IQRA’: Dari Era Buku Bercetak ke Buku Elektronik

Selama 6 tahun bermastautin di UK  dan Republic of Ireland, masalah utama saya antaranya adalah ketiadaan buku. Simpanan buku saya berada di Malaysia di bawah jagaan keluarga. Manakala kehidupan kami di perantauan yang tiada kepastian menyebabkan saya teragak-agak untuk mengusahakan buku dibawa dari Malaysia ke Ireland. Semasa pulang untuk melangsungkan perkahwinan, saya sudah berpesan kepada keluarga supaya susunan buku tidak diubah agar saya boleh memesan melalui kawan, andai berpeluang, dengan memaklumkan kedudukan buku saya di rak. Perancangan itu tidak kesampaian. Saya tidak pernah memesan melalui sesiapa kerana route Malaysia – Ireland bukanlah laluan yang aktif pada zaman tersebut. Atas pelbagai faktor, …

Read More »

Catatan Jepun 2008: Merawat Kejemuan Literatur ‘Haraki’

Bergambar di hadapan Tokyo Eki (Stesyen Keretapi Tokyo) “Ana ada sesuatu yang personal nak tanyakan kepada ustaz sebab ana rasa susah juga nak bincangkan hal ini dengan ustaz lain” kata Lukman. “Insha Allah, mana-mana yang ana boleh tolong, ana usahakan” saya membuka laluan. Suasana di stesyen Metro Tokyo tidak sibuk. Waktu pejabat, tidak memberi gambaran sebenar tentang kepadatan pengguna Metro di kota metropolitan Tokyo yang menampung penghuni melebih 12 juta orang. Sambil berjalan di stesyen untuk menuju ke Masjid Tokyo, Lukman dan rakan-rakan yang lain mengambil setiap minit dan ruang untuk berbincang dengan saya. Pelbagai isu yang ditimbulkan. Biar pun tekak …

Read More »

Masih Relevankah Pengajian Islam?

Tiada siapa menafikan. Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari. Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi. Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan. Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari …

Read More »

12 Rabi’ul Awwal 11H: Baginda Pergi Tidak Kembali

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. “Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat? “Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Aneh. Mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak …

Read More »

Andalus Yang Pernah Kupelajari

  Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat. Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, dan kami dengan penuh sabar menekuni liku-liku jatuh dan bangun Andalus bersama Prof Kopanski. Kelas Andalus ini tidak seperti kelas yang lain. Selama tiga jam (kadang-kadang mencecah 4 jam lebih), kami akan duduk mengelilingi meja bulat bilik kuliah, dan peta Mediterranean Barat akan dibentang. Lagak pegawai tentera sedang mendengar taklimat …

Read More »

Tsunami 2004: Teladan al-Quran Dari Kisah Nuh ‘Alayhi al-Salām

Artikel ini ditulis pada 30 Disember 2004 Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh ‘alayhi al-Salām. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 200,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh ‘alayhi al-Salām. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia. Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh ‘alayhi al-Salām itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi …

Read More »

Tragedi Emosi Krismas

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu. Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama. “Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali. “Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau. “Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” …

Read More »

Aku Dan Buku

Cinta aku kepada buku Hingga itulah harta dan duniaku Tangan ini belum pernah jemu Mata juga tidak pernah lesu Aku membesar dengan cinta kepada buku Kerana buku mengajar aku bercinta Cinta kebenaran Cinta kemuliaan Cinta harga diri Cinta santun dan budi Aku kembara selongkar buku Buku selongkar kembara hidupku Buku mencurah ramuan ilmu Hingga terjadi manusia aku Cintalah buku wahai isteriku Cintalah buku wahai anakku Cintalah buku wahai teman-temanku Cintalah buku wahai cinta hatiku Kerana aku jelmaan bukuku Hidupku pernah dirobek mehnah Ditimpa sunyi, fakir dan gundah Dataran Syam menjadi kelam Dalam ramai aku tenggelam 12 purnama hasad membelenggu Tuhan …

Read More »

Kecelaruan Kognitif Ahli Bid’ah Menurut Imam Birgivi

Pertemuan saya bersama dua orang sahabat yang merupakan pengikut Tarekat Helvati Jerrahi. Mereka melazimi pengajian kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh Imam Birgivi (Istanbul Feb’ 2013) Nama Imam Birgivi mungkin tidak sebesar Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Jauh sekali Imam Ahmad, malah Hujjah al-Islam Imam al-Ghazzali. Namun ia tidak semestinya membataskan pengaruh yang ditinggalkan, kerana kita tidak mengukur signifikasi seorang tokoh berdasarkan popularitinya dalam kesemasaan kita. Sebaliknya kita perlu menentukan cara yang betul untuk mengukur sejauh manakah signifikannya seorang tokoh, baik semasa hayatnya, mahu pun selepas kematiannya (posthumously). Salah satu kaedah yang ada dalam kajian dengan objektif sebegini adalah dissemination study atau kajian terhadap …

Read More »

Di Mana Syaitan Dalam Kehidupan Moden Kita Hari Ini?

Di mana Syaitan dalam pertimbangan hidup kita, di zaman yang serba canggih ini? Jika sebuah seminar antarabangsa berkaitan kemajuan sistem ekonomi Islam, seorang pembentang mahu membentangkan tentang peranan Syaitan, mungkinkah ramai yang akan mencebek muka? Tidak saintifik. Tidak ilmiah. Tidak empirikal. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Tanpa sedar, sebagai seorang Muslim yang cekap berinteraksi dengan kesemasaan hari ini, kita memposisikan Syaitan di satu sudut yang sangat terpencil. Kita mungkin tanpa sedar mengimani hakikat Syaitan dengan ketahyulan hantu yang direka oleh imaginasi sendiri. Kita mungkin terlupa, secanggih mana pun kehidupan kita, ada yang berubah dan ada yang tidak berubah. Sebagaimana …

Read More »

Menjejak Keluarga Tok Akib dan Sejarah Perjuangannya

Waris Tok Akib yang sempat berkumpul pada 6 Disember 2014 di Laman Warisan Rumah Pusaka Tok Akib di Padang Asam – foto ihsan Keluarga Tok Akib Setelah sekian lama merancang, akhirnya hajat kami diizinkan oleh Allah untuk berlaku. Pada 6 Disember 2014 baru-baru ini, kami cucu-cucu kepada Tok Akib berhimpun di rumah pusaka datuk kami itu di Kampung Padang Asam, Kuala Kangsar, Perak. Biar pun majlisnya ringkas sahaja, tetapi ia cukup bermakna. Selain kami generasi anak-anak kami yang tidak pernah mengenal antara satu sama lain, kami sepupu-sepupu yang sama terjun mandi di Sungai Papan, mengutip siput, dan makan tengah hari di …

Read More »

Sejauh Manakah Kita Setia Dengan Kebenaran?

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KECELARUAN KOGNITIF DALAM BERAGAMA Hari ini, keberagamaan kita sangat rencam. Andai kerencaman itu dipandang dalam rangka realiti yang …

Read More »