July, 2014

  • 26 July

    Rantaian Kefasikan ‘Print Screen’ yang Membinasakan

    Ramadan adalah bulan mengejar kebaikan. Kita pula berperasaan tidak tentu hala tuju kerana pelbagai tragedi menguji semua. Di lautan, di udara, di daratan, sangat banyak darah yang tumpah, air mata yang membasah dan peluh yang dikerah. Isunya besar-besar. Tragedi di Gaza, pesawat MH17 yang terhempas, hingga ke keresahan politik negeri Selangor. Terasa aib untuk menulis sesuatu yang kecil. Namun tidak kecil, andai ia berselerakan memusnahkan tata susila kita, kalau pun tidak dari kaca mata agama, sekurang-kurangnya Rukun Negara kelima; Kesopanan dan Kesusilaan. Ia adalah rukun interaksi sosial, pada membentuk keharmonian hidup, sebagai sasaran besar yang dimahukan oleh setiap anak bangsa. …

  • 23 July

    Mendidik Anak-anak Tentang Isu Palestin

    “Abi betul ke coklat Toblerone ada babi sebab kat gunung dia tu ada gambar babi?” tanya anak perempuan saya. Tersirap darah saya mendengar soalan begitu, tambah pula tengah-tengah puasa dan suhu di luar 37 darjah celcius. “Sesiapa yang cakap tu, bagitahu dia jangan main ambil sahaja maklumat di internet! Tanya dia, mana dia tahu maklumat tu betul atau tidak. Lambang cokelat Toblerone itu gambar beruang di gunung. Cokelat tu berasal dari sebuah bandar yang lambang bandar itu ialah beruang. Babi mana yang jalan-jalan di gunung?!” saya menjawab. Menahan marah. Saya tidak ingat nama bandar berkenaan semasa berbual di dalam kereta …

  • 17 July

    Palestin: Antara Masa Depan Mereka dan Masa Depan Kita

    Isu Palestin adalah isu yang sangat serius. Jika di Palestin, keseriusan isu berkenaan adalah pada kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, dan impaknya kepada politik daerah, serantau dan dunia antarabangsa. Tiada konflik yang lebih tragik untuk era ini, melebihi tragedi yang membelenggu bumi Isra’ dan Mi’raj tersebut. Di tanahair, isu Palestin menguji kita semua pada segenap segi. Ia mencungkil keluar warna-warna sebenar kita. Mukmin menyerlahkan keimanannya. Kafir menzahirkan kekafirannya. Munafiq tidak mampu lagi menyembunyikan kemunafiqannya. Mazmumah karakter di kalangan umat Islam, terjelma dan mewarnai tindak tanduk kita mengenainya. Di bumi Palestin, Zionist menjadi antagonis. Di tanah air, hawa nafsu sendiri jadi …

  • 15 July

    Belfast Tidak Pernah Melupakan Palestin

    Mural Pro Palestin di Belfast [foto: ifimages.com] ““Imam tahu tak apa yang terjadi di Masjid Dublin siang tadi?”” Bilal bertanya kepada saya. “”Hah, kenapa? Apa yang berlaku?”” saya menyoal. ““Di Masjid South Circular Road, masa Imam sedang menyampaikan khutbah, berlaku pergaduhan di depan minbar” Bilal memulakan ceritanya. ““Astaghfirullah al-Adheem. Tak adakah tempat dan masa yang lain untuk bergaduh? Macam mana boleh jadi begitu?”” saya terkejut mendengar cerita Bilal. “”Ya, Imam. Bukan setakat itu, malah pergaduhan itu sebenarnya berlaku antara seorang jemaah dengan Khatib yang sedang berkhutbah!”” Bilal bersungguh-sungguh bercerita kepada saya sampai merah mukanya menahan marah. “”Allahu Akbar. Ini sudah mendesak …

  • 13 July

    Yatim Sebelas Bulan: Muhasabah Sedekah di Bulan Ramadan

    “Program sudah nak habis. Seronok tak program kali ini?” saya bertanya kepada salah seorang peserta. “Seronok. Ustaz datanglah selalu ke sini” katanya. “Sedih apabila ibu bapa terpaksa meninggalkan kalian di rumah anak yatim ini… begitulah juga adakalanya anak-anak ustaz rasa apabila mereka ditinggalkan di rumah kalau ustaz selalu datang ke sini” saya memusing idea. Mereka tersenyum. “Nanti ustaz kirim salam dekat anak-anak ustaz ye. Seronok tengok gambar” kata peserta yang ramah tamah itu tadi. Mereka beriya-iya meminta saya menunjukkan gambar keluarga saya yang ada di dalam laptop. “Insya Allah… Hah, tak lama lagi Ramadhan. Apa macam?” saya menyambung perbualan. “Seronok …

  • 11 July

    Palestin Memanggil Muslim Kembali Kepada Islam

    Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi. Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza. Insan sebenar itu realiti. Fotonya hanya ilusi. Realiti ada bau, ada rasa, ada makna. Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang. Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata. Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa …

