak-hak rakyat). Kadang-kadang tertanya diri apa silapnya masyarakat di sana; adakah pendidikan, masyarakat, kerajaan atau diri kita sendiri sebenarnya?..
assalammualaikum…
komen yang tepat dan padat…jangan gentar dan gusar…panaskan enjin dan pastikan percikan api pemanasan itu melonjakkan ‘SOYUZ PRU’ kali ini milik barisan alternatif…Allahu Akbar!!!!!
Dan kerajaan kita masih lagi punya hati untuk mendabik dada sebagai jagoan Hak Manusia rantau Asia Tenggara… Astaghfiruwllaah.
Salam ya Ustaz,
Dari pengalaman saya memantau Pilihan Raya Ijok dgn kelulusan SPR melalui MAFREL, byk juga saya belajar.
Dari segi proses hari pengundian, saya kira semua berjalan cukup baik dan tertib. Dari pemerhatian saya, petugas2 parti oposisi (saya lebih senang menyebut alternatif kerana kewujudan mereka diiktiraf) masih ada beberapa kelemahan. mungkin aspek ini sukar dilihat dr counting agent parti pemerintah kerana mereka lebih selesa, tp jelasnya sy rs mereka lebih terlatih.
Dari aspek polis, walaupun sy berpendapat secara umumnya baik. Masih ada beberapa hal dari pemantauan saya yg boleh disiasat dan dibetulkan.
Umumnya, petugas PR dan Polis malah mungkin orang awam sangat tidak memahami proses demokrasi itu sendiri. Saya menolak ke tepi dulu soal demokrasi dari sudut ruang (bicara, berhimpun, wacana dsbgnya). Saya mahu katakan demokrasi dari sudut Pilihan Raya.
Rakyat, petugas, polis dsbgnya umumnya masih ada “ketakutan” krn sistem yg memang tidak mahu manusia memahami hak mereka. Justeru, ada ketakutan2 yg tidak berasas. Sebab itu saya mendokong tuntutan BERSIH selain 4 tuntutan awal terutama berkaitan proses sebelum PR.
Dari segi “Gerrymandering” juga sepatutnya SPR consult parti2 politik dan SPR tidak sepatutnya berada di bawah JPM kerana mereka badan yg sepatutnya berkecuali.
Jika dibaca kenyataan Tan Sri Rashid semalam, saya kira Alhamdulillah, byk sekali sumbangan MAFREL dalam membaiki sistem PR walaupun harus sy akui masih belum cukup.
Saya juga, dgn mengenepikan sentimen perkauman, tidak pasti sama ada “Gerrymandering” juga akan memastikan melayu berkuasa (?). Soalan saya ni bunyinya bahaya..tapi sebagai seorang yg yakin dgn kemampuan bangsa utk bersaing, sy tidak fikir itu satu kekhuatiran.
Sebab itu, bila melihat proses dengan keistimewaan berada dlm sistem, sy fikir byk pendekatan pembangkang perlu dibaiki. Sudah tentu dlm kenyataan ini tidak bermaksud sikap berat sebelah kerajaan dari segi demokrasi ruang harus sy ketepikan.
Saya memang ada byk usul utk pergerakan mahasiswa,insyaAllah saya sdg usahakan pertemuan utk saya dan gerakan mahasiswa (termasuk yg sayangkan mahasiswa) bermuhasabah tentang jalan yg harus mahasiswa pilih.
Harus ada garis pemisah antara corak dan bentuk pergerakan mahasiswa dari tersedut sepenuhnya dalam agenda parti politik dan gerakan massa. Kerana mahasiswa seharusnya lebih ke depan dlm mengolah idea2 baru.
Salam perjuangan!
Daulat Tuanku!
Oh ya Ustaz,
Waktu bertugas di Ijok, saya kira polis sangat mesra dgn saya! Sudah tentu pengalaman mendewasakan. Saya tak kisah sangat tentang maklumat2 peribadi saya yang polis dptkan kerana saya bertugas dgn akreditasi SPR.
