Karen Armstrong Dan Bukunya ‘Fields of Blood. Religion and the History of Violence’

Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre pada tahun 2002 yang lalu, saya pernah ditemuramah oleh seorang wartawan BCC Northern Ireland. Beliau meminta pendapat saya tentang suicide bombing  di Palestin. Kisahnya pernah saya nukilkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Ketika itu, saya memilih untuk tidak menjawabnya secara langsung, tetapi cuba membetulkan ‘kesalahan’ di dalam soalan tersebut. Kesalahannya ialah, semasa beliau dan saya sama-sama selesa hidup di Ireland, cukup makan minum, tiba-tiba kita mahu berbincang tentang apa yang orang Palestin patut buat dan tidak patut buat di Palestin! Tidak malukah? Sepatutnya soalan berkenaan diajukan kepada orang Palestin. Tanya mereka, …

Read More »

Charlie Hebdo: Mengulangi Iman Kita Kepada Janji-Nya

CATATAN PERIBADI Dalam beberapa bulan mutakhir ini, sangat banyak terjadi kejadian yang menyerang fikiran kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai Muslim. Terkini adalah serang menyerang yang berlaku di Eropah, susulan kejadian maut di ibu pejabat Charlie Hebdo, Paris. Di media sosial, saya sudah pun menghadkan ruang saya bercakap kepada Mu’arrikhun untuk genre sejarah, ABAH.MY untuk kebapaan, kekeluargaan dan pendidikan serta satu dua halaman kecil yang lain dengan genre yang khusus. Tujuannya, saya mahu mengekang diri saya daripada mahu bercakap tentang semua benda. Di Facebook peribadi, pula, semua rakan diskusi telah diundurkan dan ia bukan lagi ruang untuk saya berbincang dengan rakan-rakan …

Read More »

Islamically Speaking, Mind Your Language

Photo credit to KMSS Media Unit A muslim speaks well. They choose good words to speak their mind and heart. To speak well is to be well educated and to be cultured. O you who have believed, fear Allah and speak words of appropriate justice. [al-Ahzāb 33: 70] It is a specific command by Allah instructing the believers whenever they speak, they must speak with quality. The words are sound, the message is clear and the meaning is delivered and understood. But we do not have an Islamic Language. We have Arabic as the chosen language to deliver the premier …

Read More »

Helen Keller: Rontaan Akal Mencari Makna

“Allah tidak menjadikan manusia itu buta, pekak dan bisu serentak. Jika ada yang begitu, ia disebabkan oleh kemalangan” ujar seorang ustaz. Saya kaget mendengar penjelasan tersebut. Beliau ditanya tentang persoalan solat orang yang pekak, bisu dan buta serentak. Bagaimana beliau boleh begitu pasti bahawa tiada manusia yang lahir buta dan pekak lalu bisu, serentak? Dalam komuniti deafblind, kita ada Marie Heurtin (1885-1921) di Perancis. Beliau buta dan pekak semenjak lahir. Dan dalam ramai-ramai golongan kelainan upaya ini, insan paling terkenal adalah Helen Keller (1880 – 1968) di Amerika Syarikat. Biar pun buta dan pekaknya Keller bukan semenjak lahir, beliau hidup dalam alam yang …

Read More »

IQRA’: Dari Era Buku Bercetak ke Buku Elektronik

Selama 6 tahun bermastautin di UK  dan Republic of Ireland, masalah utama saya antaranya adalah ketiadaan buku. Simpanan buku saya berada di Malaysia di bawah jagaan keluarga. Manakala kehidupan kami di perantauan yang tiada kepastian menyebabkan saya teragak-agak untuk mengusahakan buku dibawa dari Malaysia ke Ireland. Semasa pulang untuk melangsungkan perkahwinan, saya sudah berpesan kepada keluarga supaya susunan buku tidak diubah agar saya boleh memesan melalui kawan, andai berpeluang, dengan memaklumkan kedudukan buku saya di rak. Perancangan itu tidak kesampaian. Saya tidak pernah memesan melalui sesiapa kerana route Malaysia – Ireland bukanlah laluan yang aktif pada zaman tersebut. Atas pelbagai faktor, …

Read More »

Catatan Jepun 2008: Merawat Kejemuan Literatur ‘Haraki’

Bergambar di hadapan Tokyo Eki (Stesyen Keretapi Tokyo) “Ana ada sesuatu yang personal nak tanyakan kepada ustaz sebab ana rasa susah juga nak bincangkan hal ini dengan ustaz lain” kata Lukman. “Insha Allah, mana-mana yang ana boleh tolong, ana usahakan” saya membuka laluan. Suasana di stesyen Metro Tokyo tidak sibuk. Waktu pejabat, tidak memberi gambaran sebenar tentang kepadatan pengguna Metro di kota metropolitan Tokyo yang menampung penghuni melebih 12 juta orang. Sambil berjalan di stesyen untuk menuju ke Masjid Tokyo, Lukman dan rakan-rakan yang lain mengambil setiap minit dan ruang untuk berbincang dengan saya. Pelbagai isu yang ditimbulkan. Biar pun tekak …

Read More »

Masih Relevankah Pengajian Islam?

Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi. Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan. Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari …

Read More »

12 Rabi’ul Awwal 11H: Baginda Pergi Tidak Kembali

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. “Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat? “Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Aneh. Mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak …

Read More »

Andalus Yang Pernah Kupelajari

  Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat. Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, dan kami dengan penuh sabar menekuni liku-liku jatuh dan bangun Andalus bersama Prof Kopanski. Kelas Andalus ini tidak seperti kelas yang lain. Selama tiga jam (kadang-kadang mencecah 4 jam lebih), kami akan duduk mengelilingi meja bulat bilik kuliah, dan peta Mediterranean Barat akan dibentang. Lagak pegawai tentera sedang mendengar taklimat …

Read More »

Tsunami 2004: Teladan al-Quran Dari Kisah Nuh ‘Alayhi al-Salām

Artikel ini ditulis pada 30 Disember 2004 Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh ‘alayhi al-Salām. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 200,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh ‘alayhi al-Salām. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia. Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh ‘alayhi al-Salām itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi …

Read More »

Tragedi Emosi Krismas

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu. Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama. “Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali. “Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau. “Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” …

Read More »

Aku Dan Buku

Cinta aku kepada buku Hingga itulah harta dan duniaku Tangan ini belum pernah jemu Mata juga tidak pernah lesu Aku membesar dengan cinta kepada buku Kerana buku mengajar aku bercinta Cinta kebenaran Cinta kemuliaan Cinta harga diri Cinta santun dan budi Aku kembara selongkar buku Buku selongkar kembara hidupku Buku mencurah ramuan ilmu Hingga terjadi manusia aku Cintalah buku wahai isteriku Cintalah buku wahai anakku Cintalah buku wahai teman-temanku Cintalah buku wahai cinta hatiku Kerana aku jelmaan bukuku Hidupku pernah dirobek mehnah Ditimpa sunyi, fakir dan gundah Dataran Syam menjadi kelam Dalam ramai aku tenggelam 12 purnama hasad membelenggu Tuhan …

Read More »