Anda mungkin tidak menggunakan Snapchat. Tetapi jika anak anda menggunakan telefon pintar, ada akses internet, dan menggunakan media sosial, maklumat ini wajib anda ketahui. Kebejatan Snapchat Streaks. What does the 🔥 mean? You and your friend are on a Snapstreak – meaning you and your friend have Snapped (not chatted) …
Read More »Jangan Berasa Lemah di Musim Musibah Ini
Kalau masak, saya cuba masak elok-elok dan sedap-sedap sebab itu sahajalah ‘hasil kerja’ seharian saya. Tak ada profesyen yang ‘profesiona’l untuk buat hasil kerja dengan cemerlang macam orang berkerjaya. Saya tiada bakat untuk masak yang hebat-hebat macam seorang chef, tetapi masakan yang saya tahu masak, saya masak elok-elok. Banyak yang …
Read More »Kemahiran ‘Self-Regulated’ Learning Anak-anak di Rumah
The UK-based Education Endowment Foundation membuat penilaian terhadap strategi-strategi pembelajaran yang berpotensi tinggi. Berdasarkan meta study membabitkan 10,000 penyelidikan bebas, EEF mendapati bahawa maklum balas (feedback), metacognition dan regulasi kendiri (self-regulation) menghasilkan impak paling besar berdasarkan pentaksiran pencapaian akademik selama berbulan-bulan, berbanding dengan strategi-strategi lain termasuk ‘tutorial one-to-one’ mengecilkan saiz …
Read More »Anak Meragam Tidak Mahu ke Tadika
Semasa anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan, kami adalah ibu bapa muda yang kurang berpengetahuan serta pengalaman dalam hal ehwal pendidikan dan keibubapaan. Rasa hormat kepada institusi sekolah serta pendidikan yang ditawarkan, mungkin menjadi sebab mengapa ragam anak-anak yang tiba-tiba enggan ke sekolah tidak kami endahkan. Asasnya ialah sekolah betul, …
Read More »Apa Yang Sistem Pendidikan Finland Telah Buat ke Atas Kamu, Anak-anak?
Semalam selepas makan, anak timbulkan topik kebimbangannya dengan kawan-kawan yang secara terbuka menyatakan tidak kisah kalau gagal dalam pelajaran. Katanya hairan sebab dulu semasa di Finland, apabila cikgu mengadakan ujian atau kuiz, memang ada yang gagal tetapi hanya seorang dua. Di sekolah sekarang jika separuh kelas gagal ujian pun macam …
Read More »Hillbilly Elegy: Kembara Anak Menuju Jaya Tanpa Segalanya
Hillbilly Elegy adalah sebuah filem drama baharu di Netflix, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, ditulis oleh J. D. Vance (James Donald Bowman). Ia adalah autobiografi JD yang menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang kanak-kanak daripada sebuah keluarga miskin dan dibelenggu pelbagai masalah sosial, sehinggalah beliau menjadi graduan undang-undang di Yale. …
Read More »Memanjangkan Penutupan Sekolah Tanpa Strategi Pendidikan Alternatif
Selama berpuluh tahun kita ‘berjaya’ melaksanakan pendidikan sebagaimana yang kita kenal sebab kita mewah dengan peluang mengawal murid dengan dinding kelas dan memaksa mereka menelan fakta melalui rote learning. Adakah pembelajaran itu sebenarnya sejahtera untuk diproses oleh murid-murid, serta bermanfaatkah ia untuk menyediakan mereka mendepani kehidupan, kita tidak bersungguh memikirkan …
Read More »Cuties di Netflix: Tonton Menakutkan, Tidak Tonton Pun Menakutkan
Cuties adalah filem di Netflix yang menakutkan jika ditonton, dan tetap menakutkan jika tidak ditonton. Saya tidak galakkan sesiapa pun untuk menontonnya. Tetapi mesej daripada filem ini sangat benar, perit dan penting. Semasa anak balik dari sekolah semalam, beliau cerita tentang kempen solidariti LGBTQ+ minggu ini di sekolahnya. Kesimpulan beliau, …
