Home / Isu Semasa

Isu Semasa

Schadenfreude: Menikmati Paparan Tragedi

“Tengok ni. Ish… ngeri sungguh!” kata Abu. “Pergh… sampai patah dua pinggang dia. Mesti mati punya tu!” ulas Ali pula. “Aku pernah tengok accident lebih kurang macam ni. Memang termuntah aku dibuatnya” Ali menyambung cerita. Mereka berdua tercegat di hadapan skrin komputer menonton klip video yang memaparkan imej seorang lelaki yang badannya terlipat dua dan berlumuran darah kerana digilis sebuah lori besar. Pemandangan yang sepatutnya amat mengerikan itu, tanpa disedari berubah menjadi satu bentuk keseronokan dan kepuasan hingga tanpa bertangguh, Abu segera menekan butang share di rangkaian halaman sosial Facebook beliau agar pemandangan ngeri itu boleh ditonton oleh orang lain …

Read More »

Isu Tudung Fareeda: Kepada Allah Jua Kupohon Hidayah Buat Diri

Amar makruf nahi munkar adalah tanggungjawab yang besar terpikul di bahu setiap kita. Selain mengajak kepada kebaikan, kita juga perlu memainkan peranan bertindak dengan tepat tatkala berlakunya kemungkaran. Sabda Nabi sallallāhu ‘alayhi wa sallam: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ “Sesiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.” [HR Muslim] Bertindak terhadap kemungkaran bukan sekadar menyergahnya sebagai mungkar. Atau menghalang sesiapa daripada melakukannya. Tetapi tindak balas yang dituntut pergi setahap …

Read More »

Beragama Dengan Akal Yang Sakit

  Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang lebih daripada sekadar memotivasi. Ia berkaitan dengan asas keberagamaan. Sepanjang kursus, ceramah dan seminar dijalankan, saya bertemu dengan kekhuatiran yang besar. Sesi soal jawab, maklum balas, menunjukkan cara fikir masyarakat sungguh membimbangkan. Apabila saya tekankan tentang pentingnya berusaha dengan cara yang betul, ada peserta bertanya, “ustaz bertawakkal kepada Allah …

Read More »

Biar Pun Bangkrap Ekonomi, Jangan Bangkrap Moraliti

Warga Malaysia di Galway yang sempat beramah mesra “Apa cerita Ireland?” saya bertanya kepada rakan. “Macam biasa. Inflasi. Bankruptcy, pengangguran, macam dalam berita” katanya. Saya mengangguk. Ramai rakan yang tinggal di Ireland, menghadapi pelbagai cabaran. Ekonomi, sosial, pendidikan, malah kerjaya. Ada yang perkembangan kerjaya sudah stagnant. Gaji pun serba sederhana. Tidak banyak yang boleh diharapkan daripada sebuah negara yang bangkrap. Ekonomi merudum, hampir-hampir sahaja sebaris dengan Greece dan blok Eropah Timur. Salah benar orang di kampung halaman yang berburuk sangka bahawa mereka tinggal di sana kerana harta, duit dan kemewahan. Mereka tidak mewah. Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Kalau pulang ke Malaysia …

Read More »

Masih Relevankah Pengajian Islam?

Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi. Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan. Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari …

Read More »

Membantu Palestin: Selut Desa Dan Asap Kota Sebelum Debu Gaza

Kehangatan semangat membantu umat Islam di Palestin tidak begitu dirasa di kawasan luar bandar. Itu yang saya rasa, apabila bercuti sempena Aidilfitri. Mungkin ia hanya persepsi dan saya mungkin tersalah pada memerhatikan persekitaran. Namun, jika salah sekali pun, saya yakin ia tidak salah sepenuhnya. Ada sesuatu yang boleh dibincangkan, untuk meningkatkan lagi kualiti usaha kita. Kualiti penting kerana Palestin tidak akan merdeka dengan kuantiti harta dan manusia. Ia mementingkan kualiti. Dan kerana kualiti itulah, kita perit memperbaiki diri, tanpa bergantung kepada sejauh mana Zionis disokong atau ditentang. Syarat kemenangan itu berada pada yang berjuang dan yang memerangi. Bukan Zionis yang …

Read More »

Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

Ramadan adalah bulan mengejar kebaikan. Kita pula berperasaan tidak tentu hala tuju kerana pelbagai tragedi menguji semua. Di lautan, di udara, di daratan, sangat banyak darah yang tumpah, air mata yang membasah dan peluh yang dikerah. Isunya besar-besar. Tragedi di Gaza, pesawat MH17 yang terhempas, hingga ke keresahan politik negeri Selangor. Terasa aib untuk menulis sesuatu yang kecil. Namun tidak kecil, andai ia berselerakan memusnahkan tata susila kita, kalau pun tidak dari kaca mata agama, sekurang-kurangnya Rukun Negara kelima; Kesopanan dan Kesusilaan. Ia adalah rukun interaksi sosial, pada membentuk keharmonian hidup, sebagai sasaran besar yang dimahukan oleh setiap anak bangsa. …

Read More »

Palestin Memanggil Muslim Kembali Kepada Islam

Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi. Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza. Insan sebenar itu realiti. Fotonya hanya ilusi. Realiti ada bau, ada rasa, ada makna. Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang. Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata. Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa …

Read More »

‘Melupakan’ Sharifah Aini Sebagai Biduanita Negara

  Besarnya kuasa Allah, mengampun kesalahan hamba-Nya, walau sebesar gunung seluas lautan. Andai dosa itu antara kita dengan-Nya. Namun, ketika dosa kita jatuh ke tangan manusia, kita sebagai manusia terlalu lemah untuk menebusnya. Kita perlu kembali kepada Allah, yang memegang hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati mereka agar melepaskan kita daripada dosa silam. Semasa kecil, saya ‘dikutuk’ abang-abang saya kerana menjadi peminat Sharifah Aini. Saya akui saya amat meminati lagu-lagunya. Semasa kecil, apabila mendengar lagu Sharifah Aini, ada kalanya saya akan menutup mata dan berimaginasi tentang keindahan yang terungkap pada irama, kemudian lirik, yang ada dalam lagu-lagunya, terutamanya lagu asli Melayu Deli. …

Read More »

FB vs BLOG: Antara Tulisan dan Penulisan

Kita sudah terbiasa melihat LIKE, komen-komen yang berderetan. Semuanya itu menjadi penerang kepada maklum balas sama ada apa yang ditulis itu diterima atau pun tidak. Kita tidak menulis dalam kegelapan, yang menjadikan kita kabur apakah tulisan kita itu baik, mahu pun sebaliknya.  Tanpa sedar, komen-komen dan LIKE itu menjadikan kita impulsif. Kita sentiasa mahu tahu, sejauh manakah tulisan kita dibaca. Sekejap-sekejap, kita akan meninjau, untuk mengira maklum balas. Jika zaman dahulu kala, pemilik website atau kemudiannya dikenali sebagai blog, perlu meletakkan visitor counter, dan berbangga dengan kiraan tinggi satu-satu halaman, atau di suatu ketika memanjat ranking, semuanya mencapai kemuncak, maklum …

Read More »

Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?

Malam itu aku menangis. Qiyam Ramadan aku beriring sendu. Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku. Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu. Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu. Di bumi Ulster. Kenanganku kepada Belfast bukan pada kemeriahan pelancongan atau bersenang lenang di rantau orang. Apa yang lebih mengundang rindu, menusuk kalbu, adalah pada manis yang dijamu. Kemanisan bekerja untuk Islam, tatkala masjid kecilku …

Read More »

Derma Organ: Agar Kematian Tidak Mematikan Saya

MENGAPA SAYA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENDERMA ORGAN? Saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ pada tahun 2007. Ketika itu saya bertugas sebagai kaunselor pesakit di Institut Jantung Negara (IJN). Saban hari saya melihat penderitaan pesakit, sebahagian daripada mereka menunggu pendermaan organ kritikal terutamanya jantung. Antara pesakit yang saya kenali pada masa itu adalah Tee Hui Yee yang menjalani pemindahan jantung pada tahun 2007. Namun beliau telah meninggal dunia kira-kira 5 tahun kemudian. Demikian juga Siti Salmah Jasni penerima derma organ paru-paru dan jantung. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007. Ada ramai lagi pesakit seperti mereka berdua. Saya juga seperti …

Read More »