Home / Keluarga (page 2)

Keluarga

May, 2014

  • 15 May

    Selamat Hari Guru, Ibu!

    “Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. Mengapa masih ada yang mahu bercakap-cakap? Susah benarkah hendak diam, sepuluh dua puluh minit? “Baris hujung sana, semua bangun!” tegas cikgu. Kami semua berdiri. Ketakutan. “Siapa yang bercakap tadi?” tanya cikgu. Semua orang sepi. Tiada yang mengaku. Tiada yang memberitahu. “Oleh kerana tiada yang mahu mengaku, semua orang berdiri di …

April, 2014

  • 2 April

    Abi Memandu Mesin Teroka Masa Sempena Cuti Sekolah

    “Abi, akak teringin sangat nak tengok, macam mana orang dulu-dulu kerja” kata Naurah. “Kerja yang macam mana akak maksudkan?” saya bertanya. Kereta kami bergerak perlahan-lahan dalam kesesakan jalan raya menuju tol Putra Mahkota. “Ye lah, macam cerita Mr. Peabody and Sherman hari tu. Akak nak tengok macam mana orang dulu-dulu hantar mesej guna kain, kibas-kibas dekat asap. Kalau setakat dalam buku, tak fun rasanya” jelas beliau. “Oh, macam itu. Ada. Abi yakin dekat Youtube mesti ada banyak dokumentari yang tunjukkan kerja-kerja macam yang akak cakap itu. Nanti abi carikan, Insha-Allah” saya menjawab. “Itulah, kalau buka iPad, tengoklah Youtube. Google. Asyik main …

January, 2014

  • 16 January

    Harapan Untuk Sebuah Legasi Pendidikan: KMSS

    Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menziarahi sebuah institusi yang saya kasihi. Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah atau lebih dikenali sebagai Khalifah Model Secondary School (KMSS) di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepatutnya saya hadir lebih awal. Semasa Hari Terbuka dianjurkan Disember lalu, saya berada di Indonesia. Manakala pada hari pendaftaran pelajar baru, kesihatan saya tidak mengizinkan diri untuk menjenguk. Suatu ketika dahulu, semasa anak-anak saya bersekolah di Khalifah Model School (KMS) Ampang, saya bergiat secara aktif dengan sekolah berkenaan. Program bersama guru, bersama ibu bapa, juga bersama pelajar. Ia saya ungkapkan sebagai sekolah …

  • 1 January

    Selamat Datang Tahun 2014, Tahun Melunaskan Perjuangan

    Tahun 2013 adalah tahun pengalaman. Semoga tahun 2014 menjadi tahun pencapaian. Melunaskan pengajian Sarjana saya yang sudah lama tertangguh. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-‘Asr 103: 1-3] Hasrizal @ www.saifulislam.com 43000 BSP

December, 2013

  • 19 December

    PMR dan SPM: Sebuah Persinggahan Kehidupan

    “Ini kumpulan paling teruk dalam sejarah sekolah. Semua D dan E” kata cikgu. Saya teruja. Jika B atau C, itu kerja cikgu akademik. Tetapi jika D dan E, ini pemberontakan. Mesti ada sesuatu yang menarik. Saya hadir. Cikgu minta mahu menyertai kursus. Saya tidak benarkan. Hanya saya bersama ‘pelajar bermasalah’ berkenaan. Selepas berjaya meyakinkan mereka bahawa saya bukan orang upahan sekolah, perbualan jadi makin menarik. Ringkasannya, saya bertanya kepada setiap seorang, apakah visi dan misi mereka berkaitan dengan PMR. Antara jawapan yang saya terima: “Saya mahu buktikan dalam PMR ini bahawa tidak lulus PMR tidak semestinya bodoh!” Wah! “Maknanya, kalau …

July, 2013

  • 27 July

    Kembara Turki Bersama Anak-anak MTS

    Di dalam kepala saya, ada kejanggalan yang perlu diuruskan bagi program kali ini. Bercerita tentang Turki, kepada pelajar Malaysia, yang belajar di Maahad Tahfiz Turki, di Malaysia. Kekok untuk saya menentukan lengguk. Tambahan pula saya memang sudah lama tidak berceramah kepada murid sekolah. Hari ini, saya berkesempatan untuk hadir memberikan perkongsian berbentuk ceramah kepada pelajar-pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) di Teras Jernang. Selain berkongsi cerita tentang pengalaman saya ke Turki, cerita-cerita diguna pakai untuk menyelitkan mesej-mesej berikut: Musafir adalah ibadah. Betulkan niat, betulkan pandangan. Jika mata elok, elok belakalah yang kita jumpa. Jika berprasangka atau mencari yang tidak elok, …

