Yop Dapat Hadiah
“Yea, hari ni Yop dapat hadiah”, Saif begitu gembira pagi ini.
Saya hampir tidak mampu mencelikkan mata. Tiba di KLIA malam tadi pun sudah pukul 12 malam. Tetapi hari ini adalah hari Saif. Saya gagahkan diri juga untuk ceria dan gembira.
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pagi ini sungguh meriah. Lucu benar hati saya melihat Saif dan kawan-kawannya memakai pakaian beragam. Memang pelbagai ragam. Tetapi mungkin pakaian Saif sendiri adalah di antara yang terpelik. Saif memakai baju witch ala Merlin di dalam kisah King Arthur. Habis semua orang di’salagadoo‘nya.
Apa yang menariknya ialah, saya teringat lebih 25 tahun yang lalu, saya juga memakai pakain yang sama pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah. Cepat benar masa berlalu. Ini adalah kali pertama saya hadir ke majlis tahunan yang penuh bermakna ini.
PROGRAM DI KEDAH
Semalamnya, saya tidak dapat menyertai BERSIH kerana terpaksa akur dengan komitmen yang telah diberikan kepada program yang telah lama dirancang di Kedah. Saya bersama dengan Nazrey Johani, bersama-sama menjayakan Majlis Konvokesyen Graduan Muda Gabungan Tadika Raudhah Mawaddah di Sungai Petani, Kedah.
Tiket kapal terbang telah dibeli, dewan sudah ditempah dan 200 anak murid menanti untuk diraikan. Saya menongkah arus pada Subuh Sabtu. Ketika semua orang berpusu-pusu berasak masuk ke Tol Sungai Besi, saya bergerak ke selatan menuju KLIA.
Alhamdulillah program berjalan lancar.
Semasa ucapan perasmian, saya menekankan tentang peri pentingnya ibu bapa memikirkan tentang peranan mereka terhadap anak-anak.
“Ibu bapa yang bertanggungjawab, ialah mereka yang memberikan makan minum, pakaian dan perlindungan kepada anak-anak”, saya berucap.
“Namun… tanggungjawab itu juga dilaksanakan oleh ibu burung, ibu kucing dan ibu lembu”, saya cuba melontar provokasi.
“Seorang ibu dan bapa kepada manusia, ialah mereka yang sedar bahawa anak mereka bukan hanya ada perut, tapi ada akal dan minda yang juga memerlukan makanan. Mereka bekalkan anak-anak dengan pendidikan”, saya menyambung.
Agak sukar untuk berucap kerana dewan riuh rendah dengan murid-murid yang sibuk menyiapkan diri untuk persembahan mereka selepas ucapan saya nanti.
“Akan tetapi pendidikan dan keperluan fizikal, adalah terlalu asas. Ibu bapa juga harus sedar bahawa anak-anak mereka bukan hanya ada fizikal dan mental, mereka juga ada emosi yang memerlukan makanan. Makanan emosi ialah perhatian dan kasih sayang. Biasakan diri mendengar pandangan anak-anak, kerana mereka juga sedang belajar untuk mendengar pandangan kita…
… anak-anak kita mungkin gagal mengikut arahan lisan kita. Tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan kita. Jika mahu anak mendengar kata, belajarlah untuk mendengar pandangan anak-anak. Itulah kasih sayang ibu dan bapa yang penting untuk kita kembangkan”, saya terus berucap.
“Tetapi ibu bapa yang cemerlang, adalah ibu bapa yang bukan sahaja memberikan anak-anak keperluan fizikal, mental dan emosi anak-anak, mereka juga memberikan si anak didikan agama”, saya mengakhiri senarai kualiti keibu bapaan yang diserapkan di dalam ucapan perasmian.
Memang benar.
Jika kita dengar ada ibu atau bapa yang mendera anak dengan seterika panas, meremang bulu tengkuk kita kemarahan. Apa punya jenis ibu bapa yang begini?! Tetapi, berapa ramai ibu bapa yang hakikatnya seang menyediakan anak-anak mereka untuk dibakar di dalam kepanasan api neraka lantaran tidak diberi didikan agama? Inilah penderaan hakiki!