Read More »Retrieval Practice: Cara Mudah Membantu Pembelajaran Anak-anak
“Apa benda menarik di sekolah hari ini?” ia mungkin soalan yang selalu kita tanya sebagai ibu bapa, jika amalan berbual dengan anak-anak menjadi kebiasaan. Soalan itu boleh diubah kepada, “hari ini belajar apa di sekolah?” semasa berbual. Ia mungkin dijawab dengan sambil lewa oleh anak-anak, terutamanya apabila anak-anak fikir apahal …
Read More »5 Kebaikan Sistem Pendidikan Finland dan 5 Limitasinya
Selepas empat tahun berada di Finland dan memberi peluang kepada anak-anak bersekolah di dalam sistem pendidikan Finland, di sini saya kongsikan 5 perkara yang saya kira telah disumbangkan oleh sistem pendidikan Finland sebagai sebuah sistem yang dianggap antara yang terbaik di dunia. Pada masa yang sama, saya kongsikan juga 5 …
Read More »Kisah Tasta’nisu Dan Berhalus Dalam Berkelakuan
Benda kecil pun hendak dibesarkan? Pertanyaan ini petanda ada penyakit jiwa yang berkait dengan penyakit fikiran juga. Syarat pertama menyembuhkannya adalah mengakui dahulu yang wujudnya penyakit berkenaan. Mari saya kisahkan. Semasa melawat Rumah Gadang di Sumatera Barat ini, antara penerangan yang saya ingat ialah tetamu yang masuk ke rumah akan …
Read More »Kamu Dengar Sini, Anak-anak!
Kata William E. Blatz, keselamatan emosi itu ialah keadaan minda semasa seseorang itu bersedia menerima akibat daripada tingkah lakunya. Maknanya, kalau buat benda tidak cerdik, bersedia diberitahu yang kamu itu tidak cerdik. Definisi itu sudah tua. Ia definisi tahun 1950an. Bagus juga definisi lama-lama ini, sebab ia definisi yang lahir …
Read More »Sejarah Perjalanan Umat, Kembara Perjalanan Diri
Malam-malam sebelum ini perbualan kami anak beranak masih berterusan. Saya sahaja yang tidak bermomentum untuk menulis. Tempoh hari, anak bertanya selepas tarawih, bagaimana bermulanya Syiah. Soalan itu besar, ditanya oleh anak-anak yang tidak mempunyai banyak past knowledge untuk saya bina pengetahuan baharu. Pengetahuan di dalam sains pembelajaran mengingatkan pentingnya mengaktifkan …
Read More »Kisah Tik Tok dan Atok
Atok bukan luddite, orang tua yang anti teknologi. Kamu nak kata atok boomer yang ok atau tak ok pun, atuk tak kisah. Walaupun Tik Tok semakin popular, atok tetap berpendirian ia sesuatu yang negatif. Bukan berasaskan kemerapuan kandungannya. Sebab ada sahaja content creator yang menghasilkan kandungan yang ‘bermanfaat’ termasuk orang …
Read More »Paradigma Pendidikan Perihal Otak
Sebelum datang ke Finland, fikiran saya dihujani pelbagai persoalan, mengapa sistem pendidikan sedia ada bermasalah. Persoalan itu ekoran ‘culture shock’ yang terjadi kepada diri saya, tatkala pulang ke tanahair pada tahun 2004, selepas 11 tahun berada di luar negara. Kekeliruan mula terjadi bahawa ini bukan negara yang kukenali suatu ketika …
Read More »Persiapan Pantas Guru Memindahkan Pembelajaran ke Atas Talian #COVID19
Penularan wabak COVID-19 pada masa ini mendesak kita untuk melakukan banyak ubah suai kehidupan termasuk di dalam hal-hal yang belum pernah dibuat sebelum ini. Bagi guru sekolah, saya percaya andai guru berkenaan mengajar di sekolah kerajaan, pihak berwajib pasti ada menyediakan garis panduan bagaimana hendak memindahkan pengajaran dan pembelajaran ke …
Read More »Tulisan Tangan Di Era Menaip Serba Serbi
“Kalau kamu mengembara menggunakan terowong masa ke tahun 1982, menjenguk kelas Darjah 1 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh, kamu mungkin akan menyangka yang murid Darjah 1 ketika itu ‘bodoh’. Satu hari, kami belajar menulis A, A, A, A, bermuka-muka surat!” saya berceloteh selepas makan malam. Teringat Mrs. Dorse …
