Home / Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran (page 2)

Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Beragama Dengan Akal Yang Sakit

  Sekitar tahun 2008-2012 saya cuba wacanakan topik buku Apa Erti Saya Menganut Islam. Isi kandungan utama modul tersebut ialah membetulkan cara fikir Muslim, memposisikan dengan baik di mana Sunnatullah dan di mana Syariatullah, mengharmonikan usaha dengan tawakkal. Biar pun kursus itu sering dikategorikan sebagai kursus motivasi, saya menganggap sesuatu yang lebih daripada sekadar memotivasi. Ia berkaitan dengan asas keberagamaan. Sepanjang kursus, ceramah dan seminar dijalankan, saya bertemu dengan kekhuatiran yang besar. Sesi soal jawab, maklum balas, menunjukkan cara fikir masyarakat sungguh membimbangkan. Apabila saya tekankan tentang pentingnya berusaha dengan cara yang betul, ada peserta bertanya, “ustaz bertawakkal kepada Allah …

Read More »

Jerebu: Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan

credit photo: .freemalaysiatoday.com Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Al-Rum 30:41] Apa yang sedang Allah bicarakan dalam musibah? Kerosakan itu hasil kerja tangan manusia sendiri. …

Read More »

Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi

Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak. Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan (KHALIL)Nya. [Al-Nisaa’ 4:125] Khalil bukan kekasih biasa. Khalil adalah kekasih yang berkasih dengan kasih yang sangat istimewa. Ia bukan HUBB atau MAHABBAH, ia adalah KHULLAH. Cinta eksklusif …

Read More »

“Atas Nama Tanzim…”

“Dan aku juga pernah melihat, adanya segelintir manusia, mereka mendakwa bahawa tanzim apabila ia berkata-kata, ia tidak berhajatkan kepada dalil syara’. Ini adalah satu bentuk pengurniaan sifat maksum kepada pihak yang tidak berhak memilikinya. Ia adalah satu bentuk pemerasan, dan membatalkan fungsi nas” Demikian kritikan Sa’id Hawwa kepada gerakan Islam, di dalam bukunya Jundullāh Takhtītan. Kritikan dalam fasal keenam, pada membicarakan tentang KETAATAN dan SYURA. Bab berkenaan dimulakan dengan kenyataan beliau, betapa adanya golongan yang mengagumkan orang ramai, tetapi Sa’id Hawwa melihat apabila mereka melayan isteri, mereka melayan para isteri itu seolah-olah mereka itu hamba. Mereka melakukannya dengan dakwaan Islam …

Read More »

Apa Rasanya Disalah Erti

Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan? Lain yang dicakap, lain pula yang difaham. Memang mengecewakan. Apatah lagi jika suara kita untuk membetulkan tafsiran itu tidak diendahkan. Jika dalam kehidupan secara personal, kita akan meronta dan memberontak untuk membetulkan persepsi orang terhadap kita, maka kehidupan berkelompok akan menjadikan perasaan itu berganda. Tidak ada pihak yang lebih disalah erti selain Islam dan Muslim. Salah faham terhadap Islam dan Muslim amat berleluasa. Ia bukan isu baru. Sudah sejak sekian lama. Sejak zaman gelap Eropah, hinggalah ke era Islamophobia hari ini. Allah dan Muhammad disalah fahami… Solat dan Zakat disalah erti… Jihad dan …

Read More »

Setia Dengan Kebenaran, Mengatasi Apa Jua Kepentingan

Bismillah. Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik. Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada …

Read More »

Implikasi Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

Diskusi bersama Profesor Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami, hampir sedekad lalu, masih berbekas di dalam diri. Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard pada April 1961. Ia dibukukan di bawah tajuk, Western Views of Islam in the Middle Ages (ISBN 0-674-95055-0). Di dalam ucapannya, Southern telah membahagikan era perkembangan persepsi Barat terhadap Islam kepada tiga era iaitu apa yang dinamakan sebagai The Age of Ignorance, The Century of Reason and Hope dan The …

Read More »

