Home / Terkini (page 3)

Terkini

Terima Kasih Untuk Sebuah Ketidaksempurnaan Kita

Setiap hari, peladang itu mengangkut air dari sungai ke kebunnya dengan dua baldi yang tergantung di hujung kandar. Di hujung sana, baldi yang sempurna. Di hujung sini, baldi yang ada luka-luka pada tubuhnya. Terbocor sedikit di atas, berlubang sedikit di bawah. Tetapi peladang itu terus menerus melakukan kerjanya seperti biasa. Baldi yang sempurna itu sombong, bangga dengan kesempurnaannya. Sedangkan baldi kedua berasa rendah diri menyedari akan dirinya, tidaklah sesempurna baldi pertama. Pada suatu hari, baldi cacat itu bertanya kepada tuannya “tuan, mengapakah tuan terus menggunakan saya, sedangkan saya hanya membawa air separuh jumlah berbanding baldi pertama?” Menyedari akan dilema baldi …

Read More »

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah dan haraki. Sama ada PAS, JIM dan sebagainya. Pertanyaan yang saya lontarkan, adalah dengan menggunakan Jungian model, sebagai psychopolitical analysis. Ia adalah model yang diguna pakai oleh Lawrence Alschuler  di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Subjek yang dianalisis oleh Alschuler di dalam kajian itu adalah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung dengan Maszlee selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sekitar tahun 2007. Ketika itu kami baru sahaja ‘berinteraksi hebat’ di alam maya melalui wacana Jamaah Centric vs Ummah Centric yang muncul kira-kira setahun sebelumnya. _____________________________ ______________________________ Sebenarnya kami sudah lama tidak bertemu. Saya mengenali Maszlee semenjak 1993. Kami sama-sama terpilih menerima biasiswa …

Read More »

Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KETAKSERASIAN KOGNITIF (COGNITIVE DISSONANCE) Kita pegang satu pendirian bahawa ia adalah muktamad. Absolute. Bahawa Imam itu sentiasa betul. …

Read More »

Mengajak Sokong Secara Paksa

Tak nak! Tak nak! Seorang elaki mendapat petua bahawa minyak ikan bagus untuk anjing kesayangannya. Maka setiap hari, beliau akan mengepit anjing itu di celah kakinya, membuka mulut anjing tersebut untuk memasukkan sesudu minyak ikan yang berkhasiat berkenaan. Anjing itu meronta-ronta. Selalunya lelaki berkenaan berjaya. Satu hari, rotaan anjing itu begitu kuat, dan akhirnya beliau terlepas botol minyak ikan dari tangannya, lalu tumpah ke lantai. Tanpa disangka-sangka, anjingnya menjilat dengan penuh selera minyak ikan itu hingga licin di lantai. Barulah lelaki berkenaan tersedar, bahawa selama ini anjing beliau meronta bukan kerana tidak sukakan minyak ikan. Tetapi sebab beliau cuba memberinya …

Read More »

Ketakutan Terhadap Ancaman Cina dan DAP?

Ada beberapa mesej yang diajukan kepada saya menyatakan kebimbangan tentang jumlah kerusi kaum Cina atau non Muslim. Susah sebenarnya saya hendak jawab soalan ini sebab saya tidak faham di mana logiknya. Negara kita ada perlembagaan, yang menjamin hak istimewa orang Melayu hingga secara realistiknya ancaman ke atas hak-hak berkenaan mustahil berlaku. Dua pertiga parlimen itu pun sudah ternganga, apatah lagi memerlukan restu Majlis Raja-raja Melayu. Lagilah tidak dapat saya bayangkan Majlis Raja-raja Melayu merestuinya. Tiga perkara ini mustahil diubah melalui pilihanraya: Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 153) Bahasa Melayu (Perkara 152) Majlis Raja-raja (Perkara 38) …

Read More »

Ada Sinar di Hujung Terowong

Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. Jika ia bermanfaat buat sesetengah pengunjung, Alhamdulillah. Jika ia menyebabkan segelintir menjadi marah pun tidak mengapa. Marahlah. KELAS PETANG INI Saya baru habis satu kelas petang ini, berbincang mengenai cabaran undocumented people yang hidup dalam limbo di Finland. Tetamu di dalam kelas kami adalah seorang paderi yang Marxist! Dikenali di …