Seperkara yang menarik, Special Branch dari Kelantan yang kacak, tinggi dan tidak beruniform tidak habis2 bercerita tentang kejayaan Politik Turki yang sepatutnya dicontohi oleh PAS. Saya hanya tersenyum kerana terlalu byk contoh2 luar negara dari Turki ke Syria yg dibentangkannya cukup jauh dari jangkauan saya tetapi ideanya cukup menarik dan mencerahkan!
Alhamdulillah .. sekurang2nya nampak juga ada yang masih mahu memperjuangkan keadilan . Moga2 semangat ini boleh meresap ke jiwa2 yang cintakan keadilan . Ameen .
Lupa lak..SB tu, dah namanya SB..bila dia berborak ttg itu, selain tabik sy kpd penguasaan isu2 yg sy tahu..sudah tentu bidang siasatan dia juga cukup jelas
=
Semasa menyiapkan makan malam anak-anak tadi, saya mendengar berita di Radio 24 Bernama, temubual bersama Dr. Maza.
Antara intipati temubual itu ialah, Dr. Maza menyeru supaya BERSIH memikirkan kesan kepada perbuatan mereka. Dalam usaha untuk serve kepentingan peribadi, or golongan or parti tertentu, kesannya kena kepada semua.
Dr. Maza juga menyeru supaya BERSIH melihat keadaan di negara-negara umat Islam yang lain, bagaimana keadaan negara itu yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia.
Juga, Dr. Maza menasihatkan mereka yang terlibat di dalam demonstrasi tersebut supaya menjaga adab-adab semasa masuk ke masjid. dan jika beradab, maka adab itu juga mestilah dibawa ke luar masjid.
Betulkan narration saya jika tersilap.
Ana ingin membawa sedikit point dari hardcore pejuang Melayu, Datuk Ruhanie a.k.a Kuda Kepang.
“Setelah mengikuti seluruh peristiwa di atas(peristiwa BERSIH), hati kecil saya membuat kesimpulan seperti berikut: kelihatannya target pihak keselamatan setakat ini hanya tertumpu kepada kelompok rakyat jelata Melayu dan Islam sahaja. Mengapakah jadi begini? Adakah ini arahan pemimpin besar negara? Adakah ini arahan sesetengah personality dalam pasukan keselamatan?”
http://kuda-kepang.blogspot.com/2007/11/dosakah-rakyat-berpakaian-kuning.html#links
Tahniah Ustaz kerana menyiarkan artikel yang positif berkaitan Himpunan BERSIH 10 November lalu.
Saya rasa tuntutan BERSIH wajar disokong oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yang cintakan negara. One step forward ke arah negara yang bersih dari penyelewengan bermula dari proses pilihanraya yang adil.
Hanya pemimpin yang dipilih secara adil mampu meneraju negara ke arah Keadilan & Kemakmuran, jauh dari sebarang penipuan & korupsi.
Bagaimana rakyat ditipu dalam soal pemilihan begitulah mereka seterusnya menipu rakyat dalam pelaksanaan dasar dan polisi negara yang akhirnya merugikan kita semua.
Demi Negara tercinta.. Sokonglah usaha BERSIH..
Please go to Malaysiakita for photos links. Scroll down to “Historic Moments” below the blue ad. Thank you.
alhamdulillah…
perenggan ustaz yg 2nd last tu sgt bermakna…
assalamualaikum…
sahabat2 sekalian…
sepanjang masa, jgn lupa utk selalu MENDOAKAN kesejahteraan Malaysia kita yg trcinta..
walau apa yang terjadi, kita harus pastikan yang Malaysia tidak akan jadi seperti sstengah negara lain yang hidup dalam kacau-bilau..
pastikan keamanan negara dapat dikekalkan..
hanya Allah yang berkuasa atas segala2nya, disamping kita berusaha melakukan perubahan..sekian
(sedih dan terkilan bila ada yang menyamakan Malaysia dengan negara2 lain yang bergolak, selepas melihat liputan wartawan asing)
maza oh maza…
apapun, kalo YDPA x dpt ambik tindakan apa2, sy tetap puas hati dgn perhimpunan ni..responds dr media luar negara cukup baik..liputan kali ini cukup meluas.at least negara luar tahu cerita sebenar demokrasi di malaysia.
