PRU14

Slippery Slope: Falasi Dalam Unjuran Ketakutan

Slippery slope adalah falasi di belakang mengaitkan ini dengan ini dengan ini, pada menimbulkan ketakutan. Jika kita tanam pokok durian dan menikmati buah durian dari kebun sendiri, ini bagus. Tetapi jika ada pokok durian sendiri, nanti durian kita dicuri. Untuk melaporkan kecurian ke balai polis, kena naik motor ke pekan. …

Read More »

Agenda Tarbiah dan Cita-cita Siasah: Semakan PRU14

Perubahan yang berlaku kepada PAS di era gagasan Negara Berkebajikan, mendatangkan banyak masalah sekitar tahun 2008. Semasa PAS mahu berperanan sebagai parti politik yang mempunyai kuasa legislatif serta pengaruh eksekutif, PAS sering berkonflik dengan entitinya sebagai sebuah jemaah Islam dan gerakan dakwah. Jika PAS adalah parti politik, maka strategi untuk …

Read More »

Mengundi PAS Adalah Mengundi Untuk BN

Jika pengalaman semasa berada di dalam PAS dahulu masih relevan, saya boleh katakan sudah menjadi kebiasaan bagi kami di bawah untuk jadi tukang ‘back up’ kepada apa yang pimpinan tertinggi buat. Mereka bercakap dan memutuskan sesuatu tanpa mempedulikan cabaran yang terjadi di peringkat bawah. Mereka membuat keputusan untuk bekerjasama dengan …

Read More »

Politik Bukan Medan Bersuci

Tun Mahathir penting sebagai faktor utama membentuk satu kesepakatan pembangkang, sebab kesepakatan BN hanya boleh ditumbangkan oleh sebuah kesepakatan lain, seperti BN. Ia tidak sihat, tidak ideal dan tidak mencerminkan kemahuan perubahan Malaysia. Tetapi itulah realiti Malaysia. Sesuatu yang tiada sesiapa pun dalam politik Malaysia mampu buat pada masa ini …

Read More »

Catatan Persahabatan Calon PAS N.26: Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz

Mungkin di satu peringkat, kesalahan besar saya ke atas Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz ialah, apabila orang tidak berpuas hati dengan saya, mereka akan bertanya kepada Ustaz Nushi, “Hasrizal tu, kenapa?” Kasihan Ustaz Nushi, saya yang buat masalah, beliau pula yang terganggu. Jika dibandingkan tempoh perkenalan, jumlah ‘credit hour’ yang diluangkan serta tahap …

Read More »

Catatan Persahabatan Calon P011: Wan Saiful Wan Jan

[CALON KEADILAN PARLIMEN PENDANG P011 – WAN SAIFUL WAN JAN] Apakah jasa Wan Saiful Wan Jan dalam hidup saya? Saya mengenal beliau semasa tinggal di United Kingdom dan Ireland sekitar tahun 1998-2004. Semasa saya tiba di UK, saya kagum dengan profesionalisme kerja anak-anak muda di sana dalam gerak kerja PAS, yang kurang …

Read More »

Temuramah Bersama Prof Aziz Bari: Menghormati Semangat Berpasukan

Semua persoalan penting seputar calon DUN Tebing Tinggi DAP / Pakatan Harapan telah ditanya dan dijawab dengan baik di dalam temubual ini. Walaupun bertanding di DUN yang mencatat majoriti tinggi di pihak pembangkang dalam PRU13 * malah sebelumnya, Prof Aziz Bari kekal realistik, berhati-hati, tidak mahu mendahului muafakat Pakatan Harapan serta kuasa …

Read More »

Kunjungan Calon Pakatan Harapan ke Rumah Bonda

Semalam saya sangat gembira kerana Prof Abdul Aziz Bari dan Saudara Howard Lee 李存孝 berkunjung ke rumah kami di kampung, melawat bonda dan keluarga saya. Kunjungan ini sangat bermakna buat diri saya yang berada jauh di perantauan. Keluarga saya ingat peranan penting Prof Aziz Bari dalam menafsirkan perlembagaan semasa krisis perlembagaan kerajaan Pakatan Rakyat …

Read More »