Home / BUKU: ORANG MUDA MASUK SYURGA

BUKU: ORANG MUDA MASUK SYURGA

Pelajar Mesti Seorang Pemikir

Learning without thinking is useless Thinking without learning is dangerous – Confucius Benar sekali kata-kata Confucius itu. Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya! BELAJAR TANPA BEFIKIR Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir! Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan. Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru rumit mencari faedah …

Read More »

Fiqh ‘Rebel’: Anak Muda Mesti Berdiri

Kita tidak perlu menunggu lama untuk berasa segan dan malu dengan apa yang pernah kita tulis. Membaca kembali surat yang saya hantar ke Harakah di ruangan Surat Pembaca bertarikh 29 Januari 1993, saya dapat merasakan jiwa saya ketika itu sangat pesimis, negatif, penuh rasa kecewa dan sentiasa mahu memberontak. Saya masih lagi mencari, apakah yang membentuk seorang budak seperti saya, jadi begitu. Atau ia memang fitrah kebanyakan anak muda? Sentiasa tidak berpuas hati. Surat ini saya tulis, tidak lama selepas saya menjadi Naib Johan di dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat Negeri Perak. Majlis diadakan di Sek Men Raja Permaisuri …

Read More »

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. Mengapa masih ada yang mahu bercakap-cakap? Susah benarkah hendak diam, sepuluh dua puluh minit? “Baris hujung sana, semua bangun!” tegas cikgu. Kami semua berdiri. Ketakutan. “Siapa yang bercakap tadi?” tanya cikgu. Semua orang sepi. Tiada yang mengaku. Tiada yang memberitahu. “Oleh kerana tiada yang mahu mengaku, semua orang berdiri di …

Read More »

Dalam Nasihat Menasihati Jangan Patah Hati

“Ana tak mampu lagi, sheikh. Anta sambung pula” kata sahabat saya. Beliau menyerahkan mikrofon dan saya mengambil alih sesi. Pagi itu kami belajar pengalaman baru. Kami dikehendaki menyampaikan ceramah motivasi kepada 400 orang pelajar di dewan besar sekolah. Tiada guru pengiring. Hanya kami berdua mengendalikan 400 pelajar. Pelajar pula bukan sebarang pelajar. Sepanjang sahabat saya berbicara, dengan 1001 seni bicaranya, para pelajar berbual-bual, baling-baling kapal terbang kertas, tuju-tuju plastik pembungkus roti, malah ada yang nekad pergi ke belakang pintu lipat dewan dan berbual dalam kumpulan masing-masing. Masakan tidak, selain suara pelajar berbual dan bergurau yang memenuhi dewan, mikrofon pula dengar …

Read More »

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah Kampus

Petikan buku Tak Kenal Maka Tak Cinta, terbitan PTS (pembelian, klik di sini) “Insha-Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita” kata seorang exco dakwah di sebuah kampus. Jika kamu tolong Allah, Allah tolong kamu… adalah inti pati janji Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [Muhammad 47:7] Namun, mengimplimentasikan janji dalam sebuah medan tempur pedang, panah, nyawa dan darah, ke medan tempur buku, nota, pena dan laptop, boleh menjerat diri. DULU-DULU Dulu-dulu saya pernah membaca sebuah majalah yang al-Arqam di …

Read More »

Kaderisasi Dakwah Antara Gen-X dan Gen-Y

Foto ihsan Ustaz Fazdi Harun “Sheikh, apabila kapal terbang sudah terbang di udara, baru baca surat ini, ok!” kata Ustaz Syukur. Saya mengangguk. Mujur bukan ‘dadah’. Saya menerima bungkusan daripada ketua kami dan menyimpannya di dalam beg. Seperti yang diarahkan, apabila pesawat Royal Jordanian telah terbang di udara, membawa saya dan rakan-rakan pulang bercuti buat pertama kali semenjak belajar di Jordan, saya membuka sampul berkenaan. “Sukacita dimaklumkan, bahawa saudara telah dilantik menjadi ketua kepada jawatankuasa gerak kerja cuti musim panas tahun ini. Tugasan-tugasan telah diperincikan seperti yang tertera di dalam surat ini. Sila bentuk ahli jawatankuasa saudara untuk menjayakannya dan …

Read More »

Generasi Y Teruji Kesetiaannya

Dalam setahun dua ini agak ramai pelajar perubatan dan doktor pelatih menghubungi saya, menyatakan keletihan mereka menjalani kehidupan di bidang perubatan, khususnya housemanship. Ada yang mahu beralih ke perniagaan Herbalife©. Ada yang lebih tenang menjual Tupperware©. Ada juga yang rasa kerjaya lebih bermakna sebagai ustaz dan ustazah, atau kaunselor. Sebahagiannya, saya sarankan berhenti. Elok berhenti. Bayar sahaja beberapa ratus ribu RM yang sudah diguna. Ia saranan khusus buat yang sudah pun ada keputusan di minda. Namun ada juga yang saya cuba pujuk. Setakat yang mampu. Yang sempat. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Bimbang. Semua ini hanya ‘tip of the iceberg’. Generasi …

Read More »

Antara Orang Agama Dan Orang Beragama

Petikan ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta “Abah tak paksa. Terpulang kepada kamu. Cuma dulu arwah Tok ada pesan, keluarga kita keluarga ulama. Kalau boleh biarlah ada anaknya yang mengikut jejak. Tak dapat anak, cucu pun Alhamdulillah” itu sisa-sisa memori saya tentang dialog bersama abah lebih 20 tahun yang lalu. Dialog itu mengisi perbualan kami semasa abah menghantar saya ke peperiksaan kemasukan MRSM di Sek. Cator Avenue. Saya termenung. Biar pun latar belakang kehidupan saya semasa kecil, tidaklah terlalu berhias dengan agama, namun kecenderungan itu terjadi sendiri. Bermula dengan aktiviti mewakili sekolah di dalam pertandingan tilawah al-Quran, hafazan al-Quran dan …

Read More »

Menghambarkan Kehebatan Sebuah Potensi

Melawat The Palace of Versailles, Paris pada tahun 2001 “Saya hairan, bagaimana mereka boleh begitu terkesan dengan buku. Satu buku keluar, macam-macam perubahan berlaku!” saya memberikan komen tentang diskusi kami di dalam kelas. Pagi itu, Prof. Abdullah al-Ahsan membawa kami kepada meneliti beberapa buku yang memberi impak sehingga mencetus perubahan kepada masyarakat Eropah. Setiap satu buku, seperti menandakan satu peralihan kepada Eropah dari satu era ke era yang berikutnya. Bermula dengan Utopia (1516) oleh Thomas Moore, Discours de la methode (1637) oleh Rene Descartes dan Emile ou de l’Education (1762) oleh Jean-Jacques Rousseau, perjalanan kami diteruskan hinggalah ke era terbitnya …

Read More »

Usrah, Fathi Yakan Dan Perjuangan: Agar Jalan Itu Tidak Dialpakan

Menerajui BADAR pada tahun 1991 1990 “Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan. Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini? “Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam. Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan. Tetapi, tidak pula saya menyangka yang tengah malam ini ada usrah. Abang Zam tidak memberitahu terlebih dahulu. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya mata, tubuh badan dan hati …

Read More »