December, 2013

  • 5 December

    Lembah Bujang: Tinggalan Sejarah Merentas Agama

    Antara subjek paling susah yang saya pernah belajar ialah Ancient Indian Civilization yang diajar oleh Assc Prof Dr Arshad Islam. Subjek itu sangat susah bagi saya kerana ia merupakan maklumat yang hampir 100% baru buat saya. Dalam masa yang sama Prof mengajar secara ‘old school‘ yang mana sebelum kami dibawa ke peringkat analisis, kami perlu sangat banyak menghafal. Peraturan nahu kitab Veda pun dipaksanya kami hafal. Mengkaji Tamadun Indus awal, kami meneroka bersama data-data arkeologi dari Lembah Zhob di utara Baluchistan. Kami juga dikehendaki memahami tablet tembaga Mohenjo-daro hinggalah kepada menganalisis pengaruh Trio, Asvaghosa, Nagarjuna dan Aryadeva ke atas seni …

  • 4 December

    Arkeologi Membantu Memahami Sunnatullah

    Ziggurat, Ur (kredit foto: bucks.instructure.com) Manusia mengulangi proses yang sama untuk membina atau meruntuhkan kehidupannya. Ia dikaji dalam ilmu ketamadunan. Sebab-sebab manusia dan tamadunnya berkembang adalah sama. Sebab-sebab manusia dan tamadunnya merosot malah menemui ajal juga sama. Untuk memahami proses jatuh bangun manusia ini, kita memerlukan banyak sampel. Kebanyakan sampel itu terlalu tua untuk ditemui catatan mengenainya dalam bentuk tulisan di dalam buku. Sampel itu dikenali melalui penemuan bahan galian arkeologi. Apabila sebuah kota ditemui, seperti kota Ur di Iraq, bentuknya geometrik agak sekata. Bahan-bahan yang ditemui dalam penggaliannya, memberikan corak tertentu. Ada barang mewah ditemui dalam struktur rumah dan ada barang …

  • 4 December

    Fikiran Malang Merobohkan Lembah Bujang

     Sebahagian binaan Candi 11 di Lembah Bujang yang musnah (kredit foto: The Malaysian Insider oleh Hasnoor, 4 Disember 2013) Bukanlah tugas saya asalnya, untuk menjelaskan tentang kepentingan ilmu arkeologi. Ia bukan bidang saya dan bidang itu ada pakar-pakarnya yang tersendiri. Cuma saya berasa amat sedih membaca komen-komen yang dikongsi, yang menampakkan kejahilan (izinkan saya menggunakan perkataan ini) si penulis komen, dan kejahilannya disertakan bersama dengan sifat sombong kerana enggan bertanya tetapi rakus membuat kesimpulan-kesimpulan yang jengkel. Orang Melayu merumuskan ia sebagai sikap BODOH SOMBONG. Ada yang kata Candi itu tempat manusia mensyirikkan Allah, apa pentingnya Lembah Bujang itu, robohkan sahaja semuanya …

November, 2013

  • 29 November

    Sheikh Yasin Daradukah Dalam Kenangan

    Fakulti Shariah, University of Jordan, Amman “Sheikhuna, kenal tu?” tanya Wan Najmuddin. “Yang mana?” saya menoleh ke arah yang ditunjukkan. Seorang alim berjubah putih berjalan ke arah kami menuju ke pintu utama kampus. “Siapa itu ya?” saya inginkan kepastian. “Itulah Sheikh Yasin Daradukah yang ana sebut semalam” jelas sahabat saya itu. Jantung berdegup kencang. Entah mengapa, seperti ada aura yang mendebarkan. Hendak bertentang mata pun rasa tidak sanggup. Apabila kami menghampiri beliau, kami memberi salam, “Assalamualaikum” “Waalaikum al-Salam wa Rahmatullah wa Barakatuh” beliau menjawab. Saya menoleh ke belakang, melihat kelibat Profesor Dr. Yasin Ahmad Ibrahim Daradukah pergi. Beliau pernah menjadi …

  • 28 November

    Mengapa Belajar Sejarah?

