January, 2014

  • 12 January

    Jalan Masih Panjang: Menuju Balıkesir

    Oh Jalan masih panjang Terbentang di hadapan Tak hanya sekadar dunia Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu Jadikan pemicu kalbu Jalan hidup takkan pernah lurus Pasti ada salah lewati segalanya Tapi Tuhan tak pernah berhenti Membuka jendela maaf untuk kita “Ustaz menyanyi lagu siapa tu? Saya tak pernah dengar” tanya Nabhan. “Kumpulan Edcoustic dari Indonesia. Bagus lagu-lagunya. Lirik bermutu, muziknya pun bagus. Dua orang sahaja” saya memberitahu. Perjalanan kami masih jauh. Sebentar tadi kereta kami menaiki feri untuk menyeberang Laut Marmara dari Eskihisar di Gebze ke Topçular. Biar pun pemandangannya tidak seindah Üsküdar ke Eminönü, banyak kenangan yang sempat …

  • 9 January

    The Secret Life of Walter Mitty: Mencari Intipati Sebuah Kehidupan

    Saya rasa ia seperti mimpi. Sangat teruja. Sudah lama saya membaca karya Karen Armstrong. Kini bukan sahaja beliau sedang berucap secara live di hadapan kami semua, saya juga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa program berkenaan. Di dalam program Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) sulung ini, Karen Armstrong merupakan salah seorang penceramah jemputan kami. Selepas sesi berakhir, saya memberanikan diri bertemu dengan beliau untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi atas sumbangannya secara langsung atau tidak langsung kepada dakwah Islam. Rakan saya, Anthony Mooney tertarik kepada al-Quran hingga akhirnya memeluk Islam kerana membaca karya Karen Armstrong. “Boleh saya dapatkan tandatangan puan?” saya menghulurkan …

  • 9 January

    Kembara Menjejak Imam Birgivi: #1 Mencari Diri

    “Apa yang menyebabkan ustaz bersungguh-sungguh mahu mengkaji tentang Imam Birgivi?” tanya Halim. Kami sedang bersiap-siap sementara menunggu Nabhan pulang daripada kampus. Hari ini dia mendaftar subjek-subjek untuk semester dua yang bakal bermula. “Hmm… Panjang ceritanya” saya merenung ke luar jendela. Cuaca tengah hari itu cerah di Istanbul. Permulaan yang baik untuk perjalanan panjang yang bakal kami tempuhi. Kereta juga sudah berada di bawah semenjak awal pagi. Saya amat berterima kasih kepada Azri Izdan kerana mengusahakan kereta berkenaan. Walaupun saya agak berdebar kerana pertama kali akan memandu jauh di sebelah kiri, saya tiada pilihan. Birgi terlalu terpencil. Jika saya mahu ke …

  • 8 January

    Anthony Mencari Muhammad Amin

    “Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya. “Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya. Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik. Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast. Awal pagi tersebut, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England. …

  • 5 January

    Azam 2014: Menikmati Pilihan-pilihan ‘Kekampungan’

    Biasa mendengar pengakuan mangsa? Ini pengakuan seorang mangsa. Mangsa Facebook. Bertahun-tahun menafikannya, mangsa mula jadi pemangsa, untuk mangsa seterusnya yang menjadi mangsa secara sukarela. Hanya taqwa benteng penyelamat. Taqwa yang menyedarkan diri tentang satu-satu situasi yang kita berada di dalamnya, atau sudah menjadi sebahagian daripadanya. Resah melihat Facebook mengubah tabiat tokoh-tokoh yang bergiat menggunakannya hingga nama-nama besar pun jadi gedik, baran, merepek, merapu, juga ‘terpaksa’ membuat justifikasi demi justifikasi terhadap pelbagai perkara. Jawab menjawab. Balah berbalah. Entah bagaimana hendak mengungkapkannya, tabiat aplikasi Facebook itu sendiri menyebabkan apabila alim berbahas dengan jahil, ia akan berakhir dengan binasanya si alim, dan semakin …

