June, 2015

  • 24 June

    Implikasi Menjahilkan Diri Terhadap Musuh

    Diskusi bersama Profesor Abdullah al-Ahsan di dalam kelas kami, hampir sedekad lalu, masih berbekas di dalam diri. Di dalam pertemuan kami, kelas berdiskusi tentang persoalan pandangan Barat terhadap Islam di Zaman Pertengahan. Tentunya, teks yang menjadi asas diskusi kami adalah rakaman kuliah yang disampaikan oleh R.W. Southern di Universiti Harvard …

  • 23 June

    Gerhana Gerakan Islam: Pada Mengabaikan Rukun al-Fahmu

    Permulaan kepada setiap perbuatan kita adalah ilmu yang difikir. Hatta semasa bertaqlid buta sekali pun, ada secebis ilmu yang difikir lalu menggerakkan kita bertaqlid. “Dia itu kuat beribadat, orang baik-baik, tentu pendapatnya baik dan betul. Ikut sahajalah dia!” seorang pentaqlid berhujah. Dalam hujahnya itu, ada kebenarannya, kalau pun tidak sepenuhnya. …

  • 17 June

    Ramadan Merawat Latah Pendakwah (dan Peminat Siasah)

    “Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!” kata seorang lelaki. “You’re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!”, lagak seorang ‘mat saleh’ penuh angkuh. “Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!” jerit seorang pelajar yang senior setahun. Mustahil telinga tidak …

  • 16 June

    Mengapa Ramadan Kita Tidak Berkesan

    “Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya. Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah. Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat. Mengapa? …

May, 2015

  • 27 May

    Menginsafi Gejala Menyalahgunakan Nas

    “Man shazza, shazza ilannār! Siapa yang berseorangan (tidak bersama jemaah), berseoranganlah dia juga di Neraka” kita bersemangat menukil hadith ini. “Solat, puasa, semua tak ada makna, kalau tidak bersama jamaah!” ada amilin menambah rencah. Memetik hadith-hadith dalam lingkungan  topik hak Jamā’ah al-Muslimīn di kalangan amilin gerakan Islam, adalah perkara yang …

  • 18 May

    Sekolah Integrasi Yang Tidak Berintegrasi

    Kini sekolah integrasi tumbuh bagai cendawan. Perkataan integrasi laku dalam pendidikan. Dalam pasaran persekolahan. Integrasi akan membantu ibu bapa membayangkan anak-anak hanya pergi ke satu sekolah dan di sekolah itu semua sudah ada. Ada akademik, ada ilmu agama. Ada fardhu ain, ada fardhu kifayah. Anak-anak tidak perlu balik rumah di …

  • 12 May

    Muzik Kita Daripada Cat Stevens ke Yusuf Islam

    Saya tergamam. Kaget dengan kata-kata Cat Stevens, “I know, I have to go away”. Itu adalah bait-bait yang dialunkan olehnya di dalam lagu Father and Son, sebagai lagu perpisahan beliau kepada dunia muzik, selepas memeluk Islam pada tahun 1977. Konsert itu didedikasikan kepada peminatnya kerana Cat Stevens mahu pergi. Pergi …

  • 7 May

    Jenayah Pedophilia: Sudah Bersediakah Kita?

    Ketika rakyat Malaysia bergembira dengan cuti hujung minggu yang panjang, kita dikejutkan dengan berita di United Kingdom International Business Times (www.ibtimes.co.uk). Seorang pelajar MARA jurusan Matematik di Imperial College, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown Court. Beliau mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, …

  • 5 May

    Apabila Gerakan Islam Tidak Lagi Bergerak-gerak

    Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah …

April, 2015

  • 1 April

    Bertaklid Buta Dalam Menyukai dan Membenci

    Teringat saya kepada kekecohan di Jordan apabila kerajaan menaikkan harga roti ekoran kenaikan harga tepung gandum sedunia. Rakyat sungguh marah. Bukan setakat menjerit-jerit marah, mereka merusuh seluruh negara. Masih jelas di ingatan saya bagaimana pekan Karak dikelilingi kereta kebal untuk mengawal bangunan-bangunan strategik seperti bank, pejabat kerajaan dan balai polis. Tetapi, …

March, 2015

  • 31 March

    Virus Dungu Dalam Budaya Prank dan Shenanigan

    Ilustrasi oleh Francis Barlow di dalam hikayat “The Boy who Cried Wolf”, yang beliau gelar sebagai  DE PASTORIS PUERO ET AGRICOLIS, 1687 [wikipedia] “Tolong! Tolong! Serigala menyerang kambing saya!” jerit anak muda itu. Orang kampung prihatin. Bergegas mereka memanjat bukit. Mahu menolong. Ada yang bawa parang, ada yang bawa cangkul. …

