Home / saifulislam (page 29)

saifulislam

A school teacher and a lifelong learner. Oulu, Finland

Andai Kau Tahu

“Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya. “Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya. “Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…” Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya. …

Read More »

Muslim Pencemar Islam

Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta. Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai …

Read More »