Gerhana Gerakan Islam: Pada Mengabaikan Rukun al-Fahmu

Permulaan kepada setiap perbuatan kita adalah ilmu yang difikir. Hatta semasa bertaqlid buta sekali pun, ada secebis ilmu yang difikir lalu menggerakkan kita bertaqlid. “Dia itu kuat beribadat, orang baik-baik, tentu pendapatnya baik dan betul. Ikut sahajalah dia!” seorang pentaqlid berhujah. Dalam hujahnya itu, ada kebenarannya, kalau pun tidak sepenuhnya. Demikianlah manusia, kurniaan Allah paling berharga bagi dirinya adalah akal yang berfikir. Lalu Allah muliakan ilmu pengetahuan sebagai bahan fikir akal berkenaan. Lebih banyak ilmu dicari, akal berfikir, bertambahlah fahamnya seseorang itu, dan meningkatlah darjatnya daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lebih baik. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada …

Read More »

Menginsafi Gejala Menyalahgunakan Nas

“Man shazza, shazza ilannār! Siapa yang berseorangan (tidak bersama jemaah), berseoranganlah dia juga di Neraka” kita bersemangat menukil hadith ini. “Solat, puasa, semua tak ada makna, kalau tidak bersama jamaah!” ada amilin menambah rencah. Memetik hadith-hadith dalam lingkungan  topik hak Jamā’ah al-Muslimīn di kalangan amilin gerakan Islam, adalah perkara yang pernah menjadi kebiasaan. Ia bukanlah sesuatu yang sihat, malah disedari akan tidak kenanya pemahaman sedemikian rupa, yang membenih sikap melampau. Tetapi di satu ketika, saya bersama rakan-rakan rasa, ia hanya masalah sesetengah ahli jemaah semasa menuntut di Jordan sekitar awal 1990’an yang lalu. Dek fasih memetik nas, hadith keutamaan saf …

Read More »

Sekolah Integrasi Yang Tidak Berintegrasi

Kini sekolah integrasi tumbuh bagai cendawan. Perkataan integrasi laku dalam pendidikan. Dalam pasaran persekolahan. Integrasi akan membantu ibu bapa membayangkan anak-anak hanya pergi ke satu sekolah dan di sekolah itu semua sudah ada. Ada akademik, ada ilmu agama. Ada fardhu ain, ada fardhu kifayah. Anak-anak tidak perlu balik rumah di tengah hari, menukar baju, sebelum ke sekolah yang satu lagi. Makan minumnya sudah diuruskan sekolah, tiada keperluan untuk 4 trip bas sekolah, lebih selamat, dan akhirnya mungkin lebih murah. Sekolah integrasi adalah sekolah yang memudahkan. Cuma… Kita mungkin tidak berlaku adil kepada makna integrasi. Integrasi pada kita hanya mengadakan dua benda …

Read More »

Muzik Kita Daripada Cat Stevens ke Yusuf Islam

Saya tergamam. Kaget dengan kata-kata Cat Stevens, “I know, I have to go away”. Itu adalah bait-bait yang dialunkan olehnya di dalam lagu Father and Son, sebagai lagu perpisahan beliau kepada dunia muzik, selepas memeluk Islam pada tahun 1977. Konsert itu didedikasikan kepada peminatnya kerana Cat Stevens mahu pergi. Pergi setelah melafazkan syahadah semasa berada di puncak kegemilangannya sebagai seorang artis bertaraf antarabangsa. Katanya hari itu, “we’ve only got one life, and we’ve got to do the best with it. And you’ve got to find the right path, and when you do, you know it. I pray that you find …

Read More »

Jenayah Pedophilia: Sudah Bersediakah Kita?

Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, menghasilkan, dan mengedar 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak bawah umur, 601 daripadanya adalah imej dan video kategori A. Kategori ini membabitkan foto dan video yang memaparkan aktiviti persetubuhan dengan kanak-kanak, diungkap oleh pihak polis sebagai “... some of the most extreme images that have ever been seen by officers that …

Read More »