Home / Sembang

Sembang

Mahu Menulis Atau Tidak Mahu Menulis?

“Ramai yang mahu membaca, maka kena rancak menulis” “Ini strateginya. Tulis begini, ia akan laku keras” “Orang sekarang mahu tulisan dalam bentuk ini, maka pilihlah sama ada mahu menulis mengikut kedegilan diri, atau menulis sesuatu yang berpotensi untuk laku dan dibaca” “Apa gunanya menulis sesuatu yang tidak dibaca?” Desakan oleh soalan sebegini menghantui penulis. Bukan sahaja penulis lama, malah lebih utama bagi penulis baru, dan mereka yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Trend penulisan berubah dari semasa ke semasa. Di suatu ketika, kita suka tulisan yang kemas, panjang dan memperincikan sesuatu subjek dengan mendalam. Kemudian datang satu zaman, tulisan panjang dielak, …

Read More »

Sinar Iman di Sebalik Ujian

“Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya” kata ayah seorang pesakit kepada saya. Saya mengangguk. “Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…” sambungnya lagi. “Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)” saya menambah. “Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?” sambung beliau. Kami …

Read More »

Facebook dan Print Screen Itu Lagi

Media sosial, diketuai oleh Facebook, kemudiannya oleh Whatsapp adalah dua platform yang sangat impulsif. Laju sahaja hendak menulis, berkongsi, dan terkini print screen. Semuanya kerana ia kelihatan sebagai sebuah komunikasi mantap, tanpa risiko berdepan untuk bertentang mata dengan sahabat, mahu pun lawan. Manusia paling jahil pun boleh menjadi alim, yang paling pengecut pun menjadi wira, dengan menyembunyikan diri di sebalik komunikasi E. Setelah begitu lama berkecimpung di dalam penggunaan medium elektronik untuk dakwah dan komunikasi (cukup lama, kerana blog saya pun sudah sebaya dengan pelajar universiti hari ini), sudah tentu ada masa-masanya, kita memilih untuk berundur setapak, agar ada kemajuan …

Read More »

Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan)

Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri,  juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama. Keberagamaan hari ini amat membingungkan. Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30’an. Sibukkan diri dengan mengaji. Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada …

Read More »

Merawat Sebuah ‘Tidak Faham’

Pengalaman saya sebagai murid, apabila saya tidak faham sesuatu, saya akan perhatikan keliling saya, adakah saya seorang yang tidak faham, atau kebanyakannya tidak faham belaka. Jika saya dapati ada yang mampu memahami apa yang sedang diajar, saya akan cari jalan supaya saya boleh faham ia. Adakalanya sesuatu yang saya hendak faham itu, memerlukan saya faham banyak benda lain terlebih dahulu. Misalnya, saya pernah belajar tentang sekularisme di dalam silibus usrah dan buku-buku karangan tokoh gerakan Islam. Tetapi apabila buku The Prince karya Niccolò Machiavelli yang ‘disembelih’ di dalam usrah itu saya baca, saya sukar memahaminya. Apabila membaca buku Islam and …

Read More »

Penghargaan dan Doaku Buat Sheikh Solah al-Khalidi

Sheikh Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, tokoh al-Quran kelahiran Palestin 1947 Bagi sahabat yang sering mengikuti kuliah pengajian saya, khususnya Siri Ibrah Daripada al-Quran, penyampaian saya sangat banyak mengambil manfaat daripada huraian-huraian yang disampaikan oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, hafizahullah. Saya, bukanlah anak murid yang Sheikh Solah kenali. Malah untuk menganggap diri ini sebagai anak murid pun tidak layak. Sepanjang saya menuntut ilmu di Jordan, saya hanya berpeluang hadir bertalaqqi ke majlis-majlis pengajian beliau sebanyak beberapa kali. Tidak cukup untuk dinamakan sebagai talaqqi. Saya hanya menadah daripada Sheikh melalui kuliah Subuh harian beliau di Masjid Abd al-Rahman bin Auf, Sweileh, …

Read More »