BUKU: Seni Berfikir Yang Hilang

January, 2020

  • 29 January

    Buku Terbaharu 2020: Seni Berfikir Yang Hilang

    “Baik, kamu kenal si comel di skrin itu?” Saya bertanya. Murid-murid baharu di sekolah kami ketawa. Di skrin, saya paparkan imej kartun seekor khinzir. Gayanya seperti watak di dalam kartun Peppa Pig. Soalan saya kepada mereka ia, apabila mereka lihat seekor khinzir, apakah yang terlintas di fikiran mereka. Ia adalah strategi metakognitif saya pada mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid-murid, sebelum memperkenalkan ilmu baharu. Ia adalah sesi saya bersama pelajar baharu Tingkatan 1 di Khalifah Model School (Secondary) tahun 2016. Macam-macam yang mereka tulis. Haram. Najis Mughallazah. Gelatin. Semakin banyak perkataan disenaraikan, semakin jelas kepada para pelajar bahawa perihal seekor khinzir …