Home / Kenangan Bersama Emak

Kenangan Bersama Emak

Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja saya memeluknya untuk mententeramkan dia. Tetapi emak jauh di seberang lautan. Di kampung halaman, ditimpa perasaan tatkala menerima sepucuk surat berpuaka yang mengubah hidup saya. Sungguh saya tidak tahu menahu. Tiada penjelasan yang mampu saya berikan kepada emak. Hanya sebuah keyakinan, bahawa saya tidak bersalah. Saya tidak takut. Saya tidak …

Read More »

Aidiladha Tiada Lagi Bersama Bonda

Emak…  “Okay, Yop ke sekolah sekarang, ya” kata Saif. “Akak pun sama. Kalau boleh akak tak nak miss banyak belajar di sekolah hari ini” sambut Naurah. “Baiklah. Singgah LIDL, belilah apa-apa pastries buat lapik perut sebelum lunch. Selebihnya bahagi dua buat belanja kalian” saya memberikan wang EUR20 kepada mereka. Usai solat Hariraya Aidiladha di Sekolah Tuira, rasanya bagai Aidiladha sudah selesai bagi kami. Bagai tiada apa yang hendak diraikan. Sebelum pulang ke Finland, saya ada berpesan kepada abang-abang, walaupun kali ini kita semua akan berhari raya buat pertama kali tanpa emak, dan abah, janganlah sampai tidak berhariraya. Kita beraya kerana Allah. Kita …

Read More »

Menjelang Aidiladha Tanpa Emak

Selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, topik yang berulang kali timbul antara saya dan abang-abang adalah tentang masakan arwah emak. Apa yang kami teringat, kenang, teringin, sebab emak sudah lebih 10 tahun tidak memasak. Macam-macam cerita keluar. Sesekali bergenang air mata.  Rumah emak Sepi. Abang saya belikan jeruk maman, katanya khas untuk saya, kerana ia adalah makanan tradisional kami. Opah dahulu selalu buat jeruk maman bersama cili padi dan segenggam nasi. Antara yang abang saya ingat adalah emak menggoreng ‘susu lembu’ dengan kunyit yang rasanya sangat sedap. ‘Susu lembu’ itu ialah bahagian buah dada lembu betina. Sebab saya …

Read More »

Tanpa Emak Abah Tiadalah Saya

Tanpa emak dan abah, tiadalah saya. Abah sudah pergi meninggalkan kami sejak saya masih di bangku sekolah. Emak menjadi emak dan ayah menjaga kami anak-anak lima beradik lelaki.Emak cikgu sekolah. Berpuluh tahun beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh. Anak murid dan orang kampung mengenali emak sebagai Cikgu An.Saya anak Cikgu An. Penghargaan murid buat emak Terima kasih saya ucapkan kepada anak-anak murid Cikgu An yang mengusahakan reunion ini dahulu. Walaupun emak tidak hadir ke majlis, tetapi kunjungan rombongan anak murid ke rumah pasti memberi makna kepadanya. Menurut abang saya, emak masih ingat nama beberapa orang anak muridnya. Di …

Read More »

Runtuhnya Istana Syurga Hatiku

Bismillah إنا لله و إنا إليه راجعون It saddens me to announce the untimely final departure of our beloved mother, Hajjah Kamaran Zainah Haji Mohd Jan, who passed away in her sleep early this morning. The funeral Insya-Allah will be held after ‘Asr prayer today at Masjid Kampung Pasir Puteh, Ipoh. Dengan penuh rasa sedih dan dukacitanya saya maklumkan yang bonda kami Hajjah Kamaran Zainah Haji Mohd Jan telah kembali ke rahmatullah jam 8 pagi ini di rumah kami di Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak [https://goo.gl/maps/Eord5iucG1D2]. Pengebumian jenazah Insya-Allah akan dilakukan selepas solat Asar di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Kampung …

Read More »