Hasrizal

A school teacher and a lifelong learner. Naas, Ireland

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah Kampus

Petikan buku Tak Kenal Maka Tak Cinta, terbitan PTS (pembelian, klik di sini) “Insha-Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita” kata seorang exco dakwah di sebuah kampus. Jika kamu tolong Allah, Allah tolong kamu… adalah inti pati janji Allah: “Wahai orang-orang …

Read More »

Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode

Ustaz Muhamad Rozaimi Ramle, seorang ilmuwan muda yang sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD beliau di University of Jordan, berkongsi pandangan tentang pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh Encik Farouk A Peru di dalam artikelnya baru-baru ini. Saya mengambil manfaat yang banyak daripada perincian yang beliau kemukakan dalam artikel berkenaan. Membaca pandangan Ustaz Rozaimi …

Read More »

Maklum Balas Farouk A Peru Kepada Artikel Saya

Saya amat berbesar hati menerima maklum balas daripada Encik Farouk A Peru kepada artikel saya ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar atas talian The Malaysian Insider di bawah tajuk  Respons kepada Hasrizal Abdul Jamil: Isu anti hadith – Farouk A Peru bertarikh 6 Mac 2014. …

Read More »

Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran

kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan anak Turki. “Kamu dari mana?” saya bertanya. Budak itu diam. “Kamu dari Syam (Syria)?” saya bertanya, dengan lebih spesifik. Dia mengangguk. Peperangan di Syria masih belum reda. Bashar Hafez al-Assad  meneruskan sahaja legasi bapanya, sang zalim …

Read More »

Penghargaan dan Doaku Buat Sheikh Solah al-Khalidi

Sheikh Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, tokoh al-Quran kelahiran Palestin 1947 Bagi sahabat yang sering mengikuti kuliah pengajian saya, khususnya Siri Ibrah Daripada al-Quran, penyampaian saya sangat banyak mengambil manfaat daripada huraian-huraian yang disampaikan oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, hafizahullah. Saya, bukanlah anak murid yang Sheikh Solah kenali. Malah untuk …

Read More »

27 Februari 2011: Mengenang Pemergian Negarawan Sejati

“Fatih, ada kemungkinan engkau terjun ke dunia politik?” saya bertanya. “Saya mempertimbangkannya. Tidak bercita-cita. Tetapi jika keperluannya ada, saya tiada halangan” ujar Fatih. Malam ini kami meneruskan aktiviti ‘membuang masa’ makan kuaci sambil minum teh. Melengah-lengahkan lelap dinihari, kerana ada banyak persoalan yang terbuku di hati. 10 tahun meninggalkan Turki, …

Read More »

Memanfaatkan Karya Orientalis ‘Pro-Islam’ Untuk Dakwah Semasa

ABSTRAK Orientalisme sebagai sebuah bidang, difahami secara umumnya oleh umat Islam secara monolitik bahawa ia bertentangan dengan Islam. Pemahaman sebegini berlaku kesan berleluasanya Orientalisme sebagai alat penjajahan dan seterusnya propaganda yang menyebarkan Islamophobia. Persoalannya benarkah Orientalis dan Orientalisme sentiasa berpegang kepada satu motif dan satu pendekatan sedemikian rupa? Apakah tidak …

Read More »

Nilai Air di Luar Dunia Padang Pasir

“Hah, cepat! Cepat!” Khairul memekik memanggil kami semua yang sedang berbual di bawah pokok plum. “Cepat apanya?” saya bertanya. “Air dah sampai” Khairul membalas. Kami segera bingkas bangun menuju ke dalam rumah. Memang setiap minggu, inilah rutin kami. Menunggu air masuk ke tangki. Sudah seminggu air tidak datang. Bukan minggu …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share