Home / Anekdot Akademik (page 5)

Anekdot Akademik

January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. Insha Allah saya akan menyambung perjalanan ke Istanbul, Sabtu nanti. Perjalanan untuk menghimpun maklumat, tentang seorang tokoh yang 52 tahun hidupnya, diabdikan pada mendidik ummah untuk mencintai seorang Rasul, sallallaahu alayhi wa sallam. Seorang tokoh yang setiap hari adalah hari beliau menyeru manusia menghayati ajaran Rasul. Seorang tokoh yang meninggalkan …

December, 2012

  • 7 December

    Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

    Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV Al-Hijrah AHAD (09/12/12) On Air TV Al-Hijrah (7am – 10am)  Berehat Kuliah Maghrib Ganti Surau an-Nur Bangi (Penutup Kisah Musa & Khidir) Siapkan Assignment Metodologi Dakwah Quran (Pendekatan Dakwah al-Quran Terhadap Golongan ‘Asi) Emel bahan PUISI 2012 ke Dublin ISNIN (10/12/12) Lecture tambahan Kajian Teks Sejarah Islam Siapkan bahan Metodologi …

November, 2012

  • 23 November

    VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

    https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? Abu’l-Faraj ibn al-Jawzi (maaf, saya tersilap menyebutnya sebagai Ibn al-Jawziyyah) di dalam karangan beliau bertajuk Talbis Iblis, memperingatkan akan hal ini. Kerana itu, saya yang sedang mengkaji biografi dan pemikiran Sheikh Mehmed Birgivi (meninggal dunia 1573M) di dalam buku beliau al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad), tidak seharusnya larut dalam …

October, 2012

  • 24 October

    Dakwah ‘Hati Kering’!

    Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan mereka adalah pada legasi Sheikh Mehmed Birgivi. Keturunannya yang masih bergiat dalam pendidikan hari ini iaitu Sheikh Muhammad Amin Siraj di Masjid Fatih, Istanbul, juga adalah seorang tokoh dalam Tasawwuf semasa. Sedangkan, membaca buku Sheikh Mehmed Birgivi tidak langsung menampakkan kepada saya bahawa beliau seorang Sufi. Di dalam kajian sejarah …

  • 13 October

    Rujukan Sirah Nabawiah

    Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya. Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul. Jika kita berhajat untuk merujuk kepada sumber primer sekali pun, versi terjemahan tetap sudah menjadi sumber sekunder. Berpadalah dengan buku-buku kontemporari seperti Fiqh al-Sirah al-Buti atau Muhammad al-Ghazali, Sirah Nabawiah: Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’i, atau Biografi Muhammad oleh Prof Dr Dzulkifli Yusof dan Al-Raheeq al-Makhtoom oleh Mubarakfuri sebagai permulaan …