Home / Transformasi Ramadan

Transformasi Ramadan

May, 2019

  • 17 May

    Should my Kids Fast in a Finnish School?

    A friend of mine highlighted a news about a primary school in Tampere Finland denying fasting from its pupils due to health concern and difficulties to focus in lessons. “MUSLIM FASTING DISTURBING SCHOOLS WHEN CHILDREN DON’T EAT: WE CANNOT FORCE FOOD TO ANYBODY” Full news at https://suomenkuvalehti.fi/jutut/kotimaa/muslimien-paastonaika-lisaa-koulujen-hairioita-kun-lapset-eivat-syo-emme-voi-syottaa-vakisin-tai-ruiskuttaa-ruokaa-kenenkaan-kehoon/?fbclid=IwAR1jwZZpuRwoi-MPEuBmjRXx30WnbysTCAz7ajbR8ZBdmmKhRVJg5nZ0xBI Something like this should not happened. Fasting is never meant to harm or create trouble. In fact, the objective is completely the other way around. A Muslim is only required to fast when the person hits puberty. Even after that, for someone who is traveling, sick, breastfeeding babies, can choose not to fast. …

  • 17 May

    Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Puasa Dalam Pelbagai Agama

    “Oh, di dalam agama Kristian, jika berpuasa biasanya seseorang itu akan ‘muram’ dan bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Bukannya bergembira” kata Chaplain universiti. Kami ketawa lucu. Semasa Muhammad membentangkan tentang puasa di dalam Islam, beliau menunjukkan foto kemeriahan berbuka puasa di Ukraine dan Mesir. Puasa di dalam Islam sering terkait dengan kemeriahan berbuka, dan pelbagai aktiviti sosial. Bagi kita itu semua biasa. Tetapi rupa-rupanya ia agak menghairankan bagi sesetengah rakan agama lain. Semalam, kami bertemu di dalam dialog bulanan Interfaith yang dianjurkan oleh Chaplain universiti dengan kerjasama Student Union. Topik semalam adalah mengenai puasa di dalam agama-agama yang berbeza. Kami berpeluang …

  • 15 May

    Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Ramadan and Schooling

    This is our third Ramadan in Finland. Each year, there’s always something new we learn from the experience. This year, most Ramadan is taking place while school is still open. 2km each way walking from home to school, it is tough. Being among the small minority at school, they have to face many challenges. Our children need motivation. One of our kids is participating in the school trip that has been planned since last year. The homeroom teacher contacted me asking information for separate arrangement to be made for our kid. I told her that my kid will not fast …

  • 5 May

    Ramadan 1440H di Oulu Finland

    Ini Ramadan ketiga kami sekeluarga di sini. 11 hari lebih awal berbanding tahun sebelumnya. 11 hari lebih redup dan gelap. 11 hari yang lebih panas, tetapi sebenarnya lebih sejuk kerana salji turun dengan lebat 3 Mei lalu. 11 hari ini juga bermaksud, anak-anak akan berpuasa sepanjang Ramadan dan masih ke sekolah. Masih ada 3 minggu persekolahan sebelum cuti musim panas bermula. rutin 2km berjalan kaki ke sekolah, dan 2km berjalan kaki pulang ke rumah, saya perlu berikan semangat dan motivasi kepada anak-anak agar mereka tidak letih. Tambahan pula, tahun ini kami berbuka puasa lebih lewat berbanding tahun lalu. Bukan kerana …

July, 2016

  • 2 July

    Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran

    “Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi Haji, sejauh mana dia mampu mengekalkan status ‘seperti bayi yang baru dilahirkan ibu’ kesan Hajinya itu hingga ke mati? Juga bagaimanakah pula dengan kursus intensif Ramadan buatan Allah ini? Tidakkah isu yang sama juga muncul? Soalnya bukan kursus buatan Allah atau kursus buatan manusia. Tetapi memang watak manusia itu, ada …

  • 1 July

    Ketidak Pastian Yang Disengajakan

    Menanti sebuah malam. Menanti atau mencari dan memburunya? Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian. Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu. “Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu …

June, 2015

  • 17 June

    Ramadan Merawat Latah Pendakwah (dan Peminat Siasah)

    “Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!” kata seorang lelaki. “You’re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!”, lagak seorang ‘mat saleh’ penuh angkuh. “Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!” jerit seorang pelajar yang senior setahun. Mustahil telinga tidak berdesing mendengar komen-komen di atas. Rasa terhiris dan mudah sahaja untuk bertindak balas. Kita ada seribu satu sebab untuk mengiyakan tindak balas kita… sama ada dengan maki hamun semula, selinsing lengan atau kurangkan bercakap banyakkan tindakan, bagi sejibik… sebijik! Tetapi secara khusus di bulan Ramadhan ini, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa …

  • 16 June

    Mengapa Ramadan Kita Tidak Berkesan

    “Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya. Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah. Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat. Mengapa? Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan peringatan, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan. Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi …

July, 2014

  • 27 July

    Khutbah: Aidilfitri Meraikan Kemerdekaan Diri

      Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya. Hadirin sekalian, rahimakumullah, Hari ini adalah hari perayaan. Hari yang penuh kesyukuran dan kegembiraan, hari yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam daripada berpuasa padanya. Hari keraian, Hari meraikan. Namun, apakah hakikat sebenarnya perkara yang kita raikan? Apakah asbab gembira kita? Apakah signifikasi Aidilfitri hingga diharamkan kita berpuasa pada hari ini? Persoalan ini harus direnung agar gembira kita …

  • 13 July

    Yatim Sebelas Bulan: Muhasabah Sedekah di Bulan Ramadan

    “Program sudah nak habis. Seronok tak program kali ini?” saya bertanya kepada salah seorang peserta. “Seronok. Ustaz datanglah selalu ke sini” katanya. “Sedih apabila ibu bapa terpaksa meninggalkan kalian di rumah anak yatim ini… begitulah juga adakalanya anak-anak ustaz rasa apabila mereka ditinggalkan di rumah kalau ustaz selalu datang ke sini” saya memusing idea. Mereka tersenyum. “Nanti ustaz kirim salam dekat anak-anak ustaz ye. Seronok tengok gambar” kata peserta yang ramah tamah itu tadi. Mereka beriya-iya meminta saya menunjukkan gambar keluarga saya yang ada di dalam laptop. “Insya Allah… Hah, tak lama lagi Ramadhan. Apa macam?” saya menyambung perbualan. “Seronok …

  • 10 July

    Dunia Islam Daripada Jendela Nasyid 1990’an

    Ia bukan situasi baru. Sudah lama. Oleh kerana saya lahir pada tahun 1970’an, maka memori saya berkata semenjak 1970’an itu lagi umat Islam sudah ditimpa dengan konflik demi konflik. Soviet Union menawan Afghanistan pada tahun 1979. Peperangan Iran – Iraq pada tahun 1980. Peperangan Lebanon pertama pada tahun 1982. Pengeboman Libya oleh Amerika Syarikat pada tahun 1986. Senarai itu berterusan ke tahun 1990’an apabila Iraq menyerang Kuwait pada tahun 1990, lalu Iraq dibalas serangan pada tahun 1991. Bosnia Herzegovina bermandi darah pada tahun 1992. Pembunuhan beramai-ramai ekoran perobohan Masjid Babri di Ayodhya pada tahun 1992 Perang di Chechnya tercetus pada …