  • 3 January

    Cuaca Dan Ajal Sebuah Tamadun Manusia

    “Filem The Day After Tomorrow  tu, boleh betul-betul terjadi ke?” anak saya bertanya. Amerika Syarikat dilanda cuaca beku yang memusnahkan kehidupan. Filem fiksyen nukilan Roland Emmerich itu diterbitkan pada tahun 2004. Oleh kerana ia filem fiksyen, mudah sahaja untuk relevannya ia diketepikan. Tetapi semalam, ia mengundang pertanyaan kepada diri saya. Tahun 2013 menyaksikan keganasan bencana alam yang banyak berkaitan dengan air, suhu, tekanan udara dan angin. Mungkin Taufan Haiyan tidak mencetus kematian seramai Tsunami 2004 dan tidak melanda kawasan-kawasan pelancongan terkenal, maka kehadirannya kurang diberi perhatian massa. Ramai sahaja yang tidak tahu menahu mengenainya. Taufan paling dahsyat pernah melanda planet Bumi, …

  • 2 January

    Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?

    Malam itu aku menangis. Qiyam Ramadan aku beriring sendu. Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku. Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu. Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu. Di bumi Ulster. Kenanganku kepada Belfast bukan pada kemeriahan pelancongan atau bersenang lenang di rantau orang. Apa yang lebih mengundang rindu, menusuk kalbu, adalah pada manis yang dijamu. Kemanisan bekerja untuk Islam, tatkala masjid kecilku …

  • 1 January

    Selamat Datang Tahun 2014, Tahun Melunaskan Perjuangan

    Tahun 2013 adalah tahun pengalaman. Semoga tahun 2014 menjadi tahun pencapaian. Melunaskan pengajian Sarjana saya yang sudah lama tertangguh. “Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-‘Asr 103: 1-3] Hasrizal @ www.saifulislam.com 43000 BSP

December, 2013

  • 27 December

    Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

    Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi. Berani memberi. Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF. Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya …

  • 19 December

    PMR dan SPM: Sebuah Persinggahan Kehidupan

    “Ini kumpulan paling teruk dalam sejarah sekolah. Semua D dan E” kata cikgu. Saya teruja. Jika B atau C, itu kerja cikgu akademik. Tetapi jika D dan E, ini pemberontakan. Mesti ada sesuatu yang menarik. Saya hadir. Cikgu minta mahu menyertai kursus. Saya tidak benarkan. Hanya saya bersama ‘pelajar bermasalah’ berkenaan. Selepas berjaya meyakinkan mereka bahawa saya bukan orang upahan sekolah, perbualan jadi makin menarik. Ringkasannya, saya bertanya kepada setiap seorang, apakah visi dan misi mereka berkaitan dengan PMR. Antara jawapan yang saya terima: “Saya mahu buktikan dalam PMR ini bahawa tidak lulus PMR tidak semestinya bodoh!” Wah! “Maknanya, kalau …

  • 7 December

    Memanjangkan Usia Dengan Kualiti, Bukan Kuantiti

    Pusara Ahmad Ammar di Eyüp, sebulan selepas pemergiannya [foto ihsan sahabat kami Muhd Saifuddin Shaharuddin di Istanbul] PERJALANAN MASA Sudah sebulan Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita. Pelik juga rasanya. Dalam keadaan biasa, saya sering rasa masa berjalan begitu pantas. Tetapi ada masanya saya rasa masa berjalan begitu perlahan. Pemergian Ammar adakalanya saya rasa seperti sudah sangat lama ia terjadi. Sepertinya saya mengenang seseorang yang telah berkurun pergi. Walhal baru sebulan ia berlaku. Tanah kubur masih merah, seperti ungkapan orang tua-tua kita. Rasa lama itu terjadi kerana jarak kejadian dan detik kita mengenang, tepu dengan pelbagai perkara yang signifikan. Begitu banyak …

  • 7 December

    Risalah al-Nur: Teladan Sebuah Basmalah

    Ibrah di sebuah padang pasir (kredit foto www.majalla.com) UTUSAN PERTAMA “Serahkan semua harta kamu!” arah ketua kumpulan perompak. “Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja. “Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan perompak berkenaan. Kawan-kawannya juga ketawa. Lucu dengan keyakinan mangsa mereka itu. “Aku adalah utusan Raja Fulan bin Fulan. Aku sedang melakukan kerja yang diperintahkan olehnya. Engkau tahu siap dia, bukan?” tegas si utusan raja. Mendengar akan nama Raja Fulan bin Fulan itu, ketua perompak dan rakan-rakannya jadi kecut. Mereka tahu benar akan kekuatan sang Raja. Hajat mahu memangsakan si utusan, mahu sahaja nanti tindakan mereka …