Home / Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran (page 3)

Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Apabila Gerakan Islam Tidak Lagi Bergerak-gerak

Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah tamrin, saya tergamam. “Ini Syiah!” secara spontan saya berkata. Dan beliau akhirnya meninggalkan gerakan Islam untuk benar-benar menjadi Syiah, sehingga ke hari ini. Pada masa itu saya tekad membantu memperbaiki hal berkenaan. Bermula daripada tahun 1998, penggunaan sejarah untuk membina fikrah ‘perlu bersama gerakan Islam’ dikemas kini dari segi fakta, …

Read More »

Bertaqlid Buta Dalam Menyukai dan Membenci

Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia. Rakyat sungguh marah. Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis. Tetapi, yang tidak akan saya lupakan adalah temubual wartawan televisyen Jordan bersama perusuh di Qatranah. Ia adalah sebuah pekan kecil di selatan Mu’tah, lokasi kami belajar ketika itu. Entah mengapa, penduduk Qatranah ini sering dikaitkan dengan sifat clumsy yang sering menjadi bahan gurauan masyarakat. “Mengapa kamu merusuh?” tanya wartawan. “Tak tahu! Kami …

Read More »

Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah

Dalam perjalanan pembacaan yang ‘menggelebeh’ dan meleret-leret, Alhamdulillah saya sudah dapat menjelaskan bagaimana idea islah Imam Birgivi​ bergerak dari zamannya ke era Kadızade Mehmed Efendi, kemudian Ustuvani Efendi, kemudian Vani Mehmed Efendi, seterusnya beralih ke Sulaiman al-Maghribi dan lingkungan muhaddithin di Dimashq hingga terhubung dengan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Persamaan yang banyak, bukan kebetulan. Sebaliknya ialah adalah perpindahan idea yang merentas masa, membabitkan perubahan pada psikologi manusia dan sosiologi masyarakat. Apa yang masih menjadi amatan saya di dalam pembacaan ialah faktor-faktor yang menjadikan Birgivi tegas tetapi tidak keras, berbanding Kadızade Mehmed Efendi yang berubah menjadi keras malah radikal dalam menyampaikan …

Read More »

Apabila Ada Jawapan Untuk Semua Soalan

Dalam program di Masjid Tengku Kelana Petra semalam, saya menyampaikan rumusan buku Tsaqafah al-Da’iyah karya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam sesi soal jawab ada beberapa isu menarik yang timbul. Antaranya ialah: Keluhan tentang kuliah-kuliah maghrib yang kosong, penceramah bercakap kosong dan tiada ‘learning outcome‘ yang jelas daripadanya. Artis-artis berhijrah bercakap tanpa asas ilmu. Saya cuba berkongsi beberapa pendapat berkenaan persoalan yang ditimbulkan itu. KULIAH MAGHRIB BUANG MASA Cuba patuhi peraturan supply and demand. Jemaah gunakan kuasa demand untuk memberi tekanan kepada penceramah agar bercakap secara lebih berhemah dan berisi. Jawatankuasa masjid, spesifikkan skop. Ada surau yang untuk tazkirah Ramadan, mereka …

Read More »

Usrah Bawah Tanah di Atas Bukit

Pengetua memilih ahli usrah khusus ini daripada kalangan ‘mat Musolla’ yang juga menduduki senarai 30 pelajar terbaik semasa peperiksaan akhir di tingkatan 1 dahulu. Semua pelajar beliau tarbiah. Namun kelompok ini diproses dengan satu proses lain. Tahun 1989, saya menyertai usrah bawah tanah di atas bukit ini. Bawah tanah kerana ia bukan sesuatu yang diketahui kebanyakan pelajar (atau mereka sendiri tidak mengendahkannya). Manakala atas bukit kerana majoriti operasi usrah ini dibuat di rumah Pengetua, di atas bukit belakang sekolah. Saya dan kawan-kawan ditentukan pukul berapa setiap kami perlu mengetuk pintu rumah Pengetua, dengan cara yang khusus. Jika sampai awal, duduklah …

Read More »

Sakit di Sebalik Keluhan ‘Orang Baik-baik’

