Seminar Ibrah Surah al-Kahf: Sebuah Rawatan Sistemik

Dua tahun lalu, semasa seminar Ibrah Surah al-Kahf dilangsungkan pertama kalinya, cabaran pada masa itu bersifat agak umum. Biar pun yang hadir ke seminar itu dahulu, hanya sekitar 300 orang, namun promosi di media, membantu Surah al-Kahf dibawa ke arus perdana masyarakat. Di media sosial, selalu peringatan tentang surah al-Kahf untuk dibaca, terutamanya pada hari Jumaat, tersebar. Namun kebelakangan ini, cabaran yang dihadapi dalam keberagamaan umat Islam di Malaysia menjadi semakin rumit. Bukan masalah ilmu. Bukan masalah akhlaq. Jauh sekali masalah politik, ekonomi dan pendidikan. Semua itu tidak dapat mengungkapkan secara menyeluruh masalah utama yang mencabar keberagamaan kita semasa kerana …

Read More »

Si Hidup Yang Mencela Sirah Si Mati

Adik-adik di ruang tamu masih berbual. Saya sudah meminta izin masuk ke bilik untuk tidur. Sejuk Istanbul memang enak dilawan dengan selimut bulu seperti ini. Tetapi mata saya berkeras daripada lena. Kepala masih ligat berfikir, dalam penatnya tubuh berjalan kaki dari Sahaflar Carşısı hingga ke Eminönü siang tadi. Sampai di rumah, sambung berbual dengan pelajar Malaysia yang belajar di Turki, yang belajar di UIAM, yang belajar di Mesir, Allah temukan kami semua di bulan Februari ini. Banyaknya saya bercakap. Di dalam Tariqah Muhammadiyyah, Imam Birgivi memperuntukkan bab yang sangat panjang untuk menjelaskan tentang lisan dan kecelaannya. Lisan juga sering mengundang penyesalan. Lisanlah …

Read More »

Seruan ke Jahannam di Pandangan Yang Kelam

kredit foto www.popgive.com “Tapi, benda tu baik. Hidup saya berubah kerananya” kata seorang peserta. “Agamawan jumud. Yang dia tahu hanya mengkritik. Diri sendiri entah apa hasilnya” kata seorang pemegang mikrofon. “Kita ini jahil dan lemah. Bukankah kekurangan kita patut pendakwah raikan!” tegas seorang lelaki di sofanya pada pagi Ahad. “Kita ada cara kita sendiri. Tidak semestinya ikut cara yang biasa itu sahaja” sarjana mempertahankan inovasinya. Hidup di zaman ini adalah hidup di zaman kebaikan yang diselubungi asap. Asap yang memedihkan mata hingga sukar untuk menjernihkan pandangan, mencari yang benar di celah yang mungkar. Betapa besarnya peringatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam …

Read More »

Guru-guruku Dalam Menjejak Imam Birgivi

“Terima kasih Ahmet hocam” saya berjabat tangan. “Terima kasih kepada anta, kerana sudi hadir” beliau menyambutnya. Petang itu, dalam kesempitan masa berbaki sebelum meninggalkan Istanbul dan pulang ke tanahair, saya berpeluang mengatur pertemuan dengan Ustaz Ahmet Kaylı. Sebelum ini, saya hanya berutus emel dan berbalas mesej di Facebook. Syukur pada petang ini, kami dipertemukan. Walaupun Ustaz Abdullah Taha Orhan tidak dapat turut serta petang ini, saya kira beliau memang turut serta secara ‘maknawi’ dalam sembang petang kami. Bukan apa, rezeki daripada Allah, Ustaz Abdullah yang menemukan kami. Dalam rentetan satu demi satu anugerah Allah yang datang dalam perjalanan saya mengumpul …

Read More »

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah

Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber: Wikipedia “Jika topik Syiah hendak diperkatakan dari perspektif Aqidah atau Fiqh, perbezaan manhajnya dengan Sunni adalah jelas. Tetapi jika perkara ini didatangi dari sudut sejarah, timbullah banyak masalah” saya bercerita. “Ustaz ada pengalaman berkaitan?” tanya Imad. “Pengalaman tidak banyak. Cuma ana teringat kepada pengalaman semasa di UK dahulu. Para pelajar, semasa sama-sama saling mentarbiah antara senior dan junior, menggunakan Sirah untuk mengajak kepada perjuangan. Khususnya Sirah al-Khulafa’ al-Rashidin. Tetapi apabila ana dengar, pada penceramah hendak membela sesetengah sahabat, mereka menghina sahabat yang lain. Jika sesekali, ia mungkin kejahilan. Tetapi jika …

Read More »

Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman

“Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul lontarkan soalan mudah di awal semester tempoh hari, ana terlarut dalam mencari jawapannya. Dr. Azmul tanya, jika Birgivi memberikan reaksi kepada ketidak stabilan sosio politik dan sosio ekonomi Dawlah Uthmaniyyah, maka apakah ketidak stabilan yang dimaksudkan. Soalannya mudah. Tetapi untuk mencari jawapannya, berbulan ana membaca hingga sesat dalam undang-undang masa” …

Read More »

Diktatorkah Yang Mangkat di Beylerbeyi Sarayi Itu?

