Home / Terkini (page 4)

Terkini

Catatan Persahabatan Calon P011: Wan Saiful Wan Jan

[CALON KEADILAN PARLIMEN PENDANG P011 – WAN SAIFUL WAN JAN] Apakah jasa Wan Saiful Wan Jan dalam hidup saya? Saya mengenal beliau semasa tinggal di United Kingdom dan Ireland sekitar tahun 1998-2004. Semasa saya tiba di UK, saya kagum dengan profesionalisme kerja anak-anak muda di sana dalam gerak kerja PAS, yang kurang dapat saya kecapi semasa belajar di Jordan. Mungkin jasa pertama Wan Saiful kepada saya yang kekal sehingga ke hari ini, ialah Wan Saiful mengajar saya untuk menyusun fail doc di dalam komputer dengan menamakan fail menggunakan sistem tarikh yyyymmdd-filename. Secara otomatik, fail akan disusun secara berkronologi. Biar pun benda itu …

Read More »

Temuramah Bersama Prof Aziz Bari: Menghormati Semangat Berpasukan

Semua persoalan penting seputar calon DUN Tebing Tinggi DAP / Pakatan Harapan telah ditanya dan dijawab dengan baik di dalam temubual ini. Walaupun bertanding di DUN yang mencatat majoriti tinggi di pihak pembangkang dalam PRU13 * malah sebelumnya, Prof Aziz Bari kekal realistik, berhati-hati, tidak mahu mendahului muafakat Pakatan Harapan serta kuasa dan peranan istana. Apa yang penting di peringkat ini adalah membina kesepakatan masyarakat DUN Tebing Tinggi, untuk memenangkan calon Pakatan Harapan, memposisikan segala pengalaman, ilmu pengetahuan, integriti dan semangat seperti milik Prof Abdul Aziz Bari di Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, sebagai langkah permulaan kepada Malaysia baharu. Malaysia yang …

Read More »

Kunjungan Calon Pakatan Harapan ke Rumah Bonda

Semalam saya sangat gembira kerana Prof Abdul Aziz Bari dan Saudara Howard Lee 李存孝 berkunjung ke rumah kami di kampung, melawat bonda dan keluarga saya. Kunjungan ini sangat bermakna buat diri saya yang berada jauh di perantauan. Keluarga saya ingat peranan penting Prof Aziz Bari dalam menafsirkan perlembagaan semasa krisis perlembagaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tahun 2013 yang lalu. Cuma saya agak dukacita apabila abang saya memberitahu bagaimana artikel saya disebar merata kampung hingga menimbulkan gangguan terhadap keluarga. Saya boleh bayangkan ketidak tenteraman yang keluarga saya alami. PENDIRIAN SEMENJAK 2013 Ia adalah sebab penting mengapa saya tidak berkempen terbuka untuk Howard Lee pada …

Read More »

Meidän Piti Lähteä (Kami Harus Pergi)

“Habis, apa pula tarbiah Pakatan Harapan?” Dalam banyak-banyak soalan yang bertubi-tubi hadir sebagai reaksi kepada penulisan saya di media sosial, mungkin inilah soalan yang paling menarik perhatian untuk saya berfikir. Perlukah semua yang ditinggalkan ada pengganti? Meninggalkan sebuah tarbiah, lalu perlu kepada satu tarbiah baru dan lain? Mungkin ya, mungkin tidak. Sebagaimana saya percaya, proses pembelajaran manusia mengalami perubahan di dalam kerangka pendidikan alaf ke-21, demikian jugalah saya kira, perkaderan dan tarbiah alaf ke-20, telah berlalu. Menyertai AMANAH dan menyokong Pakatan Harapan, hanyalah keputusan saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ia keputusan politik. Meninggalkan PAS sebagai ‘jemaah’ dan ‘parti …

Read More »

Terima Kasih Untuk Sebuah Ketidaksempurnaan Kita

Setiap hari, peladang itu mengangkut air dari sungai ke kebunnya dengan dua baldi yang tergantung di hujung kandar. Di hujung sana, baldi yang sempurna. Di hujung sini, baldi yang ada luka-luka pada tubuhnya. Terbocor sedikit di atas, berlubang sedikit di bawah. Tetapi peladang itu terus menerus melakukan kerjanya seperti biasa. Baldi yang sempurna itu sombong, bangga dengan kesempurnaannya. Sedangkan baldi kedua berasa rendah diri menyedari akan dirinya, tidaklah sesempurna baldi pertama. Pada suatu hari, baldi cacat itu bertanya kepada tuannya “tuan, mengapakah tuan terus menggunakan saya, sedangkan saya hanya membawa air separuh jumlah berbanding baldi pertama?” Menyedari akan dilema baldi …

Read More »

‘Gangguan’ ke Atas Proses Tarbiah: Meneliti Psikopolitik Islamisme

“Kenapa?” Soalan ini sentiasa menyerang fikiran saya. Saya ingin faham, mengapa saya dan sebahagian berfikir begini, manakala sekumpulan yang lain berfikir dalam bentuk yang berlawanan. Saya bertanya kepada kawan-kawan yang terbuka untuk berkongsi maklum balas mengenai apa yang mereka fikir dan rasa semasa menempuh satu demi satu peringkat pembentukan fikrah apabila menyertai kelompok dakwah dan haraki. Sama ada PAS, JIM dan sebagainya. Pertanyaan yang saya lontarkan, adalah dengan menggunakan Jungian model, sebagai psychopolitical analysis. Ia adalah model yang diguna pakai oleh Lawrence Alschuler  di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Subjek yang dianalisis oleh Alschuler di dalam kajian itu adalah …

Read More »

Dr Maszlee Malik: Persahabatan Merentas Masa

“Ana tak sangka anta open minded!” kata Maszlee. “Haha. Pulak dah! Anta ingat ana ni apa?” saya terkasima dengan kenyataan berkenaan. “Tak ada la. Masa di Jordan dulu, imej anta PAS totok, kan?” ujar beliau dengan nada berseloroh. “Masa di Jordan kita mana kenal. Bahtera lain-lain!” saya menjawab. Kami ketawa. Saya bertembung dengan Maszlee selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sekitar tahun 2007. Ketika itu kami baru sahaja ‘berinteraksi hebat’ di alam maya melalui wacana Jamaah Centric vs Ummah Centric yang muncul kira-kira setahun sebelumnya. _____________________________ ______________________________ Sebenarnya kami sudah lama tidak bertemu. Saya mengenali Maszlee semenjak 1993. Kami sama-sama terpilih menerima biasiswa …

Read More »

Ketakserasian Kognitif Dalam Kehidupan Semasa

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KETAKSERASIAN KOGNITIF (COGNITIVE DISSONANCE) Kita pegang satu pendirian bahawa ia adalah muktamad. Absolute. Bahawa Imam itu sentiasa betul. …

Read More »

Mengajak Sokong Secara Paksa

Tak nak! Tak nak! Seorang elaki mendapat petua bahawa minyak ikan bagus untuk anjing kesayangannya. Maka setiap hari, beliau akan mengepit anjing itu di celah kakinya, membuka mulut anjing tersebut untuk memasukkan sesudu minyak ikan yang berkhasiat berkenaan. Anjing itu meronta-ronta. Selalunya lelaki berkenaan berjaya. Satu hari, rotaan anjing itu begitu kuat, dan akhirnya beliau terlepas botol minyak ikan dari tangannya, lalu tumpah ke lantai. Tanpa disangka-sangka, anjingnya menjilat dengan penuh selera minyak ikan itu hingga licin di lantai. Barulah lelaki berkenaan tersedar, bahawa selama ini anjing beliau meronta bukan kerana tidak sukakan minyak ikan. Tetapi sebab beliau cuba memberinya …

Read More »

Ketakutan Terhadap Ancaman Cina dan DAP?

Ada beberapa mesej yang diajukan kepada saya menyatakan kebimbangan tentang jumlah kerusi kaum Cina atau non Muslim. Susah sebenarnya saya hendak jawab soalan ini sebab saya tidak faham di mana logiknya. Negara kita ada perlembagaan, yang menjamin hak istimewa orang Melayu hingga secara realistiknya ancaman ke atas hak-hak berkenaan mustahil berlaku. Dua pertiga parlimen itu pun sudah ternganga, apatah lagi memerlukan restu Majlis Raja-raja Melayu. Lagilah tidak dapat saya bayangkan Majlis Raja-raja Melayu merestuinya. Tiga perkara ini mustahil diubah melalui pilihanraya: Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 153) Bahasa Melayu (Perkara 152) Majlis Raja-raja (Perkara 38) …

Read More »

Ada Sinar di Hujung Terowong

Dalam beberapa hari ini, trafik blog saya menjadi tinggi dan sesekali tersangkut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi pandangan, menyokong dan tidak menyokong. Ia bukanlah tujuan saya menulis kerana saya tidak berhajatkan kepada sokongan. Saya tidak bertanding, dan tiada apa-apa kepentingan. Saya hanya menulis kerana saya mahu menjelaskan fikiran saya mengenai situasi semasa. Jika ia bermanfaat buat sesetengah pengunjung, Alhamdulillah. Jika ia menyebabkan segelintir menjadi marah pun tidak mengapa. Marahlah. KELAS PETANG INI Saya baru habis satu kelas petang ini, berbincang mengenai cabaran undocumented people yang hidup dalam limbo di Finland. Tetamu di dalam kelas kami adalah seorang paderi yang Marxist! Dikenali di …

Read More »

Tiga Keputusan Antara Yang Senang Dengan Yang Susah

Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya. Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk memaksa penerimaan, kerana tujuannya hanya menyediakan suara untuk mencetus fikir. Siapa saya, sebanyak manakah pembabitan saya dahulu dan juga sekarang, tidaklah begitu relevan untuk diketengahkan. Pemimpin-pemimpin yang berpuluh tahun di dalam PAS, pengalamannya dari sekecil-kecil pengalaman hingga ke sebesar-sebesar peringkat, nasional dan antarabangsa, jika ditolak, tertolaklah ia. Pemimpin …

Read More »