Home / Erasmus in Schools

Erasmus in Schools

May, 2019

  • 8 May

    Sekitar Bandar Tornio di Sempadan Finland – Sweden

    Pada 7 Mei 2019, saya menerima jemputan di bawah program Erasmus in Schools untuk mengajar subjek International Studies bagi murid Grade 8 dan 9 di sebuah sekolah di pekan Tornio. Tornio atau nama rasminya Tornion kaupunki (City of Tornio) merupakan bandar berkembar dengan Haparanda di sebelah Sweden, terletak kira-kira 140km dari Oulu, atau 2 jam setengah perjalanan dengan menaiki bas. Ia terletak di delta, kuala Sungai Tornio dan sungai ini merupakan asas kepada sempadan yang memisahkan Sweden dengan Rusia selepas perang pada awal abad ke-19. Selepas Finland mencapai kemerdekaan daripada Rusia pada tahun 1917, sempadan itu secara asasnya kekal memisahkan …

April, 2019

  • 10 April

    Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem

    Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya sekitar 15 ke 20 orang, ada sesetengahnya lebih sedikit namun amat jarang melebihi 30 orang. Andai kita mengintai kelas, biasanya kita akan nampak guru sedang berinteraksi dengan seorang murid dan menyelia pembelajarannya, kemudian sekali sekala menoleh kepada murid lain yang memanggil untuk mendapatkan bantuan. Sesekali, kelihatan seorang lagi lelaki atau …

April, 2018

  • 10 April

    Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik

    Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali ini saya ke Ivalo, sebuah pekan kecil di bahagian antara yang paling utara di Finland. Ivalo terletak di dalam negeri Inari, negeri terbesar di Finland, tetapi mempunyai kadar penduduk yang kecil, sekitar 6000 orang, yang mana lebih separuh daripadanya berada di perkampungan Ivalo. Di sana saya bertugas mengajar bahasa Inggeris …