Inysa Allah himpunan BERSIH permulaan ke arah membersihkan segala kotoran degil yang ada dulu, kini dan selamanya
Amalan yang diiktiraf adalah yang istiqamah. Akak bersetuju dengan statement penekanan kepada self improvement done continuously. Continuous improvement. Memang banyak cabarannya, kepelbagaian lapisan masyarakat, ideologi yang berbeza dsbnya. Jangan putus asa untuk berusaha. Bersatu untuk menentang kezaliman dengan semangat dan perancangan teliti. Fikirkan substance over form setiap kali berkempen, rakyat juga telah maju dari segi cara berfikir.
Teruskan usaha ustaz untuk menyedarkan pihak yang tersayang. Akak dan suami kalau berbincang hal ini, perjalanan Muar-Bota terasa dekat. Akak bagi cadangan, dia akan jawab bagi pihak barisan alternatif, antara ideologi, teori dan realiti. Untuk melapangkan dada, fikirkan ganjaran yang kita dapat atas usaha bukan hasil. Bukan pessimis tetapi sekadar menguatkan semangat perjuangan.
sudah tak yakin pada mana-mana parti……gov ataupun pembangkang….
yang sudah layu dengan semangat memperjuangkan bangsa dan agama.. masing2 sebok mempertahankan agenda dan politik masing-masing….laungan debat dan janji bukan main kuat dicanang..tapi terlaksana dengan muslihat dan ada udang di sebalik batu…nak mengundi..konfius yang mana satu untuk dipangkah…
rasa menyampah melihat wajah pemimpin baik gov atau pembangkang( kecuali beberapa org)
kalau tak boleh juga BERSIH kita gunakan ‘clorox’ yang paling kuat untuk menghilangkan kekotoran yang terlalu degil itu……………
tetapi ‘clorox’ juga tidak memadai sekiranya ia tidak dibantu dan disokong dengan kekuatan dan semangat ramai………………………….
Tahniah dan syabas buat artikel yg sedikit merawat ‘kepedihan mata’ dan ‘kegatalan kulit’ pd sabtu lepas di masjid jamek…
setuju dgn rulza..
nk kata kerajaan baik, ada pnylewengan dlm p’raya..
nk kata pmbngkang baik, ada gak yg x baik..
ntah la…ana confius
http://www.youtube.com/watch?v=qDyH9qtBp8Q
jangan pula rulza dan sahabat ingat, mereka yang mengambil tahu tentang politik ini sedang berseronok dengan apa yang ada tanpa sedar akan kekurangan-kekurangan yang disebutkan itu.
tetapi berputus asa dari mencari penyelesaian, dan duduk merajuk di sudut-sudut kehidupan, saya bimbang akan mengheret kita kepada putus asa dari rahmat Allah.
jika nak merajuk dengan kelemahan yang ada, saya akan merajuk sebelum rulza dan sahabat merajuk. tetapi kita menghulurkan penyertaan bukan sekadar untuk menerima malah untuk memberi.
bukan hanya untuk menerima manfaat dari gerakan, tetapi juga untuk memberi penyelesaian apabila masalah dan kekurangan berleluasa. tukar mindset sikit je… insya Allah ceria
gerakan Islam bukan Ustaz Badrul Amin (merujuk kepada youtube sahabat). Ustaz Badrul Amin datang datang pergi. Gerakan Islam adalah sesuatu yang kekal di tengah-tengah masyarakat untuk berperanan, lantas wajib dibezakan antara perbuatan individu, dengan prinsip gerakan itu sendiri.
saya tidak sama sekali ada sebarang alasan untuk menjustifikasikan ucapan Ustaz Badrul Amin itu, tetapi jangan lupa untuk lihat ke belakang, apa yang telah dia tempuh hingga menyebabkan dia jadi macam tu. kita memberi komen di atas bantal pink yang empuk, Ustaz Badrul Amin hilang kehidupan akibat merengkuk di penjara di bawah tahanan ISA.
tidak wajar bercakap tentang keganasan, jika tidak mahu bercakap tentang puncanya
Setuju ustaz..