    MENGAPA BELAJAR SEJARAH? Ramai pelajar menghubungi saya bertanyakan soalan ini. Mereka berminat untuk menyambung pengajian di bidang sejarah. Tetapi mereka tidak dapat menerangkan kepada ibu bapa, mengapa mereka mahu memilih bidang ini, ketika mana bidang-bidang lain yang lebih ‘baik’ hadir sebagai pilihan. Tidak mudah untuk ibu bapa menyetujui hasrat anak memilih bidang sejarah, ketika mana dia berpeluang belajar di bidang perubatan dan kejuruteraan. Anak-anak dan ibu bapa perlu berkongsi jiwa dan minda yang besar, mungkin juga di luar kotak, untuk melihat sejarah sebagai suatu bidang yang kritikal. Bidang yang diberikan penekanan oleh negara yang mahu bangkit daripada kesilapan semalam. Tidak …

  • 28 November

    Kajian Semalam Yang Sangat Futuristik

    Sudah agak lewat bagi saya untuk menempuh pengalaman ini. Sesuatu yang menjadi kebiasaan ramai pelajar lain pada usia yang lebih muda. Malah semasa kelas ini berlangsung, saya adalah pelajar kedua tertua. Paling tua adalah Profesor Liladhar daripada Universiti Berkeley di California USA. Namun beliau masih bujang. Saya yang sudah berumahtangga dan anak empat. “Oh, Hasrizal. Dia sudah berumahtangga dan ada 4 anak!” itulah ungkapan paling popular rakan-rakan sekelas semasa berbicara tentang saya. Summer School anjuran İstanbul Bilimler Akademisi (İBA) dan Yünus Emre Enstitut ini diadakan selama hampir sebulan lamanya di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi. Saya sendiri tidak menyangka permohonan …

  • 26 November

    Tiga Keistimewaan Şehidimiz Ahmad Ammar

    Hari ini saya ditemuramah oleh wartawan Kosmo. Mereka mahu membuat liputan tentang adinda Ahmad Ammar. Ia satu perkembangan yang baik. Beberapa hari selepas pemergian Ammar pada 2 November lalu, saya terfikir tidakkah kejadian besar ini boleh menembusi media utama sama ada di Turki apatah lagi di Malaysia. Pertemuan diadakan di Masjid UKM. Sukar sekali untuk saya ungkapkan apa yang saya tahu tentang Ammar. Terlalu sedikit. Dapat saya rasakan, di riak wajah wartawan KOSMO tadi, beliau seperti tidak bertemu dengan apa yang beliau cari. Sesuatu yang sensasi, yang luar biasa, yang dramatik. Barangkali. Namun itulah Ammar, kepada mereka yang mengenalinya. Istimewa …

  • 21 November

    Barat, Turki, Orientalis dan Cabaran Mempelajari Sejarah Dawlah Uthmaniyyah

    Belajar di Turki adalah permulaan yang penting. Namun ia bukan jaminan untuk menghalang kita daripada tersangkut pada jerangkap Orientalis. Hakikatnya Orientalis terkemuka di negara Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pakar rujuk terhadap kajian Dawlah Uthmaniyyah, dilahirkan oleh dunia akademik Turki itu sendiri. Bernard Lewis mendapat latihan di Turki, fasih bertutur di dalam bahasa Turki. Stanford J Shaw Demikian juga dengan Stanford J Shaw. Beliau berguru dengan nama-nama besar sarjana Turki seperti Professor Ismail Hakki Uzuncarsili, Professors Omer Lutfi Barkan, Halil Sahillioglu, Mukrimin Halil Yinanc dan Zeki Velidi. Latihan akademik yang mendalam di Turki, tidak mengubah Bernard Lewis kepada bukan …

