Home / Terkini (page 20)

Terkini

Percubaan Memahami Dialog Antara Agama

Alhamdulillah… Syukur kepada Allah kerana program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) telah selesai. Perasaan saya bercampur aduk. Gembira dan penuh bangga dengan peserta yang telah mempamerkan kualiti yang kami harapkan, namun diselubungi rasa gementar kerana tahu bahawa mesej yang ingin dibawa ke seluruh dunia oleh 50 peserta dari 15 negara dan 6 agama, adalah suatu lorong yang penuh liku… sama ada diselubungi ujian, mahu pun kesunyian. Mengapa saya katakan demikian? Secara peribadi, walau pun program IYEP telah sangat berjaya melebihi apa yang kami jangkakan, namun di sana ada satu ruang besar yang boleh diperbaiki, andaikata program seperti ini bakal diadakan sekali lagi …

Read More »

‘Aku Tidak Peduli’sme: Ideologi Siswazah Jumud dan Tidur

ISLAM AGAMA KEKITAAN Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu… (Al-Hujurat 49 : 10) Sabda Nabi SAW: Perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih-kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad. Apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam. Islam juga menekankan kepentingan hidup bergaul dan memelihara hubungan silaturahim sesama umat. Sabda …

Read More »

Andai Kau Tahu

“Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya. “Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya. “Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…” Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya. …

Read More »

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya. Kedua-duanya berkumpul di bawah satu …

Read More »

Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah 1. Semasa darjah 3, saya bosan pula dengan pelajaran darjah 3, dan mencari buku lain. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya di sepanjang zaman persekolahan. Jarang sekali abah menyuruh saya belajar. Sesekali sahaja dia bertanya. Mungkin …

Read More »

Muslim Pencemar Islam

Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta. Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai …

Read More »

Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan

“SAYA kena sertai semua kumpulan. Kalau ikut satu sahaja, nanti jadi Jamaah Centric!” kata seorang siswa. “Lebih baik aku bebas. Tak terikat dengan mana-mana kumpulan. Mana-mana ada kelas pengajian, aku akan pergi. Ini baru Ummah Centric” komen seorang pelajar pula. Kebelakangan ini, isu Jamaah Centric Vs. Ummah Centric hangat diperbincangkan oleh masyarakat kita. Hal ini lebih ketara dilihat berlaku di kalangan masyarakat pelajar yang lebih dekat kepada sumber gagasan idea ini iaitu al-Fadhil al-Ustaz Maszlee bin Malik, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Pelbagai bentuk maklum balas yang timbul, sama ada dalam bentuk perkataan dan tulisan, mahu pun tindak tanduk …

Read More »