  • 8 July

    Memilih Kerjaya Antara P, I, E dan S

    “Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri. Beliau termenung. Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya. Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang lebih baik daripada itu? Tawaran kedua ialah sebagai co-trainer, membantu pengarah di sebuah syarikat motivasi, perlu out station mungkin mencecah beberapa belas hari dalam sebulan, dan gaji yang ditawarkan ialah RM800 sebulan. Insya Allah elaun out station akan ditambah serba sedikit bergantung kepada komitmen. ANTARA TANGGUNGAN DAN TAWARAN Ketika itu …

  • 3 July

    Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb

    “Ustaz Hasrizal taksub Sayyid Qutb!” ujar seorang ahli sebuah forum. Sayyid Qutb itu sendiri sudah cukup kontroversi untuk seseorang dikaitkan dengannya. Apatah lagi perkaitan itu adalah dengan sebuah ketaksuban. Mungkin disebabkan oleh kekerapan saya memetik pendapat Sayyid Qutb, saya dilihat taksub kepadanya. Hakikatnya, jika saya taksub dengan pendapat Sayyid Qutb, sayalah musuh utama Sayyid Qutb kerana taksub adalah apa yang Sayyid Qutb musuhi. Saya kerap memetik pendapat Sayyid Qutb kerana dalam pengucapan, saya selalu memfokuskan perbahasan kepada mengaitkan mesej al-Quran dengan realiti semasa. Apabila realiti semasa itu pula banyak berkisar tentang pengaruh idea-idea Barat dalam membentuk pandangan alam Muslim hari …

  • 2 July

    I Wanted to Become an Ustaz

    It was my own preference. I made the decision by myself. I had the possibility to become a doctor, perhaps an engineer, but I chose to become an ‘ustaz’. I was offered to pursue my study in science, in the best class for science, in one of the best schools nationwide. I was already there for just about 4 months. Yet, I chose to become a student of ‘Human Science’, in order to become an ‘ustaz’. I changed my class, in fact my school. With a good SPM result in Human Science, I was offered to continue my study in …

March, 2013

  • 29 March

    Ustaz dan Ustazah Mahu Jadi Siapa?

    Pelajar-pelajar jurusan Pengajian Islam di tahun awal pengajian mereka suka dengan ilmu agama. Mudah-mudahannya. Namun selepas belajar satu demi satu subjek, pergi ke kedai membeli buku dari semasa ke semasa dan berbual tajuk ilmu dengan kawan-kawan, sepatutnya mula dapat merasakan yang setiap seorang mempunyai kecenderungan masing-masing. Ia boleh dikesan melalui: Subjek yang diminati Topik luar kelas yang diminati Masyaikh yang dilazimi Buku yang dibeli Isu dalam masyarakat yang menarik perhatian Apabila menamatkan pengajian, biar pun ijazahnya adalah Syariah, Fiqh, Usuluddin dan lain-lain, seorang pelajar itu sepatutnya sudah pun dapat membayangkan siapakah dia pada tahun-tahun yang mendatang. Secara yang lebih spesifik. …

January, 2013

  • 11 January

    Psikologi Dakwah – 2: Permulaan Yang Lebih Tenang Lagi Menenangkan

    “Saya lihat, kalian yang aktif dalam kerja-kerja Islam ini wajahnya stress belaka. Senyum pun macam tak senyum” saya mengomel. Maklum sahaja, perjalanan yang jauh memberikan banyak masa untuk kami berbual. “Kenapa ya?” kata sahabat saya yang memandu. “Hah, kenapa ya? Sepatutnya saya yang tanya dan antum yang menjawab” saya ketawa kecil. Lebih menimbulkan persoalan, karakter yang tertekan sebegitu bukan semulajadi. Sebelum kenal usrah, sebelum faham Tarbiyah, sebelum terlibat dengan dakwah, orangnya ceria-ceria belaka. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, individu-individu ini berubah? Atau apakah memang sepatutnya begitu? Saya tidak rasa begitu. BENARKAH ISLAM PENUH TEKANAN? Stressful, tertekan, bukanlah apa yang saya kesan …

  • 6 January

    Iceberg Sebuah Hedonisma

    Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang penting, apa yang tidak signifikan, apa yang utama, apa yang wajar menerima pengorbanan dan apa yang tidak kisah jika ia terkorban sekali pun, semuanya itu tidak random. Ia hanyalah kemuncak sebuah iceberg. Kemuncak iceberg ialah apa yang dapat dilihat mata, ketika mana isi yang terlindung daripada pandangan mata adalah berganda …