  • 10 March

    Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah

    Dalam perjalanan pembacaan yang ‘menggelebeh’ dan meleret-leret, Alhamdulillah saya sudah dapat menjelaskan bagaimana idea islah Imam Birgivi​ bergerak dari zamannya ke era Kadızade Mehmed Efendi, kemudian Ustuvani Efendi, kemudian Vani Mehmed Efendi, seterusnya beralih ke Sulaiman al-Maghribi dan lingkungan muhaddithin di Dimashq hingga terhubung dengan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. …

  • 9 March

    Apabila Ada Jawapan Untuk Semua Soalan

    Dalam program di Masjid Tengku Kelana Petra semalam, saya menyampaikan rumusan buku Tsaqafah al-Da’iyah karya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. Di dalam sesi soal jawab ada beberapa isu menarik yang timbul. Antaranya ialah: Keluhan tentang kuliah-kuliah maghrib yang kosong, penceramah bercakap kosong dan tiada ‘learning outcome‘ yang jelas daripadanya. Artis-artis berhijrah bercakap …

  • 5 March

    Usrah Bawah Tanah di Atas Bukit

    Pengetua memilih ahli usrah khusus ini daripada kalangan ‘mat Musolla’ yang juga menduduki senarai 30 pelajar terbaik semasa peperiksaan akhir di tingkatan 1 dahulu. Semua pelajar beliau tarbiah. Namun kelompok ini diproses dengan satu proses lain. Tahun 1989, saya menyertai usrah bawah tanah di atas bukit ini. Bawah tanah kerana …

  • 3 March

    Antara Pendidikan Cemerlang Dan ‘Pelajar Cemerlang’

    Calon SPM 1992 Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh “Hasrizal pindah balik ke sekolah ini, senanglah nanti nak dapat nombor 1. Yang pandai-pandai semua dah keluar sekolah!” kata Cikgu Noraini. Kata-kata beliau itu sekadar gurauan. Mengusik saya yang pertama kali ditemuinya apabila saya kembali semula ke Sekolah Izzuddin Shah, berhenti mengejut daripada …

February, 2015

  • 24 February

    Sakit di Sebalik Keluhan ‘Orang Baik-baik’

    “Saya sangat kecewa. Mengapa seorang ustaz gagal solat berjemaah di masjid? Sedangkan saya bersusah payah…” keluh seorang lelaki. Sedih. Keluhan yang benar. Kebenaran yang sukar untuk ditelan. “Kalaulah dia tahu betapa deritanya hidup dalam kejahilan, tentu dia tidak akan bermain alasan untuk hadir ke majlis ilmu” keresahannya berpanjangan. Keluhan demi …

  • 12 February

    Perginya Murabbi Yang Setia Dengan Kebenaran

    Heathrow London, 1999 “Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira. Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah …

  • 8 February

    Berpelajaran Tidak Berpendidikan

    “Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan” rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam berkenaan. Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali …

  • 7 February

    Sukarnya Menjadi Genius (Artikel 2008)

    Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi. Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan …

  • 4 February

    Ibrah Kisah Musa dan Khidir: Belajar Bahasa dan Berbahasa

    Kredit foto: www.overarts.com “Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa. Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun. ‘Alayhim al-solaat wa al-salaam. “Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir. Kisah ini tersebut …

  • 3 February

    Sinar Iman di Sebalik Ujian

    “Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya” kata ayah seorang pesakit kepada saya. Saya mengangguk. “Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, …

January, 2015

  • 31 January

    Maksiat Melanggar Peraturan Jalan Raya

    “Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?” “Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?” Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda. Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa …

  • 20 January

    Karen Armstrong Dan Bukunya ‘Fields of Blood. Religion and the History of Violence’

    Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre pada tahun 2002 yang lalu, saya pernah ditemuramah oleh seorang wartawan BCC Northern Ireland. Beliau meminta pendapat saya tentang suicide bombing  di Palestin. Kisahnya pernah saya nukilkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Ketika itu, saya memilih untuk tidak menjawabnya secara langsung, …

  • 17 January

    Charlie Hebdo: Mengulangi Iman Kita Kepada Janji-Nya

    CATATAN PERIBADI Dalam beberapa bulan mutakhir ini, sangat banyak terjadi kejadian yang menyerang fikiran kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai Muslim. Terkini adalah serang menyerang yang berlaku di Eropah, susulan kejadian maut di ibu pejabat Charlie Hebdo, Paris. Di media sosial, saya sudah pun menghadkan ruang saya bercakap kepada Mu’arrikhun …

  • 14 January

    Islamically Speaking, Mind Your Language

    Photo credit to KMSS Media Unit A muslim speaks well. They choose good words to speak their mind and heart. To speak well is to be well educated and to be cultured. O you who have believed, fear Allah and speak words of appropriate justice. [al-Ahzāb 33: 70] It is …