Home / Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran (page 5)

Projek Buku: Setia Dengan Kebenaran

Ilmu Kemanusiaan Untuk Memenangkan Perjuangan Islam?

“Katakanlah sekumpulan penyelidik mengemukakan kepada pemimpin sebuah hasil kaji selidik, bahawa hanya 2% daripada penduduk Lembah Kelang yang non Muslim, menganggap isu-isu yang PAS bawa sebagai relevan. Manakala selebihnya tidak peduli pun kepada isu apa yang PAS kemukakan. Pemimpin menjawab, “alah, buat kaji selidik di tempat yang orang tak suka kita memanglah dapat natijah begitu. Buatlah kaji selidik di tempat yang orang sokong kita, tentu lain natijahnya!” Baik, jika anta menjadi pegawai penyelidik, apa respond anta?” penemuduga menyoal saya. Terdiam seketika. “Sebelum ana jawab, ana nak tanya, contoh yang doktor beri itu, adakah ia kisah benar, atau ia sekadar contoh?” saya …

Read More »

Salah Mendengar Bukan Akibat Sakit Telinga

“Ya Allah, rezekikanlah kami kefahaman!” mulut melafaz doa. Rupa-rupanya FAHAM itu adalah rezeki. Andai faham itu rezeki, maka jalan kepadanya sama seperti rezeki-rezeki yang lain. Rezeki wang, datangkah ia berkepuk jatuh dari langit? Tentu sahaja tidak. rezeki wang datang dengan kerja dan usaha. Perlu berusaha. REZEKI PENJUAL MODEM BROADBAND Seorang anak muda berusaha untuk mencari rezeki wang. Dia membuka meja untuk menjual modem Broadband, di bawah redup pohon bidara, di tepi sebuah lorong yang orang tidak berapa lalu. Berpeluh dari pagi hingga ke petang. Menjelang sore, terjualkah modem beliau? Sifar! Langsung tidak terjual. Jika syarat rezeki itu ialah berusaha, bukankah …

Read More »

Berbilang Jamaah: Antara Saranan Stephen Covey dan Sa’id Hawwa

Gambar Hiasan Fenomena berbilang jemaah dan kumpulan dakwah adalah realiti. Sesuatu yang kita tidak dapat lari daripadanya, dan menuntut keupayaan diri untuk menguruskannya. Jika ulama membahagikan berbilang (ta’addud) itu kepada yang harus dan tidak harus, realitinya perjuangan kita adalah untuk menarik apa yang ada kepada yang harus, bermanfaat, serta mengecilkan mudarat yang sedia menanti. Ta’addud yang tudhad (تضاد) kepada ta’addud yang saling melengkapkan. Namakan ia impian, namakan ia angan-angan. Hakikatnya ia sesuatu yang telah pun Allah berikan amaran: ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ “Dan tegakkanlah urusan agama, namun jangan sekali-kali kamu berpecah belah dalam melakukannya” [Al-Shura 42: …

Read More »

Perlukah Jepun Kepada Wa al-‘Asr?

“Kalau kita mahu ajak orang Jepun kepada Islam, apa yang Islam hendak tawarkan kepada orang Jepun?” soalan yang sering saya ajukan di dalam ceramah. Pada memahami erti menjadi seorang Muslim. “Terimalah Islam agar kamu lebih menepati masa? Sebab di dalam Islam ada Wa al’Asr! Begitukah?” soalan saya berbentuk provokasi. Mengajak satu kaum yang bermasalah kepada Islam, untuk menyelesaikan masalahnya dengan Islam sebagai penyelesaian, mungkin jelas hujung pangkalnya. Namun, bagaimana hendak mengajak satu kaum yang begitu kemas tatacara hidupnya? Sebuah negara yang begitu maju, bersih, dan menepati masa seperti Jepun, apa lagi sebab untuk mereka merasa perlu kepada Islam? Lebih membingungkan, …

Read More »

Al-Jahiz Berbicara Tentang Guru dan Pendidikan

Berbelas tahun yang lalu saya membeli buku al-Bayan wa al-Tabyin oleh al-Jahiz ini. Hampir tidak pernah mendakapnya. Hanya membaca sepintas lalu, dan meletakkannya kembali ke rak buku. Hari ini saya membukanya kembali. Menyelak lembaran demi lembaran, kerana rupa-rupanya al-Jahiz ada mendedikasikan bab khusus di dalam buku ini, pada membicarakan tentang guru, sekolah, pendidikan, pedagogi dan kurikulum. Saya menerima tugasan akademik minggu ini di dalam program Islamic Teacher Education Program (ITEP), untuk membuat laporan bacaan berkenaan idea al-Jahiz sebagai seorang tokoh pendidikan di era klasik Islam. Tidak banyak yang saya tahu tentang al-Jahiz, selain kelucuan-kelucuan ceritanya di dalam Kitab al-Hayawan, dan …

Read More »

Alkisah Kenangan Ketua Dewan Harian, Sehari

Kami insan biasa “Anta dilantik menjadi Ketua Dewan Harian, dan malam ini dalam mesyuarat di Amman, anta kena bentang perancangan setahun Dewan Harian” kata senior kepada saya pagi tadi. Saya menggaru-garu kepala. Dewan Harian itu apa? Mengapa melantik saya tanpa persetujuan saya? Mengapa saya? Saya biarkan sahaja soalan itu berselang seli, sepanjang perjalanan dari Irbid ke Amman. Sebentar tadi singgah di al-Mafraq. Susah hati sungguh melihat keadaan di sana. Pelajar baru yang bakal ditempatkan di universiti baru berkenaan ramai. Tetapi kemudahannya amat terbatas, dan belum pernah dalam sejarah pelajar Malaysia di Jordan, penempatan diselaraskan di asrama. Saya baru sahaja menjejakkan …

