May, 2014

  • 29 May

    29 Mei 1453: Pensejarahan Pembukaan Constantinople

    Perbualan saya bersama Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman di al-Masjid al-Haram beberapa minggu yang lalu, menjadi peluang yang julung-julung kali dapat berlaku biar pun kami sama-sama ada di dalam MURSHID. Ketika itu saya mengerjakan umrah, dan Abu Anas al-Madani pula baru kembali dari Istanbul dalam perjalanan umrah beliau bersama rombongannya. Soalan yang beliau tanya adalah berkenaan kesahihan cerita yang masyhur berkenaan dengan penemuan jenazah sahabat yang mulia, Abu Ayyub al-Ansari r.a. oleh Sultan Muhammad al-Fatih semasa penawanan Constantinople pada Mei 1453. Abu Anas inginkan kepastian, benarkah kisah tentera al-Fatih mencium kaki sahabi ini, namun kemudiannya apabila al-Fatih sendiri …

  • 23 May

    Al-Isra’ wa al-Mi’raj: Palestin Dalam Suluhan Surah al-Isra’

    Jika motif peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian luar biasa berkenaan, mempunyai signifikasi yang perlu hidup hingga ke akhir zaman, sebagai kelangsungan nilai Palestin sebelum-sebelumnya. Allah bukan sahaja menyebut tentang al-Masjid al-Aqsa, tetapi mengiringinya dengan karakter khusus bahawa lokasi di mana masjid itu berada, persekitarannya adalah persekitaran yang diberkati. Kawasan persekitaran itu umumnya diertikan oleh para ulama’ zaman …

  • 18 May

    Konsep Ulama’ dan Kepimpinannya

    “Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul. “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan. Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan. Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan? KELUASAN TAKRIF Mungkin pendapat-pendapat yang …

  • 15 May

    Selamat Hari Guru, Ibu!

    “Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. Mengapa masih ada yang mahu bercakap-cakap? Susah benarkah hendak diam, sepuluh dua puluh minit? “Baris hujung sana, semua bangun!” tegas cikgu. Kami semua berdiri. Ketakutan. “Siapa yang bercakap tadi?” tanya cikgu. Semua orang sepi. Tiada yang mengaku. Tiada yang memberitahu. “Oleh kerana tiada yang mahu mengaku, semua orang berdiri di …

  • 15 May

    “Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih!”

    “Saya sahih sebab rujukan saya sahih!” “Kami membawa kebenaran untuk menentang kebatilan. Menyokong kami bererti menyokong kebenaran, menentang kami bererti menentang kebenaran!” Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang membimbangkan kita. Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini. “Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih!” Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah …

  • 12 May

    Berhati-hati Semasa Memaku Kehidupan

      “Penting sangatkah psikologi dalam mendidik anak-anak?” tanya seorang bapa. Antara soalan yang sering saya terima di hujung mana-mana sesi ceramah keibubapaan. Herdik. Tali pinggang. Rotan. Hanger baju! Sekeh dan lempang. Malah secara lisannya tengking, sindir dan perli. Semua itu biasa. Sangat biasa. Sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Dan lanjutan daripada kebiasaan itu, kita berhujahkan diri sendiri, bahawa kita ok. Maka apa yang kita terima dahulu adalah ok. Lalu menggunakan kaedah yang sama dalam keibubapaan kita kepada anak-anak sendiri juga, adalah ok. Memang sukar untuk mengatasi cara pandang yang sebegini. Kita bias dalam membuat penilaian terhadap kadar ‘ok’ diri kita …

  • 8 May

    Bacalah: Supaya Jadi Hamba, Bukan Jadi Tuhan

    Sekurang-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!” Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, sudah pernah dikupas sebelum ini. Justeru, demi mengeluarkan manusia daripada kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam, daripada Syirik, kepada Tauhid, berilmu menjadi keutamaan, melalui perintah BACA. “Bacalah!” tiga kali Jibril ‘alayhi al-salam memerintah baginda. Baca tidak semestinya baca daripada apa yang ditulis. Baca juga, adalah daripada apa yang dibacakan kepada kita. …

  • 7 May

    Siapa Lagi Yang Boleh Menegur Kita?

