Home / Kreatif

Kreatif

Dunia Menipu Si Cerdik Yang Naif

Apabila kita meluaskan tinjauan terhadap pengalaman manusia dalam beragama, persamaan dan perbezaan akan banyak bermain di fikiran untuk dicerna. Biar pun berlatar belakangkan agama, budaya, lokasi malah masa yang berbeza, manusia boleh bertemu dengan pelbagai persamaan yang menghairankan. Hairan apabila mata memandang ia sebagai berpunca daripada agama. Tetapi kehairanan itu hilang, apabila kita insaf bahawa puncanya bukan agama, tetapi tabiat manusia. Apabila manusia beragama, ada hasil yang terbit daripada agama, banyak hasil yang terbit daripada interaksi tabiat manusia dengan agama. Lalu, apa yang berlaku di kalangan penganut agama Kristian, boleh menyerupai banyak perkara yang berlaku di kalangan penganut agama Islam. …

Read More »

13 Reasons Why: Memahami Tragedi Perubahan Diri Remaja

Ia bukan siri yang mudah untuk ditonton. Beberapa adegan censored memerlukan kita berbuat sesuatu untuk menyaringnya. Tetapi 13 Reasons Why ini adalah drama tv yang penting pada menjelaskan kepada kita rangkaian masalah yang membelenggu kehidupan anak remaja. Sudah tentu kemuncaknya ialah apabila Hannah Baker nekad membunuh diri. Drama ini menceritakan nota bunuh diri Hannah yang dibuat dalam bentuk audio yang dirakam di dalam kaset. Beliau menjelaskan 13 sebab mengapa beliau nekad membunuh diri. Tetapi isu di dalam drama ini bukan hanya bab bunuh diri. Sebaliknya ia menceritakan tentang bagaimana remaja berfikir, bagaimana orang dewasa memberi reaksi kepada tingkah laku remaja, …

Read More »

Helen Keller: Rontaan Akal Mencari Makna

“Allah tidak menjadikan manusia itu buta, pekak dan bisu serentak. Jika ada yang begitu, ia disebabkan oleh kemalangan” ujar seorang ustaz. Saya kaget mendengar penjelasan tersebut. Beliau ditanya tentang persoalan solat orang yang pekak, bisu dan buta serentak. Bagaimana beliau boleh begitu pasti bahawa tiada manusia yang lahir buta dan pekak lalu bisu, serentak? Dalam komuniti deafblind, kita ada Marie Heurtin (1885-1921) di Perancis. Beliau buta dan pekak semenjak lahir. Dan dalam ramai-ramai golongan kelainan upaya ini, insan paling terkenal adalah Helen Keller (1880 – 1968) di Amerika Syarikat. Biar pun buta dan pekaknya Keller bukan semenjak lahir, beliau hidup dalam alam yang …

Read More »

Aku Dan Buku

Cinta aku kepada buku Hingga itulah harta dan duniaku Tangan ini belum pernah jemu Mata juga tidak pernah lesu Aku membesar dengan cinta kepada buku Kerana buku mengajar aku bercinta Cinta kebenaran Cinta kemuliaan Cinta harga diri Cinta santun dan budi Aku kembara selongkar buku Buku selongkar kembara hidupku Buku mencurah ramuan ilmu Hingga terjadi manusia aku Cintalah buku wahai isteriku Cintalah buku wahai anakku Cintalah buku wahai teman-temanku Cintalah buku wahai cinta hatiku Kerana aku jelmaan bukuku Hidupku pernah dirobek mehnah Ditimpa sunyi, fakir dan gundah Dataran Syam menjadi kelam Dalam ramai aku tenggelam 12 purnama hasad membelenggu Tuhan …

Read More »

Kerana Aku Seperti Air

Kerana aku seperti air Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada Lalu lama seperti yang biasa Tetapi kerana aku seperti air Aku memilih untuk terus sebagai air Mengalir tidak pernah berhenti Melimpah, menyerap, menghakis, menembus Memenuh pada setiap ruang yang kosong Tanah tandus & benih kering Kucurahkan subur agar muncul tunas Merimbun duduk berteduh di dataran kosong. Kerana aku seperti air Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa. Tetapi kerana aku seperti air Aku …

Read More »

The Secret Life of Walter Mitty: Mencari Intipati Sebuah Kehidupan

Saya rasa ia seperti mimpi. Sangat teruja. Sudah lama saya membaca karya Karen Armstrong. Kini bukan sahaja beliau sedang berucap secara live di hadapan kami semua, saya juga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa program berkenaan. Di dalam program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) sulung ini, Karen Armstrong merupakan salah seorang penceramah jemputan kami. Selepas sesi berakhir, saya memberanikan diri bertemu dengan beliau untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi atas sumbangannya secara langsung atau tidak langsung kepada dakwah Islam. Rakan saya, Anthony Mooney tertarik kepada al-Quran hingga akhirnya memeluk Islam kerana membaca karya Karen Armstrong. “Boleh saya dapatkan tandatangan puan?” saya menghulurkan …

Read More »

Kebijaksanaan Karya Al-Asma’ Al-Husna Asmawi (Mawi AF)

Selepas dua bulan mendapatkan album Al-Asma’ Al-Husna oleh Asmawi (Mawi AF) ini melalui iTunes, saya masih mengekalkannya sebagai album terbaik untuk tahun ini. Tidak keterlaluan saya katakan, penghasilan album ini sangat bernilai tinggi pada bakat dan kebijaksanaan memilih Al-Asma’ Al-Husna sebagai satu-satunya lirik dalam kesemua trek. Hanya dengan Al-Asma’ Al-Husna, 10 lagu disampaikan dengan halus, tenang, sejuk, mendamaikan, bersama susun atur muzik yang cemerlang. Ia memberi nafas baru di luar kotak untuk pengolahan berbeza Al-Asma’ Al-Husna yang belum pernah saya temui di mana-mana, setakat ini. Saya berhasrat untuk menghadiahkan album ini kepada rakan-rakan di Turki sebagai sebuah album Islami yang …

Read More »