Home / Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

Buku: Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi

29 Mei 1453: Pensejarahan Pembukaan Constantinople

Perbualan saya bersama Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman di al-Masjid al-Haram beberapa minggu yang lalu, menjadi peluang yang julung-julung kali dapat berlaku biar pun kami sama-sama ada di dalam MURSHID. Ketika itu saya mengerjakan umrah, dan Abu Anas al-Madani pula baru kembali dari Istanbul dalam perjalanan umrah beliau bersama rombongannya. Soalan yang beliau tanya adalah berkenaan kesahihan cerita yang masyhur berkenaan dengan penemuan jenazah sahabat yang mulia, Abu Ayyub al-Ansari r.a. oleh Sultan Muhammad al-Fatih semasa penawanan Constantinople pada Mei 1453. Abu Anas inginkan kepastian, benarkah kisah tentera al-Fatih mencium kaki sahabi ini, namun kemudiannya apabila al-Fatih sendiri …

Read More »

Pengkhianatan Ilmu di Pentas Ceramah

“Penceramah berceramah sesuka hati. Tidak berhati-hati dengan kesan percakapannya!” keluh Prof di dalam kelas. Saya termenung. Banyak kebenarannya. Saya sendiri sedang ada dua kaki, sebelah di dalam gelanggang akademik, sebelah lagi di gelanggang ceramah. Gelanggang yang sering menjadi sasaran kritikan para ahli akademik di universiti. Mungkin sikap kita yang kurang menghormati kebenaran, hingga kita cuai dalam meneliti butir percakapan. Prof Wan Kamal menegur sikap penceramah yang mengungkapkan makna Jahiliah pra perutusan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Wa’d al-Banaat (menanam mati anak perempuan), sejauh manakah ia menguasai imej zaman Jahiliah itu? Banyakkah? Hingga jadi fenomena massa. Demikian juga soal kejahilan …

Read More »

Abi Memandu Mesin Teroka Masa Sempena Cuti Sekolah

“Abi, akak teringin sangat nak tengok, macam mana orang dulu-dulu kerja” kata Naurah. “Kerja yang macam mana akak maksudkan?” saya bertanya. Kereta kami bergerak perlahan-lahan dalam kesesakan jalan raya menuju tol Putra Mahkota. “Ye lah, macam cerita Mr. Peabody and Sherman hari tu. Akak nak tengok macam mana orang dulu-dulu hantar mesej guna kain, kibas-kibas dekat asap. Kalau setakat dalam buku, tak fun rasanya” jelas beliau. “Oh, macam itu. Ada. Abi yakin dekat Youtube mesti ada banyak dokumentari yang tunjukkan kerja-kerja macam yang akak cakap itu. Nanti abi carikan, Insha-Allah” saya menjawab. “Itulah, kalau buka iPad, tengoklah Youtube. Google. Asyik main …

Read More »

Mu’arrikhun: Membumikan Sejarah di Gelanggang Ummah

“Saya tidak seronok memikirkan peraturan di Malaysia, pensyarah perlu bersara wajib pada usia 65 tahun” saya memulakan perbualan. Hembusan angin senja dari Laut Marmara damai mendinginkan musim panas di Istanbul. “Oh, begitu peraturannya di Malaysia, ya?” ujar Zacky. “Ya, jika pensyarah di dalam bidang seperti ICT mungkin ada kewajarannya. Pada usia 65 tahun, kompetensi untuk mengejar teknologi-teknologi terkini pasti berat untuk mereka. Tetapi dalam bidang seperti Pengajian Islam, termasuk sejarah, usia 65 adalah usia emas. Usia matang dan kaya dengan pengalaman. Sayangnya pada usia itu, mereka perlu ke belakang rumah membela ayam” saya mengusik. “Itukah sebabnya kamu mahu menubuhkan Mu’arrikhun?” …

Read More »

Giliran Malaysia Memuliakan Saudara Turkinya

“Allahu Akbar. Tuhan Maha Baik kepada kita semua” saya menggosok-gosok muka. Seperti tidak percaya, Fatih Kayacan berada di depan mata. Bukan lagi di Üsküdar, Istanbul. Tetapi di Bandar Seri Putra. Di Malaysia. Dan Fatih tidak hadir seorang diri. Beliau hadir bersama Hamzah, abangnya Bayram dan abang ipar Fatih, Salih. Mereka datang dari Jeddah selepas selesai menunaikan ibadah umrah selama dua minggu di sana, manakala Salih Enişte datang terus dari Istanbul. Bulan Mei bukan musim yang mudah untuk mengerjakan umrah. “Kamu semua merah terbakar macam udang!” saya mengusik. “Kami Hanafi. Tiada udang dalam kamus hidup kami!” balas Hamzah. Kami ketawa. Sungguh …

Read More »

Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran

kredit foto: demotix.com “Ammu, Ammu, fi sabilillah!” seorang kanak-kanak kecil menarik baju saya. Dia bukan anak Turki. “Kamu dari mana?” saya bertanya. Budak itu diam. “Kamu dari Syam (Syria)?” saya bertanya, dengan lebih spesifik. Dia mengangguk. Peperangan di Syria masih belum reda. Bashar Hafez al-Assad  meneruskan sahaja legasi bapanya, sang zalim yang pernah disangka sebagai Yakjuj dan Makjuj oleh orang Turki pada awal 1990’an kerana keganasan dan kekejamannya. Sering saya ceritakan kepada rakan-rakan, bahawa orang Arab itu ekstrim. Kalau baik, sangat baik. Kalau kejam, kekejamannya melangkaui apa yang mampu manusia bayangkan. Kini, anak-anak kecil itu berkeliaran di Istanbul. Sebuah tempat yang …