Read More »

Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan untuk tidak mengantuk dan langsung tertidur. “Tolong buat pengumuman ini” tiba-tiba seorang senior memberikan sekeping nota kepada saya. Beliau merupakan salah seorang AJK program berkenaan. Dahi saya berkerut. Ada sesuatu yang tidak masuk akal dalam pengumuman yang saya diminta membacanya itu. “Ana diminta membuat pengumuman supaya syabab (peserta lelaki) menanggalkan …

Read More »

Beragama Dengan Akal Yang Sihat

Mahu makan makanan yang LAZAT, atau yang BERKHASIAT? Dulu-dulu, hal ini tidak menjadi persoalan. Kebanyakan makanan yang dimakan adalah lazat, dan dalam masa yang sama ia berkhasiat. Tetapi dengan munculnya makanan sampah (junk food) yang lazat, dan makanan berkhasiat yang tidak mesra lidah dan selera, kita jadi dilema. Jika mahu makan makanan yang lazat, mudah sahaja. Rasa, dan jika selera kata sedap, jalan! Tetapi jika mahu makan makanan yang berkhasiat, kita perlu tahu apakah faktor yang menentukan sama ada makanan itu berkhasiat atau pun tidak. Jika makanan yang hendak dinilai berkhasiat atau pun tidak itu adalah OUTPUT, maka sebelum ia …

Read More »

Pemberontak Yang Seimbang

“Kebelakangan ini ramai anak muda muncul dengan fenomena baru, mereka begitu berminat dengan wacana ilmu, pemikiran, buku, serta berani mengemukakan idea-idea yang kritis. Namun, kelihatannya seperti adab sopan dalam bertutur kata seperti diabaikan. Apa pandangan ustaz tentang hal ini?” Soalan ini dilontarkan di dalam sebuah forum terbuka paling kecil yang pernah saya hadiri. Bersama gerimis hujan, saki baki tumpahan awan yang menggila semenjak senja. Dalam sejuk malam, di hadapan Istana Kehakiman, yang sedang panas dengan ketentuan nasib DSAI, berlarutan dari 2 hari ke 2 minggu, yang hakikatnya berlarutan semenjak hampir 20 tahun yang lalu. (Ya, sudah hampir 20 tahun tilam …

Read More »

Apabila Akal (‘Aql) Bergaduh Dengan Naqal

“… Maka sesungguhnya akal dan naqal itu saling bersesuaian. Al-Kitab dan al-Sunnah juga saling bertepatan“ Demikian, Imam Birgivi memulakan kitabnya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Permulaan sebuah buku yang mewakili rumusan pemikirannya. Pemikiran yang kemudiannya diwacanakan tahun demi tahun merentas usia Dawlah Uthmaniyyah. Kemudiannya, dirumuskan sebagai Birgivism oleh Gottfried Hagen, pada menjelaskan versi Islam yang mendominasi Turki semasa. Akal tidak bergaduh dengan nas. Ia saling bersetuju. Persetujuan itu adalah kerana wujudnya kesatuan, apabila kedua-duanya dipandang dari sisi ilmu. Sama ada ilmu itu ilmu yang terbit dari nas (naqal), mahu pun ilmu yang dicerap oleh pancaindera, kedua-duanya diproses oleh fakulti diri yang sama iaitu akal. Tanpa akal, …

Read More »

Seminar Asal Usul Melayu 2014: Catatan Usai Ucap Utama

Ada kalanya, semangat Islam kita menyebabkan kita tidak menghargai apa-apa yang kita tidak dapat kaitkan dengan Islam. Kita tidak berminat dengan sejarah yang bukan sejarah Islam. Malah kita melihat apa-apa yang non Islamik atau pra Islam, tidak mempunyai apa-apa nilai kebenaran, pelajaran, juga tidak menyumbang apa-apa kepada Islam dan Muslim itu sendiri.Sedangkan Islam yang luhur, menjadikan seorang sejarawan itu menghargai kebenaran, lebih daripada sempadan agama dan keagamaannya. Keislaman kita (sekurang-kurangnya saya sendiri), menyebabkan bangsa dijadikan antagonis kepada agama. Melayu? Apa itu Melayu? “Ana Muslim, Alhamdulillah” itu sudah memadai. Tiada apa maknanya Melayu kepada saya, kerana saya akan mati sebagai Muslim, …

Read More »

Palestin: Antara Masa Depan Mereka dan Masa Depan Kita

Isu Palestin adalah isu yang sangat serius. Jika di Palestin, keseriusan isu berkenaan adalah pada kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, dan impaknya kepada politik daerah, serantau dan dunia antarabangsa. Tiada konflik yang lebih tragik untuk era ini, melebihi tragedi yang membelenggu bumi Isra’ dan Mi’raj tersebut. Di tanahair, isu Palestin menguji kita semua pada segenap segi. Ia mencungkil keluar warna-warna sebenar kita. Mukmin menyerlahkan keimanannya. Kafir menzahirkan kekafirannya. Munafiq tidak mampu lagi menyembunyikan kemunafiqannya. Mazmumah karakter di kalangan umat Islam, terjelma dan mewarnai tindak tanduk kita mengenainya. Di bumi Palestin, Zionist menjadi antagonis. Di tanah air, hawa nafsu sendiri jadi …

Read More »