Memberi alasan untuk tidak berbuat sesuatu adalah cukup mudah. Menjustifikasikan sesuatu juga bukanlah susah tetapi bila bertarung dalam kerencaman pandangan, menjustifikasikan sesuatu nyata bukan boleh wewenang..
Rulza dan sahabat, sebagaimana kata Ustaz, jika bersandar pada kelemahan, saya tak fikir ramai yang mahu terus berjuang. Tetapi bersandar kepada kemahuan dan potensi..ramai sedar bahawa sesuatu boleh dilakukan.
Berpijak di bumi yang nyata, formalitinya kita ada 5 tahun menghakimi kerajaan dan pembangkang atau mungkin lebih awal dr tempoh itu. Dan tiba masanya kita akan berbuat keputusan melalui saluran undi.
Dalam tempoh 5 tahun inilah kita perlu berlaku adil menimbang baik buruk sesuai dengan neracanya. Sebagai contoh kerajaan dgn segala kekuatan jentera dan kekangannya kepada selain mereka..nisbahkan dgn sumbangan dan kebejatan mereka. Begitu juga oposisi, dengan segala keterhadan jentera dan kekangannya dari kerajaan..nisbahkan dgn sumbangan dan kekurangan mereka.
Untuk terlibat dalam proses menimbang inilah demokrasi ruang diperlukan dan sering dihalang. Sudah tentu wajar kita menuntut ruang ini dan sudah tahu kesan halangan ini.
Ruang pembaharuan bukan sedikit. Dan sejarah menunjukkan hanya yang sanggup akan ke depan. Untuk Rulza dan sahabat, berhenti bermimpi dari realiti. Jika kedua-duanya tidak cukup bagus untuk sdr, kedepankanlah agenda sdr..
bercakap tentang punca, puncanya ialah “peninglah aku politik2 ni”. Anda akan dilihat “cool” jika tidak terlibat dengan politik even to think about it. Ini trend(penyakit) yang melanda. Politik dilihat sebagai taboo yang tidak sesedap air tebu.
“Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people; (Smallest minds talk about themselves).” – Eleanor Roosevelt (dalam kurungan adalah tambahan dari saya.
Jadi jangan banyak sangat discuss event (e.g. BERSIH). Discuss la idea disebalik BERSIH. Abu Saif selalu tulis tentang dirinya tetapi ada idea2 dibincangkan berkenaan kisah dirinya.
Semakin ngeri dengan ketidakseimbangan perkembangan di Malaysia. BERSIHkan negara…
Ro Ya Alip Dhod,
Kata dalam kurungan tu mmg telah mahsyur dlm ungkapan Roosevelt. Tapi saya tidak fikir kata2 Roosevelt itu mutlak melainkan ia harus dibaca dalam konteks masyarakat di mana beliau berucap. Bagaimanapun, ia boleh disuaikan sedikit sbyk di Malaysia.
Sebenarnya bercakap tentang apa saja tidaklah salah melainkan kita tidak melihat selapis saja dan kita mesti berani melihat perspektif yg pelbagai dan berani sendiri mencabar pandangan kita. Tidaklah saya maksudkan kita tidak punya pendirian melainkan kita lebih mengerti isi persoalan.
Al-Qamar, saya rasa ketidakseimbangan perkembangan di Malaysia bukanlah soal baru malah sebelum merdeka lagi. Kita mewarisi ketidakseimbangan ini dan salah satu alternatifnya adalah DEB. Dan DEB itu memang telah membantu generasi sebelum ini sebelum kebimbangan Allahyarham Tun Dr Ismail menjadi kenyataan bahawa DEB akan disalahguna jika melangkau tempoh perlaksanaannya.
