Home / Saifulislam 1.0

Saifulislam 1.0

Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur

“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina. “Kenapa tu?” saya bertanya. “Mama dengan papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi mama tak bagi” ceritanya. Telus. “Boleh ustaz tahu, kenapa mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan. “Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salina tanpa berselindung-selindung. “So, what do you think?” saya meneruskan soalan. “Well, dalam program ini ada ke benda-benda tu, ustaz?” tanya beliau lagi. “Kalau tak ada, awak nak ke?” saya menyoal dengan …

Read More »

Andai Kau Tahu

“Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya. “Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya. “Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…” Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya. …

Read More »