Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Naas, Ireland

Membina Sempadan Minda dan Bahasa Dengan Video Logan Paul

Lama kami berbual malam ini tentang Logan Paul dan video kontroversinya. Sebelum ini saya  sudah berulang kali mengingatkan anak-anak, bahawa saya tidak berkenan dengan hobi mereka menonton video-video Logan Paul, dan yang seumpama dengannya. Sebelum meninggalkan Malaysia, nasihat yang sama saya berikan kepada mereka tentang kecenderungan melayan video Luqman Podolski. Memang sekali …

Read More »

Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!

Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini​ ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …

Read More »

Bahasa Syurga Bahasa Neraka

“Harry, open the door!” “Harry, please open the door!” Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza. Rancangan kanak-kanak di televisyen seperti Sesame Street dan Barney berulang kali mengingatkan kita kepada ‘The Magic Words‘. Ungkapan seperti ‘please‘, ‘thank you‘ dan ‘excuse me‘ adalah teras kepada adab sopan …

Read More »

UPSR: Kegembiraan Setiap Murid Bukan Sekadar Soal Perasaan

Seawal Januari, saya sudah mempunyai perasaan yang kuat bahawa saya akan ke Finland. Saya baru sahaja pulang dari Helsinki untuk menghantar borang permohonan. Saya hantar ‘by hand’ dengan datang sendiri dari Malaysia, demi memastikan permohonan saya lengkap, diproses, dipanggil temuduga dan seterusnya mendapat tempat untuk pengajian di sana. Kerana itu, …

Read More »

Ketika Rasional Tidak Lagi Meminta Bukti

“Kita tidak boleh lupa, bahawa kita dan anak-anak kita, dua-dua Tuhan yang punya. Tuhan mencipta kita untuk menguji peranan ibu bapa kita, dan Tuhan anugerahkan anak kepada kita untuk menguji peranan kita pula” saya berkongsi pandangan dengan sepasang suami isteri yang saya temui di wad sebentar tadi. “Kalau dari segi …

Read More »

DEMOLA OULU: Mengutip Pengalaman dan Ilmu Baru

Ini kali kedua saya menyertai DEMOLA selama berada di Oulu. DEMOLA ini adalah sebuah platform inovasi yang diiktiraf oleh OECD dan World Bank, dimulakan di Tampere, Finland, oleh Nokia, Teliasonera dan Metso. Sehingga kini, sudah ada kira-kira 5000 pelajar menyertainya, melalui kira-kira 900 buah projek. Tahun lalu, permohonan saya untuk …

Read More »

Kita Tidak Sayangkan Kanak-kanak?

Pujuk dan ajak. Akhirnya anak setuju. Ikut ayah pergi ke masjid solat bersama-sama. Kemalasan dapat diatasi, ketiadaan minat dapat diselesaikan, sedikit demi sedikit, anak semakin kerap mengikut ayah bersolat di masjid. Apabila ada kanak-kanak bersolat di masjid, di sebalik pemandangan itu, ada pelbagai usaha, kesusahan dan kegembiraan. Seronok bukan, melihat …

Read More »

Schadenfreude: Menikmati Paparan Tragedi

“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu. “Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula. “Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita. Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share