“Saya sangat kecewa. Mengapa seorang ustaz gagal solat berjemaah di masjid? Sedangkan saya bersusah payah…” keluh seorang lelaki. Sedih. Keluhan yang benar. Kebenaran yang sukar untuk ditelan. “Kalaulah dia tahu betapa deritanya hidup dalam kejahilan, tentu dia tidak akan bermain alasan untuk hadir ke majlis ilmu” keresahannya berpanjangan. Keluhan demi keluhan keluar daripada mulut lelaki tersebut. Dalam kesungguhannya memperbaiki diri, dia dirundung rasa duka kerana ‘dunia kebaikan’ yang baru dijenguk itu penuh dengan kekecewaan. Segalanya tidak mencapai jangkaan. Keresahan ini sering melanda seorang insan yang baru bertaubat. Keinginannya terhadap kebaikan dan kekesalan terhadap masa silam menyebabkan harapannya begitu tinggi untuk …

Read More »

Perginya Murabbi Yang Setia Dengan Kebenaran

Heathrow London, 1999 “Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira. Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah sangat yang kami faham tentang politik. Tetapi mentaliti saya yang ketika itu di Tingkatan 3, menafsirkan keputusan pilihanraya umum itu sebagai sebuah kemenangan Islam. Kebangkitan Islam! 1990 adalah tahun pertama, saya mengenal nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu. Saya mengenalinya melalui …

Read More »

Berpelajaran Tidak Berpendidikan

“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan” rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam berkenaan. Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk. Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa. Buletin Utama malam itu (28 Mei 2009) membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan. Apa maknanya itu? Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz memberikan mesej …

Read More »

Ibrah Kisah Musa dan Khidir: Belajar Bahasa dan Berbahasa

Kredit foto: www.overarts.com “Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa. Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun. ‘Alayhim al-solaat wa al-salaam. “Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir. Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66: قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا  Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66] Di dalam ayat ini terkandung elemen …

Read More »

Maksiat Melanggar Peraturan Jalan Raya

“Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?” “Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?” Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda. Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa dalam perjalanan ke Fakulti Pengajian Islam. Soalan itu pergi dibawa angin. Secara tidak sedar dalam soalan itu, terkandung sesuatu yang rumit dan sulit pada fikiran dan kefahaman manusia antara hukum terbitan wahyu dan hukum terbitan kajian (sains?). RITUAL TEKSTUAL Semasa berusrah, kita terus menerus membahaskan tentang erti Islam dan Muslim… bahawa …

Read More »

Karen Armstrong Dan Bukunya ‘Fields of Blood. Religion and the History of Violence’

Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre pada tahun 2002 yang lalu, saya pernah ditemuramah oleh seorang wartawan BCC Northern Ireland. Beliau meminta pendapat saya tentang suicide bombing  di Palestin. Kisahnya pernah saya nukilkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Ketika itu, saya memilih untuk tidak menjawabnya secara langsung, tetapi cuba membetulkan ‘kesalahan’ di dalam soalan tersebut. Kesalahannya ialah, semasa beliau dan saya sama-sama selesa hidup di Ireland, cukup makan minum, tiba-tiba kita mahu berbincang tentang apa yang orang Palestin patut buat dan tidak patut buat di Palestin! Tidak malukah? Sepatutnya soalan berkenaan diajukan kepada orang Palestin. Tanya mereka, …

Read More »

Charlie Hebdo: Mengulangi Iman Kita Kepada Janji-Nya

CATATAN PERIBADI Dalam beberapa bulan mutakhir ini, sangat banyak terjadi kejadian yang menyerang fikiran kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai Muslim. Terkini adalah serang menyerang yang berlaku di Eropah, susulan kejadian maut di ibu pejabat Charlie Hebdo, Paris. Di media sosial, saya sudah pun menghadkan ruang saya bercakap kepada Mu’arrikhun untuk genre sejarah, ABAH.MY untuk kebapaan, kekeluargaan dan pendidikan serta satu dua halaman kecil yang lain dengan genre yang khusus. Tujuannya, saya mahu mengekang diri saya daripada mahu bercakap tentang semua benda. Di Facebook peribadi, pula, semua rakan diskusi telah diundurkan dan ia bukan lagi ruang untuk saya berbincang dengan rakan-rakan …

Read More »