Realitinya, kita harus mengakui reformasi itu perlu dalam tingkat yang pelbagai dan pada satu tingkat saya percaya kerajaan mmg harus/boleh malah wajib dicabar atas perkara2 prinsip.
Saya kata saya tambah sebab tak ada rujukan sahih bahagian “smallest minds” tu. Sebelum saya salah amik quote, baik saya kata saya yang tambah. Kalau salah pun, salahkanlah saya.
Bagaimanapun saya tidak melihat quote tersebut spesifik untuk waktu tertentu dan konteks tertentu. Pada saya ia generic. Mungkin Roosevelt ada makna lain semasa mengucapkannya. Secara zahir, quote itu amat applicable.
Sedikit tambahan
Discuss idea – “Perhimpunan 100,000 telah menggambarkan rakyat begitu prihatin terhadap electoral roll. Kesanggupan rakyat berdepan dengan ancaman polis menunjukkan ketegasan rakyat”
Discuss event – “Dahsyat woo perhimpunan semalam, jam teruk, ada orang kena sembur”
Discuss people – “Orang yang datang pakai baju kuning pelbagai fesyen. Awek2 pun ramai”
Discuss themselves – “Aku duduk depan sekali ko tau”
saya bukan orng yang pandai memimpin..malah lebih meminta untuk dipimpin… tapi semua org sedar akan kepincangan kedua-duanya…saya menyokong sesiapa yang dapat meyakinkan saya bahawa dia adalah wakil yang sedia ikhlas berkhidmat untuk rakyat…malah lebih menyokong khidmat dan pimpinannya yang berteraskan cara hidup islam…memang konfius untuk memilih..tapi perlu memilih untuk menunaikan tanggunggjawab..keliru siapa sebenarnya yang BERSIH…
memang… memang sulit nak menentukan siapa yang BERSIH. Nabi SAW pun telah memberitahu kita bahawa kebenaran di zaman seperti zaman kita ini bersalut debu… masih suci, tapi dalam debu. Tidak sejernih dulu.
tiada pilihan untuk mencari kejernihan.. kerana debu itulah realiti hari ini. sama ada kita mencari bekal taqwa untuk mencari penyelesaian, atau kita duduk dalam lembah putus asa dari rahmat-Nya
Yg dpt kak beri pandangan ialah jgn putus dgn majlis ilmu (agama) hingga mati (Nabi yg suruh, perintah dr Allah, kan) dgn IKHLAS, mudah2an Allah beri kefahaman yg mendalam ttg Islam & mana hala tuju kita di dunia ni utk dibawa ke ‘sana’..
Salam BERSIH
1. Syukur, protes BERSIH telah berlalu dengan tiada kejadian yang terlalu buruk bersamanya. Sesungguhnya ia sesuatu yang perlu dilakukan, walaupun sepatutnya mendapat kebenaran pehak berkuasa. Memang biasa, pekara sebegini akan berlaku walau siapapun memerintah! Kedua-dua pehak akan cuba menegakkan benang basahnya. Sudah menjadi tabiat budaya turun temurun, biar menang sorak, tak kiralah kampung tergadai. Yang pasti kalau pembangkang dan pemerintah bertukar tangan, sekalipun, selagi masih berbangsa Melayu, akan terjadi pekara yang sama.
2. Yang penting surat telah sampai ke tangan Raja. Akan berterusanlah benang basah ditegakkan. Yang satu kata kejayaan menyampaikan hasrat di hati kepada Payung pemerintah dan yang satu lagi kata hendak memerangkap Raja-raja untuk bermain politik. Tahniah kedua-dua pehak, kerana kesabaran dalam bertindak tidak mencetuskan kejadian buruk. Kedua-dua perlu sedar dalam sistem demokrasi beraja ini, parliament yang terdiri dari kedua-dua pehak saling membetulkan satu sama lain. Hasil dari pertikaman lidah di parliament itulah kesemua undang-undang digubal dan kemudian dilaksanakan.