      Imam Birgivi banyak menegur rakan sekerjayanya. Agamawan seperti dia. Tegurannya kepada Ebussuud Efendi, Shaykh al-Islam ketika itu, adalah teguran demi kebenaran. Di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah yang sempurna penulisannya kurang setahun sebelum Imam Birgivi kembali ke rahmatullah, beliau banyak mengingatkan alim ulama, agar bersungguh memelihara diri. Ilmu itu cahaya. Tetapi ilmu juga boleh memakan kita. Ketika ilmu menimbulkan kanser jiwa. Ego, sifat yang amat membinasa. Katanya: Petanda al-Kibr ada dua belas: Mahu dikenali orang, suka dirai, kehadiran disambut dengan berdiri, tidak malu dan bimbang semasa ia terjadi Rasa diri penting, suka apabila dikelilingi rakan dan mereka memilih untuk berjalan selangkah …

  • 4 May

    Memahami Jurang Antara ‘Islam Sepatutnya’ Dengan ‘Islam Amalan’

    Apabila saya belajar Syariah, saya belajar Islam versi Islam yang SEPATUTNYA. ISLAM SEPATUTNYA bermaksud, Islam sebagaimana yang diterangkan oleh teks. Nas al-Quran, nas al-Hadith. Bersama kupasan, analisis oleh para ilmuan Syariah sepanjang zaman. Seorang graduan Syariah seperti saya, serba sedikitnya arif tentang Islam sebagaimana yang sepatutnya diamalkan. Islam yang saya belajar adalah ‘Meta Islam’. Kerangka fikir saya ialah apabila Islam diamalkan, penilaian kepada amalan itu ialah sah atau tidak sah, berdasarkan tepat atau tidak tepatnya dengan teks Islam yang saya pelajari. Saya dikurniakan ijazah untuknya. Apabila saya tamat zaman belajar, dan terjun sepenuh masa ke dalam masyarakat, berbekalkan ISLAM SEPATUTNYA …

  • 3 May

    Qawlan Sadīdā: Menyelamatkan Perkataan Daripada Kebengkokan

    “Tahukah kamu, apa yang bakal aku perkatakan petang ini?” Nasrettin Hoca berucap di pentas. Ramai penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mendengar ucapan yang hebat dari pentas berkenaan. “Tidak tahu!” jawab orang kampung. “Aku tidak mahu bercakap dengan orang-orang jahil yang tidak tahu!” kata Nasrettin Hoca. Beliau turun dari pentas dan meninggalkan majlis. Penduduk kampung terpinga-pinga. Keesokan harinya, Nasrettin Hoca datang lagi. “Tahukah kamu, apa yang bakal aku perkatakan petang ini?” Nasrettin Hoca bertanya dari atas pentas. “Tahu! Tahu!” jawab orang kampung. Mereka mengubah jawapan kerana belajar daripada kesilapan semalam. “Aku tidak mahu bercakap dengan orang-orang alim yang sudah tahu!” kata Nasrettin Hoca. Beliau …

April, 2014

  • 30 April

    The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah

    Nasrettin Hoca bertuah kerana telah dilantik menjadi Menteri Utama kepada Raja. Semasa mundar-mandir di istana, beliau ternampak sang Helang Diraja. Bertenggek megah. “Aku tidak pernah melihat burung merpati sebegitu rupa” rungut Nasrettin Hoca. Beliau mengeluarkan sebilah gunting dan mula menggunting-gunting pelepah sang Helang Diraja. Bulunya dinipiskan. Kukunya digunting pendek. Paruhnya ditumpulkan. Sayapnya dikontot. “Ya, sekarang baru engkau kelihatan seperti seekor merpati yang layak bertenggek di sisi Tuanku” Nasrettin Hoca berpuas hati. Tersenyum. “Nyata sekali, penjagamu telah mengabaikan engkau selama ini” beliau memuktamadkan kepuasan jiwa. KAMU BERBEZA, KAMU BERMASALAH “Betul ke dia tidak baca al-Fatihah dalam wirid lepas Solat? Itu Wahabi …

  • 27 April

    Catatan di Bumi Khalifah: Tragedi Penggulingan II Abdülhamit

    SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909) “Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?” saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6. “Kenapa?” cikgu bertanya balik kepada saya. “Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Atatürk yang pelik sikit” saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu. “Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku” cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki. Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan …