Home / Anekdot Akademik (page 2)

Anekdot Akademik

May, 2014

  • 15 May

    “Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih!”

    “Saya sahih sebab rujukan saya sahih!” “Kami membawa kebenaran untuk menentang kebatilan. Menyokong kami bererti menyokong kebenaran, menentang kami bererti menentang kebenaran!” Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang membimbangkan kita. Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini. “Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih!” Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah …

April, 2014

  • 10 April

    Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

    “Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran. “Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67] Menimbulkan ancaman atau Tarhib bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang mesti dilakukan. …

March, 2014

  • 8 March

    Quranist: Antara Isu Fakta dan Isu Metode

    Ustaz Muhamad Rozaimi Ramle, seorang ilmuwan muda yang sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD beliau di University of Jordan, berkongsi pandangan tentang pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh Encik Farouk A Peru di dalam artikelnya baru-baru ini. Saya mengambil manfaat yang banyak daripada perincian yang beliau kemukakan dalam artikel berkenaan. Membaca pandangan Ustaz Rozaimi yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ia menimbulkan persoalan pada diri saya. Sebegitu banyak fakta yang tidak konsisten dalam penghujahan Farouk A Peru, adakah masalah sebenarnya adalah salah fakta, atau salah metode? Seandainya masalah sebenar adalah pada metode, maka mungkin selepas keterangan demi keterangan dikemukakan seperti yang …

  • 7 March

    Maklum Balas Farouk A Peru Kepada Artikel Saya

    Saya amat berbesar hati menerima maklum balas daripada Encik Farouk A Peru kepada artikel saya ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar atas talian The Malaysian Insider di bawah tajuk  Respons kepada Hasrizal Abdul Jamil: Isu anti hadith – Farouk A Peru bertarikh 6 Mac 2014. Alhamdulillah usaha saya untuk menulis dengan bahasa mahu memahami, mendapat sambutan yang baik daripada beliau dengan pengisian yang bersifat membantu memahamkan saya tentang pengertian aliran Quranism sebagai istilah yang lebih dipilih berbanding ‘anti hadith’ yang berkonotasi masalah. Terlebih dahulu, saya memohon maaf atas kesilapan saya dalam mencatat nama beliau. Ia …

February, 2014

  • 27 February

    Memanfaatkan Karya Orientalis ‘Pro-Islam’ Untuk Dakwah Semasa

    ABSTRAK Orientalisme sebagai sebuah bidang, difahami secara umumnya oleh umat Islam secara monolitik bahawa ia bertentangan dengan Islam. Pemahaman sebegini berlaku kesan berleluasanya Orientalisme sebagai alat penjajahan dan seterusnya propaganda yang menyebarkan Islamophobia. Persoalannya benarkah Orientalis dan Orientalisme sentiasa berpegang kepada satu motif dan satu pendekatan sedemikian rupa? Apakah tidak ada pengkaji dan kajian di bidang ini yang objektif, serta boleh dimanfaatkan oleh umat Islam khususnya di dalam penyebaran dakwah di era globalisasi ini? Justeru, artikel ini akan mengkaji perkembangan yang berlaku kepada Orientalis dan Orientalisme dalam interaksinya bersama Muslim dan Islam. Kajian ini juga akan menganalisis beberapa orang tokoh …

  • 25 February

    ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu

    Kita masih belum ‘selesai’ berbicara tentang Syiah. Tumpuan beralih pula kepada Anti Hadith. Isu demi isu, yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yang pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah” dan bukan juga “sembahyanglah!” Perintah Allah yang pertama adalah “Bacalah!” [Al-‘Alaq 96 : 1] Ia adalah langkah pertama untuk menjadi manusia beragama. Bertuhan dalam kehidupan. Apa yang menjadi tunggak penting dalam agama ini adalah ILMU. Bukan beragama secara membuta tuli. Bukan sekadar ikut-ikutan. “Beradalah dalam keadaan berilmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah” [Muhammad  47: 19] Selagi kita disibukkan bukan dengan …

  • 23 February

    Muslim Skeptis : Mengapa ‘Mangsa’ Jadi Pemangsa?

    Salahkah untuk sebuah keraguan itu datang? Sama ada ia hadir kerana pergolakan dalaman diri pada mencari makna, atau terjadi akibat peristiwa demi peristiwa yang dialami sang diri, salahkah untuk sebuah keraguan itu datang? Jawapan salah atau tidak, bukan jawapan untuk sebuah keraguan apabila ia datang. Keraguan hadir tanpa dirancang. Keraguan datang tanpa boleh dihalang. Justeru keraguan memerlukan jalan keluar. Bukan jalan mati. Tatkala saya mencoret beberapa catatan tentang Pemikiran Skeptis Dalam Beragama (Saifulislam.Com 18 Februari 2014), coretan itu bukanlah coretan untuk menghalalkan yang haram, atau memberi nilai haq pada sebuah kebatilan. Apa yang benar itu benar. Apa yang batil itu batil. …

  • 20 February

    Pensejarahan al-Khulafa’ al-Rashidin: Antara Muhaddith dan Muarrikh

    PENDAHULUAN Al-Khulafa’ al-Rashidin telah memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan umat Islam pasca kewafatan Rasulullah SAW pada tahun ke-11H. Abu Bakr al-Siddiq RA mengambil alih kepimpinan baginda dan terus menggalas tanggungjawab yang besar dalam membuat keputusan-keputusan kritikal membabitkan bukan sahaja tindakan politik tetapi membabitkan asas-asas utama agama dalam memerangi golongan Murtad, kelompok yang enggan membayar zakat serta kemunculan pendakwa kenabian palsu, Musailamah al-Kazzab. Tindakan pantas Abu Bakr dalam menyusun kembali fokus umat Islam di Madinah ketika itu, diulas oleh Abu Hurairah, “Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, kalaulah Abu Bakr tidak dilantik menjadi pengganti (Rasulullah SAW), nescaya Allah tidak …

  • 18 February

    Pemikiran Skeptis Dalam Beragama

    Habib Bourguiba “Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik. “Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi. Semua naik angin. Marah dengan Habib Bourguiba. Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan. Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari …

December, 2013

  • 27 December

    Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

    Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi. Berani memberi. Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF. Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya …

November, 2013

  • 11 November

    Jangan Sampai Tiada Lagi Kebahagiaan Dalam Beragama

    Pada tahun 2007, saya menulis artikel bertajuk MANHAJ SALAF DAN KRISIS KEPERLUAN HATI seperti yang saya sertakan di bawah. Ketika itu, saya merasakan fenomena “minta dalil” yang muncul secara agresif di dalam masyarakat, adalah satu bentuk ‘rasionalisme dalam beragama’ yang jika tidak diurus dengan baik, akan meresahkan ramai anggota masyarakat. Terutamanya mereka yang tidak berkeupayaan menyertai gelombang tersebut, mereka akan tertekan apabila majlis-majlis ilmu bukan lagi menjadi tempat mereka mendapat ketenangan beragama, sebaliknya medan pertempuran debat antara pendalilan yang berbalas-balas. Saya menjangkakan, fenomena tersebut akan mencetuskan kemurungan jiwa di kalangan pencinta agama, yang mungkin akan membawa mereka kepada trend seterusnya …

July, 2013

  • 30 July

    Persinggahan Imam Mazhab di Serambi Kerajaan ‘Abbāsi

    Bayt al-Hikmah [kredit foto: Wikipedia] Selain daripada perkembangan sains dan seni kesusasteraan, Daulah ‘Abbāsiyyah juga menyaksikan perkembangan yang rancak di dalam perkembangan bidang Fiqh.  Keempat-empat imam utama di dalam mazhab Fiqh memainkan peranan dan menyumbang secara signifikan di era awal pemerintahan Daulah ‘Abbāsiyyah. Akan tetapi, pergeseran di antara ‘ulama dan umara turut berlaku dari semasa ke semasa. Berikut adalah sebahagian catatan mengenainya: MALIK BIN ANAS Imam Malik ibn Anas (711 – 795M) lahir  di Madinah di zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah al-Wālid ibn ‘Abd al-Mālik (705-715M). Biar pun kesarjanaannya tertumpu di Madinah, Imam Malik ibn Anas telah berhadapan dengan konflik …