Terkini

Terkini di blog

Tulisan dan Lisan: Tangan Menjadi Lidah di Akhir Zaman

Manusia bekerja dengan tangan. Manusia berkomunikasi dengan lisan. Manusia yang berkomunikasi dengan tangan, adalah manusia yang ada halangan berkomunikasi dengan lisan. Tangan dan lisan adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang Allah berikan, untuk membantu manusia menerima dan memberi kebaikan. Demikian juga kaki, mata, telinga dan kurniaan yang lain. Tetapi tangan …

Read More »

Jika Kita Membaca Lillāhi Ta’āla

Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih. Dia memberi banyak. Dia ‘meminta’ sedikit. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberi pelbagai pemberian, hingga lahir kita langsung sebagai seorang penghutang. Berhutang pelbagai nikmat dan modal kehidupan. Pemiutang tidak meminta kita membayar kepada-Nya pada kadar yang Dia beri hutang. Dia suruh kita bayar dalam …

Read More »

Kerana Aku Seperti Air

Kerana aku seperti air Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada Lalu lama seperti yang biasa Tetapi kerana aku seperti air Aku memilih untuk terus sebagai air Mengalir tidak pernah berhenti Melimpah, menyerap, menghakis, menembus Memenuh pada setiap ruang yang kosong …

Read More »

Resolusi Konflik Berpandukan Teknik Q3:159

Semasa berlakunya perang Uhud pada bulan Shawwal tahun ke-3H, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah melanggar arahan Baginda, lalu meninggalkan lokasi mereka untuk mendapatkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musuh. Tindakan ini telah memecah belahkan kesatuan tentera Islam dan mengakibatkan kekalahan. Sayyid Qutb di …

Read More »

Al-Isra’ wa al-Mi’raj: Palestin Dalam Suluhan Surah al-Isra’

Jika motif peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian …

Read More »

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. …

Read More »

“Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih!”

“Saya sahih sebab rujukan saya sahih!” “Kami membawa kebenaran untuk menentang kebatilan. Menyokong kami bererti menyokong kebenaran, menentang kami bererti menentang kebenaran!” Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang membimbangkan kita. Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini. “Oleh kerana alasan idea saya adalah …

Read More »