Read More »

27 Februari 2011: Mengenang Pemergian Negarawan Sejati

“Fatih, ada kemungkinan engkau terjun ke dunia politik?” saya bertanya. “Saya mempertimbangkannya. Tidak bercita-cita. Tetapi jika keperluannya ada, saya tiada halangan” ujar Fatih. Malam ini kami meneruskan aktiviti ‘membuang masa’ makan kuaci sambil minum teh. Melengah-lengahkan lelap dinihari, kerana ada banyak persoalan yang terbuku di hati. 10 tahun meninggalkan Turki, ia adalah 10 tahun yang misteri. Sering tidak sedap hati, saya hanya mampu berfikir dan berdoa dari jauh, agar yang sebenar, lebih baik dari yang dikhabar. “Sejauh mana Turki hari ini berbeza dengan Turki 10 tahun dahulu? Saya mahu tahu” saya terus menyoal. Fatih menghirup teh panasnya. “Ustaz Erbakan kuat …

Read More »

Si Hidup Yang Mencela Sirah Si Mati

Adik-adik di ruang tamu masih berbual. Saya sudah meminta izin masuk ke bilik untuk tidur. Sejuk Istanbul memang enak dilawan dengan selimut bulu seperti ini. Tetapi mata saya berkeras daripada lena. Kepala masih ligat berfikir, dalam penatnya tubuh berjalan kaki dari Sahaflar Carşısı hingga ke Eminönü siang tadi. Sampai di rumah, sambung berbual dengan pelajar Malaysia yang belajar di Turki, yang belajar di UIAM, yang belajar di Mesir, Allah temukan kami semua di bulan Februari ini. Banyaknya saya bercakap. Di dalam Tariqah Muhammadiyyah, Imam Birgivi memperuntukkan bab yang sangat panjang untuk menjelaskan tentang lisan dan kecelaannya. Lisan juga sering mengundang penyesalan. Lisanlah …

Read More »

Guru-guruku Dalam Menjejak Imam Birgivi

“Terima kasih Ahmet hocam” saya berjabat tangan. “Terima kasih kepada anta, kerana sudi hadir” beliau menyambutnya. Petang itu, dalam kesempitan masa berbaki sebelum meninggalkan Istanbul dan pulang ke tanahair, saya berpeluang mengatur pertemuan dengan Ustaz Ahmet Kaylı. Sebelum ini, saya hanya berutus emel dan berbalas mesej di Facebook. Syukur pada petang ini, kami dipertemukan. Walaupun Ustaz Abdullah Taha Orhan tidak dapat turut serta petang ini, saya kira beliau memang turut serta secara ‘maknawi’ dalam sembang petang kami. Bukan apa, rezeki daripada Allah, Ustaz Abdullah yang menemukan kami. Dalam rentetan satu demi satu anugerah Allah yang datang dalam perjalanan saya mengumpul …

Read More »

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah

Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber: Wikipedia “Jika topik Syiah hendak diperkatakan dari perspektif Aqidah atau Fiqh, perbezaan manhajnya dengan Sunni adalah jelas. Tetapi jika perkara ini didatangi dari sudut sejarah, timbullah banyak masalah” saya bercerita. “Ustaz ada pengalaman berkaitan?” tanya Imad. “Pengalaman tidak banyak. Cuma ana teringat kepada pengalaman semasa di UK dahulu. Para pelajar, semasa sama-sama saling mentarbiah antara senior dan junior, menggunakan Sirah untuk mengajak kepada perjuangan. Khususnya Sirah al-Khulafa’ al-Rashidin. Tetapi apabila ana dengar, pada penceramah hendak membela sesetengah sahabat, mereka menghina sahabat yang lain. Jika sesekali, ia mungkin kejahilan. Tetapi jika …

Read More »

Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman

“Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul lontarkan soalan mudah di awal semester tempoh hari, ana terlarut dalam mencari jawapannya. Dr. Azmul tanya, jika Birgivi memberikan reaksi kepada ketidak stabilan sosio politik dan sosio ekonomi Dawlah Uthmaniyyah, maka apakah ketidak stabilan yang dimaksudkan. Soalannya mudah. Tetapi untuk mencari jawapannya, berbulan ana membaca hingga sesat dalam undang-undang masa” …

Read More »

Diktatorkah Yang Mangkat di Beylerbeyi Sarayi Itu?

“Sudah lama saya mahu ziarah istana ini. Tetapi selalunya ia hilang keutamaan” saya teruja. Tengah hari ini selepas kelas kami di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi selesai, kami semua dibawa melawat Beylerbeyi Sarayı. Istana berkenaan merupakan salah satu istana utama di Istanbul, selain Topkapı, Dolmabahce dan Yıldız. Istana yang dibina pada tahun 1860’an ini berdiri semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz (1830–1876). Istana berkenaan dibina oleh Sarkis Balyan. Keluarga Balyan adalah keluarga arkitek yang sangat terkenal di dalam sejarah senibina Dawlah Uthmaniyyah. Keluarga berbangsa Armenia ini memainkan peranan yang penting pada kurun ke-18 dan 19 dalam membawa arus baru kepada senibina Dawlah Uthmaniyyah yang …

Read More »