Read More »Tragedi Akidah di Sisi Tragedi Wabak Berjangkit di Dalam Lipatan Sejarah
Sebagaimana persoalan anti vaksin yang pernah dikupas sebelum ini, apabila timbul isu langkah pencegahan, kawalan, dan rawatan ke ekoran wabak COVID19 semasa, apa yang membingungkan kita adalah pendapat yang diluahkan oleh netizen di dalam nuansa agama. Soalan-soalan seperti “takut wabak lebih daripada takut Allah?” atau “kalau kita percaya virus yang …
Read More »Seni Berfikir Yang Hilang: Seperti ‘Robot’ Yang Baik Hati
“Esok semasa dalam perjalanan ke rumah ustaz, mesej atau beri miss call, ye. Ustaz kepenatan dan tidur lewat. Takut tak sedar kalian sampai” saya menghantar mesej sms kepada contact person program berkenaan. Saya menerima jemputan sekumpulan mahasiswa untuk menyampaikan ceramah di dalam program yang mereka anjurkan. Program itu diadakan di …
Read More »Teladan Pasca Lawatan ke Sekolah Finnish
Lawatan pendidik dan pentadbir pendidikan dari Taiping ke Oulu Finland baru-baru ini. Kali pertama saya melawat sekolah Finnish adalah pada bulan Ogos tahun 2015, semasa menyertai Helsinki Summer School. Lawatan ketika itu, saya hadkan implikasinya kepada menginspirasikan saya untuk melakukan dengan lebih baik apa yang telah saya lakukan, dan tidak …
Read More »Al-Baqarah: 30-33… Mengapa Terkejut?
Semasa Allah memaklumkan Adam menjadi khalifah, malaikat menyuarakan perhatiannya kepada potensi makhluk ini pada melakukan kerosakan dan menumpahkan darah. Bukankah malaikat itu yang lebih sesuai kerana mereka baik dan 100% menurut perintah? Allah tidak menafikan risiko dan sisi pandang berkenaan. Sebaliknya Allah kata, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu …
Read More »Merombak Paradigma Mendidik Kanak-kanak Dengan Kekerasan
Kebelakangan ini saya termenung membawa fikiran merenung hantaran di Instagram dan Facebook Page tempoh hari. Bagaimana perkara paling asas iaitu memberhentikan kekerasan terhadap kanak-kanak pun, boleh mengundang debat dan khilaf yang mendalam. Hadith-hadith Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam pun dipulas-pulas untuk memenangkan dimensi ‘dengan kekerasan pun masih jadi orang’. Berpandukan …
Read More »Being a ‘cool’ Muslim (2005)
Almarhum Professor Muhammad Al’Mahdi Jenkins, the founder of Khalifah Institute, now known as Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model School Primary and Secondary, featured in Sunday Mail, a year before this final departure in 2006, may Allah bless and place him with His loved ones, ameen. The man with …
Read More »Menjadi Pejuang Pendidikan: Bagaimana Hendak Memulakannya?
Kebelakangan ini saya kerap dihubungi oleh anak muda yang bertanya soalan yang sama. Mereka berminat hendak menceburkan diri ke bidang pendidikan, terutamanya selepas tamat pembelajaran sarjana muda semasa mereka, yang saya kira bukan di bidang berkenaan. Ia adalah perkembangan yang menggembirakan. Suara-suara masa kini yang menuntut sebuah pendidikan yang lebih …
Read More »Vlog: Stand By Me (1986): Nilai Sejati Sebuah Persahabatan
Filem Stand By Me (1986) arahan Rob Reiner adalah filem zaman kanak-kanak ‘favourite’ saya sampai ke tua. Biar pun filem seperti Goonies, ET dan The Dirt Bike Kid 🤣juga menarik, filem Stand By Me ini mempunyai kekuatan yang menjadikannya lekat di minda merentas masa. Ia adalah filem yang merakam nilai …
Read More »