Pendidikan

Arkangel di Netflix: Teknologi Membantu ‘Mengawal’ Anak, Sepenuhnya!

Salah satu perkara teras di dalam pembelajaran kami di dalam program LET di Finland ini​ ialah teknologi tidak mengawal tingkah laku manusia, sebaliknya keperluan manusialah yang membimbing bagaimana teknologi direka bentuk dan digunakan di dalam kehidupan. Menonton episod Arkangle (tulisan Charlie Brooker dan arahan Jodie Foster) di dalam musim baru …

Read More »

Bahasa Syurga Bahasa Neraka

“Harry, open the door!” “Harry, please open the door!” Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza. Rancangan kanak-kanak di televisyen seperti Sesame Street dan Barney berulang kali mengingatkan kita kepada ‘The Magic Words‘. Ungkapan seperti ‘please‘, ‘thank you‘ dan ‘excuse me‘ adalah teras kepada adab sopan …

Read More »

UPSR: Kegembiraan Setiap Murid Bukan Sekadar Soal Perasaan

Seawal Januari, saya sudah mempunyai perasaan yang kuat bahawa saya akan ke Finland. Saya baru sahaja pulang dari Helsinki untuk menghantar borang permohonan. Saya hantar ‘by hand’ dengan datang sendiri dari Malaysia, demi memastikan permohonan saya lengkap, diproses, dipanggil temuduga dan seterusnya mendapat tempat untuk pengajian di sana. Kerana itu, …

Read More »

Filem The Thinning: Menentukan Hidup Mati Dengan Keputusan Peperiksaan

Alang-alang obses dengan peperiksaan, mengapa tidak jadikan sahaja peperiksaan itu cara menyelesaikan masalah terbesar dunia? Pada tahun 2039, dunia berdepan dengan masalah manusia dan daratan. Pemanasan global meningkatkan paras air laut dan menenggelamkan daratan dengan begitu agresif. Manusia pula beranak dan beranak, menjadikan penduduk begitu padat. Akhirnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengarahkan …

Read More »

Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan?

Semasa menjalankan attachment pendek di sebuah sekolah di Helsinki, saya bertanya kepada guru special education sekolah berkenaan “apakah di sekolah ini tiada masalah disiplin pelajar?” Katanya ada. Ada pelajar yang murung terutamanya di musim sejuk, dan apabila kemurungan, ada yang hilang motivasi belajar malah pernah juga ada yang mengalami ‘dark …

Read More »

Menubuhkan Sekolah Dengan Ilmu Pendidikan, Bukan Ilmu ‘Agama’ Atau ‘Bisnes’

“Muiz rindu sekolahlah” kata anak saya yang bongsu. Kebetulan petang tadi kami lalu berhampiran kawasan sekolah. Suasana sepi kerana sekolah sedang bercuti panjang untuk musim panas daripada awal Jun sehingga Ogos nanti. “Oh, rindukan sekolah. Muiz suka sekolah ke?” saya bertanya. “Muiz suka kawan” jawabnya. “Siapa kawan-kawan yang Muiz suka tu?” saya menyambung …

Read More »

Salam Aidilfitri Dari Kutub Utara

Alhamdulillah selesai sudah sebulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan berkenaan. Sama ada ibadah khusus seperti siyam, solat, Qiyam, tilawah dan iktikaf, mahu pun kebajikan-kebajikan yang dibuat sesama manusia. Ramadan kami di Oulu kali ini sederhana. Sederhana dalam serba serbinya. Tiada ‘gangguan’ seperti promosi Raya, mahu pun bazar …

Read More »

Anjakan Paradigma Huffaz al-Quran

“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan. “Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat. Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya. Sudah lama saya menanti peluang ini. Peluang untuk berwacana bersama …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share