  • 17 November

    Ummah Yang Kematian Ibu Bapa

    HILANG IBU BAPA Bagaimanakah reaksi kita apabila seorang anak muda yang berjaya, elok kerjayanya, cukup serba serbi keperluan hidupnya, mengadu tentang kehilangan ibu bapanya? Hilang ibu bapa. Bukan hilang anak. Ibu bapa pula, adalah ibu bapa yang tidak pernah ditemui. Entah hidup entah kan mati. Orang muda itu ada segala-galanya. Cuma dia risau ibu bapanya hilang. Dia tidak berjumpa dengan ibu bapanya. Tetapi dia tahu dia ada ibu bapa kerana semua manusia ada ibu bapa. HILANG ANAK Bagaimanakah pula reaksi kita apabila anak muda itu kehilangan anak? Anaknya diculik, barangkali. Selepas dua tahun lalu anaknya yang seorang lagi meninggal dunia …

  • 11 November

    Jangan Sampai Tiada Lagi Kebahagiaan Dalam Beragama

    Pada tahun 2007, saya menulis artikel bertajuk MANHAJ SALAF DAN KRISIS KEPERLUAN HATI seperti yang saya sertakan di bawah. Ketika itu, saya merasakan fenomena “minta dalil” yang muncul secara agresif di dalam masyarakat, adalah satu bentuk ‘rasionalisme dalam beragama’ yang jika tidak diurus dengan baik, akan meresahkan ramai anggota masyarakat. Terutamanya mereka yang tidak berkeupayaan menyertai gelombang tersebut, mereka akan tertekan apabila majlis-majlis ilmu bukan lagi menjadi tempat mereka mendapat ketenangan beragama, sebaliknya medan pertempuran debat antara pendalilan yang berbalas-balas. Saya menjangkakan, fenomena tersebut akan mencetuskan kemurungan jiwa di kalangan pencinta agama, yang mungkin akan membawa mereka kepada trend seterusnya …

  • 5 November

    Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi

    Cuaca hari itu sejuk mengigit diri. Salji turun tebal, melitupi bumi Istanbul semenjak beberapa hari. Ia waktu yang enak untuk sesiapa sahaja melenakan diri di bilik, berselimut, berbual-bual kosong bersama teman, menunggu Zohor, Asar, hingga tenggelam matahari dan sehari berlalu, seperti sehari sebelumnya. Namun bagi saya, setiap saat berada di Istanbul mesti saya manfaatkan. Seminggu yang diperuntukkan untuk lawatan kali itu, setiap detik, mesti ditentukan kegunaannya. Saya sedang mengumpul maklumat yang cukup tentang Sultan Abdul Hamid II, seorang sultan yang dianiaya umat terkemudian yang tidak mengenalinya. Sultan merah. Kuku besi. Anti demokrasi. Diktator. Namakan apa sahaja gelaran jelek untuk seorang …

October, 2013

  • 29 October

    Persaudaraan Syaitan Bersyiarkan Halloween

    “Imam, apa nasihat awak kepada anak-anak kami supaya mereka tidak sibuk menyambut Halloween hujung minggu ini?” tanya seorang bapa kepada saya. Beliau sedang menunggu Sunday School tamat tengah hari itu untuk mengambil si anak. “Sulit. Aktiviti membuat kostum, menyiapkan bakul gula-gula, melukis poster, mengukir labu, semua itu sangat menarik perhatian anak-anak, bukan? Tempting!” saya membetulkan ketayap di kepala. “Betul, Imam. Memberitahu anak-anak bahawa segala keseronokan itu bertentangan dengan Islam memang sulit. Saya masih mencari alternatifnya, ” kata si bapa. “Mungkin di sinilah kesilapan ibu bapa. Ada yang kuat semangat Islam, menentang sambutan harijadi, tetapi yang ditentang bukan sekadar konotasi ‘tidak …