Akan tetapi, didikan agama bukanlah sekadar menghafal doa atau surah-surah al-Quran semata. Apa yang lebih penting, anak-anak amat perlu diperkenalkan kepada Allah dan seterusnya dididik agar memahami dan menghayati tujuan hidup mereka. Tanpa tujuan hidup, pelbagai persoalan bakal membelenggu mereka, tidak berjawab dan mengundang petaka.
Selesai ucapan perasmian, majlis diserikan dengan persembahan Nazrey bersama anak-anaknya yang mempengerusikan majlis persembahan pelajar, sambil mendendangkan beberapa buah nasyid dari album Raihan dan album terbarunya. Sungguh meriah…
Namun di sepanjang program itu juga, saya terus menerus mengikuti perkembangan BERSIH melalui internet 3G di telefon serta kiriman-kiriman email dan sms dari rakan. Syukur, akhirnya memorandum berkenaan berjaya disampaikan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.
Saya tiba di Kuala Lumpur pada jam 1 pagi.
Oleh kerana perasaan yang begitu tidak tenteram memikirkan BERSIH, saya mengambil peluang melayari internet dan memeriksa laporan demi laporan hingga terlelap menjelang 2:30 pagi.
AHAD BERSAMA ANAK SENDIRI
Sungguh berat mata saya sepanjang menghadiri ucapan-ucapan yang disampaikan di dalam majlis pagi ini pula. Majlis perasmian dilakukan oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman.
Saya berazam untuk tidak sekali-kali terlepas majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah anak-anak kerana saya tahu betapa besarnya makna majlis ini kepada mereka. Oleh kerana emak dan abah sendiri tidak pernah gagal hadir ke majlis tersebut semasa saya bersekolah, saya juga harus melakukan perkara yang sama kepada Saif, Naurah dan Imad.
Stephen Covey yang beranak sembilan itu pun tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawabnya dalam hal ini.
Sepanjang semester ini berlangsung, setiap hari saya akan terganggu dengan rasa terkilan lagi bersalah kerana memikirkan betapa saya kurang dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak. Sibuk dengan exam yang tidak putus-putus, bersama assignment yang bertali arus. Malah kadang-kadang terasa kasar pula saya apabila marah tatkala anak-anak menjerit-jeritkan ‘kelakuan’ mereka. Walhal saya tahu yang sebahagian sebab mereka berbuat demikian adalah untuk meraih perhatian saya.
Maka hari ini adalah hari Yop dan anak-anak kesayanganku Naurah dan Imad. Saya mahu meraikan mereka biar pun tubuh penat dan minda bersimpang akibat peperiksaan yang belum selesai.
Tahniah Yop kerana dapat beg baru sebagai hadiah.
Izinkan Abi kembali ke meja study kerana peperiksaan akhir bakal menjelang lusa (Selasa) dengan subjek yang paling rumit dan berfalsafah, MUSLIM HISTORIOGRAPHY.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Saya pun macam ustaz juga…asyik memikirkan tentang BERSIH sahaja…Rasa rugi sangat tidak dapat bersama perhimpunan tersebut..
Tahniah Yop…Comel betui berpakaian macam itu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaykum.
TAHNIAH YOP! (:
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tahniah Yop
belajar sungguh2
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
syabas bete(dialog hindustan-tahniah anakku). Teringat kata-kata hukamak”Bukanlah anak yatim itu anak yang kematian ayah atau ibunya, tetapi yatimnya dia kerana diabaikan oleh ibu dan ayahnya”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
setiap hari saya akan terganggu dengan rasa terkilan lagi bersalah kerana memikirkan betapa saya kurang dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak.