Read More »

Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk memaksa penerimaan, kerana tujuannya hanya menyediakan suara untuk mencetus fikir. Siapa saya, sebanyak manakah pembabitan saya dahulu dan juga sekarang, tidaklah begitu relevan untuk diketengahkan. Pemimpin-pemimpin yang berpuluh tahun di dalam PAS, pengalamannya dari sekecil-kecil pengalaman hingga ke sebesar-sebesar peringkat, nasional dan antarabangsa, jika ditolak, tertolaklah ia. Pemimpin …

Read More »

PRU14: Mengalahkan Sebuah ‘Kemustahilan’

Apakah yang telah berubah? Banyak yang telah berubah. Saya berada jauh. Ia tidak memungkinkan saya membuat dakwaan. Ia akan menjadi andaian, malah andaian dari jauh. Apa yang boleh saya ungkapkan adalah mengenai perubahan yang terjadi di dalam diri saya sendiri. Kemudian, disokong oleh interaksi dengan sebahagian sahabat yang masih bertukar khabar berita saban hari melalui media sosial, biar pun jauh dijarakkan oleh sempadan geografi dan masa. Mengapa saya boleh menerima kepimpinan Tun Mahathir di dalam Pakatan Harapan? Jawapannya ialah: banyak yang telah berubah. CATATAN 2015 Semasa saya mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pada masa itu fikiran saya sudah berubah. Berubah daripada menjadikan …

Read More »

Cikgu Malaysia di Perkampungan Artik

Sudah tiga kali saya mengisi program Erasmus in Schools selama berada di Finland ini. Ia adalah program kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Finnish National Agency for Education untuk memberi peluang kepada pelajar antarabangsa melawat sekolah-sekolah Finnish, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran, sambil berpeluang mengenali sistem pendidikan Finland dan budaya tempatan secara hands on. Kali ini saya ke Ivalo, sebuah pekan kecil di bahagian antara yang paling utara di Finland. Ivalo terletak di dalam negeri Inari, negeri terbesar di Finland, tetapi mempunyai kadar penduduk yang kecil, sekitar 6000 orang, yang mana lebih separuh daripadanya berada di perkampungan Ivalo. Di sana saya bertugas mengajar bahasa Inggeris …

Read More »

Sikap Kita Terhadap Pelarian dan Pencari Suaka (Asylum Seekers)

“Rizal, saya tidak dapat membayangkan bagaimana pelarian boleh hidup sedemikian rupa di Malaysia!” kata rakan saya. Petang itu saya bersama beliau dan kira-kira lima orang lain sukarelawan, mengendalikan kelab mingguan kami bersama anak-anak asylum seekers di kem mereka. “Oh, kenapa kamu kata begitu? Ada sesuatu yang berlaku ke?” saya bertanya. “Saya baru lepas menonton dokumentari Australia ini. Dan melihat keadaan pelarian di Malaysia, saya tergamam. Tak tahu nak kata apa!” katanya dengan bersungguh. Mungkin rasa terkejut beliau itu adalah kerana saya baru sahaja berkongsi video tentang Khalifah Model School dan lagu sekolah kami. Saya kongsikan ia kerana sedang berbincang tentang shaping …

Read More »

Ancaman Kasih Sayang Ibu Bapa Sendiri Kepada Anak

Semasa kami sekeluarga baru tiba di Finland, saya membawa keluarga ke pawagam Finnkino untuk menonton filem “Fantastic Beasts and Where to Find Them”. Tiket dibeli menggunakan aplikasi di telefon secara atas talian. Ia adalah kali pertama kami ke pawagam di Finland. Di Finland, menonton di pawagam bukanlah aktiviti yang sangat popular, ekoran harga tiket yang sangat mahal. Untuk harga biasa, bagi orang dewasa tiketnya sekitar EUR15 seorang. Semasa hendak masuk ke pawagam, saya sekeluarga ditahan oleh sekuriti. “Berapa umur anak ‘kecil’ anda ini?” beliau bertanyakan umur Muiz, anak bongsu kami. Saya beritahu umurnya hampir masuk 8 tahun. Berusaha juga untuk lebih …

Read More »