3. Kesanggupan BERSIH mengadakan pasukan khas bagi tujuan membendung keganasan juga perlu disanjungi. Kekuathiran pehak penjaga keamanan juga bukanlah tidak bertempat. Semuanya berdasarkan kejadian lalu, di mana memastikan sesuatu demonstrasi, samada dicadang aman atau tidak, tidak menjamin kententeraman awam dapat dikawal. Apabila keadaan menjadi tegang, yang berserban pun akan mengambil kesempatan baling batu sembunyi tangan. Seakan Allah tak nampak bagaimana imannya yang rapuh di dalam jiwa?
4. Empat pekara yang dikemukakan bukannya sesuatu yang baru. Bukan tidak pernah dibahas di parliament. Bukannya Raja-raja asyik bermain golf atau menunggang kuda sehingga tidak tahu hal-hal rakyat. Tetapi itulah budaya short-sighted. Budaya jalan pintas. Disuruh oleh Allah untuk berilmu dalam menjalankan sesuatu, terutamanya dengan mematalamatkan syurga dalam kehidupan, carakerja berpotensi huru-hara yang dipilih untuk melaksanakan sesuatu hajat. Bukankah menyusun strategi yang lebih kukuh dari itu, masih boleh dibuat?
5. Penguat-kuasa undang-undang juga perlu berstrategi lebih jitu dalam menangani peristiwa sedemikian. Kalau telah diwar-warkan slogan berhemah dan berhati-hati di jalan raya, kenapa tidak slogan yang sama digunakan semasa bertindak? Kalau sesuatu terkeluar dari atur cara asal barulah bertindak, sekiranya belum terkeluar, kenapa perlu bertindak awal, kepada pekara yang belum pasti berlaku? Bagaimanapun syabas kedua-dua pehak kerana hasil tidakan masing-masing, tidak menjadikan keadaan huru-hara kepada persekitaran.
6. Umumnya BERSIH hendak menunjukkan perpaduan jitu dari pelbagai pehak, di atas isu-isu yang dikemukakan. Sememangnya kedua pehak bersetuju (kerajaan dan pembangkang) sistem pemerintahan perlu dikemaskini setiap masa, terutamanya sistem pilihanraya. Tidak akan bermakna kebebasan berdemokrasi, sekiranya dalam pelaksanaan pilihanraya terdapat kepincangan, walau sekecil manapun. Hanya dengan memdapat mandat yang sempurna, akan memastikan kejayaan cemerlang dalam sistem pemerintahan.
7. Masyarakat Malaysia perlu lebih matang dalam berpolitik. Dalam keghirahan mengejar kemajuan di bidang sains dan teknologi, rakyat seharusnya lebih memusatkan pemikiran kepada sesuatu yang lebih mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara. Menyedari bahawa segala sesuatu yang telah dan akan berlaku adalah mengikut Sunnah Allah, akan menjadikan kita lebih banyak berfikir panjang, dari bertidak dengan sort-sighted actions atau mengambil jalan pintas dalam menyelesaikan sesuatu.
terasa nak beri respons kepada sahabat2 yang masih pening untuk memilih .. kalau kita sebagai org islam tidak mahu org bukan islam menolak islam kerana sikap org islam , tetapi mahu mereka menilai islam berdaraskan ajarannya … samalah dalam situasi ini .. kita sokong atau tolong kelompok manusia bukan kerana siapa di dalamnya .. tetapi apa yg dibawanya .. apa prinsipnya .. apa dasarnya .. mana2 kelompok dalam dunia ini tak kira dasarnya islam atau tidak, pasti ada org baik di dalamnya, pasti ada org tidak baik di dalamnya ..
tidak dinafikan imej manusia di dalam kelompok itu sangat penting .. tapi sebagai manusia yg dikurniakan Allah akal, pasti kita lebih bijak untuk menilai, pastinya dasar dan prinsip lebih utama, dan bukan sikap dan imej manusia2 di dalamnya ..
sekadar lontaran kepada sahabat2, takkan kita nak pilih kelompok yg mengatakan murtad itu dibolehkan, takkan kita nak pilih kelompok yang menyerahkan kuffar untuk menyelesaikan masalah israel-palestin, takkan kita nak pilih kelompok yang mengatakan aurat itu tidak perlu ditutup ketika bersukan .. ini semua asas2 dalam islam .. yg pastinya mudah dinilai oleh setiap yang berfikrah islami ..
mohon betulkan apa yg salah
-yg masuk kerana faham prinsip dan ideologi, aku yakin terlalu banyak buruknya, aku istiqamah kerana ingin mambantu memperbaikinya, dan menutup lompong mana2 yg buruk , pasti bukan kerana org di dalamnya , kerana jika ya, pasti aku amat kecewa-
Rulza,
Saya fikir kita perlu realistik. Pendirian individu dan pendirian jemaah dlm bentuk NGO, parti dsbgnya kadang2 bertembung dan kadang2 selari. Konsensus sentiasa perlu dlm gerakan yg perlu menangani pelbagai karenah dan mehnah.
Tidak ada paksaan untuk sdra/i mengundi. Tetapi mempunyai pilihan dan akses kepada pilihan2 yg ada adalah hak sdra/i!
ALLAH YAHDIIK RULZA..
“INNAKA LA TAHDII MAN AHBABTA WALAKINNALLAHA YAHDII MAN YASYA’..” sesungguhnya kamu tidak mampu untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang kamu hendaki tetapi Allah jualah yg mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya” ALLAH YAHDIIK RULZA ALLAH YAHDIIK AAMEEN!!
Ustaz;
Saya rasa Dr MAZA tak pernah merasai suasana Islam di negeri bukan Islam. Lihatlah di UK atau Australia. Demostrasi adalah perkara biasa dan polis akan menjagi demonstrator supaya tidak diganggu. Tak pun buruk imej negara mereka. Kebajikan rakyatnya first class. Kebebasan bersuaranya first class. Layanan kepada orang berlainan pendapat seperti pembangkang adalah first class. Adakah mungkin Malaysia menjadi negara maju sedangkan mindanya masih kolot?
Tunjuk perasaan bukannya bertentangan dengan Islam. Lihatlah ibadat haji. Apa guna disyariatkan melontar di jamrah kepada syaitan yang tak kelihatan itu kalau bukan untuk tunjuk perasaan anti-syaitan.
Dr MAZA seharusnya malu dengan harga skrew driver yang dua tiga ringgit menjadi puluhan atau ratusan ringgit itu. Dr MAZA seharusnya malu dengan bilangan pembuangan bayi yang banyak itu. Dr MAZA seharusnya malu dengan orang miskin dan ditimpa bencana yang tidak sampai bantuan. Dr MAZA patut malu dengan mat rempit berlumba itu. Dr MAZA patut malu dengan perbahasan agama dan ikhtilaf di Kalangan orang awam yang tak menngertipun Bahasa Arab yang sering bertaklik kepada MAZA sendiri.
Itulah yang dia patut malu bukannya menentang kezaliman, kemungkaran dan ketidak adilan. Menentang kemungkaran dan kezaliman adalah prinsip seperti menentang bidaah juga. Apatah lagi kemungkaran dan kezaliman itu dilakukan oleh orang besar manakan bidaah itu dilakukan oleh orang kerdil yang bodoh, sudah tentulah menentang kemungkaran dan kezaliman itu lebih utama.
Syabas Ustaz Abu Saif.
askum..
Tahniah pada BERSIH..mudah-mudahan 100k semua istiqamah.. Ini baru permulaan…banyak lagi yang menanti selepas ini.. bagi yang still confuse ngan isu politik ..jernihkan fikiran anda… kita diberi sesuatu yang diberi nama AQAL .. jangan sempitkan fikiran.. bukalah ia seluas-luasnye… .. jangan baca satu news paper aje.. baja lidah kerajaan dan baca lidah pembangkang.. kemudian nilai kedua2nye.. cari sejarah penubuhan parti ini dan ikuti perkembangan nye dari dulu hingga kini.. bermula dari sebelum merdeka dan sampai sekarang …… barulah boleh nilai dengan baik… tak adilkan kalau baca cerita tebuk tengah2.. samalah dengan isu politik… perlakuan dan tindakan sesebuah parti politik yang dapat kita lihat sekarang bukan tiba2 sahaja jadi begitu rupa.. ianya terhasil dari peristiwa dan pengalaman yang lalu.. jadi kalau kita tak flash back memang kita tak boleh paham sampai bila2….
Kita sibuk cerita pasal masalah di bawah :
1) jenayah
2) kerosakan akhlak muda-mudi
3) harga barang naik, tol naik, minyak naik
4) rasuah menjadi-jadi
5) kemiskinan
Semua ini dibawah kuasa kerajaan yang memerintah … sesetengah orang kata politik tak ade kena-mengena dengan dia .. tapi kalau barang naik, tol naik minyak naik kenapa bising ? kita jugak yang redha pemimpin tu yang berkuasa… bila tengok tv orang kena bunuh kena rogol.. Oh kesiannye…eh tak patut betul .. apa nak jadi dengan dunia ni…. Siapa yang bertanggungjawab tentang keamanan negara..bukankah kerajaan yang memerintah.. jadi bagaimana kerajaan ini di pilih .. melalui proses pilihanraya … jadi pilahanraya tu politiklah kan.. jadi macam mana boleh kata politik tak de kena mengena dengan kita ye tak….
Buat kengkawan yang masih dengan isu khilaf disana sini… sudahlah tu.. kalau asyik duduk dalam kuliah tapi tak turun dalam masyarakat.. ilmu kita tak sampai ke mana… wsalam.
salam ustaz,
BERSIH for better MAlaysia!..
looks at what others said…
http://www.othermalaysia.org/content/view/127/1/
saya hanyalah lurker..:)
I REALLY like the part in the second video when the reporter ask ZM these straight-forward-easy-professional questions
:
- ‘so why can’t these people protest if it is a democratic country?’
- ‘why did you not break up this protest more peacefully?
- ‘why is this protest illegal?’
When he couldn’t answer wisely, he started to accuse and cursing Al Jazeera for helping the people. what a minister!
quote Abu Saif – “kita perlu lebih menekankan kepada self improvement dan bersederhana dalam self promotion”
continuous improvement sprt yg kak Ija cakap. konsep kaizen yg sngt hebat. malah tumpukan pada diri dulu. teruskan perubahan ke arah hidup yang lebih bermakna dalam memberi.
allahu a’lam
Asslamualaikum,
Pejuang2 Islam perlu mengambil kesempatan dengan bermuzakarah dengan kerajaan negeri Perlis dalam soal negara islam dan demonstrasi.Pintu muzakarak dibuka begitulah keluarnya kenyataan Dato Sri Shahidan Kassim tempoh hari demi melihat perbincangan secara musyawarah dan kasih sayang.Gunakanlah ruang ini bagi melihat agar umat islam bersatu diwah panji2 islam.
assalamualaikum,
ade gak yang serang dr maza terang2 walaupun ustaz tak sebut pun nama beliau dalam artikel ustaz. betul r banyak benda yang boleh kita tak bersetuju dengan dr maza ni, tapi bila nak bincang isi dan hikmah2 yang terdapat dalam artikel ustaz, saya rasa, lebih elok kita guna istilah yang ustaz guna. kalu ustaz guna ultra salafi, kita guna ultra salafi. kalu ustaz ade sebutkan dr maza, kita guna dr maza jugak. sekurang2nya, dengan cara kita menghormati ustaz, kita tak turut menarik ustaz dalam pergolakan emosi kita sama.
ape pun, artikel ustaz kat atas memang best. sebagaimana artikel2 ustaz yang lain. walaupun saya jarang dapat menjelajah kat sini, tapi sekurang2nya bila ada masa, saya boleh senyum, marah, sedih, gembira bila baca artikel2 ustaz yang disampaikan dalam pelbagai ragam. tahniah diucapkan kat ustaz hasrizal