Terima kasih kerana menulis apa yang akak rasa. Sepanjang Syawal ni, selepas exam pelajar bermula, beraya dengan keikhlasan yang diragui. Semoga Allah mengampunkan dosa hambaNya yang kerdil ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kak Ija,
the same goes for me…
everyday my 3 year-old-talk-a-lot daughter will asks me.. ummi besok ummi kerja ke cuti…
And I really have to struggle to find justification for my daily routine- going off at 7 am then return nearly 7 pm…
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
mabruk Yeop!~ keep it up !
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
omedetou gozaimasu yop chan! (tahniah yop)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Masa kak muda2 dulu, anak2 masih kecil & memerlukan perhatian drp ibunya, kak sibuk keja, tu leb kurang 25 thn lalu. Terkejar sana sini, masa tu ilmu parenting terhad, ilmu ugama pun … Pernah terfikir nak berhenti tapi tak jadi..Tup2 bila anak2 dah besar kak amik pencen awal, kawan2 dok terperanjat..”Pasal apa pencen awal, kan anak2 dah besar?”
Susah juga nak explain kat depa sebab sebenarnya..akak kata lah begitu begini..tapi sebab sebenarnya biarlah hanya antara akak & Allah..
Sekarang ni bila dah sedor, nak didik anak2 cara kanak2 dah tak dapat, meka dah besar tak sesuai, tapi kak tak segan cerita terus terang dgn meka hal dulu2 klu mak tak dpt didik sempurna mak minta maaf, kita manusia biasa, bla.. bla… so..masih lum terlambat utk kita tebus kejahilan kita..selagi kita mahu …
Sungguhpun gitu tak terkilan sangatlah sebab kak dapat ajar semua anak2 akak ngaji, hingga kini klu meka balik umah, kak akan ingat2 kan & semak2 mana tau klu meka lama x baca, lupa & merangkak2 pula..hai manusia..kena ingat mengingat..
Sekadar kongsi pengalaman
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
comelnya imad pakai topi yop tu.. hehehe…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
comelnyer imad dgn topi tu..hehehe
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
wah! advance nya ustaz 25 thn yg lalu dah pakai costume tu…
saya admire kesungguhan ustaz untuk memberi mase berkualiti pada anak2,walaupun singkat,tp penuh bermakna.
walaupun ada yang mengkritik ruangan keluarga dalam blog yg serius nie,tapi saya sangat menghargainya.
ibaratnya kalau di negara barat sana ustaz ni macam martha stewartla..
ilmu yang diberi sungguh versatile =)
bertuah sungguh saif,naurah dan imad mmpunyai ibu bapa seperti ustaz dan doktor…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam… bila menghayati hasrat ustaz dlm artikel ini, bsemangat pula ana nak percepatkan walimah bg mengaplikasikan ‘petua bahagia’ ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
he.. comel tul tengok yop pakai topi merlin tu.
tambah comel bila imad lak yg pakai..
..nasib baik muat. akeke..
p/s: dah baca lama. lupa nak komen. :p
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tahniah yop. adik yop yang kecik tu comel-lah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
masa kecik saya selalu berharap saya mendapat bapa yang lain.. kami didera… sebat dgn tali pinggang, ranting hidup.. parang diasah di depan kami dengan ugutan mahu menyembelih kami.. kami juga diugut dengan senapang…. kami disuruh menumbuk selesung penuh cili padi lalu kami perlu beratur untuk menerima habuan kami, lebih sesudu cili untuk setiap seorang… kami dikatakan anak tak guna… kami juga dikatakan bodoh (dgn IQ begini kami masuk juga u), malas, menyusahkan… kami ditakut-takutkan dengan hantu, doktor…. hmm… hasilnya…. menyedihkan…. kami jadi rendah diri, pendendam, berfikiran negatif, kami berani tapi penakut, kami berbalah adik beradik, tidak menyayangi bapa kami seperti sepatutnya… sedih……….. ya Allah kuatkanlah ikatan kekeluargaan kami.. satukanlah hati-hati kami, berikanlah keinsafan kepada bapa kami………. Maaf, terlalu beremosi…..
Respond to this comment [with empathy]