  • 10 July

    Dunia Islam Daripada Jendela Nasyid 1990’an

    Ia bukan situasi baru. Sudah lama. Oleh kerana saya lahir pada tahun 1970’an, maka memori saya berkata semenjak 1970’an itu lagi umat Islam sudah ditimpa dengan konflik demi konflik. Soviet Union menawan Afghanistan pada tahun 1979. Peperangan Iran – Iraq pada tahun 1980. Peperangan Lebanon pertama pada tahun 1982. Pengeboman Libya oleh Amerika Syarikat pada tahun 1986. Senarai itu berterusan ke tahun 1990’an apabila Iraq menyerang Kuwait pada tahun 1990, lalu Iraq dibalas serangan pada tahun 1991. Bosnia Herzegovina bermandi darah pada tahun 1992. Pembunuhan beramai-ramai ekoran perobohan Masjid Babri di Ayodhya pada tahun 1992 Perang di Chechnya tercetus pada …

  • 6 July

    ‘Melupakan’ Sharifah Aini Sebagai Biduanita Negara

      Besarnya kuasa Allah, mengampun kesalahan hamba-Nya, walau sebesar gunung seluas lautan. Andai dosa itu antara kita dengan-Nya. Namun, ketika dosa kita jatuh ke tangan manusia, kita sebagai manusia terlalu lemah untuk menebusnya. Kita perlu kembali kepada Allah, yang memegang hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati mereka agar melepaskan kita daripada dosa silam. Semasa kecil, saya ‘dikutuk’ abang-abang saya kerana menjadi peminat Sharifah Aini. Saya akui saya amat meminati lagu-lagunya. Semasa kecil, apabila mendengar lagu Sharifah Aini, ada kalanya saya akan menutup mata dan berimaginasi tentang keindahan yang terungkap pada irama, kemudian lirik, yang ada dalam lagu-lagunya, terutamanya lagu asli Melayu Deli. …

  • 2 July

    Seruan Prihatin Palestin Tanpa Sindiran

    Pemandangan ironi yang menimbulkan keinsafan, bukan peperangan mulut yang memandang Semalam, masjid yang saya singgah untuk bertarawih menghadirkan Imam dari Tulkarm, sebuah daerah bergolak di bumi Palestin. Wakil Aman Palestin menterjemahkan tazkirah ringkas beliau. Dalam lambakan maklumat tentang Palestin di sana sini, memperingatkan kembali bahawa isu Palestin tidak harus tenggelam dalam lambakan isu, nasihat sebegini memang perlu. Syabas kepada Aman Palestin. Konsisten berusaha dan berusaha. Ia menyedarkan kita, bahawa yang mengalami, yang mengetahui, yang tidak mengetahui, semuanya sedang diuji. Mati atau hidup, dua-dua adalah ujian. Itu kenyataan Allah di dalam surah al-Mulk ayat 2: “Dialah yang telah mencipta mati dan …

June, 2014

  • 30 June

    Takutilah Fitnah Ilmu dan Tahu

    Metode siapa yang lebih berilmu dan berhikmah? Metode Salaf, atau Khalaf? Perdebatan tentang hal ini berlarutan, menimbulkan kegelisahan malah perbalahan dan pergaduhan zaman berzaman. Ia tidak pernah selesai. Kendur satu pusingan, muncul pula generasi seterusnya untuk menyalakan api, mengipas dan membakar hangus persaudaraan, atas dua kumpulan yang berbalah pada mencari ketepatan dan mengimani Allah sebagai Tuhan, yang tiada sedikit pun ruang untuk dibandingkan dengan makhluq yang Dia cipta. Dalam banding membandingkan di antara cara siapa yang handal ilmunya, siapa lebih berilmu (A’LAM) dan siapa lebih berhikmah (AHKAM), terselit istilah ketiga yang sepatutnya lebih direnung oleh setiap insan yang berakal. ASLAM. …

  • 27 June

    Fasting in Ramadan: Stronger or Sleepier?

    “You neither eat nor drink the whole day?” Tan asked me. “Yes. The whole day. But not at night. Only from dawn to sunset” I replied. “How can you survive? Can you survive?” Tan asked again. “Well, it’s not just you. Even Habib Bourguiba, the late President of Tunisia who was also a ‘Muslim’, convinced that fasting is against productivity. You know the history?” I took my turn asking Tan my question.   Habib Bourguiba  “How would I know? Tell me!” he said. In 1961, Habib Bourguiba made a controversial statement claiming that fasting should not be observed for it …

  • 24 June

    Tulisan dan Lisan: Tangan Menjadi Lidah di Akhir Zaman

    Manusia bekerja dengan tangan. Manusia berkomunikasi dengan lisan. Manusia yang berkomunikasi dengan tangan, adalah manusia yang ada halangan berkomunikasi dengan lisan. Tangan dan lisan adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang Allah berikan, untuk membantu manusia menerima dan memberi kebaikan. Demikian juga kaki, mata, telinga dan kurniaan yang lain. Tetapi tangan dan lisan itu unik. Hingga keIslaman seorang Muslim, dikaitkan dengan bagaimana kedua-duanya diguna pakai. Sabda Nabi sallallāhu ‘alayhi wa sallam: “Seorang Muslim itu adalah seorang yang kaum Muslimin terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya” [HR al-Bukhari] Lisan itu banyak mengundang sesalan. Ia mengungkapkan sesuatu, kadang-kadang teratur dan lurus, namun sering …