“Sudah lama saya mahu ziarah istana ini. Tetapi selalunya ia hilang keutamaan” saya teruja. Tengah hari ini selepas kelas kami di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi selesai, kami semua dibawa melawat Beylerbeyi Sarayı. Istana berkenaan merupakan salah satu istana utama di Istanbul, selain Topkapı, Dolmabahce dan Yıldız. Istana yang dibina pada tahun 1860’an ini berdiri semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz (1830–1876). Istana berkenaan dibina oleh Sarkis Balyan. Keluarga Balyan adalah keluarga arkitek yang sangat terkenal di dalam sejarah senibina Dawlah Uthmaniyyah. Keluarga berbangsa Armenia ini memainkan peranan yang penting pada kurun ke-18 dan 19 dalam membawa arus baru kepada senibina Dawlah Uthmaniyyah yang …

Read More »

FB vs BLOG: Antara Tulisan dan Penulisan

Kita sudah terbiasa melihat LIKE, komen-komen yang berderetan. Semuanya itu menjadi penerang kepada maklum balas sama ada apa yang ditulis itu diterima atau pun tidak. Kita tidak menulis dalam kegelapan, yang menjadikan kita kabur apakah tulisan kita itu baik, mahu pun sebaliknya.  Tanpa sedar, komen-komen dan LIKE itu menjadikan kita impulsif. Kita sentiasa mahu tahu, sejauh manakah tulisan kita dibaca. Sekejap-sekejap, kita akan meninjau, untuk mengira maklum balas. Jika zaman dahulu kala, pemilik website atau kemudiannya dikenali sebagai blog, perlu meletakkan visitor counter, dan berbangga dengan kiraan tinggi satu-satu halaman, atau di suatu ketika memanjat ranking, semuanya mencapai kemuncak, maklum …

Read More »

Tafakkur di Masjid Yavuz Sultan Selim: Nilai Sejarawan

“Okay, kita jumpa nanti ya” saya berjabat tangan dengan Ville. Ville Suomalainen. Rakan dari Finland yang duduk di sebelah saya di dalam kelas, adalah antara teman yang akrab sepanjang Summer School berlangsung.  Selain daripada fokus kajiannya adalah di dalam cabang sejarah pemikiran seperti saya (yang menjadikan kami minoriti),  sifatnya yang merendah diri, gemar mengetahui perkara yang baru, membolehkan banyak perkongsian berlaku dalam perbualan harian kami. Beliau adalah pelajar sarjana di dalam pengajian Islam di Universiti Helsinki, Finland. Tumpuan kajiannya adalah pemikiran Ismail Ankaravi yang terkenal sebagai ilmuwan yang mensyarahkan Mesnevi Jalaluddin al-Rumi. “Baik. Maklumkan kepada rakan-rakan saya tidak makan malam …

Read More »

Lima Tiang Pensejarahan Dakwah Muhammad Ibn Abd al-Wahhab

“Salah satu isu besar di Malaysia yang memerlukan khidmat sejarawan adalah isu Wahhabi” saya berkata. Ammar, Syafiq, Imad, Halim, juga Maher yang berkunjung dari Mesir, bersantai-santai selepas kami makan malam. “Isu Wahhabi disokong dan dibantah sebagai isu aqidah. Sedangkan pada masa yang sama, ia adalah sesuatu yang berlaku pada masa silam. Ia adalah sejarah. Dan mungkin topik Wahhabi jadi kucar kacir kerana bahagian sejarahnya tidak menerima perhatian yang wajar. Sejarawan pun enggan berperanan. Kalau berperanan pun, tidak sampai ke arus perdana” saya menambah lagi. Jika Imam Birgivi seorang sufi, namun dalam masa yang sama menentang bid’ah seperti ‘golongan Salafi’, saya …

Read More »

Yavuz Sultan Selim: Antagonis Alevi Dipotretkan Alevi

“Sekarang ini, nama Sultan Selim hangat kembali. Alevi di Turki marah sebab kerajaan mahu menamakan jambatan ketiga menyeberangi Bosphorus itu sebagai Jambatan Sultan Selim” cerita Zacky. “Sultan Selim memang berhak untuk dikenang dengan memori yang besar. Sebesar peranan beliau menyatukan dunia Turki dan Arab, menyertakan ketiga-tiga Tanah Suci di bawah sebuah pemerintahan” saya menambah. Kami sedang berbual-bual di dalam bas Summer School yang baru selesai membawa kami bersantai-santai di Yeniköy. Teringat saya kepada Cenksu di Ankara. Semasa melawat beliau Februari lalu, Cenksu berkongsi serba sedikit berkenaan dengan kajian PhD beliau mengenai pemikiran, kebudayaan dan kepercayaan golongan Alevi di Tokat. Ia …

Read More »

Kembali Semula ke Turki: IBA Summer School

“Hasrizal?” tanya dua anak muda itu. “Ya saya. Terima kasih kerana menyambut saya” saya menghulurkan tangan untuk bersalam. “Iyi bayramlar” saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mereka berdua. “Türkce biliyormusunuz?” mereka bertanya. Adakah saya boleh berbahasa Turki? “Yok. O kadar biliyorum” saya menafikannya. Itu sahaja yang sebenarnya saya tahu. Mereka ketawa. Alhamdulillah. Penerbangan Turkish Airlines malam tadi agak mengharukan. Malaysia masih dalam mood Aidilfitri. Tetapi saya pada hari raya ke-3, sudah terpaksa meninggalkan keluarga selama hampir sebulan untuk ke Istanbul. Saya menerima tawaran untuk menyertai Summer School di Istanbul selama tiga minggu. Ia dianjurkan oleh Istanbul Bilimler Akademisi (IBA) dengan kerjasama …

Read More »