October, 2018

  • 18 October

    Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

    Hari ini saya menerima amanah yang besar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato Ibrahim Ahmad Bajunid dan 11 orang lagi pakar pelbagai bidang bagi menyemak dan mengemukakan saranan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara kita..Majlis penyerahan watikah …

  • 9 October

    Konsep Khalifah Mengimbangkan Paradigma Pendidikan

    Pendidikan yang kita kenal pada masa ini asalnya lahir daripada satu paradigma yang melihat pendidikan secara makro, di peringkat sosial. Ia berkaitan dengan fungsi individu kepada masyarakat. Ia sesuai dengan keperluan revolusi industri pada masa itu yang memerlukan seramai mungkin manusia mempunyai kemahiran yang seragam. Mass production yang mencorakkan kehidupan …

September, 2018

  • 27 September

    Isä… Minä Rakastan Sinua

    “Daddy, I love you” Semasa membaca coretan seorang guru Finnish bernama Maarit Korhonen di dalam bukunya “School’s Fault?”, saya teringat kepada kejadian yang berlaku semasa saya sekeluarga bersiar-siar di city centre musim panas yang lalu. Kisah guru tersebut saya terjemahkan ke bahasa Melayu secara bebas untuk kemudahan pembaca: DI KELAS …

  • 18 September

    Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

    Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

  • 17 September

    Hari Yang Mengubah Perjalanan Hidupku

    Meninggalkan tanah air pada tahun 1993 “Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon. Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling. “Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis. Kalaulah emak berada di depan mata, mahu saja …

  • 16 September

    Yang Beragama Itu Adalah MANUSIA

    “Apa yang penting ialah ilmu agama” kata seorang bapa. “Kalau ada ilmu agama, selamat semuanya” ujar seorang ibu. “Tiada maknanya pandai bab-bab lain kalau bab agama kosong” tegas seorang guru. Memberikan harapan yang sedemikian rupa kepada ‘ilmu agama’ bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia dianggap sebagai satu perkembangan yang positif …

August, 2018

  • 21 August

    Aidiladha Tiada Lagi Bersama Bonda

    Emak…  “Okay, Yop ke sekolah sekarang, ya” kata Saif. “Akak pun sama. Kalau boleh akak tak nak miss banyak belajar di sekolah hari ini” sambut Naurah. “Baiklah. Singgah LIDL, belilah apa-apa pastries buat lapik perut sebelum lunch. Selebihnya bahagi dua buat belanja kalian” saya memberikan wang EUR20 kepada mereka. Usai solat Hariraya …

  • 20 August

    Menjelang Aidiladha Tanpa Emak

    Selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, topik yang berulang kali timbul antara saya dan abang-abang adalah tentang masakan arwah emak. Apa yang kami teringat, kenang, teringin, sebab emak sudah lebih 10 tahun tidak memasak. Macam-macam cerita keluar. Sesekali bergenang air mata.  Rumah emak Sepi. Abang saya belikan jeruk …

  • 16 August

    Implikasi Perubahan Paradigma Pendidikan Kepada Pembelajaran

    Semasa Seminar ‘Sekolah Masa Hadapan: Inspirasi Dari Finland’ yang diadakan di DBP semalam, salah satu topik yang saya jadikan sebagai headline ialah anjakan paradigma pendidikan yang dahulunya memfokuskan kepada pengajaran dan isi kandungan pengajaran (teaching and content) kepada pembelajaran. Hal ini terjadi bukan hanya di peringkat kajian akademik di universiti, …

  • 1 August

    Tanpa Emak Abah Tiadalah Saya

    Tanpa emak dan abah, tiadalah saya. Abah sudah pergi meninggalkan kami sejak saya masih di bangku sekolah. Emak menjadi emak dan ayah menjaga kami anak-anak lima beradik lelaki.Emak cikgu sekolah. Berpuluh tahun beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh. Anak murid dan orang kampung mengenali emak sebagai Cikgu An.Saya …