July, 2013

  • 20 July

    Generasi Y Teruji Kesetiaannya

    Dalam setahun dua ini agak ramai pelajar perubatan dan doktor pelatih menghubungi saya, menyatakan keletihan mereka menjalani kehidupan di bidang perubatan, khususnya housemanship. Ada yang mahu beralih ke perniagaan Herbalife©. Ada yang lebih tenang menjual Tupperware©. Ada juga yang rasa kerjaya lebih bermakna sebagai ustaz dan ustazah, atau kaunselor. Sebahagiannya, saya …

  • 19 July

    Menyertai ‘Ottoman Culture and History Summer School’ di Istanbul

    Sudah lama saya membaca dan cuba memahami tentang sejarah Daulah Uthmaniah. Membaca kerana ingin tahu, membaca kerana berminat, membaca kerana jatuh cinta, dan menterjemahkan hasil bacaan itu dalam tulisan, ceramah dan perbualan harian. Masanya sudah tiba, pembacaan naik ke peringkat mengkaji. Mengkaji bukan hanya berbekalkan kerajinan membaca, tetapi mengkaji dengan …

  • 18 July

    Antara Orang Agama Dan Orang Beragama

    Petikan ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta “Abah tak paksa. Terpulang kepada kamu. Cuma dulu arwah Tok ada pesan, keluarga kita keluarga ulama. Kalau boleh biarlah ada anaknya yang mengikut jejak. Tak dapat anak, cucu pun Alhamdulillah” itu sisa-sisa memori saya tentang dialog bersama abah lebih 20 tahun yang lalu. …

  • 17 July

    Taubat Seorang ‘Televangelist’

    Ramadan ini saya mengenang kembali permohonan-permohonan saya pada Ramadan lalu. Doa. Hajat. Apakah rentetan hidup yang terjadi selepas Ramadan tahun lalu, ketika Ramadan kali ini sudah surai seminggu? Pada tahun lalu, saya berasa sangat tertekan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, kaitan masyarakat dengan diri dan dakwah secara keseluruhannya. …

  • 16 July

    ‘Adam-adam’ Sebelum Adam?

    “Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya. “Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?” …

  • 15 July

    ‘Adams’ Before Adam?

    “Quite against my will, my lecturer has managed to convince me that the Theory of Evolution is actually true. I felt very uncomfortable in class” said Nazri, one of my fellow coursemates. “The point now is to figure out whether or not the Theory of Evolution is really against the …

  • 12 July

    Menghambarkan Kehebatan Sebuah Potensi

    Melawat The Palace of Versailles, Paris pada tahun 2001 “Saya hairan, bagaimana mereka boleh begitu terkesan dengan buku. Satu buku keluar, macam-macam perubahan berlaku!” saya memberikan komen tentang diskusi kami di dalam kelas. Pagi itu, Prof. Abdullah al-Ahsan membawa kami kepada meneliti beberapa buku yang memberi impak sehingga mencetus perubahan …

  • 11 July

    Ramadan Bulan Mengasah Gergaji

    Ramadhan ini adalah bulan mengasah gergaji. Gergaji yang tumpul kerana terlalu banyak mengasah. ‘Pengasah’ juga perlu diasah untuk kebaikan bersama. Mengasah gergaji untuk penceramah agak berbeza situasinya. Bulan mengasah, penceramah dikehendaki mengasah orang lain, ketika dirinya mungkin semakin tumpul hasil kerja setahun. Dilema ini menuntut para penceramah, memilih satu antara …

  • 11 July

    SUMBER BERBAHASA ARAB DAULAH UTHMANIAH: TARIKH MÜNECCIMBAŞI (1631-1702)

    Historiografi atau penulisan sejarah Daulah Uthmaniah mempunyai sejarah yang amat panjang bermula daripada era vak’a-inüvislik (pencatat peristiwa) hinggalah kepada disiplin historiografi moden (Aral 2013). Kajian mengenai sejarah Daulah Uthmaniah, amat memerlukan penerokaan sumber-sumber primer yang dihasilkan oleh sejarawan di era itu sendiri. Selain daripada kepentingan menyandarkan kajian kepada sumber yang …

  • 10 July

    Ramadan: Di Sebalik Kehebatan Tawaran Itu

    “Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih. Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10. Bukan …

  • 8 July

    Memilih Kerjaya Antara P, I, E dan S

    “Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri. Beliau termenung. Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya. Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang …

  • 7 July

    Di Atas Runtuhan Daulah Abbasiyyah Itu

    Daulah ‘Abbasiyyah [kredit foto: Princeton] Kemusnahan yang berlaku kepada Baghdad semasa berlakunya serangan Mongol pada tahun 1258 tiada tolok bandingnya. Tidak pernah terjadi di dalam pengalaman umat Islam, kehancurannya menyamai apa yang Baghdad alami ketika itu, hingga menguji umat Islam, bagaimanakah mereka melihat peristiwa itu dan merumuskannya (Ahsan 1966). Ibn al-Athir …

  • 3 July

    Jangan Cabut Baju Yang Allah Pakaikan Itu

    Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu telah meminta pendapat Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma: Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata “letak jawatan atau kami akan membunuhmu!” Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)? Uthman: Tidak. Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa …

  • 3 July

    Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb

    “Ustaz Hasrizal taksub Sayyid Qutb!” ujar seorang ahli sebuah forum. Sayyid Qutb itu sendiri sudah cukup kontroversi untuk seseorang dikaitkan dengannya. Apatah lagi perkaitan itu adalah dengan sebuah ketaksuban. Mungkin disebabkan oleh kekerapan saya memetik pendapat Sayyid Qutb, saya dilihat taksub kepadanya. Hakikatnya, jika saya taksub dengan pendapat Sayyid Qutb, …

  • 2 July

    I Wanted to Become an Ustaz

    It was my own preference. I made the decision by myself. I had the possibility to become a doctor, perhaps an engineer, but I chose to become an ‘ustaz’. I was offered to pursue my study in science, in the best class for science, in one of the best schools …

June, 2013

  • 13 June

    Usrah, Fathi Yakan Dan Perjuangan: Agar Jalan Itu Tidak Dialpakan

    Menerajui BADAR pada tahun 1991 1990 “Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan. Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini? “Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam. Badan saya terasa amat sakit. Maklum …

May, 2013

  • 25 May

    Santuni Anak Muda Dengan Islam

    “Mahasiswa itu cakapnya seperti guruh. Tunggu sahaja dapat Myvi sebuah gaji masuk bulan-bulan. Senyaplah mereka!” kata seorang pegawai. Rimas dengan tuntutan anak muda di bawah tadbirnya. Beliau memperlekeh pandangan-pandangan pelajarnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman. “Ghurur!” kata sesetengah orang. …

April, 2013

  • 12 April

    Ibrah Kisah Dzulqarnain: Tadabbur Sebuah Urus Tadbir Mithali

    Alhamdulillah, siri Ibrah Surah al-Kahf sudah selesai di semua lokasi. Siri ditutup dengan rumusan Ibrah Kisah Dzulqarnain, bermula daripada ayat 83 hingga 98.Sebagaimana sinonimnya Surah al-Kahf dengan fitnah Dajjal, serta mekanisme perlindungan membabitkan sistem kepercayaan, sistem fikir dan lihat serta sistem nilai, kisah Dzulqarnain menunjukkan bahawa, cabaran halus itu bukan …

  • 10 April

    ARTIKEL 2005: Al-Ghazzali Sasaran Liberalisasi Agama

    [DISIARKAN DI MAJALAH I KELUARAN SEPTEMBER 2005 – Artikel ini ditulis pada tahun 2005 apabila Majalah I meminta saya menulis sebuah artikel bagi menjawab polemik yang ditimbulkan oleh Astora Jabat di dalam Majalah al-Islam ketika itu. Artikel ini ditulis tanpa latihan akademik, namun kesan kesulitan berat yang saya hadapi semasa usaha menulis …

  • 10 April

    ARTIKEL 2005: Akhirnya Kutemui al-Ghazzali

    [artikel ini ditulis pada tahun 2005, dan disiarkan kembali dengan beberapa pembetulan. mohon tunjuk ajar andai berlaku kesalahan dalam penulisan ini] Pagi itu semasa saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Encik Saharom, Ketua Editor Majalah I. Beliau meminta supaya saya menulis satu tajuk yang …

  • 10 April

    Penangan Tabiat ‘Loyar Buruk’

    “Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!” Kata Ustaz Ali. “Heee, takutnya. Insaf!” sampuk Udin. Kawan-kawannya ketawa kecil. Ustaz Ali sering terganggu dengan sikap anak muridnya yang berkelakuan begini. Anak muda sering melakukannya. Orang tua menjadi contoh ikutan mereka. Berdakwah dengan masyarakat hari ini, sering …

March, 2013

  • 29 March

    Ustaz dan Ustazah Mahu Jadi Siapa?

    Pelajar-pelajar jurusan Pengajian Islam di tahun awal pengajian mereka suka dengan ilmu agama. Mudah-mudahannya. Namun selepas belajar satu demi satu subjek, pergi ke kedai membeli buku dari semasa ke semasa dan berbual tajuk ilmu dengan kawan-kawan, sepatutnya mula dapat merasakan yang setiap seorang mempunyai kecenderungan masing-masing. Ia boleh dikesan melalui: …

  • 26 March

    Fitnah Ukhti Barbie dan Akhi Ken

    Dara dan Sara? – Alternatif Barbie and Ken oleh Iran “Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing” Demikian ungkapan yang dikongsi. ‘Kata-kata hikmah’ yang terkini, disertai dengan ilustrasi. Lama saya berfikir, sejauh manakah seriusnya hal ini. Penting …

  • 21 March

    Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan

    Kita disyariatkan untuk berselawat kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam semasa bersolat di dalam bacaan tasyahhud. Juga semasa berucap, berdoa dan beristighfar. Demikian juga selepas azan, semasa masuk dan keluar masjid dan ketika baginda disebut dalam situasi-situasi yang lain. Ibnu Solah di dalam Muqaddimah Ibnu Solah menyebut di dalam Bab 25 …

  • 20 March

    Hikayat Tengah Bawang

    Ada sebuah kisah rakyat, saya belajar daripada rakan Turki berketurunan Laz. Kisah yang datang daripada sebuah keluarga. Salah seorang anak telah ditanya, “apakah yang paling kamu inginkan, jika kamu menjadi orang yang sangat kaya?” Anak muda itu termenung. Katanya, “saya nak makan ‘tengah’ bawang, puas-puas!” KETERANGAN Selabu bawang besar, bahagian …